Thursday, October 30, 2014

Blood Tie; The Beginning ✫29✫

Posted by Snow_Queen at 4:29 PM
“Sakit la woi!” Hanna tendang kaki Yunho dengan muka tak bersalah.
“Tahanlah sikit perempuan!” Yunho menjeling tajam. ‘Ada yang kena luku karang’ desis hatinya.
“Kau..”
“Lebih baik kau diam sebelum aku stapler mulut kau.”
Hanna mendengus lembut. Sengaja dia menghembus rambut yang jatuh di dahi dengan kuat tanda protes.
Kekecohan kecil yang berlaku tanpa disangka menarik perhatian seseorang yang kebetulan lalu di hadapan bilik Yunho. Tanpa amaran, pintu bilik yang terkuak kecil itu terbuka luas.
Serentak pandangan Yunho dan Hanna tertumpu ke arah pintu bilik. Hanna telan air liur kesat. Changmin kaku melihat figura Hanna yang sedang dirawat Yunho.
“Ini bukan mimpi kan? Sekejap.” Pap. Changmin tampar pipinya sendiri. ‘Okay sakit. Sah aku tak mimpi’.
Ketawa Hanna meletus namun hanya seketika sebelum dia mengaduh kesakitan. “Sakit la!”          Hanna menolak Changmin yang sedang memeluknya. Changmin tarik sengih.
“Mana kau jumpa dia?” Changmin tala pandangan ke arah Yunho yang sedang mengemas peralatan yang digunakan untuk merawat Hanna tadi.
“Ean.”
Sebaris nama itu menyebabkan kening Changmin hampir bertaut. Dia kemudian membuang pandang ke arah Hanna. Kalau Yunho jumpa Hanna melalui Ean itu bermakna…
“Kau…Dark Hunter?” Changmin menyoal dengan raut muka serius.
Hanna mengangguk perlahan. Changmin terkedu.
“Kau…” Changmin gigit bibir bawah, menahan diri daripada meneruskan kata-kata yang mahu terluah. Siapa dia mahu mempersoalkan pilihan yang dibuat Hanna? Kalau itu pilihan Hanna, dia hanya boleh sokong Hanna dari belakang.
“Kau mesti penat kan? Berehatlah dulu. Kami akan jumpa kau bila matahari terbenam nanti.” Changmin tersenyum nipis sebelum melangkah keluar. Sempat dia buat isyarat mata pada Yunho sebelum berlalu pergi.
“Yunho..” Hanna pegang pergelangan baju lelaki itu sebelum sempat Yunho melangkah pergi. Yunho angkat kening sebelah melihat perlakuan Hanna.
“Jae Joong…” Hanna menggetap bibir apabila terasa pipinya hangat. Yunho mengukir senyum nakal.
“Kau nak jumpa dia sekarang? Aku boleh panggil dia.”
“Mana ada!” Hanna melepaskan pegangan. “Aku cuma nak tahu dia ada kat sini atau tak. Kalau dia ada aku nak blah dulu.” Segera dia baring dan menutup mukanya dengan bantal. Mukanya terasa makin hangat apabila Yunho ketawa kecil.
Baka.” Lembut Yunho menuturkan ayat itu sebelum dia berlalu pergi.
Urusai!” Hanna menggetap bibir bawah. Mata dipejam rapat. Tanpa dia sedari, entah bila dia terlelap.

Jae Joong mengurut pangkal leher perlahan. Dia menapak ke ruang tamu dan langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Yunho dan Changmin yang sedang bersembang.
“Ada benda menarik yang berlaku?” Dia melabuhkan punggung sebelah Changmin.
Kedua-dua sahabatnya menarik senyum nakal sambil memandang ke arah dia.
“Apa?” Jae Joong buat muka toya. ‘Ni apahal minta muka nak penampar ni?
“Kau tak rasa lain macam ke bila kau masuk rumah ni?” Yunho menyoal.
“Lain macam?” Dahi Jae Joong berkerut sebelum geleng kepala.
“Betul ni?” Giliran Changmin menyoal.
Jae Joong mendengus perlahan sebelum angguk. “Kenapa?”
Yunho dan Changmin berbalas pandangan. Senyuman nakal masih terukir di bibir.
“Tak ada apa-apa.” Serentak kedua-dua mereka memberi jawapan.
Jae Joong garu dahi. Pening dengan gelagat kedua-dua orang sahabatnya.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review