Tuesday, March 29, 2016

Blood Tie; The Beginning ✫38✫

Posted by Snow_Queen at 12:43 PM
Jae joong mendengus resah. Dua puluh empat jam sudah berlalu namun masih tiada khabar berita mengenai kehilangan Hanna. Dia sudah habis ikhtiar kala ini. Hampir seluruh Bandar dia terokai untuk mengesan kedudukan Hanna, termasuk kawasan dark alley namun segala usahanya tidak membuahkan hasil.  Dan kini mereka semua hanya ada masa kurang dari dua belas jam sebelum masa menginjak pukul dua belas tengah malam.

Dia menoleh pandang ke arah pintu apabila seseorang menapak masuk. Hanya senyuman kelat dia hadiahkan pada Yunho apabila lelaki itu menghampiri.

“Junsu dan Changmin baru sahaja pulang daripada berjumpa dengan elders. Nampaknya Hanna bukan berada dibawah pengawasan mereka, Jae.” Yunho menepuk lembut bahu Jae joong sebelum dia menyambung bicara, “kau tahu kan apa maksudnya?”

“Hyness.” Jae Joong mengetap rapat bibirnya. Kala ini terasa menyesal kerana tidak menghabisi nyawa Hyness apabila dia diberi peluang dahulu. Namun dia juga tahu tiada gunanya menyesali benda yang telah terjadi. Apa yang penting sekarang bagaimana mereka harus menjejaki Hanna dan memastikan ritual yang dirancang Hyness tidak akan berlangsung?

“Kyra dan yang lain-lain sudah siapkan semua kelengkapan, Jae. Kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk apa yang bakal berlaku pada malam ini.”

“Dan juga kemungkinan Hanna bakal memihak pada mereka?”

Yunho mengangguk lemah. “Termasuk yang itu juga.”

“Aku tak akan benarkan sesiapa pun apa-apakan Hanna jadi pastikan kauorang tak cederakan dia.” Jae Joong menjeling tajam ke arah Yunho. Meskipun dia tak bermaksud untuk mengugut sahabat baiknya itu, namun pilihan apa lagi yang dia ada? Dia tak boleh kehilangan Hanna dan dia akan pastikan Hanna baik-baik saja meskipun gadis itu bukan lagi dirinya yang dahulu.

“Kau tahu aku tak boleh janji tapi aku akan cuba sedaya upaya memastikan orang-orang kita tak mengapa-apakan Hanna. Namun kau harus ingat Jae..Jika Hanna menyerang mereka, mereka mungkin akan buat apa saja untuk pertahankan diri mereka.”

Jae Joong meraup mukanya dengan kasar sebelum berpaling menghadap ke arah Yunho sekali lagi. “Kita masih ada masa kan? A-aku rasa kalau kita-“

“Masa kita sudah semakin suntuk, Jae. Ian mahu kita berjumpa dengan dia di pinggir hutan fxrest senja ini dalam masa dua jam. Dia kata dia ada petunjuk mengenai kedudukan Hyness. Tapi jangan terlalu berharap sangat, Jae.

Kalau kita sampai tepat pada masanya kita mungkin ada harapan untuk selamatkan Hanna. Tapi jika mereka sudah melakukan ritual itu, itu bermakna Hanna bukan lagi dirinya.” Yunho melangkah pergi sebaik saja dia usai berkata-kata. Melihat Jae Joong bakal kehilangan soul matenya juga membuatkan hatinya sakit. Sama ada mereka berjaya selamatkan Hanna atau tidak, dia harus pastikan Hyness jatuh dan tidak akan dapat bangkit buat selama-lamanya dengan apa cara sekali pun!
-
Hanna menyumpah apabila langkahnya tersadung sekali-sekala akibat tangannya direntap oleh orang suruhan Hyness tika dia berjalan. Dia mengecilkan matanya apabila pandangan didongak ke atas. Cuba untuk menganalisis keadaan sekeliling. Senyuman sinis tersungging di bibir tatkala dia melihat kelibat Yui melompat dari satu anak pokok ke anak pokok lain.

Namun ada rasa hairan mengulit hati. Dia cuba untuk mengenal pasti lokasinya ketika ini namun agak sukar untuk dia berbuat demikian kerana dia pasti dia tidak pernah jejakkan kaki ke lokasi asing ini. Apa yang mampu dia buat kala ini hanyalah meletakkan kepercayaanya pada Yui.

