Tuesday, May 2, 2017

Bride Of The Alpha {6}

Posted by Snow_Queen at 8:22 PM
“Kau orang dah tahu jawapan kepada riddle yang diberi?” Jimin menyoal sebaik sahaja mereka berhenti dan bertukar kepada human form masing-masing. Jarak antara mereka dengan Livid Temple sudah tidak jauh dan setakat ini mereka juga berjaya mengelak daripada bertembung dengan mana-mana kumpulan lain.

“Beri aku satu sebab kenapa kami kena percaya kata-kata kau. Kenapa Livid Temple?” Chanyeol menyoal dengan nada mendatar. Hatinya masih penuh dengan syak wasangka pada Jimin. Meskipun Jimin merupakan ahli keluarga Jung, namun baginya Jimin masih merupakan orang asing. Pada hematnya Jimin boleh mengkhianati mereka pada bila-bila masa sahaja.

Ketawa kecil bergema setakat di halkum. Tanda mengejek jejaka tinggi di hadapannya. “Jangan cakap kau menyertai pertandingan ini tanpa persiapan rapi. Benda basic kot kalau seseorang tu mengkaji kawasan asing yang tak pernah mereka pergi. Atau kau hanya buta-buta serah tengkuk kau pada nasib?”

Chanyeol menjulingkan mata tanda tak puas hati dengan jawapan Jimin namun sebelum sempat dia bersuara Ri In terlebih dahulu memotong bicaranya.

“Api. Jawapan kepada riddle yang diberi, api.” Ri In bersuara untuk mengelakkan perbalahan antara Jimin dan Chanyeol. Kalau dibiarkan mahu bertumbuk dua ekor ni kerana dia tahu Jimin juga boleh tahan barannya.

Thanks lord! Akhirnya ada juga yang gunakan otak dalam kumpulan ni. Jadi mengikut sejarah apa yang ada dalam Livid Temple? Dan kalau kau orang tak tidur dalam kelas sejarah, sudah tentu kau orang tahu Livid Temple dikawal rapi oleh Minotaur.” Jimin memandang satu-satu wajah di hadapannya. Mahu melihat reaksi masing-masing.

Jongin memeluk tubuh. Akalnya laju cuba merangka strategi kerana semua sedia maklum kekuatan Minotaur bukan sebarangan.  Penjaga kuil suci itu mempunyai kekuatan bersamaan dengan seratus ekor gajah. Tersilap langkah, maut yang bakal menjemput. “Kita harus berpecah kepada dua kumpulan. Dua daripada kita akan masuk ke dalam kawasan temple dan dua lagi akan bertindak sebagai distraction kepada Minotaur.”

“Aku setuju.” Chanyeol mengangguk dengan cadangan Jongin.

“Cadangan yang bagus! Jadi boleh aku cadangkan Jongin dan puteri kita masuk ke dalam Livid temple? Aku dan Chanyeol akan jadi umpan.” Jimin bersuara memberi cadangan tanpa rasa bersalah.
Chanyeol mengerutkan kening. Sebelum sempat dia membantah, Jongin pula memotong bicaranya kali ini. “Kenapa?”

“Sebab aku ada satu idea yang bagus namun tak sesuai untuk kau orang berdua. Chanyeol merupakan pilihan paling sesuai untuk aku gunakan kali ini. Jadi kalau tak ada sebarang bantahan, kita boleh bergerak sekarang.” Jimin mengorak langkah menuju ke arah kanannya tanpa menanti sebarang balasan daripada yang lain.

“Woi! Aku tak cakap pun aku setuju. Gila betul perempuan ni.” Chanyeol mengomel namun kakinya lekas mengikuti jejak Jimin meninggalkan Jongin dan Ri In saling berpandangan sebelum masing-masing membontoti langkah Chanyeol dan Jimin.
-
Dia dan Chanyeol kini sedang bersembunyi di atas pohon oak yang berkemungkinan sudah mencecah usia ratusan tahun. Dedaun yang rimbun membolehkan mereka bersembunyi buat sementara waktu sambil memerhatikan Jongin dan Ri In sedang menunggu peluang untuk masuk ke dalam Livid Temple di bawah sana.

Matanya kemudian beralih ke arah Minotaur yang sedang bertarung dengan beberapa orang peserta daripada kumpulan lain. Satu peluang yang bagus buat kumpulannya. Buat masa sekarang, jika boleh dia ingin elak daripada gunakan tenaga mereka semua sepenuhnya. Masih ada dua lagi tugasan yang menanti dan apa pun boleh terjadi dalam tempoh masa tiga hari.

