Wednesday, June 26, 2013

Blood Tie;The Beginning ✫25✫

Posted by Snow_Queen at 7:45 PM
Beberapa bulan kemudian...

Kepalanya bergerak ke atas dan ke bawah; Kadang-kadang ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu yang berdentum di speaker headphone jenama VIOS yang melekat di telinga.
Volume dibuka full blast. Pekak habis.
Jari-jemari berlari di atas tali beg sandang yang terletak elok di atas bahu. Muka yang sedingin ais batu kutub utara hanya diwarnai emosi apabila sang gadis tenggelam dalam dunianya sendiri.
Bibir menarik senyum segarit apabila darkness eyes-THSK mula berdentum di telinga kini. Underground band pujaanya yang misteri.
Kenapa misteri?
Kerana tiada siapa yang pernah melihat ahli kumpulan THSK yang di anggotai oleh lima jejaka yang dikatakan kacak tahap petala langit ke tujuh. Itu pun dia hanya mendengar desas-desus orang ramai bahawa anggota THSK kacak.
Langkahnya terhenti apabila terasa belakang badannya perit dibaling sesuatu. Pandangan pelajar-pelajar St Agnes College University di koridor tingkat empat tak diendahkan.
Serta-merta mukanya kembali tak beremosi. Perlahan-lahan dia berpusing ke arah belakang untuk melihat siapa yang bakal mati di tangannya hari ini.
“Dah lama hidup?” Aura membunuh menyelubungi dirinya apabila melihat dua orang jejaka dan seorang gadis tersengih bak kerang busuk.
Keningnya terangkat sebelah apabila melihat mulut tiga sekawan dihadapannya bergerak namun tak keluar suara. Muka blur ditayang.
Salah seorang daripada mereka melangkah ke arahnya sebelum tangan jejaka itu menanggalkan headphone dikepala.
“Sepuluh ribu kali panggil pun memang sah kau tak dengar kalau dah dengar lagu-lagu band pujaan kau.”
Si lelaki menggeleng kepala mendengar EMPTY berdentum di speaker headphone.
“Sibuk!” Si gadis merampas kembali headphone kesayangannya dari tangan si lelaki. “Kau orang nak apa?” Dia menyangkut headphone ke pangkal leher.
Belakang badan masih perit. Matanya bulat melihat sepasang kasut berwarna biru elok tersadai tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dicari tuan punya kasut yang buat onar.
“Hye Mi!” Iris matanya bertukar warna sebaik sahaja dia dapat mengenalpasti tuan punya kasut.
Sorry girl. Kau salahkan Kris! Dia yang cadangkan aku baling kasut.” Hye Mi tayang sengih sambil tunjuk ke arah Kris, si kacak tinggi lampai berkaca mata yang satu spesis dengan dia. Muka tak ada perasaan!
“Kau orang nak apa?” Dia bertanya selepas mengeluh perlahan.
“Tengah malam ni jadi ke?” Yul yang berdiri di depan dia kini kembali bersuara.
“Kau ni bini nak bersalin pun nak merayap lagi ke?” Hanna pandang Yul dengan pandangan are-you-on-your-right-mind?
Yul tarik sengih teringat Angelica yang sedang sarat di rumah. “Dia pun join kita malam ni.”
Hanna menepuk dahi. Sungguhlah laki bini ni luar alam. “Ikut kaulah. Terberanak malam ni bukan tanggungjawab aku.” Dia mahu melangkah pergi. Bukan dia tak sayangkan Angelica, namun kadang-kadang Angelica;si vampire itu sukar dijangka perangainya.
So onlah malam ni?” Hye Mi menjerit.
Dia kembali memakai headphone ke kepala. Dia membuat tanda OK dengan tangan kepada tiga sekawan di belakang tanda dia akan menyertai mereka tengah malam nanti.
Dia menjeling sekilas jam di pergelangan tangan. Ada lagi empat jam sebelum tengah malam. Malam ni nampak gayanya terpaksalah dia suruh Jong Hyun tolong coverkan kawasan jagaan dia. Tahu dek Ean dia ‘hilang’ buat seketika mahu kena tendang dek orang tua tu…
Senyum terukir di bibir apabila Last Angel kini mula dimainkan. Dia teringat pertama kali bertemu Yul, Angelica, Hye Mi dan Kris apabila dia melanjutkan pelajaran di kolej ini.
Betapa bersungguh-sungguh golongan royal blood itu mahu mendekati dia yang malas mahu bersuara.
Sepatah orang tanya sepatah dia menjawab namun akhirnya setela berminggu-minggu empat orang vampire itu buat muka tak tahu malu setia mengikuti dia ke mana sahaja, dia mula menerima mereka seadanya meskipun kadang-kadang terlintas juga di fikirannya dia mahu membenamkan senjata dark-hunter kepunyaan ke kepala Yul dan Hye Mi yang kadang-kadang suka buat lawak luar alam dengan dia.
Namun di sebalik semua itu, dia bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tak perlu bersendirian sementelah dark-hunters tidak boleh bergaul sesama mereka kerana dikhuatiri kuasa mereka akan menjadi lemah jika mereka berada di dalam satu kawasan yang sama dalam tempoh masa tertentu.
Nafas ditarik dalam. Sudah berapa lama waktu berlalu? Dia kini mampu berdiri setanding dengan golongan dark-hunters yang lain.
Komen sinis dan negative yang kerap diterima setiap kali dia log-in ke laman sesawang dark-hunters.com; yang dicipta bertujuan untuk menghantar laporan kepada Ean setiap kali selepas tugasan yang diberi berjaya disempurnakankan dan mengetahui perkembangan dark-hunters yang lain ataupun meminta bantuan daripada dark-hunters yang lain, dia seringkali terluka apabila mereka yang lain merendah-rendahkan dia.
Kini, suara-suara sinis tidak lagi kedengaran setelah dia menunjukkan kebolehan dirinya.
Kalau bukan kerana Jong Hyun yang banyak member tunjuk ajar, mungkin dia awal-awal lagi sudah mengalah.
Namun jauh di sudut hati, dia tahu sebab utama dia memilih kehidupan ini…


Jaejoong.


_________________________________________
Siapa  ingat lagi dekat Angelica dan Yul dari  Guardians? :)

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review