Friday, July 31, 2015

Blood Tie; The Beginning ✫34✫

Posted by Snow_Queen at 8:50 PM
“Apa hal?” Jaejoong menyoal sebelum melabuhkan punggung di kerusi empuk mewah di ruang tamu bilik penginapan Yunho. Kelihatan sebuah beg beroda berwarna hitam berada di hujung katil dan semestinya itu bukan kepunyaan Yunho kerana dia  melihat Yunho hanya membawa sebuah beg jinjit berwarna coklat yang bersaiz kecil. Yunho ada tetamu lainkah?

Yunho mengambil tempat di hadapan Jaejoong. Tanpa berkata apa-apa dia menyerahkan sekeping sampul berwarna hitam pada Jaejoong. “Kau tak akan suka dengan invitation ni.”
Sampul kini bertukar tangan. Jaejoong jongket kening sebelah. Dia kenal benar dengan lambang golden trinity yang terdapat di hujung sampul berkenaan. Yunho dapat surat cinta daripada elders dan apa kena mengena dengan dia?

             Di dorong rasa ingin tahu, segera dia mengeluarkan surat yang terlipat kemas di dalam sampul berkenaan.  Usai membaca dia melipat kembali surat berkenaan sebelum pandangan matanya kembali menyapa wajah Yunho. Sungguh dia berasa tak senang dengan berita ini.

            “Elders mahu berjumpa dengan Hanna hanya kerana dia adalah dark hunter? Jadi dia tak layak untuk aku ke kalau darjat dia tak setaraf dengan aku?” Jaejoong mendengus keras. Marah kerana kehidupan peribadinya menjadi perhatian elders.

            “You know how they work. Tapi aku tak rasa kau patut bimbang akan hal ni sebab Hanna tak akan apa-apa. Trust me.” Yunho menghadiahkan senyuman nipis pada Jaejoong.

            “Aku pun harap begitu. That aside, boleh aku tahu kenapa kau bawa aku dan Hanna ke sini? Siapa yang kau mahu jumpa sampai perlu bawa kami sekali?” Jaejoong menyoal. Dia sebenarnya dirasuk rasa ingin tahu pabila Hanna khabarkan Yunho mahu mereka berdua mengikuti Yunho dan Yoochun ke underworld pabila dia bangkit dari tidur namun Yunho hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan menyebabkan dia tiada klu apa urusan Yunho di sini.

            “Kau akan tahu juga nanti. Aku perlukan kau untuk tenangkan Hanna. Suruh Hanna bersiap. Kita akan pergi jumpa orang tu selepas ini.” Yunho segera bangkit dari duduknya tanpa mahu mengulas lanjut tentang perjumpaan mereka dengan Ean nanti.
-
            “Bullshit!” Hanna mencekak kemas kolar baju Ean. Dadanya berombak kasar tanda dia sedang marah. Kalau di ikutkan hati, mahu saja dia hadiahkan penumbuk pada Ean namun akal warasnya menghalang dia daripada melakukan perkara itu. Sungguh tak dia sangka Ean menipu dia hidup-hidup selama ini.

              “Kenapa kau buat aku macam ni, Ean?!” Suaranya kedengaran kecewa. Kenapa Ean tak berterus terang saja fasal latar belakang dirinya daripada dahulu?

               Ean hanya tayang wajah tak berperasaan. Tak dia sangka hari untuk mendedahkan segala-galanya pada Hanna akan datang secepat ini. Padanlah dia rasa tak sedap hati sebaik saja ternampak kelibat Hanna bersama dengan orang-orang kuat elders.

              “Hanna.” Jaejoong memegang bahu Hanna dan perlahan dia melepaskan cengkaman tangan Hanna pada kolar baju Ean dengan sebelah lagi tangannya. Rupa-rupanya ini tujuan Yunho dan Yoochun bawa dia dan Hanna ke Underworld. Andai Yoochun tak teringat perihal siasatan mengenai latar belakang Hanna sudah pasti Hanna tak akan tahu mengenai asal usul dirinya dan kini dia faham mengapa Yunho kata Hanna tak akan apa-apa pabila berhadapan dengan elders.

