Tuesday, August 12, 2014

Blood Tie; The Beginning ✫26✫

Posted by Snow_Queen at 7:49 PM
Jae Joong merenung buku di riba dengan pandangan kosong. Tubuhnya mungkin di sini namun fikirannya sudah jauh mengembara ke alam lain. Kebelakangan ini ingatannya terhadap Hanna semakin kuat.
Meskipun dia cuba menepis bayangan gadis itu namun usahanya hanya sia-sia belaka. Bayangan Hanna makin galak menghiasi fikiran dan tidur malamnya. Dengusan kecil terluah melalui rongga pernafasan.
Yoochun yang sedang meneliti kertas kerja di tangan terganggu perhatiannya. Dia mendongak kepala ke hadapan, memerhati Jae Joong yang sedang merenung buku di riba. Macam hendak tembus buku itu ditenung sahabat baiknya itu.
“Kau dah kenapa?” Dia memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Kebelakangan ini Jae Joong berkelakuan pelik dari biasa dan dia pasti ada sesuatu yang menggangu fikiran Jae Joong.
“Tak ada apalah.” Jae Joong menutup buku di riba sebelum meletak naskah setebal lima ratus muka surat itu ke atas meja. Pangkal hidung diurut perlahan. Bayangan Hanna masih menari di fikiran.
“Kau teringatkan Hanna ke?” Yoochun serkap jarang dan telahannya ternyata benar apabila Jae Joong menjeling tajam. Dia sengih buat muka tak bersalah.
“Kau rasa dia ada di mana sekarang? Sudah hampir setahun kita cari dia tapi semua usaha kita tak membuahkan hasil.” Jae Joong merenung Yoochun. Biarlah Yoochun mahu mengejek atau ketawakan dia. Dia mahu meluahkan rasa di dada.
“Di mana pun dia berada, aku pasti dia selamat dan sihat.”
Jae Joong mengeluh kecil. “Aku harap kita dapat jumpa dia secepat mungkin.” Tanpa sedar ayat itu terlepas daripada bibirnya.
Kening naik sebelah. Segarit senyuman menghiasi bibir Yoochun. “Kau suka dia kan?”
“Huh?”
Ketawa Yoochun pecah tanpa dapat ditahan. Jae Joong menggetap gigi tanda geram melihat si sahabat yang ketawa tanpa sebab.
“Apasal?” Jae Joong menghadiahkan jelingan tajam pada Yoochun menyebabkan tawa lelaki itu mati. Sisa tawa yang masih berbaki cuba ditahan agar Jae Joong tidak bertambah baran.
“Itulah dulu ada depan mata selalu buli. Bila dah hilang rindu.” Sengaja dia memerli Jae Joong tanpa memandang ke arah Jae Joong.
“Siapa kata aku rindukan dia?” Jae Joong kembali capai buku di atas meja. Malas mahu melayan ulas Yoochun.
“Semuanya tertulis di muka kau. Tak payah kau bagitahu pun aku tahu.” Yoochun tersenyum nipis. Namun tidak dapat dia sangkal bahawa dia sendiri pun rindukan Hanna. Entah ke mana gadis itu menghilangkan diri.
“Macam mana?”
Yoochun tayang muka blur apabila disoal secara tiba-tiba. “Macam mana apa?”
“Kau dah dapat klu terkini mengenai kedudukan Hyness? Mahu bernanah telinga aku kalau orang tua tu membebel lagi.” Jae Joong buat muka.
Yoochun geleng kepala sebagai jawapan kepada soalan Jae Joong. Sudah lama mereka buru Hyness namun lelaki itu cukup licik menyembunyikan kedudukan dirinya.
“Kalau kita tak dapat cari dia sebelum hujung tahun ni, aku risau orang tua tu akan penggal kepala kita.” Yoochun meluahkan kerisauan yang bersarang di dada.
Jae Joong menangguk tanda memahami. “Kita tak ada cara lain lagi melainkan minta bantuan pihak lain.” Jae Joong bangun dan menghampiri Yoochun.
“Ada sesiapa dalam fikiran kau?”
“Si Oracle tua tu.”
“Maksud kau, Ean?” Yoochun buat muka. Jae Joong angguk tanda mengiyakan kata-kata Yoochun.
“Kalau itu keputusan kau aku ikut saja. Aku pasti yang lain-lain pun tak ada masalah nak berkerjasama dengan dark-hunters. Cuma kau tahu sajalah kesabaran kita semua memang nipis kalau bekerjasama dengan makhluk yang hanya hidup pada waktu malam tu.” Pelipis digaru tanda gatal.
“Aku akan suruh Yunho jumpa orang tua tu esok pagi.” Keputusan sudah dicapai antara dia dan Yoochun namun hatinya masih lagi resah.
Jae Joong melangkah keluar dari bilik bacaan, menuju ke arah bilik tidurnya. Kalau kau masih hidup, aku harap kita akan dapat bertemu lagi meskipun buat kali terakhir…desis hati kecilnya.
***
Rahangnya hampir jatuh tatkala melihat empat kelibat sedang duduk santai di tepi tebing. Tangan masing-masing kelihatan sedang memegang sesuatu. Perlahan dia mendekati sebelum mukanya berubah menjadi toya apabila dapat melihat dengan jelas apa yang sedang dibuat oleh empat kelibat di hadapannya.
“Apa.yang.korang.buat.ni?”
Kris menoleh kepala melihat ke arahnya tanpa perasaan seperti selalu. “Memancing.”
Dan jawapan itu mampu membuatkan dia rasa mahu pengsan. Aku cakap bodoh kang marah..desis hatinya.
“Kat mana korang belajar memancing macam ni?” Dia melihat muka keempat-empatnya tanpa perasaan.
“Eh, aku selalu tengok manusia kat dunia kau memancing macam ni. Salah ke?” Tanpa rasa bersalah Yul menyoal. Hanna kelu.
“Sayang,” dia menarik nafas seketika, “mana ada orang memancing tepi tebing laut. Manusia selalu memancing di tengah lautan tak pun di sungai.”
“Aku dah agak cara ni salah! Tak boleh pakai korang ni.” Hye Mi menjeling tajam ke arah Yul dan Kris. Angelica yang sedang sarat hanya membatu. Malas mahu campur tangan dalam pertengkaran antara sahabat-sahabatnya.
“Padanlah lama duduk sini memancing pun tak dapat ikan.” Hye Mi sambung mengomel.
“Diamlah kau!” Kris membalas. Hye Mi menjelirkan lidahnya ke arah Kris.
Hanna menggeleng kepala. Sengaja dia datang lambat ke sini kerana ada hal sedikit hal yang perlu dibereskan. Namun siapa sangka hal lucu ini yang dihidangkan padanya apabila dia sampai. Ketawa kecil meletus di bibir tanpa paksa. Sudahlah belakang mereka ni ada kubur ratusan tahun. Sengaja cari nahas agaknya kawan-kawannya ini.
“Jom blah weh.” Dia mengajak. “Tak pasal-pasal jumpa shapeshifter ke, ghoul ke tak pun soul sucker kat sini. Aku malas nak buang tenaga lawan benda alah tu.”
Hanna segera berpaling ke belakang dan buka langkah menuruni bukit. Lagu So So berdentum dari speaker headphone yang tergantung di leher menemani langkahnya.
“Kita nak pergi mana sekarang ni?” Panjang muncung Hye Mi tatkala gadis itu menyaingi langkahnya.
Hanna diam seketika. Otaknya ligat berfikir. “The Heaven jom.” Hye Mi mengangguk tanda setuju.

