Monday, January 18, 2016

Blood Tie; The Beginning ✫36✫

Posted by Snow_Queen at 9:29 PM
“Jangan sentuh aku!”

Hyness ketawa galak. Mata hitamnya merenung tepat ke arah gadis yang sedang berdiri di hadapannya meskipun gadis itu memalingkan muka menghadap ke arah lain kini.

Siapa sangka kerjanya akan jadi semudah ini dengan adanya umpan yang sangat bagus. Dia akui orang bawahannya melakukan kerja dengan baik sekali kali ini namun takkan mudah untuk dia memuntahkan pujian pada mereka. Ego dan angkuh sudah sebati dalam dirinya sebagai ketua kegelapan, masakan dia harus merendahkan diri untuk memuji orang bawahannya. Lagi pula mereka itu hanyalah alat untuk dia capai matlamat yang sekian lama sudah terangka di minda!

“Aku pasti kau tahu mengapa kau di sini pada saat ini bukan? Selamat datang ke dunia kegelapan dan kini kau akan duduk di tempat yang sepatutnya kau duduki semenjak sekian lama.” Hyness memalingkan wajah Hanna agar gadis itu memandang tepat ke arahnya namun yang diterima adalah air liur ludahan Hanna.

Tangan kiri terangkat tinggi, sedia untuk memukul pipi sasaran dihadapannya namun pergerakannya terhenti separuh jalan apabila dilihat Hanna sedikit pun tidak gentar untuk menerima pukulan daripadanya. Sekali lagi tawa garau meletus daripada bibir. Hyness menggeleng perlahan.

“Aku suka dengan sifat juang kau, Hanna. Tapi sayangnya sifat juang itu akan digunakan untuk menentang orang-orang yang kau sayang. Bila semuanya berakhir dan kau sudah sedar, kau akan mati dalam penderitaan. Penderitaan kerana membunuh orang-orang yang kau sayang.” Hyness mengusap perlahan pipi Hanna meskipun gadis itu sekali lagi memalingkan wajahnya ke arah lain. “Dan aku hanya akan lihat bagaimana kau mati. Yang pasti kau yang akan bunuh diri kau sendiri. Bukan mati di tangan aku.” Hyness menambah sebelum memberi isyarat agar orang-orang bawahannya keluar dan meninggalkan Celina bersama Hanna di dalam kurungan yang serba gelap dan busuk ini.

Hanna menelan liur yang terasa kesat. Perlahan-lahan dia memalingkan muka ke arah aunty Celina yang berdiri tegak bersama ekspresi muka yang beku sebaik sahaja dia dengar pintu kurungan dikunci dari luar. Seolah-olah perempuan dihadapannya tidak sedar langsung apa yang sedang berlaku kini. Hanna pasti Hyness sudah pukau ibu saudaranya. Kalau tidak, masakan aunty Celina mengikut setiap arahan Hyness tanpa bantahan.

“Aunty..” Lirih sekali kedengaran suaranya. Dia mahu menjerit, melepaskan sesalan di dada kerana cepat terpedaya dengan permainan Hyness tanpa dia sedar namun semuanya sudah terlambat. Meskipun aunty Celina dipergunakan, takkan dia sanggup untuk membiarkan ibu saudaranya begitu saja.

Dia mahu memeluk ibu saudaranya namun melihatkan posisinya kini, dia mendongkol geram. Kedua kaki dan kedua belah tangannya terikat dengan rantai besi sekaligus menghadkan pergerakan. Sudah berulang kali dia cuba untuk merentap rantai besi yang mengikat kedua belah tangannya dengan kudrat yang masih ada namun besi-besi berkenaan masih utuh tercantum di dinding. Tidak terkesan langsung dengan rentapan yang dilakukan.

“Tak ada gunanya kau cuba melawan. Serahkan saja diri kau untuk kegelapan dan kau akan selamat.”

Kedua belah keningnya hampir bertaut apabila Aunty Celina mula berkata-kata buat pertama kali semenjak mereka dikurung bersama.

“Untuk jatuh dalam kegelapan…Aku tak akan benarkan semua itu berlaku. Aku akan selamatkan semua orang dan Hyness akan dibunuh.” Hanna membalas bersama nada sedingin ais.

