Monday, October 3, 2016

Blood Tie; The Beginning ✫40✫ *FINAL*

Posted by Snow_Queen at 2:00 PM
Anak matanya meliar. Degupan jantung sudah mula memainkan irama songsang. Berdetak tidak sekata namun ekspresi wajahnya cuba dikekalkan seperti tiada apa yang berlaku walhal sudah puluhan kejian dia lafazkan dalam hati.

“Apa tujuan kau hidupkan aku sebenarnya?”

Hyness menarik nafas panjang apabila suara Black Witch kedengaran umpama bisikan angin lalu di cuping telinga meskipun tuan punya tubuh tak kelihatan di mana-mana.

“Kita harus keluar dari sini dahulu. Kita dah tak punya banyak masa.” Suara yang keluar dari mulutnya kedengaran seolah dia sedang merayu kini. Bila-bila masa orang suruhan elders akan muncul dan jika dia tak bawa Black Witch ke sempadan hutan fxrest sebelum Jae Joong dan yang lain-lain muncul, peluang untuk melepaskan diri akan menjadi tipis. Sudah berabad lamanya dia mengelakkan diri daripada dijejaki oleh orang suruhan elders dan kini Black Witch seakan bermain dengan kesabarannya. Mereka tidak tahu dia sudah tidak seampuh dulu. Dia hanya menyembunyikan kelemahannya disebalik raut wajah yang bengis.

“Jadi, apa tujuan kau hidupkan aku sebenarnya?”

Sekali lagi suara gemersik itu berlalu dicuping telinganya namun dia masih lagi gagal mengesan kedudukan Black Witch. Sekali lagi dia menyumpah di dalam hati atas kelalaian dirinya. Entah bila Black Witch meloloskan diri daripada pegangannya. Tahu-tahu sahaja, ahli sihir yang digeruni itu sudah hilang daripada pandangan mata.

“Bukankah sudah aku jelaskan bahawa aku mahu menyambung cita-citamu yang tak kesampaian, Black Witch? Aku mahu kegelapan mengambil alih tampuk pemerintahan dua dunia dan aku tahu hanya kau yang mampu lakukannya.”

“Bohong!”

Hyness mengerang kesakitan apabila terasa satu tujahan padu menghentak rusuk kirinya sekaligus menyebabkan tubuh badannya melayang ke udara lantas bertemu dengan pangkal pokok oak yang berusia ribuan tahun. 

Terasa bisa kesakitan menjalar di setiap sendi tubuh badan and dia seakan lumpuh seketika. Tidak dia sangka rancangannya akan bertukar menjadi begini. Sangkanya Black Witch senang diuruskan namun telahannya nyata tersasar. Perempuan tua itu nyata tidak mudah mempercayai seseorang. Tidak hairanlah Black Witch dahulu terkenal dengan sikap keangkuhannya. Perempuan sihir itu suka bergerak secara sendirian meskipun mempunyai ramai pengikut. Dia hanya akan menggunakan pengikutnya untuk hal-hal tertentu.


Hanna memicingkan matanya melihat tubuh Hyness yang masih tersadai di perdu pokok oak berjarak beberapa kaki sahaja daripada kedudukannya. Sengaja dia melengahkan masa supaya Yui dan yang lain-lain akan dapat mengesan kedudukan dia dan Hyness.

Berada di dalam badan Black Witch membuatkan dia berasa resah kerana jasad wanita sihir itu seakan-akan mahu memegang erat rohnya sekaligus membuatkan dia mendiami jasad berusia ratusan tahun itu selama-lamanya. Tidak dia nafikan dia berasa seronok  dengan kekuatan dan kuasa yang mengalir dalam setiap urat darah tubuh Black Witch yang seakan mahu bersatu dengan rohnya namun dia juga tahu jika dia mengalah dengan turutan hatinya, kemungkinan untuk dia keluar daripada jasad Black Witch adalah sangat tipis. Oleh itu dia harus berhati-hati!

Hanna menekan telapak kaki kanannya ke atas dada Hyness yang masih terbaring lesu. Senyuman sinis terukir dibibir apabila dia dapat merasai kehadiran yang lain-lain. Oh, wayang yang sempurna akan dimulakan sekarang.

“Hyness!”

Jae Joong menjerit lantang melihatkan Hyness terbaring lesu di atas tanah. Seakan sudah lumpuh sedangkan Black Witch berdiri di sisi lelaki itu seakan menunggu mereka semua.

Tawa kecil meletus daripada mulut Hyness. Perlahan dia bangkit daripada pembaringannya meskipun masih terasa sakit. Tidak dia sangka penangan Black Witch sekuat ini namun tidak pula dia akan biarkan Black Witch merosakkan rancangannya. Matanya dipicing tajam  ke arah Jae Joong, Yunho, Changmin, Junsu dan Yoochun sebelum anak matanya jatuh tepat ke arah jasad Hanna.

