Thursday, August 14, 2014

Blood Tie; The Beginning ✫28✫

Posted by Snow_Queen at 9:50 PM
Hanna menggigit bibir bawah. Sungguh kebisuan antara mereka berdua membuatkan dia rimas. Hanya deruan angin dan ombak menghiasi gegendang telinga. Dia berdiri kaku di sebelah Yunho yang leka melihat kerlipan lampu-lampu neon nun di seberang laut.
It’s been awhile.” Akhirnya Yunho bersuara. Dia menarik nafas lega.
Yeah. Kau sihat? Kyra?” Dia menoleh ke arah Yunho yang kini sedang merenungnya. Liur yang terasa kesat ditelan apabila pandangan mereka berdua bertaut. ‘Sudah! Apa hal aku rasa bersalah tiba-tiba ni? Bukan aku ada buat salah pun’ hatinya berbisik.
Yunho tersenyum nipis mendengar ulah Hanna di dalam hati. “Fasal Jae Joong kau tak nak tanya?”
Hanna mengerling tajam. Tahu Yunho sedang mengusik. “Buat apa aku nak ambil tahu fasal mamat tak ada perasaan tu?” Tipu! Dia ingin sekali tahu keadaan Jae Joong namun entah mengapa mulut berat untuk bertanyakan Yunho mengenai jejaka yang dia rindui itu.
“Dan telahan kau tu salah sama sekali. Kalau dia tak ada perasaan dia tak akan separuh mati rindukan kau siang dan malam.”
Hanna terkedu. Dia rasa tertampar dengan kenyataan Yunho. “Jadi apa yang aku boleh bantu dalam misi korang?” Segera dia tukar topik. Nanti ada pula drama air mata swasta jika mereka meneruskan topik perbualan mengenai Jae Joong.
Yunho mengeluh perlahan. Tak dia sangka Hanna kini begitu degil namun siapa dia untuk menghakimi gadis di sebelahnya? Pasti ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan Hanna enggan membicarakan topik berkaitan dengan Jae Joong.
“Hyness.”
Sepatah nama itu membuatkan Hanna mengangguk perlahan. “Korang masih gagal temui dia?”
Yunho angguk. “Dia cukup licik menyembunyikan jejaknya. Sebab itu kami ambil keputusan untuk minta tolong Ean. Aku tak sangka pula dia akan tugaskan kau untuk bantu kami.”
“Kau pandang rendah pada aku ke?” Hanna mengerling tajam.
“Mari tengok apa yang kau boleh buat.” Sengaja Yunho mengukir senyuman sinis pada Hanna. ‘Seronok juga mempermainkan Hanna sekali-kala’ hati nakalnya berbisik.
“Jangan pandang rendah pada aku! Jom ikut aku.” Segera dia berpaling menuju ke kenderaan miliknya.
“Nak pergi mana woi?” Yunho melaung.
“Ikut sajalah.” Hanna mengomel rendah namun dia tahu yunho dapat mendengar omelannya itu. Kenderaan miliknya meluncur laju di atas jalan menuju ke destinasi yang terlintas di fikiran.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Audi berwarna merah yang meluncur laju tadi kini tersadai di tengah jalan raya apabila sesuatu menghentam permukaan depan kereta miliknya. Mujur tiada kenderaan lain di kawasan itu.
Hanna melangkah keluar. Senjata miliknya digenggam erat. Naluri pemburunya dapat mengesan kehadiran musuh di kawasan berhampiran. “Shit!
Keningnya terjungkit sebelah melihat kerosakkan kereta kesayangan. Yunho yang mengekori dari belakang memberhentikan kereta di tepi jalan. Segera dia mendapatkan Hanna.
“Kau okay?”
Hanna mengangguk.
“Aku minta maaf. Kita ada tetamu yang tak diundang sekarang.” Pandangan tajam ditala ke hadapan. Sekumpulan lelaki berpakaian hitam merenung ke arah dia dan Yunho.
“Hati-hati. Mereka ialah soul-suckers.” Hanna memberi amaran.
Yunho tersenyum sinis. “Dan jangan lupa aku adalah royal bloods!”