            “Ean pasti ada sebabnya yang tersendiri. Mari kita dengar penjelasan dia dahulu.” Jaejoong memujuk seraya menarik Hanna supaya berdiri jauh sedikit dari Ean.

             Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menghempas tubuhnya kembali di atas sofa empuk di ruang pejabat Ean. Perasaan marah masih menguasai dirinya namun entah mengapa perasaan itu berkurang sedikit pabila Jaejoong memeluk dirinya tadi.

             “Jadi aku sebenarnya tak terikat langsung dengan laws of Dark Hunters dan aku taruhkan nyawa aku untuk bekerja dengan penipu macam kau? What a bullshit. Jadi ini bermakna aku boleh tinggalkan dunia dark hunters pada bila-bila masa bukan? Dan roh aku masih menjadi hak milik aku. Bukan kau! Oleh itu aku dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai dark hunters.” Sinis sekali nada Hanna namun dia sudah tak peduli jika dia dikatakan kurang ajar dengan orang yang sebaya dengan mendiang ayahnya.

              Ean merenung seraut wajah Hanna yang masih tegang. Sudah dia jangka reaksi Hanna sebegini pabila anak gadis itu mengetahui asal usul dirinya yang sebenar namun masih ada lagi perkara yang Hanna masih tak tahu. Betul, Hanna merupakan keturunan mendiang elder Jo In namun Hanuel bukanlah ibu kandung Hanna.  Bila Jang Hyuk berkahwin dengan Hanuel, Hanna masih lagi bayi pada ketika itu. Oleh kerana Hanuel adalah witch, maka Hanna tak akan syak apa-apa apabila anak gadis itu mengetahui dirinya ialah half dead.

             Dia terpaksa cipta pembohongan demi pembohongan untuk melindungi Hanna namun apa reaksi Hanna jika dia tahu asal usul dirinya yang sebenarnya berkait rapat dengan The Black Witch?

            “Aku tak akan ikat kau dengan kontrak dark hunters, Hanna. Kerana pada mula lagi kau sebenarnya bukan sebahagian daripada kami tapi aku terpaksa ikat kau di sisi aku dengan menjadikan kau dark hunter kerana aku mahu pastikan keselamatan diri kau. Terpulang pada kau untuk percayakan kata-kata aku atau tidak tapi itu niat aku yang sebenarnya dan juga kerana aku perlukan kau untuk menentang Hyness.”

         Hanna tergelak sinis. Sungguh dia terasa bodoh kerana terjebak dalam permainan Ean. Jadi sebenarnya Ean sudah tahu mengenai Hyness sejak dari awal lagi?

         “Apa maksud kau? Kenapa kau perlukan Hanna untuk menentang Hyness? Hyness orang buruan elders dan kami yang akan berurusan dengan dia. Bukan Hanna!” Jaejoong tunjuk riak wajah tak senang apabila Hanna berkemungkinan besar akan terlibat dengan mainan nyawa yang melibatkan Hyness.

         “Kau orang mungkin mampu kalahkan Hyness tapi hanya Hanna boleh tentang kejahatan yang bakal berleluasa. Tengok langit dan dengar bisikan angin anak-anak muda. Apa kamu semua masih tak sedar yang alam sedang berubah? Jika Hyness berjaya hidupkan kembali The Dark Witch, hanya Hanna yang mampu kalahkan perempuan itu. Adakah kamu semua yakin yang kamu dapat cari Hyness sebelum gerhana berlaku? Hyness sudah kembali ke underworld dan dia hanya perlukan Hanna untuk lengkapkan ritual untuk bangkitkan dark witch!”

         Yunho, Yoochun, Hanna dan Jaejoong terdiam. Ruang pejabat yang berusia ratusan tahun itu dicengkam sepi seketika. Masing-masing cuba mencerna kata-kata yang baru saja terbit dari mulut Ean.  Namun Yunho paling terkesan sekali dengan kata-kata Ean.

         Sampai begitu sekali Hyness mahu menguasai dunia? Sehingga sanggup bangkitkan dark witch yang sudah mati beribu tahun dahulu. Dia sepatutnya bunuh Hyness semenjak dari awal lagi jika dia tahu Hyness akan berpaling tadah sehingga begini.

