Wednesday, August 13, 2014

Blood Tie; The Beginning ✫27✫

Posted by Snow_Queen at 10:25 PM
Lidahnya kelu untuk berbicara. Wajah yang dirindui kini berada di depan mata. Entah berapa lama mereka bertentang mata pun dia tidak pasti.
Hanna tunduk memandang lantai apabila dia tidak mampu lagi menahan perasaan. Air mata jatuh ke pipi.
“Hanna.”
Dia memejamkan mata. Mendengarkan suara itu sahaja sudah mampu membuatkan jiwanya tak keruan. Sedar-sedar dia sudah berada di dalam dakapan Jae Joong. Bagaikan mempunyai minda tersendiri, tangannya memeluk erat pinggang lelaki itu.
“Saya rindukan awak.” Bergetar suaranya meluahkan rasa hati.
I miss you too, Hanna. Dah lama saya cari awak.” Jae Joong meleraikan pelukan. Air mata Hanna disapu dengan hujung ibu jari.
“Kenapa awak menghilangkan diri begitu saja? Awak kata awak akan tinggalkan alamat awak bila pindah. Awak tipu!” Hanna melemparkan tuduhan.
Kini giliran Jae Joong terkedu. Sungguh bukan niat dia untuk memungkiri janji. Dia kesuntukan masa dan janjinya pada Hanna terus luput dari ingatan.
“Salah saya. Tapi saya cuba jejaki awak apabila saya pulang ke Crimson. Tapi semua usaha saya tak membuahkan hasil.” Sungguh-sungguh Jae Joong mengangguk untuk menyakinkan Hanna.
Senyuman nipis terukir di bibir mungil Hanna. “Janji jangan tinggalkan saya lagi.” Jari kelingking disua pada Jae Joong.
Jae Joong tergelak kecil. Pertama kali dia melihat Hanna berperangai kebudak-budakkan. Selalu minah ni hanya tahu memberontak saja. “Saya janji.”
Apabila jari kelingking mereka bertaut, bibir masing-masing menguntumkan senyuman manis.
Hanna mengerutkan kening apabila dadanya terasa sesak. Jae Joong memandang ke arah Hanna dengan pandangan risau.
“Kenapa?”
Belum sempat dia buka mulut, pandangannya gelap. Hanna bangun serta-merta. Cahaya matahari yang menerobos masuk ke dalam bilik menyilaukan pandangan mata. Dia mendecit kecil.
Meskipun sinar matahari senja agak lemah, namun ia memberi kesan pada matanya yang kini sensitif dengan cahaya mentari. Segera dia bangun dan menarik langsir sekaligus menghalang sinar mentari daripada menerobos masuk ke dalam bilik.
Dia buat muka hairan apabila matanya menangkap lipatan kertas berwarna putih di atas lantai di hadapan pintu biliknya. Segera dia tunduk mengambil kertas putih itu. Isi nota dibaca.
Keningnya hampir bertaut apabila Ean mengarahkan dia terus pergi ke The Heaven sebaik sahaja dia bangun. Ada perkara penting yang harus dibincangkan. Dengan segera  dia melangkah keluar menuju ke destinasi yang ditetapkan oleh Ean sebaik saja sebilah dagger kecil disisip ke pinggang.

Hanna melihat setiap kelibat yang keluar dan masuk The Heaven. Jam sudah bergerak ke angka lapan tiga puluh minit namun bayangan Ean masih tidak kelihatan. Dia mengeluh perlahan.
“Ada juga yang kena sekeh dengan aku karang..” Perlahan dia meluahkan rasa geram. Namun dalam masa yang sama entah mengapa jantungnya berdebar kencang. Seolah-olah ada perkara yang tidak elok bakal terjadi.
Hanna memejamkan mata. Mahu mengusir rasa debar di hati. Bayangan Jae Joong yang hadir di alam bawah sedar kembali ke dalam fikiran. Ah! sudah berapa lama dia tidak bermimpi dan malam ini tiba-tiba saja dia bermimpi kembali.
“Hanna?”
Dia tersentak apabila mendengar suara Ean di cuping telinga. Segera matanya terbuka namun lidahnya kelu apabila melihat renungan tajam jejaka yang berdiri di sebelah Ean.

Jae Joong menggetap bibir. Mata masih merenung kosong siling bilik tidurnya. Bayang Hanna yang tersenyum manis menghantui fikiran.
“Janji jangan tinggalkan saya lagi.”
Ayat yang diucapakan Hanna bergema dalam fikiran. Kalaulah dia dan Hanna bertemu kembali dia pasti tidak akan lepaskan gadis itu! Dia akan buat apa sahaja untuk mengikat gadis itu di sisinya buat selama-lamanya.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review