Saturday, November 24, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫23✫

Posted by Snow_Queen at 8:09 PM


Usai bersiap, aku melabuhkan punggung di atas sofa. Cahaya matahari menerobos masuk melalui tingkap yang terbuka.
Aroma kopi memenuhi ruang udara. Aku menghirup sedikit minuman berkenaan sebelum menalakan pandangan ke arah dua buah sampul surat bersaiz sederhana besar.
Aku ambil salah satu daripada sampul surat berkenaan. Dokumen nipis itu aku teliti satu per satu.
Setengah jam membelek dokumen berkenaan, aku mengambil keputusan untuk bertandang ke pejabat Ean.

“Masuk!” Setelah mendengar arahan itu, aku tanpa berlengah terus masuk ke dalam pejabat berkenaan.
“Ada apa-apa yang boleh aku bantu?” Ean memberi isyarat agar aku duduk di salah sebuah kerusi kosong di hadapannya.
“Saya berkerja untuk awak tapi mengapa saya harus menggadaikan roh saya?” Aku menyoal dengan nada tak puas hati. Ini bukan perkara main-main.
“Untuk pastikan kau tak akan mengkhianati aku.” Senyuman sinis terbentuk di bibir Ean.
“Hal ini tidak semudah yang disangka bukan?”
Ean mengeluh perlahan sebelum bersandar di dada kerusi. “Aku harus buat keputusan berat ini kerana bukan sekali aku dikhianati. Tapi secara positifnya, kau tak akan rugi apa-apa dan aku pun tak rugi apa-apa. Win-win situation.”
Tak rugi apa-apa my ass... Aku menyumpah dalam kepala.
“Kau boleh tolong mereka tangkap Hyness.” Aku memicingkan pandangan memandang ke arah Ean. Apa permainan lelaki ini sebenarnya?
“Hyness, dia adalah makhluk underworld yang paling merbahaya. Tiada siapa tahu sebab dia berpaling tadah berkerja dengan musuh keluarganya, Blood-Mix sebelum dia mula membunuh secara rawak untuk menjadi makhluk kegelapan paling ampuh sama ada di sini mahupun dunia manusia. Sekarang, dia mula mengumpulkan bala tenteranya secara berperingkat untuk memulakan operasi liciknya.
Bala tenteranya dikenali sebagai soul-sucker. Soul-sucker pada asalnya merupakan Bracle. Beza mereka dan kau ialah kau campuran vampire dan witch tetapi mereka merupakan campuran shapeshifter dan vampire.  Namun apabila mereka mula membunuh manusia, mereka dikenali sebagai soul-sucker.
Kerja soul-sucker pula sedari dulu adalah membunuh untuk mengumpul roh-roh manusia supaya mereka dapat terus hidup. Dan aku pasti kau tak mahu mereka terus membunuh manusia-manusia yang tak bersalah?” Prof. Ean berdehem perlahan dan memandang wajah Hanna yang kelihatan keruh.
“Saya tak faham. Mengapa Bracle harus membunuh manusia dan bertukar menjadi soul-sucker?”
Well, life is full of surprise right? Malangnya, tidak seistimewa Half-dead, Bracle sebenarnya adalah makhluk yang disumpah. Sumpahannya ialah, nyawa mereka akan berakhir apabila usia mereka mencecah dua puluh enam tahun. Untuk terus hidup, mereka mesti bunuh manusia dan makan roh manusia untuk memanjangkan jangka hayat mereka. Dan apabila sampai tempoh tertentu, mereka harus membunuh lagi untuk teruskan kelangsungan hidup mereka.
Dan… soul-sucker adalah tentera yang terbaik buat Hyness bukan? Soul-sucker perlukan roh manusia untuk terus hidup dan Hyness mahu manusia-manusia di atas muka bumi ini mati untuk dia memerintah.”
Ean bangun dan melucutkan rantai yang dipakainya sebelum rantai itu digunakan untuk buka sebuah peti besi yang terletak di belakang sebuah rak buku yang hampir mencecah siling.
Beberapa ketika kemudian, Ean kembali membawa sebuah buku tebal berwarna hitam yang terukir perkataan Dark-Hunters di atas kulitnya. Ean menolak buku tebal itu ke arahku.
“Apa ni?” Aku bertanya. Jemariku menyentuh kulit buku berkenaan.
“Mereka yang memburu soul-sucker digelar Dark-Hunters. Mereka immortals jika mereka tahu menyembunyikan titik kelemahan mereka dan hanya aktif pada malam hari untuk memburu soul-sucker. Untuk menjadi Dark-Hunters, sudah tentulah ada bayarannya. Setimpal dengan kelebihan yang diberi pada mereka.
“Apa kelebihan mereka?”
“Oh! Tak banyak beza daripada Vampire. Jika mereka tercedera, luka mereka akan sembuh tapi tidak secepat vampire, mereka tidak perlukan darah untuk terus hidup dan setiap seorang dari mereka mempunyai seni mempertahankan diri yang hebat dan beberapa kelebihan extra bergantung kepada siapa mereka sebelum mereka bertukar menjadi Dark-Hunters.
Sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai kelebihan mendengar fikiran orang lain, bila mereka bertukar menjadi Dark-Hunters kelebihan yang satu itu juga mungkin akan kekal malah mungkin menjadi lebih hebat seperti mereka boleh mengawal fikiran manusia yang lain. Selain dapat upah lumayan untuk setiap mission yang diberi mereka juga akan diberi seorang pembantu yang dikenali sebagai Squire untuk menjalankan tugasan sulit yang diarahkan tuan mereka ketika Dark-Hunters berehat.
Namun mereka boleh pilih sama ada untuk menggunakan khidmat squire atau bergerak secara berseorangan since ada Dark-Hunters yang suka hidup bersendirian.”
“Dan bayarannya adalah…”
“Roh. Mereka menggadaikan roh mereka untuk menghapuskan soul-sucker dan juga bahaya-bahaya lain yang menimpa manusia. Mereka juga akan memburu Vampire jika Vampire mencederakan manusia. Dalam erti kata yang lain, Dark-Hunters merupakan human protector.”
Aku terasa nafasku tersekat di kerongkong. Menjadi Dark-Hunters. Berbaloikah aku menggadaikan rohku untuk menyelamatkan manusia?
“Hyness mahu satu dunia tahu yang vampire, witch, half-dead dan yang sama waktu dengannya wujud. Dia mahu lenyapkan manusia dari bumi dan mencipta satu dunia baru untuk makhluk-makhluk underworld di mana dia yang akan menguasai dan mengawal dunia baru ini.
Kami tak mahu ambil risiko untuk terdedah. Kami senang dengan cara hidup kami. Tak perlu manusia tahu mengenai kewujudan kita.
Kita tak kacau manusia dan manusia pun tak kacau kita. Hyness tak tahu perbuatannya itu boleh membawa kepada peperangan antara manusia dan dunia underworld.”
Kata-kata Jae Joong terngiang-ngiang di telingaku. Jika aku jadi Dark-Hunters aku boleh berjuang di samping Jae Joong dan yang lain-lain untuk menumpaskan Hyness dan apa jua rancangan liciknya.
“Baiklah! Saya terima tawaran ni.” Aku memandang Ean dengan pandangan nekad.
“Tapi, menjadi Dark-Hunters kau harus patuh kepada beberapa larangan. Kau tak boleh berada dalam satu kawasan yang sama dengan Dark-Hunters yang lain dalam jangka masa yang lama kerana kuasa kau dan Dark-Hunters berkenaan akan menjadi lemah.
Dalam erti kata lain kau harus berjuang sendirian. Untuk itu, terima kasih kepada teknologi, kau boleh berbual dan bertukar maklumat dengan Dark-Hunters yang lain melalui satu lama web khas yang dicipta oleh beberapa pakar teknologi kami untuk mengetahui keadaan semasa dan meminta pendapat mereka yang lebih berpengalaman.
Waktu siang merupakan sumpahan bagi semua Dark-Hunters kerana pada waktu itu mereka akan menjadi lemah jadi sebab itu hampir kesemua Dark-Hunters mempunyai squire untuk menjalankan beberapa tugas yang mereka tak boleh lakukan pada waktu siang.” Ean meletakan telapak tangannya ke atas kulit buku Dark-Hunters. “Dan ini merupakan etika dan kod yang harus dipatuhi oleh setiap Dark-Hunters. Kau harus hafal semua ini satu per satu. Kau fikir kau boleh galas tugas ini?”
Aku menarik nafas dalam sebelum mengangguk. Ean menarik senyuman sinis tanpa disedari Hanna.
“Dalam envelope satu lagi, ada cecair berwarna ungu. Minum cecair tu dan kau akan menjadi Dark-Hunters. Sebagai peringatan, kau mungkin akan rasa terseksa buat seketika namun semuanya akan menjadi baik selepas itu. Believe me. Aku akan datang ke presint prince malam ini.”
Aku mengangguk sebelum mengambil buku Dark-Hunters di atas meja dan melangkah keluar. Aku kosongkan fikiran apabila perasaan ragu-ragu mula berbisik halus di fikiran.
Aku tak boleh biarkan umat manusia mati dengan sia-sia disebabkan makhluk penghisap darah tamak tu.
“Oh!” Ean tersentak apabila Hanna tiba-tiba sahaja masuk kembali ke dalam pejabatnya.
“Semalam sewaktu di library, sebelum pengsan, saya terdengar bisikan dalam bahasa yang tak di fahami ad—“
“Jangan risau. Ia tak membawa maksud apa-apa. Perpustakaan tu memang keras sedikit.” Ean tayang sengih lebar sebelum menghembuskan nafas berat apabila Hanna mengangguk sebelum beredar.
