Saturday, November 10, 2012

Blood Tie;The Beggining ✫18✫

Posted by Snow_Queen at 3:22 PM


Jae Joong mundar-mandir di hadapan katil. Dia memandang jasad Hanna yang masih tak sedarkan diri di atas katil.
Dia tahu Hanna masih hidup berdasarkan pernafasan Hanna yang lemah namun mengapa Hanna tiba-tiba saja tak sedarkan diri? Sedangkan  dia sekalipun tak mengapa-apakan Hanna.
Yunho yang konon-kononnya membaca majalah memandang Jae Joong yang tak duduk diam dengan ekor matanya.
Junsu, Max dan Yoochun pula sedang bersembang di satu sudut. Meskipun ketiga-tiga rakannya menggunakan suara yang rendah untuk berbual, dia masih boleh menangkap butir bicara ketiga-tiganya.
“Jae, duduk dulu. Kalau kau ulang-alik sampai esok pagi pun tak akan membantu apa-apa.” Yunho menunjukkan sofa kosong di depannya.
Jae Joong menuruti kata-kata Yunho. “Aku tak faham kenapa dia tiba-tiba tak sedarkan diri.” Jae Joong mengerutkan kening apabila Yunho ketawa tiba-tiba.
What the heck?” Jae Joong buat muka.
“Jae, pertama kali aku tengok kau cemas macam ni disebabkan seorang perempuan setelah sekian lama.”
“Kau tak risaukan dia ke?” Yunho mengangguk sebagai jawapan kepada kata-kata Jae Joong.
“Dah tentu aku risau. Tapi aku risau sebagai seorang kawan. Kau risau lain.” Yunho meleretkan senyumannya.
“Aku tak jatuh cinta pada dialah!” Jae Joong menempelak.
“Siapa yang cakap fasal jatuh cinta?” Kali ini Yunho ketawa sungguh-sungguh apabila melihat muka Jae Joong sudah merah.
Jae Joong memeluk tubuh. Dia kehilangan ayat untuk membalas kata-kata Yunho.
“Aunty Celia!” Semua mata memandang ke arah Hanna yang tiba-tiba bangun dan mendepakan tangan ke depan seolah-olah cuba menggapai sesuatu. Sebelah lagi tangan Hanna terletak di atas dadanya.
“Hanna!” Jae Joong terlebih dahulu menerpa ke arah Hanna.
I told you.” Yunho menggumam perlahan namun hanya Jae Joong hanya menjeling tajam ke arahnya.
“Hanna.” Jae Joong memegang kedua belah pipi Hanna. Dia mengusap pipi Hanna perlahan.
Hanna mengerutkan keningnya seakan-akan keliru.
“Apa yang berlaku?” Aku memandang Jae Joong.
“Kau pengsan tiba-tiba.” Yunho menjawab. Aku memegang kepalaku yang terasa agak berat.
“Kenapa kau pengsan tiba-tiba?” Jae Joong merenung Hanna.
“Aku tak tahu. Tiba-tiba pandangan aku menjadi gelap. Sedar-sedar aku dah berada di tempat lain.” Aku merasakan tubuhku sedikit menggigil apabila teringat kembali kejadian yang berlaku di alam bawah sedarku.
“Apa yang berlaku?”
“Aku tak nampak apa-apa melainkan lantai yang berwarna hitam putih macam papan chess. Ada seorang lelaki memegang aunty Celia.
Aku tak faham dia kata apa tapi sebelum sempat aku selamatkan aunty Celia, lelaki tu terlebih dahulu menikam jantung aunty Celia.” Jae Joong memandang Yunho dan yang lain-lain sebelum memandang Hanna kembali.
Aku segera mencapai telefon hotel yang terdapat di sebelahku. Setelah beberapa kali deringan, aku dapat bernafas dengan lega apabila mendengar satu suara yang menyambut.
“Hanna? Kenapa ni?” Celia bersuara cemas.
“Tak. Hanna dapat mimpi buruk fasal aunty. Hanna telefon nak pastikan aunty okay.” Aku tersenyum lemah apabila mendengar suara ketawa aunty Celia.
Setelah berbual-bual dengan aunty Celia aku mematikan talian.
Meskipun lega apabila mendengar suara aunty Celia, aku masih rasa tak selamat. Sedang aku berfikir, aku terasa mukaku merah.
Aku mendongak dan semua orang memandang ke arahku. Aku menggosok perut.
“Nampaknya ada orang lapar.” Max tersenyum kecil.
Shut up!” Aku terus menarik comforter menyelubungi diriku. Jae Joong tersenyum lega.
~~~
“Kita dah tak ada sebab untuk tinggal di sini. Kita mesti teruskan perjalanan kita ke destinasi seterusnya untuk menjejaki Hyness.” Jantungku seakan berhenti berdegup apabila mendengar suara Yoochun.
Apa yang perlu aku buat? Adakah ini bermakna aku tak akan dapat berjumpa dengan mereka berlima lagi?
Tiba-tiba sahaja aku rasakan diriku kesunyian apatah lagi aunty Celia sekarang berada di Deusk City setelah dia dinaikkan pangkat secara tiba-tiba dan dikehendaki berkerja di sana.
Aku dengan sungguh-sungguh memujuk Aunty Celia untuk menerima tawaran itu meskipun dia agak berat hendak meninggalkan aku di sini sendirian.
Aku tergamam apabila Yunho tiba-tiba saja buka pintu bilik kerja Jae Joong. Dia tersenyum apabila melihat reaksiku.
“Nak jumpa Jae?” Yunho bertanya. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya.Yunho mengalihkan badannya sedikit untuk memberi ruang kepadaku untuk masuk.
Aku lihat Jae Joong, Junsu, Yoochun dan Max sedang duduk di atas sofa dan masing-masing memandangku sebaik saja aku masuk.
“Kita orang keluar dulu. Selamat malam.” Junsu menghadiahkan senyuman padaku sebelum keempat-empat mereka keluar.
“Aku tak bermaksud untuk curi dengar tapi bila kau orang akan pergi?” Jae Joong mengeluh sedikit sebelum menyuruh aku duduk dahulu.
“Dalam masa dua minggu selepas kami dapat cari rumah yang sesuai di destinasi seterusnya. Kenapa kau nak jumpa aku?” Dia memandangku.
“Tak ada apa-apa. Sebenarnya aku nak tanya kalau aku boleh berhenti kerja awal sebab aku nak buat sedikit persiapan untuk semester hadapan.” Aku mengukir sengih.
Untuk beberapa minit kami berdua hanya berdiam diri. Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri.
“Adakah aku akan dapat jumpa kau orang berlima lagi?” Jae Joong tersenyum mendengarkan soalanku.
Of course silly. Aku akan beri alamat kami nanti dan kau boleh cari kami bila-bila masa saja.” Aku mengangguk sebelum meminta diri.
Mungkin kerana aku sendiri berat hati untuk melepaskan mereka setelah akhirnya aku menjumpai seseorang yang satu dunia denganku, air mataku akhirnya tumpah jua pada malam itu.
Aku hanya ada masa selama dua hari lagi sebelum perkhidmatanku menjadi orang gaji tak rasmi mansion ni tamat.
Mungkin Cat akan menjadi mangsaku selepas ini tika aku kebosanan. Aku menggengam loket mendiang ibuku sebelum melelapkan mata.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review