The Heaven padat pada malam itu. Dia, Hye Mi dan Kris bersantai di balkoni bar eksklusif milik kenalan Kris sebaik sahaja mereka sampai. Yul dan Angelica terlebih dahulu meminta diri untuk pulang sebentar tadi.
“Aku tanya sesuatu kau marah tak?”
Kening sebelahnya naik. Hanna memandang Kris dengan perasaan ingin tahu. Jarang sekali jejaka itu mahu bertanyakan sesuatu padanya. Dia mengangguk sebagai jawapan kepada soalan lelaki itu.
“Kau dah ada boyfriend belum hah?”  Hampir dia tercekik apabila mendengar soalan cepu emas daripada mulut Kris.
“Kenapa kau tanya?” Dia buat muka pelik.
“Tak adalah. Aku tak pernah nampak kau keluar dengan mana-mana lelaki selain daripada aku dan Yul.” Kris merenung wajah jelita milik Hanna. Sepanjang dia kenal Hanna sungguh dia belum pernah jumpa Hanna keluar dengan mana-mana lelaki lain.
“Aku selalu keluar dengan Ean apa.” Hanna buat muka tak bersalah apabila dia menyebut nama bosnya.
Hye Mi tersedak. Matanya terbeliak mendengarkan jawapan Hanna. “Kau dengan orang tua tu ada apa-apa ke wei?”
Hanna pandang Hye Mi dengan senyuman segarit di bibir. Hye Mi cengkam bahunya agak kuat.
“Tolonglah. Kalau kau tak laku sekalipun, janganlah pilih lelaki tua tu. Ada banyak lagi lelaki muda yang sesuai untuk kau di sini.” Hye Mi angguk laju-laju. Tak sanggup dia bayangkan Hanna dan Ean kahwin. Memang Ean kacak tapi Hanna berhak dapat lebih baik daripada Ean. Lagi pula umur Ean sudah hampir mencecah lima ribu tahun!
Hanna ketawa kecil melihat mimik muka Hye Mi. Pandangan ditala kembali ke arah Kris yang masih setia menanti jawapan.
“Aku tak minat. Lagi pun dark hunters mana boleh bercinta apatah lagi berkahwin. Ia melanggar kod etika kami.” Dia mengangguk perlahan. Wajah Jae Joong menari di tubir mata saat dia melafazkan kenyataan pahit itu. Sungguh dia rindukan lelaki itu!
“Kau pernah sukakan seseorang sebelum ni?” Soalan maut dari Hye Mi hanya mampu membuatkan dia tersenyum kelat. Dia angguk perlahan.
“Dan apa jadi dengan dia?” Kris sambung soal.
“Hilang.” Hye Mi dan Kris saling berpandangan apabila dia melafazkan jawapan itu.
“Hilang?”
“Aku tak tahu dia berada di mana. Kali terakhir aku jumpa dia sewaktu aku berhenti jadi orang gaji di rumah dia. Selepas itu aku tak dapat cari dia. Dia bagaikan ditelan bumi. Hilang tanpa kesan.” Hanna menggengam gelas di tangan erat sebelum meneguk minumannya sehingga habis.
“Aku ingin jumpa dia sekali lagi meskipun buat kali terakhir. Aku ingin berjuang di sisi dia. Itu ikrar aku dahulu.” Perlahan dia menuturkan. 
Mana mungkin dia dan Jae Joong boleh bersama. Dunia mereka meskipun sama, darjat mereka sudah berbeza. Dan dia ada kod etika yang harus dipatuhi!





0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review