Sunday, January 29, 2017

Bride Of The Alpha {4}

Posted by Snow_Queen at 11:02 PM

Jimin mendengus kecil tanda tak percaya dengan apa yang berada di hadapannya kini. Tidak jauh dari tempat dia berdiri kelihatan Jongin, Chanyeol dan Ri In berteduh di bawah pohon blossom cherry. Ketiga-tiga mereka rancak berborak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


You’re kidding me, right?” Dia menggumam kecil sebelum melangkah ke arah Jongin. Jadi ini kumpulan yang dimaksudkan Jongin? Jika ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak betis Jongin sekuat hati. Baru lelaki itu tahu siapa Jung Jimin.

Ri In yang leka berborak dengan Chanyeol dan Jongin terhenti butir bicaranya apabila matanya jatuh pada figura Jimin yang melangkah ke arah mereka. Muka kembarnya seakan bengang namun tak pula dia ketahui sebab musababnya. Adakah kembarnya juga menyertai Heux?

Hatinya kuncup apabila hakikat itu melintas dalam fikiran. Dia baru sahaja mahu bergembira apabila buat pertama kali Tuan Jung membenarkan dia menyertai Heux. Tuan Jung yang selama ini bertegas untuk tidak membenarkan dia menyertai sebarang pertandingan akhirnya bersetuju untuk membenarkan dia menyertai Heux tanpa sebarang bantahan.

Bukanlah dia tak boleh menerima hakikat bahawasanya Jimin juga akan menyertai pertandingan ini namun dia masih lagi mencari cara untuk mendekati Jimin meskipun Jimin acapkali hanya memandang dia dengan pandangan dingin. Dan menyedari hakikat bahawa dia terpaksa bersaing dengan kakaknya sendiri membuatkan dia tak senang duduk. Bagaimana jika salah seorang daripada mereka harus bertarung antara sesama sendiri?

“Apa yang kau buat di sini?” Tanpa sedar, mulutnya terlebih dahulu terlepas kata sebaik sahaja Jimin berdiri di sebelah Jongin.

“Kau rasa Tuan Jung akan benarkan kau sertai pertandingan ni tanpa pengawasan orang yang dipercayainya?” Jimin lancar memberi alasan untuk menutup sebab dia menyertai pertandingan ini.

“Maksud kau?”

“Maksudnya Jung Ri In…Aku harus mengawasi kau dua puluh empat jam sepanjang kita berada di dalam pertandingan ini. Tuan Jung masih anggap kau budak mentah untuk membiarkan kau bermain sendirian di luar.” Jimin mengukir senyum sinis.

“Kau tak payah nak sakitkan hati dia sampai macam tu sekali kot.” Chanyeol bersuara untuk menegur sikap Jimin apabila ekspresi muka Ri In berubah. Semenjak daripada hari pertama dia kurang senang dengan cara Jimin berinteraksi dengan Ri In. Seolah-olah ada perasaan tak puas hati Jimin pada Ri In.

“Aku hanya beritahu perkara yang betul saja.” Jimin jongket bahu sebelum melangkah pergi ke arah pinggir hutan. Bila-bila masa sahaja pertandingan akan dimulakan dan dia pasti hampir kesemua peserta daripada akademi yang berlainan sudah berada di sini.

“Jadi dia adalah ahli kumpulan keempat kita?” Chanyeol berpaling arah memandang Jongin dengan muka tak puas hati. Membayangkan mereka akan bersama selama tiga hari atau mungkin beberapa hari sudah cukup membuatkan Chanyeol sakit kepala.

Jongin tayang sengih tanda tak bersalah.  “ Tuan Jung letak syarat jika mahu Ri In sertai kita, Jimin harus sertai pertandingan ni. Kita tak punya pilihan bukan?”

Ri In menepuk lembut bahu Chanyeol tanda meminta lelaki itu untuk bersabar meskipun dia sendiri punya perasaan tak enak dengan kehadiran Jimin. Adakah benar kata-kata Jimin bahawa ayahnya tidak mempercayai dirinya? Dia akan buktikan bahawasanya dia tak selemah seperti yang ayahnya sangka!
-
Jimin sengaja memilih untuk berjalan di bahagian belakang sekali membiarkan Jongin, Ri In dan Chanyeol berjalan di hadapan. Pasukan-pasukan lain entah sudah berada di mana. Sebelum kesemua peserta dilepaskan, tuan rumah bagi pertandingan Heux pada tahun ini sudah memberikan mereka beberapa amaran dan nasihat beserta satu klu permulaan pertandingan.

Sudah pasti Jimin hanya bersikap acuh tak acuh sahaja kerana keutamaanya bukan untuk memenangi pertandingan ini. Semasa mereka melantik Jongin sebagai ketua kumpulan pun dia hanya tayang sengih. Selagi Ri In sihat dan dia dapat melunaskan misinya, dia tak perlu peduli dengan benda-benda lain namun ada satu benda yang menarik perhatiannya.