Ean menepis jemari yang hinggap di bahu. Gelak menggoda menjentik gegendang telinganya.
You’re bad, Oracles. Very, very bad. There’s many thing that you didn’t explain properly to her.
“Apa pendapat kau mengenai dia, Daine?” Ean bertanya tanpa mengendahkan sindiran Daine. Dia melirik ke arah Daine, salah seorang anak bangsawan yang memerintah Underworld.
Are you kidding me? I like her. Her soul is strong enough to break Miranda apart.” Daine tergelak manja.
“Aku tak faham dengan kau ni. Suka cari fasal dengan mak tiri kau.” Daine memandang Ean dengan pandangan tajam.
“Aku tak akan cari fasal dengan dia jika dia tak masuk campur hal aku. Lagi pun… Si Miranda bodoh tu akan disingkirkan tak lama lagi jika semua orang tahu dia bersengkongkol dengan Hyness.”
“Dia tak bersengkongkol, Daine.”
“Dia bagi separuh kuasa Jaine; dewa kemusnahan pada Hyness—“
“Aku tak faham betul dengan bangsawan macam kau orang ni. Kau orang treat nyawa manusia macam anak patung yang boleh di campak ke sana ke mari.” Ean menggetap rahang tanda tak puas hati.
“Miranda bosan dan kerana bosan dia sudah melakukan satu kesalahan besar. Aku tak sabar tunggu satu lagi roh berharga jatuh ke tangan aku.” Daine ketawa kecil.
“Aku tak mahu masuk campur urusan kau tapi, jika perbuatan kau mahu pun Miranda menyebabkan mana-mana Dark-Hunters aku mati kau orang akan berhadapan dengan aku.”
Ean jongket sebelah keningnya tanda amaran pada Daine.
“Dan aku harap kau tak membebaskan mereka sesuka hati seperti mana kau bebaskan Kyrian tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu.” Daine mengerling tajam ke arah Ean.
I mean it, Daine. Jika ada yang tercedera terutama sekali Hanna, kau akan terima akibatnya. Peduli apa aku kalau kau tu anak bangsawan ke tak.” Ean memeluk tubuh dan memandang Daine dengan pandangan membunuh.
“Tsch!” Daine menggetap bibir bawahnya sebelum menghilangkan diri.
***
Junsu menggeleng kepala tanda dia tak dapat mengesan kedudukan Hanna. Empat jejaka lain mengeluh perlahan.
Junsu melabuhkan punggung sebelah Yoochun. Mereka berlima sengaja kembali ke Crimson untuk bertemu Hanna namun apabila kedudukan Hanna tidak dapat dikesan, mereka menjadi hampa.
Hanna sudah dianggap sebagai kawan meskipun masa mereka bersama singkat. Walaupun mereka tidak menghubungi Hanna selepas mereka beredar dari sini, namun mereka tidak pernah lupa mengenai Hanna.
“Pelik. Mak cik dia dan Catherine, kawan baik dia, masing-masing tidak tahu di mana Hanna berada. Seolah-olah Hanna hilang begitu saja. Pihak berkuasa pun tak dapat membantu.” Junsu memberitahu lagi.
Sampai saja di Crimson semalam, Yunho meminta dia untuk jemput Hanna ke the frost namun hampa apabila khabar mengenai Hanna hilang sampai ke pengetahuan mereka. Untuk itu, mereka semua sepakat mahu mencari Hanna hari ini dengan menyuruh Junsu mencari Hanna kerana mereka yang lain ada urusan yang perlu diselesaikan.
“Mungkin…”
“Tak mungkin.” Yunho memotong kata-kata Max sebelum lelaki itu sempat meluahkan apa yang difikirkannya.
“Tapi tak mustahil kan?” Max memandang Yunho.
“Kau fikir Hanna tahu di mana pintu masuk Underworld? Ridiculous.” Yunho ketawa sinis.
“Sudah. Kita ada urusan penting yang perlu dilakukan selain bertekak macam budak kecil.” Jae Joong akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“Jae…”
“Kita harus beredar dari sini dan menuju ke Greece. Tak lama Dlenquient Cras akan berlangsung. Kita mesti bersiap sedia menghadapi soul-sucker yang akan muncul dan membunuh manusia pada hari itu. Kalau kita bernasib baik, kita akan dapat tangkap orang yang hampir dengan Hyness.” Jae Joong bangun dan terus menghilangkan diri menuju ke biliknya.
“Dia rindukan Hanna.” Yoochun tersenyum sinis.
“Kita semua rindukan Hanna, kan?” Junsu bertanya pelik.
“Rindu Jae Joong, rindu lain…” Yunho memandang Yoochun sebelum mereka semua ketawa. Jae Joong menyumpah seranah apabila mendengar tawa rakan-rakannya. Mukanya segera merah padam.
 _______________________________
A/N: Kalau ada benda yg tak faham, tanya dlm ruangan komen kay. I don't bite u know ngeee...

