Sunday, July 5, 2015

Blood Tie; The Beginning ✫32✫

Posted by Snow_Queen at 4:58 PM
“Kau sibuk ke?” Yoochun jengah kepala ke dalam ruang kerja milik Yunho. Dia lihat salah seorang sahabat baiknya itu sedang ralit merenung sekeping dokumen ditangan.

Yunho tersenyum nipis sebelum meletakkan kembali dokumen yang sedang disemaknya ke atas meja. Meskipun raut wajah Yunho tampak tegang, namun sedaya upaya dia cuba memaniskan roman wajah agar Yoochun tak mengesyaki apa-apa.

“Masuklah. Apa hal?” Terus saja dia menyoal sebelum dia sendiri bangkit  dan menuju ke ruang rehat kecil di sudut bilik kerjanya. Dia lebih suka berbincang di situ berbanding di meja kerjanya. Terasa lebih santai.

Yoochun melangkah masuk ke dalam ruang sederhana luas itu sebelum menyertai Yunho di ruang rehat. Sebelum itu, sempat dia menutup pintu bilik kerja Yunho tanda tak mahu diganggu oleh sesiapa.

 Dia melepaskan keluhan kecil seraya melabuhkan punggung di atas sofa empuk berwarna coklat bertentangan dengan sofa yang diduduki Yunho. “Aku nak cakap sikit ni. Fasal Hanna.”

Kening Yunho hampir bertaut mendengarkan kata-kata Yoochun namun ditahankan dirinya daripada menembak pelbagai soalan sekaligus memberi isyarat secara bukan lisan kepada Yoochun untuk meneruskan bicaranya.

               Yoochun sengaja menarik nafas sedalam yang mungkin hanya untuk membeli sedikit masa sebelum dia meneruskan bicaranya yang terhenti sebentar tadi. “Sebelum ni kita sibuk sangat dan aku pun hampir lupa fasal ni tapi bila kita bertemu Hanna semula baru aku teringat yang aku pernah kumpul maklumat  fasal latar belakang Hanna.”

               “Cut the crap and straight to the point please.” Yunho merenung tajam ke arah Yoochun. Debar dalam hatinya hanya dia yang tahu. Sudahlah dia sedang pening fasal surat yang baru diterima daripada elders sebentar tadi. Jaejoong pula menghilang entah ke mana. Berjumpa Hanna barangkali.

Yoochun jongket kening sebelah. Hairan dengan sikap Yunho yang seakan kelihatan mahu naik angin walhal temannya itu baik-baik sahaja tadi. Adakah dia sudah tersalah pilih waktu untuk berbicara dengan Yunho?

“Kau nak aku datang nanti-nanti je ke? Kau macam tak ada mood sekarang.” Berhati-hati Yoochun munutur patah bicaranya.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum dia melepaskan sebuah keluhan halus. Yunho menghadiahkan Yoochun senyum tawar. “Aku minta maaf. Mungkin sebab aku tak cukup rehat but yeah go on dengan berita kau tu.”

“Ingat lagi dengan Jang Hyuk dan Hanuel?” Yoochun meneruskan bicara setelah yakin yang Yunho mungkin hanya kepenatan.

“Jang Hyuk? Hanuel?” Keningnya sekali lagi hampir bertaut. Cuba untuk mengingati nama-nama yang seakan pernah didengarinya. Yunho merenung jauh sebelum membuang pandang ke arah Yoochun kembali.

“Kau maksudkan Jang Hyuk, anak mendiang elders Kim Jo In dan witch yang menjadi rebutan ramai dulu, Hanuel? Kalau mereka yang kau maksudkan…Wait.” Yunho sekali lagi memandang tajam ke arah Yoochun.

Yoochun mengangguk. Seakan dapat membaca fikiran Yunho ketika ini. “Yeap. Hanna anak mereka. What a surprise kan?”

Dia diam tanpa kata. Cuba kembali mencerna kata-kata Yoochun yang baru saja didengarinya sebentar tadi. “Macam mana hal ni boleh bertukar menjadi rumit sekali? Kalau Hanna anak Jang Hyuk, dia tak boleh jadi dark hunter. Itu yang sudah termaktub dalam perjanjian dan Ean seharusnya lebih arif tentang hal ni.”