“Kalau kau ada dua pilihan sama ada membunuh atau terbunuh, yang mana satu kau akan pilih?”
Chanyeol tala pandangan ke arah Jimin yang tiba-tiba sahaja bersuara. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia buat tak tahu dengan Jimin dan sertai Jongin namun melihatkan air muka Jongin yang tegas mahukan dia ikut saja rancangan Jimin, dia terpaksa mengalah. “Kau jangan ingat kita berdua boleh berkawan biarpun Jongin berlembut dengan kau. Aku bukan dia.”

Jimin ketawa kecil sebelum bersuara tanpa memandang Chanyeol di sebelah. “Aku pun tak minta  untuk jadi kawan kau. Aku ada agenda aku yang tersendiri di sini tapi itu tak bermakna aku harus abaikan pertandingan ini. Ini pertama kali Ri In menyertai pertandingan yang melibatkan ketahanan fizikal jadi sekurang-kurangnya aku harus berikan dia pengalaman terindah mengenai asam garam kehidupan yang tak pernah dia rasa sebelum ni.”

“Kau tak anggap Ri In sebagai ahli keluarga kau bukan? Dan mungkin juga kau tak akan terima dia sebagai ahli keluarga kau.”

Kali ini Jimin melirikkan pandangan ke arah Chanyeol. Bibir tersungging senyuman sinis. “Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit. Kau sukakan Ri In tapi dalam masa yang sama-uf”
Jimin tersentak apabila Chanyeol tiba-tiba sahaja mencekak kolar bajunya menyebabkan dia terdorong ke hadapan dan kini pandangan mereka saling bertentang.

“Jangan nak reka cerita bukan-bukan.” Chanyeol menggetap gigi tanda menahan geram.

“Aku tak peduli dengan apa pun yang kau fikir yang penting…” Jimin menepuk bahu jejaka di hadapannya dua kali sebelum Chanyeol melepaskan kolar bajunya. “Yang penting aku boleh gunakan kau. Sebab tu orang tua-tua kata jangan cepat sangat emotional.”

Jimin berdehem perlahan sebelum dia kembali menumpukan perhatian kepada Minotaur di bawah sana. Kelibat Jongin dan Ri In tidak dapat dikesan. Berkemungkinan besar keduanya sudah masuk ke dalam dan dia harus membeli masa buat keduanya untuk mencari harta yang perlu mereka cari.

Lets have fun now shall we?”  Jimin bangun dari posisinya sebelum dia berdiri di belakang Chanyeol. Kedua belah telapak tangannya diletakkan di bahagian kiri dan kanan pelipis jejaka itu.
Mulutnya mula terkumat-kamit membaca beberapa baris jampi. 

Untuk menentang Minotaur memerlukan masa yang agak panjang jika hanya bergantung pada kekuatannya yang tak seberapa jadi dia hanya akan menggunakan Chanyeol untuk mengawal beberapa orang peserta di bawah sana untuk menjadi puppetnya dan dalam masa yang sama menghalang peserta lain yang cuba untuk masuk ke dalam temple berkenaan. Bibirnya tersungging dengan senyuman kecil apabila dia dapat memukau kesemua peserta di bawah sana melalui Chanyeol.

Setiap werewolf mempunyai keistimewaan masing-masing dan mind control adalah keistimewaan Chanyeol. Sudah pasti dia boleh sahaja menyuruh lelaki itu untuk menggunakan kuasanya dalam keadaan sedar namun dia juga tahu Chanyeol sudah pasti akan menolak cadangannya mentah-mentah. Lelaki itu ada sejarahnya yang tersendiri yang menyebabkan dia enggan untuk menggunakan kuasanya yang itu.

Dia tiada pilihan melainkan untuk memukau Chanyeol dan menggunakan kuasa lelaki itu kerana dia sendiri tidak cukup kuat untuk mengawal beberapa orang dalam masa yang sama melainkan jika dia mempunyai asas yang kuat dalam mind control atau jika dia dilahirkan dengan keistimewaan itu.

“Aku tahu kau cuba untuk tidak mengotorkan tangan kau dengan darah lagi, Park Chanyeol tapi maaf. Aku tak ada pilihan lain selain menggunakan kau.” Jimin berbisik perlahan sebelum membuatkan empat daripada enam peserta yang sedang bertarung dibawah menyerang Minotaur serentak manakala dua orang lagi dia gunakan untuk menghalang peserta yang lain daripada memasuki Livid temple.


“Lima minit. Kau orang berdua hanya ada masa selama lima minit sebelum Minotaur mula menyeru penjaga kuil yang lain.”

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review