“Lama kita tak berjumpa, sahabat lama.” Pandangan matanya masih lagi kekal memandang Hanna.
Jae Joong menarik tangan Hanna agar gadis itu berlindung di belakangnya pabila dia mengesan pandangan mata Hyness pada soulmatenya.

“Menyerah pada elders, Hyness. Rancangan kau sudah musnah. Tiada apa lagi yang kau boleh buat.” Yunho bersuara, seakan memujuk anak kecil untuk pulang ke rumah setelah hari senja.

“Kauorang semua ni membosankan betul.”

Semua mata kini tertumpu ke arah Black Witch.

Jae Joong melirik tajam ke arah wanita itu. Untuk menghadapi Hyness bukan satu tugasan yang mudah dan kini dalam masa yang sama mereka harus menghadapi Black Witch. Dia tahu wanita sihir itu bukan calang-calang lawan. Jika tersilap langkah, maut bakal menanti mereka semua.

“Apa kata kauorang hiburkan aku? Pemenang akan dapat hadiah lumayan. Aku tahu setiap titis darah perempuan ini sangat berharga.” Black Witch menyeringai sebelum mengalihkan pandangannya pada jasad Hanna yang kini berada di sebelahnya. Sengaja dia melingkarkan tangannya di pinggang gadis itu. Hanna pula bagaikan patung, hanya membiarkan apa sahaja yang Black Witch lakukan pada dirinya.

“Hanna!” Jae Joong mahu mengorak langkah untuk dapatkan Hanna namun pergerakkannya mati apabila Yoochun menggengam erat lengannya.  Entah bila Black Witch dapatkan Hanna. Tahu-tahu saja susuk tubuh Hanna sudah berada dalam cengkaman Black Witch.

“Apa yang kau mahu?” Yunho menggengam erat senjatanya. Strategi perlahan-lahan dirangka di dalam mindanya bagaimana untuk tumpaskan dua lawan yang hebat di hadapannya.

“Ini peluang untuk kau buktikan yang kau akan jadi pembantu aku yang bagus, Hyness. Hapuskan mereka berlima. Aku akan hantar mayat mereka berlima kepada elders sebagai hadiah kebangkitan aku.” Black witch ketawa galak sebelum lenyap daripada pandangan bersama Hanna.

“Hanna!” Jae Joong menggengam penumbuk erat. Tubuhnya menggigil marah namun dia tahu dalam keadaan begini dia boleh hilang tumpuan! Lalu tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia menyerang Hyness yang sudah dalam keadaan siap siaga.
_________________________________________________________________________________

“Perlu la kau berdrama sampai macam tu sekali?” Yui menjeling ke arah Hanna yang berada di dalam jasad Black Witch.

“Shuushh- Fokus.” Hanna mengerutkan keningnya sambil memerhatikan Hyness bertempur dengan Jae Joong dan yang lain-lain. Sengaja dia menggunakan jasadnya sendiri sebagai umpan untuk membeli masa.

Dalam masa yang singkat, dia harus mencari kelemahan Hyness. Dengan kuasa Black Witch, tidak sukar untuk melumpuhkan Hyness namun bagaimana dia mahu mencari kunci untuk bunuh lelaki kebal itu? Dia tidak mahu mengambil risiko untuk kehilangan jejak Hyness lagi.

“Kau tahu dengan kuasa Black Witch, Hyness akan dapat dilumpuhkan bukan?” Yui bertanya.

“Aku tahu tapi kuasa Black Witch sendiri tak dapat mematikan dia. Jasad Black Witch tidak berfungsi dengan sepenuhnya kerana kita sudah ‘ikat’ roh Black Witch. Kita boleh bawa dia pada elders namun siapa boleh beri jaminan yang dia tak akan terlepas daripada genggaman elders?” Hanna membalas.

“Dan kau tahu kita tak punya banyak masa bukan? Kau harus keluar daripada tubuh Black Witch sebelum awan yang melindungi bulan malam ini hilang daripada pandangan.”

Yui dan Hanna sama-sama membuang pandang ke langit hanya untuk melihat awan yang menutupi bulan perlahan-lahan bergerak seolah tidak sabar mahu memberi laluan pada bulan untuk mengambil alih pentas malam. Menyinari angkasa dengan cahayanya.

“Kalau aku gagal untuk berbuat demikian, janji pada aku Yui. Hidup sebagai aku dan bahagiakan Jae. Aku akan bawa Hyness bersama aku sebagai Black Witch dan mati bersama dia.”

