Sunday, June 28, 2015

Blood Tie; The Beginning ✫31✫

Posted by Snow_Queen at 1:28 PM
Matanya dipicing sedikit. Ralit memerhatikan barisan-barisan aksara dan beberapa keping gambar yang dilekat di atas papan putih dihadapannya. Otak ligat memikirkan beberapa kes lepas yang dikaitkan dengan Hyness secara langsung dan tidak langsung.
Seketika, matanya dilarikan ke arah meja belajar sederhana besar disebelah kiri yang bersepah dengan pelbagai jenis dokumen yang diperolehi dengan bantuan rakan-rakan dark hunters yang lain dan juga Ean.
Haih! Banyak la pulak benda nak kena tengok ni. Dia mendengus perlahan sebelum mengambil keputusan untuk berehat seketika. Tubuh dihenyak ke atas tilam empuk manakala pandangan ditala ke siling berukiran bunga.
Sebuah keluhan akhirnya terluah juga apabila malam dirasakan semakin sepi. Ah! Bukan dia tidak betah dengan situasi ini namun semenjak kembali berhubung dengan Jae joong dan yang lain-lain entah mengapa dia cukup rindukan kehidupan dia yang dahulu.
Kalau masa boleh diundurkan kembali dia mahu menjadi Hanna yang dahulu. Hanya manusia biasa yang gembira dengan kehidupan yang serba-serbi sederhana  bersama mak cik Celia di Bandar Crimson tanpa sebarang masalah namun apa mahu dikatakan lagi? Ini jalan hidup yang dia pilih. Bukankah dia seharusnya bergembira dengan pilihannya?

“Aku rindukan kau.”

Mindanya menerawang ke arah Jae Joong pula. Ah! Lelaki itu cukup pandai menjentik naluri miliknya. Hanya dengan sepatah kata itu dia tewas dengan desakan perasan yang sudah lama dirasakan terhadap Jae joong. Sengaja dia melarikan diri sebaik sahaja selesai perbincangan dengan yang lain-lain kelmarin. Tiba-tiba dia rasa dia belum bersedia mahu berhadapan dengan Jaejoong atau dia takut? Peduli apa dia kalau Jae joong marah pun.
Namun mari berpijak di atas kaca realiti Hanna. Kau dan dia walaupun sudah berada dalam dunia yang sama jarak antara kalian makin jauh. Kau terikat dengan kod dan etika dan dia dari golongan bangsawan. Kalau mahu dengar elders bertempik silakan langgar kod dan etika kau. Hatinya membentak buat sekelian kali.
“Jauh mengelamun?”
Dia bingkas bangun dari pembaringan sebaik terdengar suara yang cukup dikenalinya bergema di dalam kamar tidur miliknya. Atau lebih tepat lagi di balkoni biliknya. Langsir putih bergerak halus dek angin melindungi separuh tubuh jejaka itu daripada tatapan matanya.
 Mata sengaja dicerlung tanda dia tak senang dengan kehadiran tetamu tak diundang itu. Okay. Dia buat-buat marah aje sedangkan dalam hati tuhan sahaja tahu betapa hebat getaran di dada ketika ini.
“Kau nak apa?” Hanya itu yang dapat dia luahkan tanpa gagap. Kalau dia cakap panjang-panjang pun, sekali Jaejoong dah keluar beri jelingan membunuh maka secara automatik dia akan senyap.
Jaejoong ketawa kecil sebelum melangkah masuk ke dalam kamar tidur milik Hanna. Matanya sengaja diliarkan ke sekeliling memerhati ruang peribadi gadis yang masih diam tak berkutik menanti jawapan daripadanya. Kalau kelmarin Hanna boleh lari dan dia sengaja melepaskan Hanna pergi maka malam ini dia akan pastikan Hanna tak akan mampu lari dari sisinya lagi sebelum pagi menjelma.
Aduh hati! Bertahanlah. Mengapa menggoda sekali kedengaran tawa Jaejoong? Hanna menggetap bibir namun matanya masih lagi mengikut langkah Jaejoong yang kini melewati meja kerjanya.
“Tengah siasat fasal Hyness?” Jaejoong berpaling ke arah Hanna yang masih setia memandang ke arahnya. Sekali lihat gaya macam nak telan pun ada.
“Taklah. Tengah sental langsir. Hah, nak apa ni?” Hanna cekak pinggang. Buat ala-ala tak senang melihat kehadiran Jaejoong di sini sedangkan dia sudah rasa tak cukup nafas diruang sekelilingnya.
“Keluar dating nak?”
Hanna diam tanpa reaksi. Entah mahu ketawa atau tunjuk penumbuk sahaja pada Jaejoong kerana bergurau sebegitu rupa.
“Aku serius ni. Lagipun, ada banyak benda yang harus kita bincangkan kan?” Jaejoong meneruskan bicara apabila Hanna tidak memberi reaksi.
Kening dikerutkan sedikit tanda dia sedang menimbang tawaran Jaejoong sebelum akhirnya dia angguk kepala tanda bersetuju. Kalau terperap dalam bilik saja pun boleh jadi gila!
Great! Tunggu apa lagi. Jom!” Tanpa memberi Hanna sebarang ruang untuk membalas katanya, Jaejoong segera menarik lengan Hanna menuju ke arah pintu gelongsor balkoni yang masih terbuka sebelum menghilangkan diri bersama Hanna dalam kegelapan malam.
__
Muka dimasamkan tanda tak puas hati. Hatinya lagi panas apabila dia mengerling wajah Jaejoong di sisi yang kelihatan selamba sedangkan orang ramai sudah memandang pelik ke arahnya yang hanya memakai baju tidur dan menyarung selipar didalam rumah. Tak menyempat aku nak tukar baju! Hatinya mendongkol geram.
“Eh, aku nak baliklah!” Hanna mendengus geram apabila Jaejoong masih sibuk meliarkan pandangannya ke sana dan ke mari di sekitar street market yang mereka sedang lalui sedangkan mukanya sudah habis tebal menahan malu. Lagi tebal malunya bila orang asyik jeling-jeling ke arahnya sebelum berbisik sesama sendiri. Tak kurang ada juga yang tersenyum sinis.
Eh! Dating apa macam ni? Silap-silap dapat darah tinggi adalah! Hatinya sekali lagi dibakar amarah. Baru sahaja dia mahu beredar pulang, pergelangan tangan direntap oleh Jaejoong sebelum jejaka kacak itu mengheret dia ke arah sebuah gerai pakaian.
Tanpa sepatah kata Jaejoong mengambil sehelai jeans biru yang hampir pudar warnanya berserta dengan sehelai kemeja lengan tiga suku berwarna hitam sebelum dia hulur kepada Hanna. “Nah, pergi tukar pakai yang ni.” Jaejoong tersenyum nipis sekilas sebelum hulur beberapa keping not pada tuan punya gerai yang hanya tersengih-sengih memandang ke arah dia dan Jaejoong.

