Dadanya berombak kencang. Terasa
peluh menuruni pelipis sedangkan alat penghawa dingin terpasang. Hanna
menggengam kedua belah tangannya yang menggigil bersama. Entah kenapa dia rasa takut dengan mimpi yang
baru saja di alaminya sebentar tadi.
Dia sudah lali dengan mimpi-mimpi
buruk yang menghiasi tidurnya semenjak dia menjadi dark hunters namun
kali ini mimpinya berlainan sekali dengan mimpi-mimpi yang biasa dia alami.
Dalam mimpu tu dia lihat seorang perempuan cantik merenung sayu ke arahnya dan tubuh aunty
Celina yang terbaring kaku tak sedarkan diri di atas lantai yang kotor. Wajah
aunty Celina jelas menggambarkan ketakutan yang amat sangat sebelum mati.
Fikirannya sudah merawang jauh.
Kebanyakkan yang negatif dan itu membuatkan dia semakin tidak tenteram
sehinggalah tiba-tiba ada sesuatu yang bergerak disebelahnya. Hampir saja Hanna
menjerit melihat Jaejoong yang enak tidur di atas katil milik-tunggu sekejap!
Mata segera meliar ke kiri dan ke
kanan. Sah! Ini bukan bilik tidur dia. Hanna kerut dahi dan akhirnya otak dapat
berfungsi seperti biasa. Nasib baik dia tak tendang Jaejoong turun dari katil
sebab panik apabila dia kembali teringat apa yang terjadi malam semalam.
Mukanya segera membahang kerana kini dia dan Jaejoong sudah melakukan soulmate
ritual. Itu kata Jaejoong. Kalau ikut dia peduli apa dengan semua ritual
kolot elders. Yang penting dia tahu Jaejoong suka dia dan dia suka
Jaejoong. Titik.
Hanna perlahan-lahan turun dari
katil, tak mahu menganggu lena Jaejoong. Dia ingin segera membersihkan diri dan
mendapatkan Yunho. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan pada Yunho. Mengapa lelaki
itu beria menyuruh Jaejoong membawanya ke mari walaupun sudah lewat pagi?
Gayanya macam adal hal penting saja namun pabila dia jejak kaki ke rumah agam
ini, Yunho tiada pun di rumah.
Tuala bersih dicapai dan dia segera
melangkah masuk ke dalam bilik air. Sebentar kemudian bunyi pancuran air jelas
kedengaran dan Hanna tidak mengambil masa yang lama untuk membersihkan diri.
Entah mengapa dia rasa berdebar kembali tanpa sebab.
-
“Hei.” Lembut dia menyapa Yoochun
yang sedang ralit membaca di taman meskipun hari sudah beransur senja. Lelaki
itu tampak kacak dengan pakaian casual.
Yoochun mengukir senyum nipis sebaik
saja dia melihat Hanna mengambil tempat duduk di hadapannya. Pasti gadis itu
baru sahaja lepas mandi melihatkan rambut Hanna masih lembab.
“Kau okay ke? Muka pucat semacam
apahal?”
Hanna tergelak kecil seraya
menggeleng. Biarlah dia simpan sahaja apa yang dia rasa ketika ini. Dia tak
mahu menyusahkan sesiapa dengan sesuatu yang tak pasti. “Aku nak tanya ni. Kau
tahu kenapa Yunho suruh aku ke mari? Siap suruh aku tinggal sini lagi buat
sementara waktu.”
Hanna merenung wajah Yoochun,
seolah-olah cuba mencari jawapan di wajah salah sahabatnya. Dia bukan tak bersetuju
mahu tinggal bersama mereka yang lain namun dia tak boleh meninggalkan kawasan
jagaannya begitu saja. Meskipun dia sudah ‘terikat’ dengan Jaejoong itu tak
bermakna dia boleh lepas tangan begitu saja dalam menjaga kawasannya. Kalau
boleh dia tak mahu soul suckers menceroboh masuk ke dalam kawasan dia
sewaktu ketiadaan dia.