Celina tersenyum sinis melihat raut wajah yang dingin dihadapannya. “Dan kau tahu kau akan menjadi penyebab kematian mereka, Hanna. Orang-orang kesayangan kau akan mati di tangan kau dan aku tak sabar untuk lihat lautan merah mewarnai Underworld.”

Hanna memejam rapat kedua belah matanya. Sengaja tidak membalas provokasi wanita dihadapanya dan dalam masa yang sama dia berasa kesal kerana mengingkari nasihat Jaejoong pada senja tadi. Dia sepatutnya menunggu saja Jaejoong dan yang lain-lain selesai bermesyuarat bersama wakil elders yang datang secara mengejut ke rumah tumpangan mewah yang mereka diami sebaik saja mereka bangkit dari tidur namun entah mengapa hatinya meronta untuk mengambil udara di luar sementara menunggu yang lain-lain selesai bermesyuarat lantas membawanya ke dalam perangkap Hyness. Paling tidak pun dia sepatutnya meninggalkan pesanan pada Kyra sebelum keluar tadi.

Siapa yang tak terkejut apabila melihat saudara sendiri di depan mata dalam keadaan berlumuran darah di salah satu lorong-lorong yang terdapat di pasar? Kalaulah dia dapat melihat kelainan pada fizikal aunty Celina terlebih dahulu sebelum dia menghampiri jasad yang terbaring kaku di atas lantai itu…

Ah! Sudah terlambat untuk dia menyesal kini. Apa yang dah berlaku sudah berlaku dan kini dia harus bertindak bijak untuk melepaskan diri sekaligus memberitahu yang lain-lain lokasi Hyness sebelum lelaki itu mengetahui dia berjaya melarikan diri.

“Satu hari saja lagi dan kita semua akan bersama dengan kegelapan. Bukankah itu khabar yang mengujakan?”

Ketawa halus meletus dari rengkung. Hanna memandang tepat ke arah wajah wanita yang kini begitu asing pada pandangan matanya sedangkan wanita itu dahulu yang membela dia semenjak dari kecil. Barulah dia faham akan makna-makna mimpi yang datang lewat dalam lenanya kebelakangan ini. Mimpi-mimpi itu cuba memberitahu bahaya yang bakal menimpa dan kini semuanya menjadi realiti.

“Masa berlalu dengan begitu cepat huh? Tapi kita tunggu dan lihat sama ada kegelapan akan menguasai Underworld atau mayat Hyness yang akan dijulang tinggi terlebih dahulu.”

-
Jaejoong memandang ke arah luar dengan rasa resah menghiasi fikiran kala ini. Kalau diikutkan hati sudah pasti dia kini berada di jalanan untuk mencari Hanna namun bila diingatkan tegahan Yunho, dia matikan saja niat yang terbuku di dada. Dalam keadaan sekarang, dia tahu dia tidak boleh bertindak terburu-buru atau nyawa Hanna mungkin menjadi taruhan.

Sebelah tangannya digengam erat, seolah cuba meraih kekuatan dengan tubuhnya disandarkan ke tingkap kaca besar di hadapannya. Meskipun hujan sedang turun dengan lebat, itu tidak membataskan jarak penglihatannya.

Mendengar saja pintu bilik ruang tamu terbuka, Jaejoong segera berpaling ke arah masuk ruang tamu dan secara reflex dia berdiri tegak sebaik saja susuk tubuh Yunho dan Yoochun melangkah masuk. Junsu yang sedang merenung dokumen-dokumen dihadapannya juga segera meningalkan meja kerja dan menghampiri kedua temannya itu.

“Bagaimana?” Junsu terlebih dahulu memuntahkan soalan sebelum Jaejoong sempat bersuara.

Jaejoong berdiri tegak di hadapan Yunho yang kini sudah duduk di atas sofa. Menunggu balasan yang bakal keluar dari mulut Yunho.