 Serasa sudah lama benar dia berjalan bersama kumpulan pengiring Hyness. Semakin lama mereka semakin jauh ke dalam dan semakin sukar untuk cahaya matahari menembusi masuk ke dalam. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk menyesuaikan penglihatan di dalam kelam. Jika tidak dikenang perjanjian yang dimeterai bersama Yui pada malam tadi, mahu sahaja dia menyerang orang-orang Hyness ini meskipun peluang untuk dia menang sangat tipis dalam keadaan dia lapar dan dahaga.

“Berhenti!”

Hanna mengerutkan kening apabila mereka berhenti di hadapan runtuhan seakan temple lama. Yang tinggal kini hanyalah tapak di tengah bersama beberapa tiang yang masih berdiri kukuh. Terdapat beberapa ukiran aneh di tiang-tiang yang masih kukuh itu meskipun kebanyakkannya sudah bersalut lumut.

Keningnya bertaut sekali lagi apabila seorang lelaki tunduk dan menguis tanah berhampiran tapak temple lama berkenaan untuk beberapa ketika sebelum lelaki itu menarik sekeping papan ke atas. Hanna terdorong kehadapan apabila tangannya yang bergari ditarik kasar oleh seorang lelaki lain yang memakai robe merah menuju ke arah lelaki yang masih memegang papan berkenaan. Apabila dilihat dengan teliti ternyata ianya merupakan pintu laluan ke bawah tanah.

Dia menunduk apabila lelaki robe merah membawanya masuk ke dalam laluan bawah tanah bagi mengelakkan kepalanya terhantuk sebelum seorang lagi lelaki ikut masuk ke bawah. Kembang kempis hidungnya apabila bau-bau hamis menerjah deria baunya.

Laluan ke bawah semakin lama semakin lebar dan mereka bertiga berhenti di hadapan sebuah pintu besi di hujung lorong. Bunyi berkeriut terhasil apabila lelaki robe merah membuka pintu berkenaan dan dengan jelas Hanna dapat lihat suasana dalam bilik berkenaan yang gelap. Seumpama sebuah bilik kurungan yang kecil.

Damn!” Hanna menyumpah apabila belakang tubuhnya ditolak kasar oleh lelaki yang berada dibelakangnya untuk masuk ke dalam ruang bilik berkenaan sebelum tangannya diikat di tiang besi di sudut bilik oleh lelaki tadi.

Lelaki robe merah pula menghidupkan jamung-jamung api yang berada di dalam bilik berkenaan supaya suasana di dalam bilik berkenaan cerah.

Enjoy detik-detik terakhir kau sebelum tengah malam tiba dalam masa beberapa jam lagi.” Lelaki robe merah tersenyum sinis sebelum melangkah keluar bersama rakannya sebelum pintu besi ditutup rapat dari arah luar.

“Kau tahu ni tempat apa?”

Hanna jungkit bahu pada Yui yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Roh itu berpusing bebas di udara. Sekali lihat, Yui seakan-akan sedang berenang pula.

“Ini merupakan kuil suci tinggalan puak desliaf pada suatu ketika dahulu. Mereka menggunakan kuil ini untuk memuja nenek moyang mereka. Dan sekarang, Hyness akan gunakan tempat ini untuk bangkitkan Black Witch.”

“Kenapa sini?” Hanna bertanya.

“Entah. Mungkin sebab tempat ini strategik.” Yui menyeringai sebelum berdiri di hadapan Hanna.

“Strategik?”

Yui angguk kepala sebelum kembali melayang ke udara. “Sebab ini merupakan titik pertemuan utara, selatan, barat dan timur. Ada yang menyatakan jika sesebuah ritual dilakukan di sini, kebarangkalian untuk ritual itu berjaya tinggi. Itu mitos yang aku dengar.”

Hanna tergelak kecil. “Dan kau tahu aku tak peduli dengan semua itu asalkan kau masih ingat rancangan asal kita.”

“Oh, sayang. Aku tak akan mungkiri janji aku jadi jangan bimbang.”

“Dan Hyness pasti tak akan sangka dia bakal mati pada malam ini.” Kini giliran Hanna untuk menyeringai sinis.

Yui ketawa galak sebelum memandang tepat ke arah Hanna. Bibirnya menggumam sesuatu sebelum dia melayang ke arah belakang Hanna. “Jadi kau sudah bersedia?”


Hanna menelan liur yang terasa kesat dikerongkong. Apa pun yang bakal berlaku sekarang, dia tiada jalan lain lagi melainkan menyerahkan tubuh badanya pada Yui. Anggukan kecil diberi sebagai tanda izin dan dalam masa beberapa saat saja pandangannya kelam gelap.
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review