13 under spell:

Anonymous said...

Love it!!!!bile Snow nk sambung????saye dah bosan(actually x)bace story Snow........nie sekadar beritahu jer: blog saye: theglowingheartgirl.blogspot.com.......i made a story(tpi x siap lagi)berilhamkan citer Snow(you inspired me soooo much).....sooooo,i wanna thanx to you!!!!!!

Miss Qiz said...

Siape pulak Daine & Miranda? semakin bnyk questions. xsabar nk tunggu next chapter.. rindu scene Hanna & Jae Joong..

Snow_Queen said...

@anon:
Wah tak sangkah snow jadi inspirasi pd awak..*menari zapin jap*
teruskan usaha untuk menulis. i'll vsit ur blog kalau ada masa lapang...weee..

@miss Qiz: Daine adalah *akn diberitahu kemudian* dan Miranda adalah mak tiri Daine =)

HaTikU MiLik DiA said...

Snow,,bile nak sambung lagi? excited ni

cream puff said...

nak lagi,nak lagi,nak lagi...
:D

cream puff said...

nak lagi,nak lagi,nak lagi...
:D

De&a_nicky... said...

kyaaaaa,,,best gilee,,hehe
cepat lh continue ,excited n,,
kekhekeh,ape2 pon the best lh..:D

De&a_nicky... said...

kyaaaa,,best gilee,,
cepat lh continue,excited n,,heeheheh
ape2 pon,the best lh,,:D

GlowingGirl said...

snow,bile nk continue???????x sabar gile2 nie.....nnti nk bkak skola dah........

izz said...

snow ble nk smbung nie.., dh xsbr nk bce..,

Anonymous said...

nk lg.. smbung la lg.. asyik buka xda entry bru

sarah adila said...

do u ever read at korean fanfiction . your story kind of have the similarity with the story they post

Anonymous said...

snow........ bila nak sambung??? lama dah tunggu nie!!.. huhuh seminggu skali mesti dtg visit blog snow tapi still x de next chapter... please..please..please .. sambung cepat2 huhu

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review