“Kami dah cuba cari di kawasan berdekatan namun bayangan Hanna masih tak ditemui. Aku dah arahkan orang-orang kita untuk cuba cari Hanna di sekeliling Bandar. Mereka akan laporkan apa-apa berita mengenai Hanna secepat mungkin jika ada klu mengenai kedudukan Hanna.” Yunho cuba berlagak tenang meskipun dia sendiri diamuk resah. Kehilangan Hanna bermakna mereka akan ditimpa bencana besar jika teman wanita Jaejoong jatuh ke tangan Hyness. Harap-harap bukan itulah yang terjadi.

Damn it! Kenapa kau tak benarkan aku keluar dan cari dia? Kau tahu aku boleh kesan kedudukan dia-“

“Boleh ke kau kesan kedudukan dia sekarang?” Yunho segera memotong kata-kata Jaejoong. Namun bila dia melihat rupa Jaejoong yang tegang dia sudah tahu jawapan pada soalan yang dilontarkan tadi.  Jaejoong tak dapat kesan kedudukan Hanna. Seolah-olah ada tabir ghaib yang melindungi gadis itu agar tak siapa dapat mengesan kedudukannya.

“Ini bukan permainan biasa Jae. Aku takut dia berada dalam tangan Hyness dan aku paling berharap itu tak berlaku. Jika dia hadapi kesusahan sekarang pun, aku harap ianya tak berkaitan dengan Hyness. Jika Hanna jatuh ke tangan Hyness, kau boleh ramal apa yang bakal terjadi. Apa pun kita perlu cari dia sebelum Hyness jumpa dia tapi bukan dengan keadaan kau yang macam sekarang. Kau perlu bertenang, Jae.” Panjang lebar Yunho bersyarah meskipun dia tahu agak sukar untuk Jaejoong mengawal diri. Meskipun nasihat dia mungkin bagaikan angin lalu pada Jae, sekurang-kurangnya dia berharap Jaejoong tidak bertindak melulu.

Jaejoong terduduk lemah. Dia mengakui hakikat yang dibentangkan Yunho namun dalam keadaan begini bagaimana dia harus bertenang? Orang kesayangannya hilang tanpa berita dan mungkin sekarang berada di dalam tangan Hyness. Kalaulah wakil elders tidak datang secara mengejut, mungkin Hanna takkan hilang begitu saja!

“Kau rasa adakah elders ada kena mengena dalam hal ini?” Junsu menutur kata dalam nada perlahan.

“Ada kemungkinan juga. Sekurang-kurangnya jika Hanna berada dalam tangan elders, keselamatan Hanna akan terjamin sementara mereka meneliti latar belakang Hanna. Tapi jika sebaliknya..” Sengaja Yoochun tidak menghabiskan bicaranya.

Bad news guys!” Changmin menerpa masuk ke dalam ruang tamu bersama Kyra. Wajah kedua-duanya kelihatan cemas.

“Ada apa-apa berita fasal Hanna ke?” Jaejoong segera menyoal kali ini.

“Ada saksi menyatakan seorang gadis diapit secara berkumpulan menuju ke dark alley. Dan ada ukiran black crescent di bahu salah seorang lelaki dalam kumpulan tu.”

Dadanya berombak cemas dengan kenyataan Changmin namun sedaya upaya dia cuba untuk tak kehilangan akal warasnya. Black crescent adalah lambang yang digunapakai oleh Hyness. 

“Mungkin tu bukan Hanna.” Jaejoong cuba untuk menyedapkan hati sendiri meskipun dia sudah diamuk dengan badai resah.

“Kami pun berharap benda yang sama Jae tapi…” Kyra menelan liur sebelum mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Seutas rantai emas diletak atas meja sebelum dia membuang pandang ke arah Yunho.

“Jae!”

Yoochun laju mengejar Jaejoong yang meluru keluar dari ruang tamu mewah itu sebaik saja Kyra meletakkan rantai milik Hanna. Sempat dia memberi isyarat pada Yunho untuk merangka pelan baru secepat yang mungkin sebelum Jaejoong bertindak sesuka hati.

“Aku perlukan buah fikiran dari kau orang semua. Kita ada tiga puluh minit untuk merangka strategi. Hanna perlu diselamatkan sebelum tengah malam esok menjelma atau Underworld akan musnah.” Yunho memandang wajah-wajah dihadapannya dengan riak wajah serius. Terserlah karismanya sebagai seorang ketua kini.


 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review