Sunday, January 10, 2016

New Teaser

Posted by Snow_Queen at 12:00 AM
"Aku paling benci perempuan berlagak suci dan lemah macam kau!" Setiap patah perkataan yang dituturkan penuh dengan kebencian yang meruap-ruap meskipun ekspresi mukanya beku. Langsung tiada perasaan.

"A-aku tak faham. Kenapa kau benci aku sangat?" Air mata mengalir turun tanpa dipinta. Seperti rantai mutiara yang putus akibat rentapan seseorang lantas jatuh berguguran ke lantai.

Ketawa sinis terhasil dari rengkung. Jimin menatap tajam wajah gadis di hadapannya. Air mata yang mengalir di pipi mulus Ri In tampak murah kala ini. Langsung tiada makna baginya. Mana mungkin akan beri kesan pada hatinya juga kala ini.

"Bila aku fikir yang aku harus lindungi orang macam kau, hati aku sakit sebab apa?" Jimin menelan liur sebelum kata-kata penuh bisa diluahkan pada Ri In meskipun dia tahu apa yang dia bakal ucapkan akan sakiti hati kembarnya. "Sebab orang macam kau langsung tak layak untuk dilindungi. Kau patut mati saja, Ri In."

Ri In menatap wajah beku Jimin. Tangannya menggengam erat hujung bajunya sendiri seolah-olah cuba untuk meraih kekuatan ghaib supaya dia kekal berdiri meskipun pandangannya sudah kabur dek air mata semenjak dari tadi. Sungguh dia tak faham mengapa Jimin berkeras menolak kehadirannya meskipun dia cuba mendekati.

"A-aku tak-"

"Kau tak perlu faham! Kau hanya perlu buat apa yang perlu dibuat supaya aku tak rasa pengorbanan aku sia-sia. Berhenti dekati aku. Berhenti cuba masuki dunia aku. Kau tak mahu lihat devil yang bersembunyi disebalik jasad seseorang yang bernama Jimin." Sengaja dia potong apa yang ingin dikatakan oleh gadis berambut hitam itu. Jimin menepuk lembut pipi Ri In yang basah sebelum dia berundur setapak ke belakang.

"Ingat pesanan aku baik-baik." Jimin berpaling pergi usai saja dia berkata sedemikian. Hatinya meruap dengan kemarahan secara tiba-tiba dan dia perlu lakukan sesuatu untuk lepaskan semua kemarahan yang tiba-tiba saja berbuku di hati.

"Ri In."

Ri In melarikan pandangan untuk menatap tuan punya suara yang tiba-tiba saja muncul sebaik saja Jimin melangkah pergi. Meskipun dia cuba untuk tak mengalirkan air mata di hadapan jejaka itu, dia gagal.

"Jong In, aku t-tak faham."

"Sshh- Kau tak perlu cakap apa-apa." Jong In menarik gadis di hadapannya ke dalam dakapan. Dibiarkan Ri In menangis sepuas hati sementara dia melarikan pandangan ke arah tubuh Jimin yang makin menjauh sebelum menghilang di sebalik bangunan kelas dark art. Keningnya dikerutkan tanpa sedar. Persoalan demi persoalan memenuhi benak fikiranya. Dan yang paling utama mengapa Jimin tiba-tiba sahaja berubah laku?

Baru saja dia mahu larikan pandangannya ke arah Ri in semula, pandangan matanya terhenti ke arah batang tubuh Chanyeol yang berdiri tidak jauh dari mereka. Jejaka itu hanya merenung mereka berdua tanpa sebarang ekspresi.

Mulutnya ingin mengatakan sesuatu namun Chanyeol terlebih dahulu mengundur diri, mengikuti langkah Jimin yang hilang disebalik bangunan yang sama. Chanyeol, kau jangan buat benda bodoh. Hatinya berharap meskipun dia takkan dapat menduga apa yang Chanyeol akan lakukan sekarang. Harap-harap lelaki itu tak sakitkan hati Jimin kerana dia tahu Chanyeol tak akan sesekali menyakiti perempuan secara fizikal melainkan dia terdesak.
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review