“Kami nak pastikan yang kau tak akan
di apa-apakan oleh sesiapa.” Ringkas Yoochun menjawab. Dia seboleh tak mahu
menaruh syak wasangka yang bukan-bukan terhadap Ean namun entah mengapa dia
rasakan dia harus berhati-hati juga dengan lelaki itu. “Apa kata kau pergi
bersiap. Aku dan Yunho mahu bawa kau ke Underworld sekejap lagi.”
Yoochun menambah.
Hanna mengerutkan kening. Mahu ke Underworld?
Buat apa? Pelbagai telahan mula wujud di dalam kepala namun tak satu pun
berupaya jawab setiap soalan yang mula berkumpul dalam kepalanya. Lagi pula
sudah lama dia tak menjejakkan kaki ke sana semenjak menjadi dark hunter.
“Kau tahu kan yang aku tak boleh tinggalkan kawasan jagaan aku macam tu saja.
Mahu Ean mengamuk nanti kalau aku curi tulang.”
Yoochun tergelak sinis. “Dia tak
akan marah kau. Trust me. Dah lewat ni. Pergilah bersiap. Bangunkan Jae
sekali. Kami tak nak ambil risiko culik kau tanpa dia. Mahu mamat tu penggal
kepala kitaorang nanti.”
“Tapi-“ Hanna terdiam apabila
Yoochun sudah bangkit dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam rumah sebelum
sempat dia menyambung kata. Dia mengeluh perlahan. Mengapa Yoochun berperangai
semacam je ni? “Ah! Sudahlah Hanna.Kau
fikir banyak-banyak pun tak guna. Buat sakit kepala otak kau je.” Dia membebel
sendirian sebelum akhirnya bangun dan turut sama melangkah masuk ke dalam
rumah.
-
“Mereka sudah mula bertindak. Orang-orang
Hyness ada yang sudah kembali ke underworld.”
Ean memandang sekujur tubuh milik Daine
yang sedang membuang pandang ke arah luar tingkap. Rintik-rintik hujan mula
turun membasahi bumi yang penuh dengan misteri itu. “Kenapa kau tak buat
apa-apa untuk menghalang mereka Daine? Kau lebih dari mampu untuk bunuh Hyness
sendiri.”
Daine mengalih pandangan ke arah Ean
kini. Senyuman sinis terukir di bibir mungil miliknya. “Kau tahu aku tak akan
kotorkan tangan aku sendiri dalam Permainan ni, Oracles. Tujuan aku hanya ingin
perangkap Miranda dan selebihnya itu urusan kau.”
Giginya diketap tanda geram. Ean mendengus
keras pabila Daine kini duduk di atas ribanya tanda dia tak suka dengan
kelakuan Daine namun anak saudara Dewa Zeus itu makin galak mengusap pipinya
penuh manja.
Daine merapatkan bibirnya ke telinga
Ean. Ketawa halus terbit daripada kerongkong Dewi Air itu sebelum dia berbisik
manja. “Ean, kau masih ingat yang aku mahukan roh Hanna bukan? Jadi kau harus
buat apa saja untuk pastikan gadis itu kekal dengan kau. Ingat, kontrak tetap
kontrak. Dan ia harus dipenuhi.”
Ean mengerutkan kening apabila Daine
terus saja hilang dari pandangan sebaik saja usai berkata demikian. Dia
sebenarnya sudah penat menjadi keldai tunggangan Daine namun hanya itu saja
jalan yang dia ada buat masa ini untuk melindungi kesemua dark hunters
di bawah jagaannya. Dia dan Daine saling memerlukan satu sama lain meskipun dia
tak pernah menyukai Daine.
“Kirk, masuk sebentar.” Dengan suara
tegas, dia menyeru orang suruhannya. Entah mengapa dia rasa ada sesuatu yang
buruk bakal terjadi. Sebaik saja Kirk masuk ke dalam ruang pejabatnya, terus
saja dia memerintahkan lelaki kerdil itu untuk segera menghantar beberapa
keping surat kepada beberapa penerima berbeza.
“Alam sedang berubah. Kurang dari
seminggu gerhana akan terjadi bukan,tuan?” Kirk menjeling sekilas ke arah
tuannya sebelum pandangan ditala ke lantai.
