Sunday, January 29, 2017

Bride Of The Alpha {5}

Posted by Snow_Queen at 11:09 PM
Hari sudah senja apabila mereka berdua tiba di Hay Border. Jimin mengelongsor turun dari badan Dark sebelum dia mencangkung di sebalik semak bersama dengan serigala berwarna hitam itu. 

Matanya dipicingkan memerhatikan beberapa kelibat yang mengawal pintu masuk sempadan antara dua kerajaan.


Sangkaanya tepat bahawa jalan belakang Hay border  tidak dikawal dengan begitu rapi namun dia tahu dia juga tak boleh terpedaya dengan apa yang dilihat sekarang. Vampyre merupakan makhluk paling licik yang pernah dikenali dan dia pasti mungkin ada perangkap yang sudah dipasang dimana-mana.

“Bukan senang kau nak menyelinap masuk, Ji.”

Jimin berpaling ke arah Dark yang kini santai duduk di atas tanah. Dia mendengus kecil, mengakui kebenaran kata-kata Dark.

“Mungkin kau kena minta bantuan Jongin.” Dark menyambung.

Hell no!” Jimin mengawal nada suaranya namun memastikan ia kedengaran tegas. Ini adalah tugasan yang diamanahkan padanya. Mengapa pula dia harus meminta bantuan Jongin?

Dark ketawa kecil. “Kau tak boleh masuk hay border hari ini. Ingat, malam adalah kegelapan dan kegelapan adalah kekuatan mereka. Dan tugasan pertama kau untuk pertandingan Heux akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Mereka memerlukan kau, Jimin.”

“Tanpa aku pun, mereka boleh selesaikan tugasan pertama-“

Minotaur. Kau rasa mereka boleh berhadapan dengan benda alah tu jika mereka hanya bertiga?” Dark mencelah tanpa membenarkan Jimin menghabiskan bicara.

“Mana kau tahu mengenai tugasan pertama?” Jimin memicingkan pandangan ke arah Dark. 
Sedangkan tiada mana-mana pasukan pun yang tahu mengenai cabaran yang mereka bakal hadapi sehinggalah mereka tiba di destinasi apabila mereka berjaya menjawab riddle yang diberi, bagaimana Dark tahu mengenai cabaran pertama mereka?

Dark perlahan-lahan bangkit dan memberi isyarat pada Jimin untuk segera memanjat belakangnya. “Adalah. Yang penting kau harus tolong mereka untuk menentang Minotaur dan masuk ke dalam Livid Temple. Masih ingat lagi riddle yang diberi?”

No legs have I to dance, no lungs have I to breathe, no live have I to live or die and yet I do all three. What am I?” Jimin menggumam perlahan riddle yang diberi. Seperti tadi, dia melingkarkan tangannya memeluk tengkuk Dark.

“Ingat, tak semestinya riddle yang diberi adalah benda yang perlu kau cari atau jawab. Mungkin itu hanyalah satu distraction untuk menghalang kau jumpa benda yang perlu kau cari sebenarnya.”
-
Chanyeol mengambil tempat di sebelah Jongin. Unggun api kecil dinyalakan awal tadi untuk memasak makan malam mereka. Selepas itu, mereka harus menghapuskan segala jejak sebelum berpindah ke tempat lain. Ini untuk mengelakkan daripada mana-mana kumpulan menjejakki kedudukan mereka. Jika mereka bertembung dengan mana-mana kumpulan, mereka perlu bertarung untk mengurangkan persaingan ataupun mereka akan berkerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan kebanyakkan mereka akan memilih pilihan yang pertama.

“Kau okay?” Chanyeol menyiku lengan Jongin apabila lelaki disebelahnya kelihatan ralit sedari tadi. Ri In sedang membersihkan diri dan ini adalah peluangnya untuk bercakap sendirian dengan Jong In.

Jongin tersenyum nipis sebelum mengangguk. Namun dia tahu sebenarnya dia risaukan keselamatan Jimin meskipun dia tahu dia tak perlu berbuat demikian. Sementelah Jimin hanya menyertai mereka hanya untuk memenuhi misi yang diberi. Mungkin dia risaukan keselamatan Jimin kerana dia adalah ketua dan atas rasa tanggungjawab, dia harus memastikan keselamatan anak-anak buahnya.

