Sunday, December 25, 2016

Bride Of The Alpha {1}

Posted by Snow_Queen at 9:31 PM
                                

Selatan Wilayah Roselle,

“Oy!”

Ri In terdorong ke hadapan setapak apabila seseorang merangkul kasar bahunya. Ekspresi mukanya jelas terkejut dengan serangan yang tiba-tiba itu.

“Park Chanyeol!” Ri In menyiku lembut rusuk kiri Chanyeol dan jejaka itu hanya tersengih tanda perbuatan Ri In tidak mendatangkan sebarang kesan padanya.

“Kenapa muka kau masam macam nenek tua semenjak dari tadi?” Chanyeol menyoal sebelum dia menghulurkan segelas rum pada Ri In. Harini merupakan hari jadi Ri In dan dia hanya mahu melihat senyuman menghiasi bibir gadis pujaanya itu.

Ri In menggelengkan kepala sebelum bertutur perlahan, “mana ada.”

Chanyeol ketawa kecil. “Kau mungkin boleh tipu orang lain, Jung Ri In. Tapi kau tak boleh tipu aku.”

Ri In menghirup minuman di tangan sedikit. Matanya meliar ke wajah-wajah tetamu yang datang sempena sambutan majlis hari jadinya yang sembilan belas.

“Ri In?”

Ri In kembali memberi perhatian pada Chanyeol yang masih memandang wajahnya. Sebuah keluhan kecil terlepas sebelum dia menarik Chanyeol ke satu salah sudut terlindung banquet hall, dimana sambutan hari jadinya di adakan. Chanyeol merupakan salah seorang rakan karibnya dan dia lebih selesa meluahkan rasa pada jejaka yang satu ini.

“Aku rasa tak sedap hati. Kebelakangan ni aku asyik mimpi benda-benda pelik.” Ri In mula meluahkan rasa risaunya. Sudah beberapa hari dia menyimpan perasaan tidak enak ini seorang diri. Hendak diberitahu pada ibu bapanya, kedua-duanya selalu sibuk. Hendak diluah pada atuknya, orang tua itu selalunya akan mengatakan dia overthinking dan seterusnya meminta dia lupakan sahaja benda-benda mengarut yang dia fikirkan.

“Mimpi bendapelik?”

Ri In mengangguk. “Aku selalu bermimpi aku jumpa seseorang yang mempunyai wajah seiras aku. Cuma raut wajahnya dingin dan paling aku takut setiap apa yang disentuh perempuan itu akan mati. Kau rasa ini merupakan petanda tak baik?”

Chanyeol melarikan pandangan matanya ke sekeliling sebelum dia mengangkat tangan untuk mengusap pipi mulus Ri In. Tanda dia mahu menenangkan hati perempuan yang disayang dalam diam itu. “Buat masa sekarang, enjoy majlis hari jadi kau. Aku janji aku akan cuba tanya atuk aku jika mimpi kau tu mempunyai sebarang makna. Jangan gusar okay? Sekarang senyum.”

Ri In tergelak kecil apabila Chanyeol tayang sengih lebar, menampakkan barisan gigi putih yang tersusun cantik. Chanyeol tahu bagaimana untuk menenangkan hatinya. Bukan dia tak tahu jejaka dihadapannya ini menaruh hati pada dia. Kalaulah dia punya kuasa untuk menyuruh hatinya menyukai Chanyeol, sudah pasti itu yang dia akan lakukan. Namun dia tak punya kuasa ke atas perasaan sendiri.

“Selamat hari jadi, Ri In!”

Ri In tala pandangan pada satu suara yang muncul dari belakang Chanyeol. Tanpa dipaksa, senyuman menawan terukir di bibirnya pabila Kai muncul sambil memegang sejambak bunga ros biru. Bunga kegemarannya.

“Kau datang! aku ingat kau dah lupa.” Ri In sengaja memasamkan kembali mukanya. Sengaja ingin menyakat Kai dan serta-merta perasaan tidak enak yang menghiasi benak hatinya kebelakangan ini hilang.

Chanyeol tersenyum tawar sebelum mengundur diri, menapak ke arah kawan-kawannya yang lain. Dia tak mahu melihat sketsa di antara Ri In dan Kai. Hatinya sudah banyak kali tercalar namun dia tak punya pilihan. Dia sayangkan Ri In namun dia takut persahabatan dia dan Ri In akan hancur jika dia meluahkan perasaanya pada gadis itu.

Dan lebih baik dia menjauhkan diri daripada keduanya sebelum animal instinctnya datang menguasai diri. Bukan mudah untuk werewolf menahan diri jika mereka sudah diamuk cemburu dan dia juga tak mahu mengambil risiko menyerang Kai, salah seorang sahabat baiknya. Tidak berbaloi untuk dia bertindak bodoh dan kehilangan orang-orang kesayangannya.
-
Ri In tersenyum nipis. Boleh dikatakan malam ini semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Untuk majlis hari jadinya kali ini, sengaja dia meminta kepada kedua ibu bapanya untuk menyerahkan perancangan majlis kepadanya meskipun kedua-duanya membantah permintaan dia pada awalnya.

Meskipun ada beberapa insiden yang kurang menyenangkan dalam tempoh masa merancang majlis ini, namun kini dia boleh tersenyum gembira dengan hasil penat lelahnya. Ri In mengerling pada jam di pergelangan tangan. Sudah hampir waktunya untuk dia memotong kek.

Tawa kecil terlepas kecil daripada bibirnya apabila Baekhyun menyebut insiden kelakar yang terjadi pada Chanyeol pada petang semalam namun tidak semena tawanya mati. Jantungnya berdegup laju dan pandangan matanya mula meliar seolah-olah cuba mencari sesuatu. Sesuatu yang dia tak pasti namun pandangannya mati pada pintu utama banquet hall apabila pintu kayu itu ditolak dari arah luar.

“Ri In?” Kai menegur Ri In apabila wajah gadis di hadapannya tidak semena-mena pucat sedangkan gadis itu baik-baik saja tadi.

Nafasnya tertahan apabila melihat figura yang melangkah masuk. Ri In hampir mahu menampar pipi sendiri untuk memastikan dia tak bermimpi.

Seorang gadis bergaun berwarna hitam melangkah masuk dan mata semua tetamu bagaikan disihir mengikut gerak langkah si gadis. Sanggul diikat rapi menampakkan sisi elegant gadis itu namun itu bukan punca utama yang membuatkan Ri In terpaku melihat gadis itu.

Apa yang membuatkan dadanya hampir meletup ialah wajah itu seiras dengan dirinya! Sama seperti figura yang selalu dia mimpikan kebelakangan ini. Tangannya mulai menggigil dan tanpa sedar gelas yang dipegang terlerai lalu jatuh terhempas ke atas lantai. Berderai. Dan entah bila pandangan matanya gelap.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review