Friday, November 21, 2014

Blood Tie; The Beginning ✫30✫

Posted by Snow_Queen at 9:37 PM
Dia bangun tatkala matahari merangkak ke arah ufuk barat. Balutan dilengan ditanggalkan. Antara kelebihan menjadi dark hunter ialah luka yang dialami cepat sembuh. Badan terasa segar setelah mendapat rehat yang secukupnya.
Dia lekas bangkit daripada katil dan menapak menuju ke arah sebingkai tingkap berkaca yang bentuknya empat persegi mengunjur dari siling sampai ke lantai. Langsir merah gelap ditarik sedikit agar biasan sisa-sisa cahaya yang tinggal masuk ke dalam bilik. Perlahan dia menguak pintu gelongsor kaca sebelum melangkah keluar ke balkoni. Pemandangan ibu kota yang berlatarbelakangkan senja benar-benar mendamaikan perasaan dia ketika itu.
Bagaikan ditarik satu kuasa aneh, dia tersedar daripada khayalan dan menala pandangan ke arah sebelah kiri. Kepalanya terdongak sedikit ke atas melihat balkoni tingkat atas. Tubuhnya kaku tatkala pandangan mata mereka bertaut.
Shit! Macam mana aku boleh lupa pasal mamat ni. Hujung lidah digigit sedikit. Sungguh dia tak tahu nak buat apa. Fikiran terus merencana bagaimana dia harus melarikan diri. Tapi kenapa dia harus melarikan diri?  Betul. Dia harus buat cool saja. Tiada apa yang perlu difikirkan. Senyuman nipis terukir di bibir merah pucat miliknya.
It’s been awhile.” Meskipun dia mengucapkan kata-kata itu perlahan, dia tahu Jae Joong dapat mendengar setiap patah perkataan yang dia tuturkan dengan jelas.

Jae Joong masih lagi berdiri kaku di balkoni biliknya. Apakah ini satu lagi mainan mimpi? Dia ingin sekali merangkul tubuh Hanna namun tubuhnya seakan terpasak di situ. Yang dia mampu buat hanyalah merenung sebujur wajah yang dirindui saban malam.
Kerana rimas direnung Jae Joong terlalu lama dia mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke dalam bilik. “Apa masalah mamat tu?” Dia mengomel perlahan. Langkah Hanna terbantut apabila Jae Joong kini muncul di hadapannya secara tiba-tiba.
Hanna memegang dada kiri. Terkejut dengan kehadiran Jae Joong yang secara tiba-tiba itu. “Kau kalau nak-“
Matanya terbuka luas apabila Jae Joong secara tiba-tiba merangkul tubuhnya. Nafas hangat lelaki itu dapat dirasai di tengkuk. Kedua belah tangannya digenggam erat. Hanna mati kutu apabila dipeluk secara tiba-tiba.
“Ini bukan mimpi kan?” suara serak Jae Joong kedengaran di cuping telinga. Dia…menangis?
Secara reflex, tangan kanannya terangkat ke atas. Dia mengusap kepala Jae Joong perlahan-lahan. Tubuhnya dirasakan menjadi hangat seketika di dalam pelukan lelaki itu.
Perlahan-lahan Jae Joong merungkaikan pelukan di antara mereka. Pipi Hanna dipegang. Direnung anak mata Hanna sedalam-dalamnya. Sebelum sempat bibir mereka bertaut, pintu bilik Hanna dibuka dari arah luar.
Hanna yang seakan baru terjaga dari mimpi segera terundur ke belakang. Yunho tergelak kecil tanpa rasa bersalah.
“Aku ganggu ke?”
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Jae Joong menyelar Yunho yang menganggu dia dan Hanna ketika itu namun akalnya terfikirkan sesuatu. Jae Joong pandang wajah Yunho dengan pandangan blur sebelum dia teringat soalan Yunho dan Max ketika dia pulang pagi tadi.
“Kau..macam mana kau jumpa dia?” Pelbagai persoalan menghujani benak Jae Joong ketika ini. Yunho tersenyum nipis.
“Panjang ceritanya. Apa kata kita biarkan Hanna bersihkan diri dia dulu? Selepas tu kita semua boleh duduk berbincang. Aku yakin Yoochun dan Junsu pun tak sabar nak jumpa Hanna. Tapi sebelum tu tolong lap air mata kau dulu. Hilang macho!”
Jae Joong menjegilkan mata ke arah Yunho. Segera lelaki itu beredar dari kamar Hanna.
Jae Joong raup wajah dengan kedua belah tangannya sebelum pandangan ditala ke arah Hanna kembali. Apabila dia perhatikan Hanna betul-betul kali ini dia dapat rasakan aura berbeza disekeliling gadis itu. Sekali lagi dia merapati Hanna dan anak matanya segera bertukar warna.
Hanna tersenyum kelat melihat raut wajah Jae Joong berubah.
“Kenapa?”
Hanna menarik nafas sedalam-dalamnya. Tahu apa yang dimaksudkan oleh Jae Joong. Namun sebelum sempat dia buka mulut, Yunho masuk kembali ke dalam kamar bilik itu.
“Jae.”
Jae Joong mengangguk perlahan sebelum pandangan ditala kembali ke arah Hanna. Hanna angguk perlahan. Tahu Jae Joong mahukan penjelasan daripada dia kemudian.
“Aku akan ceritakan semuanya selepas ini.”
Suasana di ruang tamu dicengkam sepi. Tiada siapa yang mahu bersuara dulu meskipun tadi rancak Yoochun dan Junsu berbual dengan Hanna. Namun perbualan mereka sebaik sahaja Jae Joong, Yunho dan Max menyertai mereka bertiga.
Jae Joong memusingkan gelas ditangan perlahan. Sungguh dia tak faham mengapa Hanna memilih untuk menjadi dark hunter. Meskipun Hanna berada di hadapannya, dia merasakan gadis itu semakin jauh daripadanya.
Meskipun dunia mereka sama kini namun mereka dipisahkan dengan kod dan etika yang berbeza. Royal dan dark hunter tak mungkin bersama. Dark hunter wujud untuk mengekalkan keamanan dikalangan manusia sejagat. Bagi yang lebih berpengalaman, mereka akan dilantik untuk menjadi pembantu kepada royal namun bukan semua dark hunter mahu terikat dengan royal. Dark hunter lebih suka bergerak sendirian dan hidup bebas sementelah jiwa mereka agak wild. Asalkan mereka masih mematuhi kod etika pihak atasan, dark hunter bebas melakukan apa sahaja.
Jika dia berdegil mahukan Hanna, dia tahu Hanna akan diancam dari pelbagai sudut. Mampukah dia melindungi Hanna daripada semua ancaman itu?
Akalnya ligat merencanakan sesuatu. Macam mana pun dia harus pastikan agar Hanna kekal di sisinya. Dia tak mampu lagi untuk menahan perasan. Dia tak mahu lepaskan Hanna daripada pandangan matanya walaupun sesaat!
Hanna berdehem perlahan. Semua orang kini memandang ke arahnya. Hanna tersenyum nipis. Rasa kelakar pun ada.
“Jadi..mari berbincang fasal Hyness.”
Max lantas meletakkan peta di atas meja kaca di hadapannya. Terdapat beberapa tanda X berwarna merah di atas peta Bandar Canberra.
“Hasil maklumat beberapa orang bawahan aku menyatakan beberapa orang kanan Hyness kerap berulang-alik ke tempat-tempat yang aku tandakan ni,” Max mengerling ke arah semua sebelum menyambung bicara. “Kalau kita dapat bersemuka dengan orang-orang kanan Hyness, ada kemungkinan kita dapat menjejaki lelaki itu.”
Yoochun mengusap dagu. Fikirannya ligat berjalan. Cuba merangka-rangka rancangan.
“Kalau kita jumpa mereka pun peluang kita mahu tahu kedudukan Hyness agak tipis. Kebelakangan ni, boleh dikatakan hampir tiada langsung aktiviti daripada Hyness.” Yoochun menggumam kecil.
“Dan itu membuatkan aku tertanya-tanya apa yang sedang psycho tu rancangankan. Macam mana pun, mungkin ini satu-satunya peluang kita untuk kembali dapatkan jejak Hyness.” Junsu bersuara.
“Aku akan cuba tanya kawan-kawan aku mengenai Hyness. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan berkaitan Hyness, aku akan maklumkan pada kauorang. Beri aku senarai-senarai nama yang kauorang ada dan aku akan dapatkan semua maklumat secepat yang mungkin. Kalau perlu, aku akan tanya Ean saja.” Hanna menyampuk.
Yunho pandang Jae Joong dan lelaki itu memandang ke arah Yunho kembali. Bagaikan ada persetujuan tanpa lisan, kedua-dua mereka mengangguk serentak.
“Kalau macam tu aku minta diri dulu.” Hanna bangun dari duduknya.
“Tunggu dulu.”