“Kau risaukan Jimin?” Chanyeol sengaja menyoal lagi untuk memancing reaksi Jongin dan seperti yang dia jangka, Jongin merenung tajam ke arahnya sebaik sahaja dia menembak jejaka berkenaan dengan soalan berkenaan. Dan mungkin sebenarnya dia ingin tahu apa yang dibincangkan Jongin dan Jimin sebelum mereka berpisah siang tadi. Anehnya, dia dan Ri In masing-masing tidak dapat mendengar butir bicara antara Jongin dan Jimin.

“Sebenarnya aku lebih takutkan Tuan Jung. Mati aku kena siku dengan orang tua tu kalau ada apa-apa terjadi pada anak dara dia.” Sengaja Jongin cuba untuk berjenaka.

Chanyeol tergelak sinis. Tahu benar yang Jongin cuba untuk mengubah topik. Malam sudah lama melabuhkan tirai namun bayang Jimin masih tak kelihatan. Dan mereka harus bergerak sebelum tengah malam ke destinasi seterusnya.

“Aku rasa kita kena gerak sekarang.” Ri In muncul dari sebalik denai usai siap berpakaian, 
“kemungkinan besar ada kumpulan lain yang sedang menuju ke arah kita.” Ri In menyambung bicara.

Sebuah keluhan kecil dilepaskan Jongin. Berkemungkinan besar dia harus lepaskan Chanyeol dan Jimin pergi dahulu sementara dia patah balik untuk menjejaki Jimin. Namun pilihan yang diambil ada risiko tersendiri.

“Jongin?” Chanyeol membuang pandang ke arah Jongin yang kelihatan berada di dalam dunia sendiri.

“Kau orang jalan dulu. Aku akan ikut kemudian.”

“Apa maksud kau?” Ri In mengerutkan kening. Raut risau jelas terukir di wajah.

“Aku akan jejaki Jimin dan-“

“Biar aku pergi.” Chanyeol memotong butir bicara Jongin.

“Hah?” Jongin memandang wajah Chanyeol dengan riak wajah kosong.

Chanyeol mengeluh kecil. Tidak dapatkah Jongin melihat Ri In yang terang-terangan risaukan lelaki itu? Sekali imbas pun dia dapat mengesan riak cemburu Ri In meskipun ianya sekilas lalu.

“Kau jaga Ri In. Aku akan jejaki Jimin dan ikut kau orang dari belakang.”

Sorry lambat.” Jimin tayang riak tak bersalah. Manakala kedua tangannya sibuk mengibas baju dan seluar yang barangkali terlekat daun-daun kering. Kurang asam betul si Dark tadi. Sengaja melintas denai yang sempit menyebabkan pipi dan tangannya calar balar terkena ranting-ranting kayu.

“Kau dengan siapa tadi?” Chanyeol menyoal tanpa perasaan apabila dengan jelas dia dapat bau scent seseorang pada Jimin meskipun gadis itu berdiri jauh dari dia. Hatinya disapa perasaan tak enak memikirkan kemungkinan Jimin ada agenda tersembunyi.

Jimin melangkah ke arah kumpulan di hadapannya tanpa perasaan. Dia lantas memadam unggun api dihadapannya dengan pantas. “Aku nak cerita tapi ada kumpulan lain semakin menghampiri. Dan aku tak mahu kita habiskan tenaga kita untuk menentang musuh yang bukan lawan kita. Jadi boleh kita bergerak sekarang?”

Usai berkata demikian, Jimin segera meraduk semak di hadapannya sebelum bertukar menjadi werewolf. Dengan fur berwarna oren kemerah-merahan, dia lantas berlari laju menuju ke arah Livid Temple. Sengaja dia mendahului yang lain-lain untuk mengurangkan soalan-soalan yang bakal ditanya sama ada oleh Jongin, Chanyeol dan juga mungkin Ri In.

Yang pasti sekarang, mereka harus berhenti dahulu di mana-mana dan merangka strategi untuk menentang Minotaur!


1 under spell:

Anonymous said...


bestnyaaaaa snow....pls...pla sambung lagiiii...huhuhhuhy xpuassss...snow smbung entry panjang2 lagiiiiiii naaaa.... 😍😘

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review