Saturday, November 24, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫22✫

Posted by Snow_Queen at 8:04 PM


“Gila!”
“Hahaha…”
Aku memandang geram pada Jae Joong yang ketawa terbahak-bahak. Seronoklah tu dapat mengenakan aku.
“Chunnie!” Aku memandang Yoochun sambil memuncungkan bibir. Yoochun tersengih sambil jongket bahu. Tanda dia tak mahu masuk campur antara hal aku dan Jae Joong.
Aku mengigit bawah bibir sebelum mengambil paip air yang berada di atas tanah. Sengih nakal mula terukir pada bibir. Aku pandang Max dengan pandangan nakal.
Max yang faham akan maksud pandanganku segera berdiri di belakang paip air sebelum memusingkan kepala paip arah lawan jam.
Aku segera menutup lubang kepala paip dengan ibu jari bertujuan untuk menghasilkan air pancut sebelum aku talakan ke arah Jae Joong yang masih lagi ketawa.
“Yah!” Jae Joong memandangku dengan pandangan tajam.
Merong~~” Aku ketawa sebelum lari menyorok di belakang Yunho. Tahu yang Jae Joong tak akan berani mengapa-apakan aku jika Yunho melindungiku.
“Hanna…” Aku memandang sekeliling apabila mendengar satu bisikan. Aku memandang Yunho namun dia hanya tersenyum memandangku. Mereka yang lain-lain pun hanya buat tak tahu.
Pap!

Aku bangun dalam keadan tercungap-cungap. Peluh dingin membasahi dahi. Aku membuang pandang melihat sekeliling. Gelap!
Aku memegang ubun-ubun. Kepala terasa sedikit berpusing. Bagaimana aku boleh berada di sini?
Aku memejamkan mata. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Bukankah tadi aku berada di perpustakaan?
Oh! Aku pengsan secara tiba-tiba selepas meletakkan buku terakhir yang aku pinjam ke tempat asalnya.
Eh? Dan bila masa pula aku kembali di bilik?
Aku mengeluh perlahan sebelum buka lampu tidur yang terletak di atas nightstand.
“Dah bangun?” Aku berpaling lipat maut ke arah sebelah kanan. Kelibat Ean dan pembantunya kelihatan.
“Ean…”
Ean yang sedang duduk di atas sofa tersenyum sambil memandang ke arahnya.
“Macam ma—“
“Ada orang jumpa kau pengsan di library dan aku bawa kau ke sini. Kau, okay?” Ean bangun dan menapak mendekatinya.
“Terima kasih.” Hanna mengukir senyum kurang perisa. Kepalanya masih berdenyut sakit.
My pleasure. Kau harus berhati-hati lain kali.” Ean mengusap kepalaku beberapa kali.
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” Aku menyoal apabila tiada tanda-tanda Ean mahu beredar.
“Aku tahu aku tak patut ungkit hal ini sekarang tapi aku terpaksa.” Ean mengeluh perlahan.
Aku cuba membaca riak muka Ean namun gagal.
“Apa dia?” Dalam nada tenang, aku menyoal.
***
Hanna termanggu seketika. Dikerling dua buah envelope bersaiz besar di hadapannya.
‘Apa yang harus aku lakukan sekarang ini? Jalan mana yang harus aku ambil supaya tidak tersalah langkah?’ Dia bermonolog sendirian.
Kata-kata Ean terngiang-ngiang di telinga.
“Aku mahu tawarkan sesuatu pada kau.”
“Apa dia?” Hanna menelan liur.
“Kerja dengan aku dan aku akan beri kau apa sahaja maklumat yang kau perlukan.” Hanna mengerutkan kening tanda tak faham.
“Saya tak faham.”
Ean tersenyum tenang. “Aku tak bermaksud nak menceroboh masuk minda kau sewaktu kau dalam keadaan bawah sedar tapi rasa ingin tahu aku menjadi kuat apabila kau menyebut nama Hyness.”
Hanna terasa darah panas naik ke muka. Malu. Adakah ini bermakna Ean tahu mengenai perasaanya pada Jae Joong?
 “Aku tak boleh benarkan kau tinggal di sini lama-lama jika tiada urusan rasmi. Lagi pun, kau tak sesuai berada di sini untuk masa yang lama. Roh kau akan menjadi lemah dari hari ke hari kerana kau masih tak biasa berada di sini. Dan kerana itu aku terfikir untuk tawarkan kau kerja dengan aku.
Mungkin…Kau boleh bantu manusia untuk terus hidup di dunia mereka dan kau dapat kembali ke dunia kau dalam masa yang sama dengan matlamat untuk melindungi diri mereka dari sebarang permainan bahaya makhluk-makhluk kegelapan.” Ean memetik jari dan Kirk meletakkan dua buah envelope besar di atas katil Hanna.
“Fikir baik-baik tawaran aku ni. Selamat malam.” Ean tersenyum sebelum melangkah pergi.
“Oh! Aku sudah suruh orang aku ambil bagasi kau dari hotel. Buat sementara waktu kau boleh tinggal di sini dahulu. Jika perlukan bantuan, hubungi aku.” Ean menutup pintu.
Aku tersedar dari lamunan apabila angin malam menyapa tubuh. Rasa rindu bertandang di dada tiba-tiba apabila mimpi di bawah alam sedar tadi bertandang kembali. Apakah masih ada peluang untuk aku bertemu dengan kalian? Hatiku berbisik perlahan.
 “Adakah aku akan dapat jumpa kau orang berlima lagi?” Jae Joong tersenyum mendengarkan soalanku.
“Of course silly. Aku akan beri alamat kami nanti dan kau boleh cari kami bila-bila masa saja.” Aku mengangguk sebelum meminta diri.
Aku mengetapkan bibir. Tipu! Kau langsung tak tinggalkan aku alamat untuk cari kauorang!!
Hanna menanam tekad di dalam hati. Perkara pertama yang aku akan buat apabila berjumpa Jae Joong kembali, aku akan tumbuk muka dia! Humphh…


Master rasa dia akan terima tawaran itu?” Ean berhenti melangkah. Kedua belah tangannya diletak atas tembok koridor tingkat dua presint prince.
Dikerling dada langit. Bulan penuh malam ini.
“Ada banyak kemungkinan dan kita mungkin akan dapat jawapan sebelum matahari terbenam esok.” Kirk memandang ke arah laluan koridor yang gelap dibelakangnya.
‘Kesian…Harga yang perlu dibayar apabila menerima tawaran itu sangat tinggi.’ Hati Kirk berbisik perlahan.
Dia mengerling ke arah tuannya yang ketawa besar secara tiba-tiba.
“Kenapa, Master?”
“Tak sangka aku boleh terjebak dengan permainan bodoh Daine. Mereka semua tak boleh hidup aman kalau tak menyusahkan aku agaknya.” Ean mendengus kasar.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review