“Betul. Dan aku khuatir kalau-kalau
itu kali terakhir kita lihat matahari selepas gerhana berlangsung. Hyness sudah
mula bertindak untuk hidupkan kembali The Black Witch. Yang dia perlukan
sekarang hanya Hanna untuk melengkapkan ritual tu.” Wajah Ean jelas
menunjukkan kerisauan. Sesuatu yang jarang sekali diperlihatkan kepada orang
lain.
“Jadi, bukankah ini masa terbaik
untuk berterus-terang pada cik Hanna mengenai asal usulnya yang sebenar tuan?”
Sebuah lagi keluhan terlepas dari
mulut Ean. Dia membuang pandang ke siling. Hanna pasti akan mengamuk teruk jika
dia tahu mengenai asal usulnya yang sebenarnya. Dia berjaya berdalih dengan
memberikan sedikit saja maklumat mengenai asal usul Hanna selama ini dengan
penipuan untuk cukupkan rencah ceritanya. Hanna pasti tak akan mempercayainya
lagi selepas ini. “Panggil Diggory pulang ke sini. Kita mungkin akan perlukan
khidmat dia untuk gantikan Hanna buat sementara waktu.”
-
Hanna dongak pandang ke arah langit
yang semakin galak memuntahkan isi perutnya meskipun yang turun hanya
rintik-rintik hujan yang halus. Dia kemudian memandang ke arah Yoochun dan
Yunho yang sudah menaikkan hood robe mereka ke kepala. Sekali-sekala dia
dapat merasakan Jaejoong mengusap lembut belakang tangannya dengan ibu jari.
Seolah-olah lelaki itu cuba menenangkan dia.
Hanna gigit bibir bawah dengan
lembut. Dia sebenarnya risaukan Aunty Celia. Entah mengapa dia tak dapat
menghubungi ibu saudaranya itu semenjak akhir-akhir ini. Yang kerap diterima
adalah panggilan masuk ke voice mail. Sudah diluah rasa risau pada
Jaejoong namun lelaki itu hanya meminta dia bertenang kerana mungkin aunty
Celia sedang sibuk.
“Kita akan bermalam di sini pada
malam ni. Aku dah uruskan tempat tinggal kita.”
Lamunan Hanna berkecai apabila Yunho
tiba-tiba bersuara. Kerutan di dahi bertambah. Sehingga kini dia masih tak
pasti mengapa Yunho dan Yoochun meminta dia mengikut mereka ke Underworld.
Yang dia tahu mereka semua ke sini untuk menuntut penjelasan daripada
seseorang. Daripada siapa dia sendiri tak pasti namun dia sudah merancang untuk
bertemu Ean alang-alang dia sudah berada di Underworld.
Mereka berempat melangkah masuk ke
dalam Cloux Delude, sebuah rumah tumpangan mewah yang kebanyakkan pelanggannya
terdiri daripada elders. Selepas menerima kunci daripada Yunho, Hanna
meminta diri untuk naik ke bilik dahulu.
“Jae,” Yunho memegang lengan
Jaejoong pabila lelaki itu baru saja mahu mengorak langkah mengekori Hanna.
“Aku ada benda sikit nak cakap
dengan kau. Kau datang bilik aku dulu.” Yunho melepaskan pegangan pada lengan
Jaejoong sebelum dia mengorak langkah ke arah moving stairs yang akan
berubah kedudukan selang seminit.
Jaejoong mengerutkan kening namun
dia akur dengan permintaan Yunho yang lebih berbaur kepada arahan itu.
Persoalan demi persoalan mula memenuhi mindanya mengenai kelakuan pelik Yoochun
dan Yunho pada hari ini namun segera dia menggeleng kepala perlahan apabila
mindanya mula dipenuhi dengan bisikan-bisikan jahat.
4 under spell:
Nak lg...sambung cepat...makin tak sabar nak tau penamat cerita...
cik snow!!! mohon hupdate lg.. huhuhuhuuuuu kami nak lagi.. nak lagi...
-cikAnayue~~
Snow akan cuba habiskan cepat2 cerita ni hehe @salmi fasliena
lama tak nampak anayue haha
insyaallah snow try habiskan secepat mungkin @anayue
Post a Comment