Saturday, January 9, 2016

Blood Tie; The Beginning ✫35✫

Posted by Snow_Queen at 11:13 PM
Apa saja yang dibuat terasa serba tak kena. Mengiring salah. Meniarap salah. Banyak benda dia lakukan untuk menjemput lena namun tiada satu pun yang berhasil. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk saja di balkoni. Semenjak mereka pulang dari dark alley, dia hanya mampu mengangguk dan menggeleng sebagai jawapan pada setiap pertanyaan Yoochun dan Jaejoong. Entah mengapa dia rasa tak berdaya sekali kali ini. Mungkinkah dia sebenarnya tak cukup kuat untuk terima kejutan berterusan? Atau sebenarnya dia sudah lelah dengan mainan dunia?

Dia tergelak kecil tiba-tiba. “What the hell, Hanna. Kau dah lalui banyak benda tapi kau kalah sebaik saja ia berkaitan dengan keluarga dan orang kesayangan kau huh?” Dia menggumam kecil sebelum pandangan ditala pada langit malam yang bakal bertukar menjadi cerah tidak lama lagi.
Perjumpaan dengan Ean tadi diulang tayang sekali lagi di dalam minda. Jika Yoochun tak beritahu Yunho mengenai hasil siasatan latar belakangnya sampai mati mungkin Ean akan kunci mulut mengenai latar belakangnya.

“Hanya Hanna saja yang mampu kalahkan perempuan itu.”

Hanna usap pangkal lehernya apabila suara Ean bergema di dalam minda.

“Dia hanya perlukan Hanna untuk lengkapkan ritual untuk bangkitkan Dark Witch.”

Sebuah keluhan halus terbit dari bibir mungilnya. Jadi Hanna, kau adalah kunci untuk selamatkan underworld dan kau juga boleh jadi kunci untuk musnahkan underworld. “Mainan takdir kali ini adalah benda paling kelakar sekali dalam hidup aku. Kau tak rasa begitu?”

Hanna palingkan wajah menghadap Jaejoong yang kini duduk disebelahnya.

Senyuman kecil tersungging di bibir Jaejoong. Macam tahu-tahu saja minah ni aku muncul meskipun tanpa suara dan bunyi.

“Takdir penuh dengan kejutan. Itu benda yang kita tak dapat sangkal bukan? Tapi..kenapa kau masih tak tidur lagi? Kan aku suruh kau masuk tidur dulu tadi.” Jaejoong jegilkan mata tanda tak puas hati pada Hanna.

Bibir sengaja dimuncungkan tanda protes. “Aku bukan tak nak tidur tapi-“

“Tapi banyak sangat benda yang kau perlu fikirkan sampai benda-benda yang kau tak patut fikirkan pun kau fikir?”

Hanna julingkan mata tanda tak puas hati. Macam tau-tau saja mamat ni apa yang aku fikirkan, getus hatinya.

Jaejoong geleng kepala sebelum dia mendaratkan sebelah tangan ke atas bahu Hanna. Perlahan dia menarik Hanna agar tubuh gadis itu rapat padanya. Bukan dia tak tahu Hanna risau mengenai permainan Hyness dan kemungkinan besar akan menyalahkan dirinya atas semua benda yang bakal terjadi. Perempuan…Fikir jauh sangat.

“Jangan fikir jauh sangat. Aku janji aku tak akan biar Hyness apa-apakan kau dan semua orang yang kau sayang jadi berhenti fikir yang bukan-bukan dan mari masuk tidur mhm?” Lengan Hanna diusap perlahan sebagai salah satu cara dia untuk tenangkan Hanna.

Hanna renung wajah Jaejoong dengan mata berkaca. Entah mengapa dia berasa sentimental pada saat ini. “Aku…Aku paling takut kalau aku lukakan kau, Jae. Aku tak tahu apa aku akan buat kalau aku sakiti kau.”

“Kalau benda tu berlaku..Kau harus bertanggungjawab. Jaga aku seumur hidup kau dan jadi isteri yang baik ah!” Jaejoong mengaduh kecil apabila Hanna cubit pangkal pehanya. Sebuah jelingan maut dia hadiahkan pada Hanna.

“Main-main pula dia. Aku tengah serius ni.” Hanna tayang muka tak puas hati. Boleh pula mamat ni lamar dia dengan cara paling tak romantis sekarang. Paling kurang pun bagilah bunga!

Jaejoong ketawa kecil dengan ulah Hanna. Sengaja dia bergurau dengan niat mahu Hanna lupakan Hyness buat masa sekarang. “Aku pun serius ni. Kau tak nak jadi isteri aku ke?”

“Ish tak romantik la kau ni. Aku nak masuk tidur.” Hanna lekas bangkit dan menapak masuk ke dalam bilik tidur mereka. Comforter ditolak ke tepi sedikit sebelum dia hempas tubuhnya ke atas katil. Comforter ditarik sehingga melepasi kepalanya kemudian. Sengaja dia buat begitu agar Jaejoong tak nampak mukanya yang membahang kini.

Meskipun lelaki itu melamar dia secara tak langsung, dia tetap rasa bahagia namun begitu masih ada rasa kurang enak yang mendiami sudut hatinya.

Jaejoong baring disebelah Hanna beberapa saat selepas gadis itu bersembunyi di sebalik comforter. Sungguh hanya Hanna yang mampu buat dia ketawa dengan setiap apa yang dibuatnya. Tangan sengaja dia lingkarkan di pinggang gadis itu meskipun comforter menjadi penghalang antara mereka berdua kini. “Berhenti berfikir dan percaya pada aku dan yang lain-lain. Kita akan harungi semua ni bersama.”

Perlahan-lahan Hanna menarik turun comforter yang melindungi mukanya untuk menatap wajah Jaejoong dengan pandangan redup. “Aku percayakan kau, Jae. Terima kasih.” Sebuah senyuman nipis dia hadiahkan untuk lelaki itu.

“Aku sayang kau. Jangan pernah lupa tentang itu.” Jaejoong mengemaskan pelukannya. Sebuah kucupan mendarat di atas kepala perempuan kesayangannya sebelum dia pejamkan mata dengan harapan resah Hanna akan turut sama hilang apabila mereka hanyut ke alam mimpi.




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review