Hanna tergelak sinis. Gila apa nak dia tukar pakaian dekat tempat-tempat macam ni? Nak bagi lelaki-lelaki hidung belang tengok tayangan percuma?!
“Ala, pergilah cari tempat selamat sikit. Dalam public toilet ke. Aku datang cari kau kejap lagi.” Dan Jaejoong terus meningalkan Hanna yang masih tunjuk muka macam nak makan orang. Dalam hati mahu saja dia tergelak dengan telatah Hanna namun sedaya upaya dia cuba untuk tidak menaikkan suhu amarah Hanna. Dibuatnya Hanna lari balik rumah dan lancarkan perang dingin lagi haru!

Hampir setengah jam Hanna menunggu berhampiran sebuah cafe namun kelibat Jaejoong masih tak kelihatan. Hanna garu pipi yang tak gatal sebelum melabuhkan punggung di atas tembok simen di belakangnya. Takkan sesat pulak mamat tu? Kalau vampire sesat memang setahun dia gelak tak habis. Meskipun deria bau vampire tak sehebat werewolf, namun sensitiviti deria bau vampire masih lagi tinggi untuk mengesan bau manusia mahupun mangsa mereka.
 “Cuba pakai ni.”
Hanna yang ralit mengelamun tersentak apabila Jaejoong tiba-tiba saja muncul di hadapannya beserta sepasang kasut berwarna hitam. Matanya merenung wajah Jaejoong yang bersahaja. Hati gadisnya tersentuh meskipun pada awal tadi mahu sahaja dia tinggalkan Jaejoong sendirian dan balik.
“La takkan nak aku sarungkan pulak?” Jaejoong julingkan mata sebelum melutut di hadapan Hanna apabila gadis itu tak berikan apa-apa reaksi. Sengaja dia mahu mengusik Hanna.
Mata Hanna terbuntang luas apabila Jaejoong tiba-tiba saja melutut di hadapannya. “Eh! Tak payah. Aku boleh pakai…” Hanna terkedu apabila Jaejoong selamba saja angkat kaki kanannya sedikit dan tukar selipar yang dipakainya kepada kasut yang dibeli oleh jejaka itu sebentar tadi.
Malu? Tak payah cakaplah. Kalau boleh diukur takat malu, rasa-rasanya malu dia sudah melebihi paras seratus darjah. Jelingan orang ramai dia cuba buat tak endah namun senyuman kecil terukir juga dibibir akhirnya dengan sikap Jaejoong yang sukar diramal. Segera dia matikan senyuman dibibir bila Jaejoong tegakkan badan kembali. Tak mahu jejaka itu perasan lebih-lebih jika dia ditangkap sedang tersenyum.
“Jom?” Jaejoong sua tangan ke arah Hanna. Kali ini dia dapat rasakan perubahan dalam mood Hanna. Gadis dihadapannya tampak tenang kini dan dia rasakan peluangnya cerah untuk memikat Hanna pada malam ini.
Hanna mengerling sekilas ke arah Jaejoong sebelum pandangannya ditala ke arah tangan Jaejoong yang tersua ke arahnya. Entah mengapa kali ini dia rasakan jika dia sambut huluran Jaejoong, itu bermaksud dia akan menyerahkan seluruh kepercayaan dan hidupnya pada Jaejoong dan hanya memikirkan perkara itu saja sudah cukup buat Hanna berasa seram sejuk.
“Kau tak percaya pada aku ke, Hanna?”
Sekali lagi Hanna tala pandangan ke arah wajah Jaejoong. Mata saling bertaut seolah-olah masing-masing cuba selami isi hati masing-masing. Dan entah mengapa sekali lagi dia tersenyum sebelum menyambut huluran Jaejoong.
“Kalau kau berani tinggalkan aku lagi, aku tak akan maafkan kau.” Dan usai dia berkata begitu, huluran tangan Jaejoong disambut sebelum kedua mereka beredar meninggalkan tempat yang masih sesak dengan golongan manusia menuju ke destinasi seterusnya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review