Hyness menderam perlahan. Buku lusuh di hadapannya diteliti sekali lagi. Apabila berputus asa, dia hempas buku tebal itu ke atas lantai. Matanya yang merah menyala memandang ke arah langit yang baru sahaja bertukar warna.
Salah seorang dari pengikutnya melangkah ke arah balkoni. Takut-takut mendekati Hyness.
“T-tuan.” Lelaki itu menundukkan pandangan ke lantai. Hyness memalingkan badan dan memandang tajam ke arah lelaki itu.
“Macam mana? Kau dah jumpa orang tu?” Penuh teruja dia bertanya.
“B-belu-“ Belum sempat lelaki itu menghabiskan bicara, tanpa rasa Hyness membunuh lelaki itu. Dia segera berpaling dan memanggil beberapa orang bawahannya.
“Aku tak kira dengan cara apa sekalipun yang kauorang akan guna, dapatkan seseorang yang boleh baca tulisan Browallia ni atau aku akan cabut nyawa kauorang satu persatu!” Dia memberi isyarat tangan agar orang-orang bawahannya segera beredar dari kamar biliknya. Macam mana pun, The Black Witch harus dihidupkan kembali sebelum gerhana kedua berlaku tahun ini. Hanya dengan bantuan The Black Witch dia akan dapat memerintah dunia Underworld dan dunia manusia!


7 under spell:

salmi fasliena said...

Woha. ..best...teruja...nak sambungan snow...tak cukup la sniw satu bab je...tak puas baca ni...

Anonymous said...

Hai show... Bila na ada sambgan baru..
Ida

Anonymous said...

Hai snow bila na ada sambgan lg ni...da rindu sgt2..

Anonymous said...

bila mau sambung....?kah ada blog lain?hehe..citercik snow smua tip top

Anonymous said...

bila mau sambung....?kah ada blog lain?hehe..citercik snow smua tip top

Anonymous said...

cik snow....bila nak smbung....pls....jgn mghilang diri lagiiii...tolong tolongggg la update new entry plssss...... ~cik cekelat

didies said...

Tq snow for the n3...lame giler tunggu

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review