“Jangan jadi bodoh! Aku tak mungkin akan jadi kau. Tempat aku bukan di sini, Hanna. Aku hanya muncul kerana sebuah janji dan janji itu akan terurai selepas Hyness mati. Jadi pastikan kau hidup dan bahagiakan orang kesayangan kau.” Yui kembali membuang pandang ke arah pertarungan yang sedang terjadi di bawah.

Junsu dan Changmin sudah berundur ke belakang, menahan bisa serangan Hyness dan membiarkan Yunho, Yoochun dan Jae Joong mengusai medan pertarungan.

 Hanna mendengus resah. Meski beberapa detik sudah berlalu, dia masih gagal mengesan kelemahan Hyness. Seolah-olah lelaki itu langsung tiada kelemahan.

“Aku rasa kita tak punya cara lain.” Perlahan Hanna menggumam apabila pertarungan mula kelihatan berat sebelah. Keadaan kini mula memihak pada Hyness.

“Jangan cakap yang kau akan-Hanna!”

Yui menjerit kecil apabila Hanna melompat turun dari sebalik rimbunan pohon tempat persembunyian mereka menuju ke arah Hyness. Dia menyumpah apabila jasad Hanna gagal digerakkan. Pastinya gadis itu sudah mengenakan sihir pada tubuh badan sendiri untuk melumpuhkan dia seketika.


“Aku rasa bosan menunggu. Tak boleh ke kau habiskan pertarungan ini dengan cepat?”

Hyness menjeling tajam ke arah Black Witch yang  tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Dia mendengus kecil pabila Black Witch menepuk belakangnya beberapa kali sebelum wanita itu mencapai ranting kecil di atas tanah.

Beberapa saat kemudian, ranting itu bertukar menjadi sebilah pedang  dan kini Black Witch berdiri menghadap Jae Joong. “Mari kita berlawan secara adil dan saksama, anak muda.”

Tanpa memberi peluang kepada Jae Joong, Black Witch segera menyerang jejaka itu dengan segala kudrat yang ada. Mahu atau tidak, ini satu-satunya cara yang dia ada. Dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi Jae joong.

Hyness yang melihat Black Witch mula memihak kepadanya, kini mengorak langkah menuju ke arah yang lain-lain. Dia akan buktikan pada Black Witch yang dia adalah pilihan yang tepat untuk perempuan itu!
_________________________________________________________________________________

Tiada siapa pun yang menyedari, namun entah bila mereka berdua sudah mula bergerak jauh ke dalam hutan. Serangan demi serangan dikeluarkan untuk melumpuhkan pihak lawan meskipun dia hanya berpura-pura menyerang sahaja.

Telapak tangan ditekap pada bahu kiri yang terasa perit apabila Jae Joong berjaya mematahkan serangannya yang bertalu-talu. Darah merah terasa hangat mengalir keluar meskipun hanya untuk beberapa saat.

Kini dia memandang tepat ke dalam anak mata Jae Joong meskipun jejaka itu dalam keadaan bersiap siaga untuk menyerang dirinya.

“Aku nak ucapkan terima kasih. Disebabkan kau, aku dapat belajar banyak benda dalam hidup aku. Meskipun kita tak berjodoh dalam hidup kali ni, aku harap kita akan bersama dalam hidup akan datang.”

Jae Joong mengerutkan dahinya. Terasa pelik apabila Black Witch tiba-tiba sahaja berkata sedemikian namun sebelum sempat dia dapat berfikir dengan lebih lanjut, Black Witch tiba-tiba sahaja meluru ke arahnya.

Hanna memejamkan matanya. Sesekali terasa nafas tersangkut di kerongkong dan dia tahu masanya sudah suntuk. Sengaja dia bermain tipu helah agar Jae Joong mengikut dia jauh ke dalam hutan ini supaya rancangannya berjalan lancar.

“Black Witch hanya akan mati apabila orang kesayangannya bunuh dia. Itu sumpahan turun temurun di dalam keluarganya.” Yui memberi penjelasan.

“Jika aku menguasai tubuh Black Witch, dan Hyness tak dapat ditumpaskan satu-satunya cara adalah dengan mengenakan sumpahan pada Hyness dan biar Jae Joong bunuh aku. Dengan itu apabila aku mati, Hyness juga akan turut mati?”

“Sebab di dalam tubuh kau, mengalir darah keturunan Black Witch. Tapi itu pilihan terakhir kita. Selagi kita mempunyai masa untuk mencari kelemahan Hyness, kita tak akan gunakan cara ini.” Yui memberi amaran dengan tegas.