Yoochun mengangguk perlahan. Menyetujui setiap butir bicara Yunho. “Melainkan..Ean ada permainannya yang tersendiri. Menjadi dark hunters bermaksud kau perlu gadaikan roh kau namun jika kau berketurunan elders, roh kau tak boleh diambil begitu sahaja melainkan jika kau dibuang daripada salasilah keluarga kau..” Yoochun menggumam sendiri selepas itu namun cukup kuat untuk didengari oleh Yunho.

“Aku rasa kita harus jumpa Ean dan tuntut penjelasan lanjut daripada dia. Buat masa sekarang aku rasa kita patut suruh Hanna tinggal dengan kita dahulu sehingga kita benar-benar pasti dengan permainan Ean. Aku rasa Jaejoong pasti gembira jika dia tahu latar belakang keluarga Hanna yang sebenar.”

Yoochun tergelak kecil. “Yeap. Itu bermaksud dia boleh bersama soulmate dia tanpa halangan. Jika Hanna bukan dari golongan elders mahupun bangsawan, things going to be little bit complicated right?

“Yeah. Ingat senang nak dapatkan persetujuan elders untuk merestui hubungan pure blood dengan orang yang mereka anggap hanya layak menjadi orang bawahan?” Yunho mendengus tanda tak puas hati sebelum bangkit dari duduknya.

Yoochun turut sama bangkit dari duduknya, memahami yang  Yunho mahu menamatkan perbincangan mereka di sini saja. “Jadi bila kita nak jumpa Ean?”

Yunho mengetuk permukaan meja kerjanya sebaik saja dia melabuhkan punggung di meja kerjanya kembali. Berfikir sebentar. “Esok senja kita pergi. Malam ni aku ada hal.”
_

Huk Gak melangkah masuk ke dalam kamar rehat tuannya. Dalam hati dia berharap agar angin tuannya tidak seteruk beberapa hari lepas. “Tuan.”

Hyness yang sedang merenung ke arah luar langsung tidak memberikan reaksi mahupun berpaling melihat ke arah orang bawahannya itu. Dia resah apabila masanya semakin suntuk. Jika orang-orang bawahannya tak dapat cari seseorang yang boleh baca tulisan Browallia, peluangnya untuk memerintah Underworld semakin nipis. Sudah tiba masanya elders-elders tak guna tu turun dari takhta pemerintahan mereka. Dan apa yang buat dia bertambah berang apabila pencariannya juga tak membuahkan sebarang hasil!

Huk Gak telan liur yang rasa berpasir di kerongkong pabila Hyness tak beri sebarang reaksi namun dalam takut dia meneruskan juga bicaranya. “S-saya dah tanya beberapa sumber yang dipercayai. Untuk mencari orang yang boleh baca Browallia adalah hampir mustahil ah-“

Huk Gak terjerit kecil apabila batang lehernya dicengkam dengan kuat secara tiba-tiba manakala belakang tubuhnya sudah bertemu dengan dinding.

“Bukankah aku dah kata yang kauorang harus buat apa saja untuk cari orang yang boleh baca tulisan Browallia? Aku nak dengar berita gembira saja bukan berita macam ni!” Hyness bertempik bagaikan hilang akal. Dikejapkan genggaman tangan pada batang leher Huk Gak sebelum dia melepaskan lelaki itu.

Huk Gak terduduk lemah di atas lantai. Cuba mencari sisa-sisa udara yang diperlukan paru-parunya. Sesekali dia terbatuk kecil.

“Keluar dari sini sebelum aku bunuh kau.”

“Untuk mencari orang yang boleh baca Browallia adalah hampir mustahil kecuali jika orang itu adalah daripada keturunan elders Kim Jo In!” Huk Gak menyudahkan bicaranya yang tergantung sebentar tadi. Nafasnya tertahan apabila Hyness tiba-tiba sahaja bertinggung di hadapannya.

“Ulang balik apa yang kau cakap.”