Cara Chanyeol memandang Ri In dan cara Ri In memandang Jongin berjaya menarik perhatiannya. Cinta tiga segi? Atau cinta sebelah pihak? Sepanjang dia berurusan dengan council, tidak pula pernah dia mendengar gosip liar mengenai Jongin.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia berkata pada Ri In jangan berharap sangat jika gadis itu berminat pada Jongin. Kerana pada akhir sekali, si jejaka yang akan memilih mate mereka dengan melakar tattoo nama sang gadis pada mana-mana bahagian tubuh badan mereka. Sebab itu mana-mana werewolf akan berhati-hati memilih mate mereka. Tersilap langkah, mereka akan menyesal seumur hidup jika mengukir nama si gadis yang mereka sukai namun si gadis tidak mempunyai perasaan yang sama. Dengan perkataan lain, that person is doom for life. Tidak akan ada mana-mana gadis yang akan mendampingi lelaki tadi dan lelaki itu harus hidup sendirian sehingga ke akhir hayat mereka.

“Jimin?”

“Huh?” Jimin jongket kening apabila melihat tiga pasang mata memandang ke arahnya. Kenapa tiba-tiba sahaja mereka berhenti?

“Kita harus tiba di bloom valley sebelum matahari terbenam. Kita kena bertukar untuk sampai dengan lebih pantas.” Jongin menerangkan rancangan mereka sekali lagi apabila ekspresi muka Jimin kelihatan blur.

“Oh.” Jimin menelan liur yang terasa kesat dikerongkong. Dia harus mencari alasan agar dia tak perlu travel bersama yang lain-lain untuk ke bloom valley.

“Boleh aku bercakap dengan kau sekejap, Jongin?” Jimin merenung wajah Jongin tepat tanpa membuang pandang ke arah Ri In dan Chanyeol. Dia melangkah ke arah sepohon kayu ara tanda dia akan menanti Jongin di situ dan juga sebagai tanda dia tak mahu perbualan dia dan Jongin didengari oleh kembarnya dan Chanyeol meskipun telinga werewolf peka dengan sebarang bunyi berdekatan dengan mereka. Dan dia ada taktik tersendiri untuk memastikan pasangan itu tidak mendengar butir bicaranya dengan Jongin.

Jongin melangkah ke arah Jimin sebaik sahaja dia memberi isyarat pada Ri In dan Chanyeol untuk bertukar dahulu. Dia akan menyertai keduanya sebaik sahaja dia selesai bercakap dengan Jimin.

“Apa hal?” Jongin menyilangkan tangan bawah dada sebaik sahaja dia menghampiri Jimin.

“Aku ada benda yang harus dibuat. Aku akan menyusul jejak kau orang ke blossom valley kemudian.” Tanpa perasaan dia menyatakan tujuannya.

“Kau gila? Kawasan sini bahaya untuk kau berjalan sendirian. Sebab itu mereka wajibkan kita  menyertai pertandingan ini secara berkumpulan.”

“Aku bukan budak kecil, Jongin. Dan kau tahu tujuan aku masuk pertandingan ini bukan untuk memenangi pertandingan bodoh ni.” Jimin merenung tajam wajah Jongin kali ini.

“Tak kira apa pun yang kau perlu buat, aku bertanggungjawab atas diri kau dan juga yang lain. Apa yang harus aku jawab pada Tuan Jung jika ada apa-apa yang terjadi pada kau?” Jongin membalas pandangan Jimin dengan renungan serupa tanda dia sama sekali tak setuju untuk melepaskan Jimin sendirian.

Oh, come on. Kau tahu kau tak perlu bertanggungjawab atas diri aku. Perlukah aku ingatkan kau bahawa jika aku ada misi yang perlu dilaksanakan, kau tak boleh halang aku? Jika kau menghalang aku, sama juga seperti kau mengingkari arahan Tuan Wu?”

Jongin mendengus geram dengan alasan yang keluar dari bibir mungil Jimin. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia cubit bibir itu daripada terus berkata-kata. “Pastikan kau sampai di blossom valley sebelum tengah malam atau aku akan jejaki langkah kau.”

Jimin menarik nafas lega melihat Jongin melangkah pergi menyertai Ri In dan Chanyeol  yang kini berada dalam bentuk werewolf sebelum ketiga-tiga mereka menghilangkan diri menelusuri denai-denai kecil di hadapannya.

“Dark, aku perlukan kau.” Jimin menyeru pendamping Lord Hwang. Sebelum Lord Hwang menghilangkan diri, Dark diamanahkan untuk membantu jika dia perlukan sebarang pertolongan.

Jimin tersenyum kelat melihat Dark muncul dari celah-celah denai dalam bentuk werewolf.
Perlahan-lahan Dark menghampiri Jimin dan menggesel kepalanya pada paha Jimin. Seolah-olah cuba untuk menceriakan gadis itu.

“Kau kalau buat baik macam ni mesti ada niat kan?” Jimin sengaja melemparkan senyuman sinis kali ini pada Dark sambil tangannya menepuk kepala Dark lembut sebelum dia memanjat naik belakang Dark. Kedua belah tangannya melingkar memeluk leher Dark untuk mengelakkan dia daripada jatuh.

Hay border, Dark. Dan kita harus berada di blossom valley sebelum tengah malam. Kau rasa kau boleh berkejar dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam waktu yang singkat?”

Dark mengeluarkan bunyi seolah-olah mengejek Jimin supaya tidak memandang rendah pada keupayaannya. Tanpa perlu Jimin memberi arahan lanjut, Dark memecut laju ke dalam hutan menuju ke Hay border, sempadan antara kerajaan werewolf dan makhluk peminum darah tegar yang mereka panggil vampyre.

2 under spell:

salmi fasliena said...

knp jimin tak bertukar jadi werewolf jugak ek?

salmi fasliena said...

knp jimin tak bertukar jd werewolf jugak ek...makin best ar citer ni...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review