         Yunho mengerling sekilas ke arah Hanna. Jika Hyness perlukan Hanna itu bermakna Hyness akan buat apa saja untuk dapatkan Hanna. Adakah mereka sudah tersilap langkah dengan datang ke mari? Namun jika mereka tidak menuntut sebarang penjelasan daripada Ean, sampai bila-bila mereka tak akan tahu mengenai agenda Hyness. Namun bagaimana Ean boleh tahu mengenai rancangan Hyness dengan tepat?

          Yunho tala pandangan pada Ean. Kini dia terasa was-was dengan lelaki itu. Jika Ean boleh tahu mengenai rancangan Hyness maka tak mustahil lelaki ini mungkin ada kaitan dengan Hyness.  Mungkinkah Ean merupakan seseorang yang rapat dengan Hyness?

          “Aku cadangkan supaya kita semua berkerjasama untuk menentang Hyness. Kau orang akan perlukan aku dan aku perlukan kau orang. Elders hanya akan rumitkan lagi keadaan jika mereka masuk campur dalam urusan ini dan percayalah, kau orang tak mahu libatkan elders dalam hal ini jika Hanna juga terlibat dalam permainan ini.” Ean menyambung bicara.

           “Kau orang pulang dahulu. Aku masih ada hal yang mahu dibincangkan bersama dengan Ean.” Yunho bersuara tanpa memandang wajah Yoochun, Jaejoong dan Hanna.

          Yoochun bangkit dari duduknya. Faham benar dia jika Yunho sudah keluar aura serius. Dia tepuk bahu Yunho dua kali sebagai isyarat supaya berhati-hati sebelum melangkah keluar dari pejabat Ean. Lambat-lambat Jaejoong dan Hanna mengikut langkah Yoochun meskipun mereka berdua tidak suka apabila Yunho seakan-akan sedang merencanakan sesuatu dan mereka hanya akan tahu pabila Yunho kembali nanti.

          “Kau rasa apa yang Yunho rencanakan sekarang?” Hanna menyoal Yoochun apabila dia kini berjalan seiring dengan Yoochun dan Jaejoong. Gerimis masih lagi turun namun tak ada tanda-tanda ia akan bertukar menjadi hujan lebat dalam masa terdekat.

          “Aku pun tak pasti. Tapi aku pasti Yunho tahu apa yang dia buat sekarang. Sekarang kita perlu ke dark alley. Ada beberapa benda yang Yunho mahu kita dapatkan.”

            Hanna kerutkan kening. Pergi ke dark alley pada waktu begini? Adakah Yoochun sudah hilang akal? Tempat itu penuh dengan kejutan! Terutama pada waktu malam.

           “Apa kata kita hantar Hanna pulang ke hotel dulu?” Jaejoong menyampuk tiba-tiba. Seboleh-boleh dia tak mahu Hanna berada di dark alley pada waktu-waktu begini.

           Yoochun mengerling sekilas ke arah Jaejoong. Sebuah senyuman nipis terukir di bibir. Terasa lucu melihatkan rupa Jaejoong sekarang. “Aku rasa lebih baik kalau kita bertiga bersama-sama daripada kita tinggalkan Hanna di hotel. Siapa tahu jika Hyness akan bertindak jika kita tinggalkan Hanna seorang diri.”


         Jaejoong buat muka tak puas hati namun apabila difikirkan balik ada betulnya kata Yoochun. Segera dia tarik Hanna agar berjalan rapat dengannya. Dia akan pastikan Hanna tak terlepas dari penglihatannya.

5 under spell:

salmi fasliena said...

Mangai...penuh dgn kejutan...nak sambungan lg...

Anonymous said...

Bile nk smbung ni snow.da lme tunggu ni...#pembacasetia

rafiqah nasution said...

Hye...haha..dh lma xjenguk blog snow...crita snow semua best2..xsbar nk taw apa akn jadi... :-)

Rozie Achu said...

tak ada sambungan lagi ka crta ini cik snow

Rozie Achu said...

cik snow tak ada sambungan lagi ka

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review