“Untuk mencari orang yang boleh baca Browallia adalah hampir mustahil kecuali jika orang itu adalah daripada keturunan elders Kim Jo In, tuan.”

Hyness memicingkan pandangan matanya memandang Huk Gak. Kini terasa peluangnya kembali cerah. “Teruskan.”

“Masih ada sisa keturunan elders Kim Jo In tapi ia akan menjadi sedikit rumit tuan.” Huk Gak menekur pandangannya ke atas lantai. Takut mahu bertentang pandang dengan Hyness.

“Kenapa? Pewaris dia sedang dalam keadaan nazak ke?” Sinis sekali Hyness menyoal orang bawahannya.

“T-tak. Perempuan tu salah seorang daripada anak buah Ean."

Tawa Hyness bergema sekali lagi sebelum menepuk bahu orang bawahannya itu dengan agak kuat. “Itu hanya hal remeh saja. Jadi beritahu aku yang kau ada jalan untuk pancing dia supaya masuk ke dalam perangkap kita.”

Huk Gak mengangguk sebelum bangkit dan keluar daripada bilik Hyness tanpa kata. Beberapa minit kemudian, Huk Gak kembali dengan membawa seorang perempuan yang kelihatan agak lemah. “Kita boleh gunakan ahli keluarganya yang lain untuk pancing pewaris Kim Jo In, tuan.”

Tawa Hyness sekali lagi bergema di dalam ruang rehatnya. Kali ini tawa Hyness panjang dan kedengaran seram sekali. “Bagus! Kali ini kita tak boleh bertangguh lagi. Kita harus segera bawa perempuan tu ke sini dan bangkitkan The Black Witch secepat mungkin.”
__

Hanna membiarkan sahaja Jaejoong merangkul tubuhnya. Biarlah. Hanya malam ini sahaja dia mahu diulit bahagia meskipun dia harus bangun dari ‘mimpi indah’ ini pada keesokan hari. Dia merenung neon-neon berkelipan dari jauh daripada balkoni biliknya. Selepas habis berjalan tadi, Jaejoong terus saja bawa dia pulang ke rumah.

I love you.

Hanna telan liur yang terasa kesat. Benarkah apa yang baru saja didengarinya. Perlahan dia memusingkan tubuhnya, mahu menjarakkan diri dari Jaejoong namun lelaki itu pantas sahaja merangkul pinggangnya agar dia kekal di dalam pelukan lelaki itu. Ah! Macam tahu-tahu saja. Desis hati kecilnya.

“Jae, kita tak boleh. Kau pun tahu kan?”

Jaejoong merenung anak mata Hanna yang tampak sedih. Berlainan sekali dengan ekspresi muka dingin yang sedang ditayang perempuan dihadapannya.

“Aku tahu, Hanna. Tapi kau soulmate aku dan aku tak mampu untuk tipu diri sendiri lagi.” Jaejoong berbisik perlahan sebelum mendaratkan dagunya di atas bahu Hanna. Sebuah keluhan kecil terlepas jua daripadanya mulutnya. Dadanya terasa lapang apabila berjaya juga dia meluahkan perasaanya pada Hanna.

         Hatinya terasa pedih. Mengapa takdir harus berlaku kejam ke atas diri mereka berdua. Dia faham benar yang perkara soulmate tak boleh dibuat main. Sekali kau dah jumpa soulmate kau, selamanya kau akan bersama kau punya other half. Tiada ruang untuk melihat orang lain lagi.

I love you too.” Perlahan dia berbisik. Ada titisan hangat mengalir keluar daripada tubir matanya. Jika Ean mahu mengamuk sekalipun, dia akan cuba pertahankan dirinya dan Jaejoong sebaik mungkin.


Jaejoong tersenyum nipis. Lega dia apabila Hanna juga menyimpan perasaan yang sama. Dia menarik nafas dalam sebelum bibirnya mula merayap ke tengkuk Hanna. Tepat di atas nadi Hanna meskipun nadi itu berdenyut perlahan. Tanpa membuang masa terus saja dia membenamkan fangs miliknya di situ. 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review