“Hanna.” Seorang lelaki berambut perang memandang tajam ke arah Hanna. Sinar matanya penuh dengan kebencian.
“Apollo. What a pleasant surprise.” Senyum sinis terukir di bibir Hanna.
Apollo menderam perlahan. “Aku dah bagi amaran jangan kacau kawasan aku kan? Kerana kau anak-anak buah aku sudah hilang sumber makanan mereka!” Suaranya lantang menunjukkan ketidakpuasan hati kepada Hanna.
Hello! Ada aku kisah fasal kawasan korang? Yang penting anak-anak buah kau buat kacau di bawah kawasan jagaan aku. Dan aku tak akan berkompromi dengan soul suckers.”
Chakra blade yang terikat kemas dengan chain khas melayang di udara apabila pengikut-pengikut Apollo mula menyerang. Senjata itu tepat tertusuk ke dada salah seorang pengikut Apollo. Lelaki itu menjerit kesakitan sebelum menjadi debu.
“Jantung dan leher adalah titik nyawa mereka!” Hanna memandang ke arah Yunho sebelum melibas dua lelaki yang mengelilinginya. Kedua-duanya turut mati serta-merta.
Yunho angguk faham sebelum dia juga turut menyerang pengikut-pengikut Apollo. Lengan seorang lelaki digenggam erat sebelum sikunya mendarat tepat di perut lelaki itu. Tanpa berlengah, Yunho membenam claws tepat ke jantung pengikut Apollo. Satu lagi turut hilang menjadi abu.
Apollo mendengus kasar. Hanna bukan calang-calang dark hunter. Kalaulah gadis itu masih mempunyai roh, dia pasti akan memburu Hanna. Half dead merupakan golongan yang jarang dijumpai dah roh mereka begitu berharga.
Dia pasti akan dapat hidup sekurang-kurang puluhan tahun jika dia dapat roh Hanna. Namun malang sekali Hanna sudah tidak mempunyai roh! Apollo merapati Hanna dalam diam. Senjata tajam digenggam kemas. Dia sudah bersiap sedia mahu buat serangan mengejut.
Hanna melemparkan senjata ke arah Apollo. Senjata miliknya membelit pergelangan tangan Apollo. Hanna merentap chain senjatanya menyebabkan Apollo terdorong ke hadapan. Dia mengambil peluang itu dan menendang perut Apollo menyebabkan lelaki itu melayang ke belakang. Sempat dia menarik senjatanya kembali sebelum melakukan tendangan itu.
‘Tuhan! Bilalah golongan kurang cerdik ini akan mula belajar berlawan dengan betul?’ hatinya berbisik kecil. Macamlah dia tidak dapat kesan pergerakan Apollo meskipun dia tidak melihat lelaki itu.
Damn!” Hanna memegang lengan. Entah bila lengannya ditusuk senjata tajam milik salah seorang pengikut Apollo.
Tanpa berlengah, dia terus sahaja membenamkan chakra blade tepat ke leher tuan punya senjata. Yunho merapati Hanna apabila pengikut-pengikut Apollo ghaib secara tiba-tiba.
“Kau okay?” Yunho melihat luka di lengan Hanna. Darah berwarna hitam mengalir keluar.
“Aku okay.” Hanna mengerutkan kening. Tipulah dia okay seratus peratus. Senjata soul sucker boleh tahan bisanya.
Yunho mencempung tubuh Hanna tiba-tiba menyebabkan gadis itu terbeliak seketika.
“Hoi! Kau nak bawa aku pergi mana ni?” Dia segera bertanya apabila akal warasnya berfungsi kembali.
“Rawat luka kaulah.” Yunho meletakkan Hanna di kerusi penumpang sebelum menutup pintu kereta miliknya.
“Habis kereta aku?” Hanna mengerling ke arah Audi kesayangannya. Yunho ketawa kecil.
“Beli baru sajalah. Dah hancur teruk macam tu memang tak dapat diselamatkan dah.” Senang Yunho memberi jalan penyelesaian.
Hanna memuncungkan bibir namun ekspresinya berubah apabila luka di tangan terasa pedih dan panas. Serta-merta pandangannya menjadi gelap.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review