Hanna ketawa kecil. Siapa sangka dalam detik begini, sebuah rahsia besar terbongkar. Siapa sangka orang yang dianggap ibunya sendiri selama ini bukan ibu kandungnya. Dan ironinya, mati di tangan Jae Joong bukan sesuatu yang buruk. Sekurang-kurangnya dia mati di tangan Jae Joong. Orang kesayangannya.

“Hanna!”

Lamunannya berkecai dibawa angin lalu apabila satu suara memanggil namanya. Sesaat kemudian, kelihatan Yui yang masih mendiami jasadnya melutut di sebelah. Senyuman kecil dia ukirkan untuk Yui sebelum pandangannya tertancap pada Jae Joong yang memerhatikan dia dengan Yui dengan pandangan keliru.

“Aku minta maaf. Ini satu-satunya jalan yang aku nampak.”

“Bodoh! Kenapa kau tak tunggu? Kenapa kau pilih jalan ni?” Yui memandang wajah Hanna dengan rasa kecewa.

“Sebab aku sanggup buat apa sahaja untuk orang-orang yang aku sayang.”

Air mata mengalir apabila jasad Black Witch kaku selepas itu. Perlahan dia mengusap pipi Black Witch sebelum membuang pandang ke arah Jae Joong.

“Hanna dah pergi. Aku minta maaf.”


Angin menampar lembut batang tubuhnya. Seakan cuba memujuk rawan di hati. Rakan-rakan terdekat sudah meninggalkan tapak perkuburan. Yang tinggal, hanyalah dia dan sepi. Tidak dia sangka Hanna akan mengambil jalan ini semata-mata untuk memastikan dia dan yang lain-lain selamat. Harga pengorbanan yang dibayar Hanna adalah sangat tinggi dan dia pasti, dia tak mampu untuk membalasnya.

Perlahan-lahan memori semalam menerjah kembali ke dalam fikiran. Bagaikan wayang percuma yang menyeksa hati dan perasaanya.

“Apa maksud kau? Kenapa kau berperangai pelik ni?” Jae Joong memandang ke arah Hanna yang masih melutut di sebelah jasad Black Witch yang kini sudah tak bernyawa.

“Aku bukan Hanna. Aku Yui, guardian keturunan keluarga Hanna. Aku hanya akan muncul apabila Hanna berada dalam kesusahan. Hanna,” Yui kembali menala pandangan pada jasad Black Witch yang kini kaku, “Dia berada di sini. Mengambil alih tubuh badan Black Witch semata-mata untuk memperdayakan Hyness.”

Jae Joong berundur setapak ke belakang. Cuba mencerna cerita seterusnya yang disampaikan oleh Yui dan akhirnya dia sendiri terduduk di tanah, terpana dengan hakikat Hanna mati ditangannya sendiri dan dengan matinya Hanna, Hyness juga akan mati kerana sihir gluex;sihir yang mengikat dua roh menjadi satu, dikenakan Hanna pada Hyness sebelum buah hatinya mengumpan dia masuk jauh ke dalam hutan atas nama pertarungan. Padanlah Black Witch lebih banyak mempertahankan diri daripada menyerang!

“Aku minta maaf sebab gagal halang dia daripada buat keputusan bodoh ni.” Yui menggumam lemah sebelum kembali memandang ke arah Jae Joong kini mempamerkan wajah beku.

Jae Joong membuang pandang ke arah langit apabila rintik-rintik hujan mula turun sekaligus mengusir kenangan semalam pergi. Black Witch dan Hanna dikebumikan sekali atas permintaan Yui dan jasad Hyness dibakar untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang mungkin akan terjadi jika pengikut Hyness cuba untuk membuat onar dengan menghidupkan kembali lelaki itu.

“Aku nak ucapkan terima kasih. Disebabkan kau, aku dapat belajar banyak benda dalam hidup aku. Meskipun kita tak berjodoh dalam hidup kali ni, aku harap kita akan bersama dalam hidup akan datang.”  Suara Hanna seakan berbisik lembut dicuping telingannya dan dia mengukir senyuman nipis.

“Aku percayakan kelahiran semula dan aku akan tetap tunggu kau sehingga kita bersatu kembali.” Jae Joong menggumam perlahan sebelum dia melangkah pergi meninggalkan cinta hatinya bersemadi dengan aman. Kerana dia tahu meskipun dia tidak berjodohan dengan Hanna kali ini, dia pasti akan bersama dengan Hanna dalam kehidupan seterusnya.

-Tamat-



*ehem, selepas beberapa tahun, bertemu penamat juga cerita ini. Minta maaf ambil masa yang lama untuk siapkan Blood Tie ni dan harap juga tak adalah yang baling periuk belanga dekat Snow sebab buat ending macam ni ehehehe.*-Snow
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review