Wednesday, November 14, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫21✫

Posted by Snow_Queen at 11:01 PM


Aku meneleng kepala ke kiri secara automatik apabila melihat perpustakaan Evernight yang begitu besar.
Hampir kesemua rak-rak buku di sini hampir mencecah siling. Perlahan-lahan aku menapak masuk dengan diiringi oleh orang kerdil yang sama yang membawaku ke presint prince semalam.
“Sampai di sini saja.” Orang kerdil berkenaan memandangku dengan pandangan tajam sebelum berlalu pergi.
Aku buat tidak endah dengan pandangan orang kerdil berkenaan sebelum meneliti buku-buku yang berada di bahagian sejarah underworld ini.
Origins of Underworld…
Underworld’s Founders…
Bla…Bla…Bla…
Aku garu kepala. Aish! Pening kepala aku tengok tajuk buku banyak-banyak sangat.
Kenapalah tak ada satu pun tajuk yang aku rasa ada kaitan dengan diriku?
Aku memandang buku Creatures in Underworld yang berada di tangan kanan.
“Kau dengar tak cerita terbaru?” Aku berhenti melangkah apabila terdengar suara orang berbisik di sebalik rak yang sedang aku berdiri ini.
“Apa?”
“Semalam, ada serangan mengejut lagi.”
“Lagi sekali? Siapa pula yang jadi mangsa kali ni?”
“Yup! Yoshiko Natsumi budak kelas Eagel White.”
“Eh? Budak berdarah kacukan tu kena serang? Kau biar betul? Bukan ke dia tu hebat gila dalam seni mempertahankan diri? Vampire pun kalah kalau berhadapan dengan dia.”
Apparently, si penyerang lagi handal dari dia. Takutlah aku. Kalau orang yang hebat-hebat pun senang dikalahkan, apatah lagi kalau kita yang lemah ni.”
“Aku rasa mulai hari ni lepas habis kelas, kalau tak ada apa-apa urusan lebih baik kita balik dorm awal.”
“Setuju! Selagi penjenayah tu belum ditangkap lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga.”
“Eh! Jomlah pergi. Nanti marah pula Madam Hellet kita lambat ke kelas dia.”
Selepas memastikan dua orang budak yang bersembang tadi sudah melangkah jauh, barulah aku meneruskan langkah ku semula menuju ke tempat duduk yang kosong untuk memulakan pembacaanku.
“Lebih baik aku segera kembali ke presint prince sebelum hari gelap. Tak fasal-fasal aku pula yang kena nanti.” Aku menggumam sendirian.
--
Aku tergesa-gesa bangun apabila sedar senja sudah mulai kelihatan. Perpustakaan Evernight juga sudah mulai lengang.
Aku memandang beberapa buah buku di atas meja. Hari ini aku sudah dapat beberapa input yang berguna di sini.
Aku kembalikan satu per satu buku yang aku ambil tadi ke raknya semula. Sesampainya aku di rak yang terakhir, langkah kaki ku terhenti.
Apakah aku sedang berhalusinasi?
Yeutch ser eramo ur gwendas~~~”
Bisikan dalam bahasa asing yang tak pernah aku dengari berjaya membuatkan bulu romaku meremang.
Esrada frertz amor ye und lae le~~”
“Lebih baik aku segera beredar.” Aku menggumam sendirian sebelum meletakkan buku terakhir yang aku ambil tadi ke tempat asalnya semula.
Sebaik sahaja aku berpusing untuk beredar, kepalaku berat secara tiba-tiba sebelum pandangan mataku menjadi gelap….


Is it okay to do that, Master?” Kirk, orang kerdil suruhan Ean menyoal. Pandangannya ditala ke lantai. Bagi keturunanya, biadap untuk bercakap dengan tuan mereka sambil bertentang mata.
Senyuman terbentuk di bibir lelaki tua berusia ratusan tahun itu. “Kita perlukan pengganti Kyrian dan dia merupakan calon yang paling sesuai.”
“Tapi—“
“Mari pergi. Kita tak mahu terlepas peluang keemasan ini.” Ean menapak keluar diikuti dengan pembantunya itu.


3 under spell:

Lula An-Nada said...

kenapa pendek-pendek entry nih snow?? huhuhu... tak puas baca curious nih... hihihi...
oh ya... nnt snow buat pop out window comment yer.. senang nak komen nnt ...

Anonymous said...

waaaahhhh alhamdulillah.....ade lg new update...tp pendekssss sket la cik snow.....xpuah baca niiiii...hihihihi

Snow_Queen said...

@lula: already grant ur wish ;p

@anon:dh update entry baru =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review