Saturday, November 10, 2012

Blood Tie; The Beggining ✫19✫

Posted by Snow_Queen at 3:35 PM


Gila!
Hanya itu perkataan yang muncul di fikiranku sejak aku jejakkan kaki ku ke sini. Suasana orang yang ramai di stesen keretapi bawah api tidak aku endahkan.
Belakang badan disandarkan pada dinding marmar. Pandangan insan-insan yang berada di bawah tanah itu aku buat tak peduli. Kocek seluar sebelah kanan diseluk dan secebis kertas aku keluarkan.
Evernight Academy
2342, Halloween-Vendetta street,
Soumphton West, Canberra.
‘Betul ke apa yang aku buat ni?’ Hatiku pula menyoal.
“Betul tak betul aku dah sampai di sini…” Aku menjawab perlahan sebelum mendongakkan pandangan. Sebuah keretapi baru saja sampai dan orang ramai berpusu-pusu keluar sementara yang di platform sabar menunggu giliran untuk masuk.
Welcome to underworld….” Aku berbisik sendiri sebelum menapak keluar dari stesen keretapi bawah tanah itu yang merupakan satu-satunya penghubung antara dunia manusia biasa dan juga makhluk-makhluk underworld.

Aku membuang pandang ke arah luar. Tiada apa yang menarik minat melainkan hanya hutan tebal di kiri dan kanan.
Lima bulan. Aku mengambil masa selama lima bulan untuk mempersiapkan diri untuk memasuki underworld. Tiada banyak beza dunia underworld dengan dunia biasa melainkan spesis penduduknya dan mungkin undang-undang mereka jua berbeza dari undang-undang manusia biasa.
Sesekali aku perasan akan pemandu teksi yang menjeling ke arahku namun apabila aku membalas tenungan, si pemandu lekas-lekas melarikan pandangan matanya ke arah hadapan.
Keningku hampir bertaut apabila si pemandu teksi tiba-tiba sahaja memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah jalan kecil.
“Sampai di sini saja.” Pemandu itu berkata tanpa memandang ke arahku. Aku memandang ke arah kiriku sekali sebelum membayar tambang dan keluar.
Pemandu teksi itu kelam-kabut mengundur keretanya sebelum memecut pergi. Aku membetulkan kedudukan beg sandang sederhana kecil yang terletak di belakang badan sebelum masuk ke dalam jalan kecil di hadapanku.
Aku memandang sekeliling. Seperti tadi, tiada apa-apa yang menarik melainkan hanya pepohon hutan yang merimbun. Cahaya matahari pula malu-malu menembusi pepohon yang berada di dalam hutan ini.
Langkahku terhenti apabila terdengar bunyi angin laju melintasi sebelah kananku. Aku menekan nadi tangan kanan agar degupan jantung kembali normal sebelum meneruskan langkah.
Tidak sampai sepuluh langkah aku berjalan, kini bunyi angin laju melintasi sebelah kiri dan kananku pula. Kali ini, aku mengeluarkan dagger silver yang tersisip kemas di pinggang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Tidak sampai beberapa saat, muncul seorang perempuan dan seorang lelaki di hadapanku. Si lelaki berambut warna biru panjang melepasi bahu manakala si perempuan berambut pendek ala-ala lelaki. Masing masing tersenyum sinis memandangku.
“Kali ini Siacis menjalankan tugasnya dengan bagus sekali.” Aku mengerutkan kening tanda tak faham.
“Serahkan semua duit kau pada kami dan kami jamin kami tak akan mengapa-apakan kau.” Aku menjilat bibir bawah. ‘Dasar penyangak hutan!’ hatiku menjerit.
“Aku tak ada urusan dengan kauorang.” Nada suaraku sengaja ku dinginkan tanda amaran jika mereka menggangu ku mereka akan menerima balasannya.
“Banyak cakap betul perempuan ni! Mari kita kerjakan dia saja.” Si perempuan terus saja membuka langkah sebaik saja berkata demikian padaku.
Aku tidak mengelak meskipun perempuan itu menuju laju ke arahku. Sebaik saja aku dapat mengagak jarak antara aku dan perempuan berkenaan, aku terus menghayunkan penumbuk tepat ke arah perut perempuan berkenaan sekaligus menyebabkan dia terpelanting ke belakang menghempas batang pokok yang berada di belakangnya.
Terdapat kesan lekukan di dahan pokok sebaik saja tubuh perempuan berkenaan mencium bumi dan tidak sedarkan diri. Melihatkan temannya sudah tewas, si lelaki membuka langkah. Si rambut biru berpusing tiga ratus enam puluh darjah mengelilingiku dengan laju mungkin untuk menunggu peluang aku lepa sebelum menyerangku.
Aku terus sahaja membaling pisau yang berada di dalam genggamanku ke arah lelaki berkenaan selepas aku dapat menangkap kelibatnya.
Darah merah membuak keluar dari perutnya menyebabkan dia jatuh terduduk ke atas tanah.
Aku menghampiri si lelaki dan menarik rambutnya menyebabkan lelaki berkenaan menjerit kecil.
“Di mana aku sekarang? Bagaimana aku harus ke Evernight Academy?” Aku duduk mencangkung dan memegang hulu pisauku yang terbenam di perut lelaki berkenaan. Apabila lelaki berkenaan enggan jawab, aku memulas pisau berkenaan membuatkan si lelaki meraung kuat. Peluh dingin memercik keluar dari dahinya.
“Sa..Sana..” Lelaki berkenaan menunjukkan ke arah barat. Aku mencabut pisauku tanpa amaran dan menyepak pipi lelaki berkenaan.
“Kalau aku nampak kau orang berdua di sini lagi, aku akan kerjakan kau orang berdua cukup-cukup!” Selepas memberi amaran berkenaan, aku menyisipkan kembali pisau berkenaan ke pinggang. Sebelum itu, sempat aku mengelap darah yang melekat di mata pisau di baju lelaki berkenaan.
***
Aku mengelap peluh di dahi menggunakan belakang telapak tangan. Hampir lima kilometer berjalan, aku menemui sebuah pekan yang agak besar dan dipenuhi dengan orang ramai. Mungkin kerana aku tiba-tiba sahaja muncul dari pinggir hutan, beberapa orang peniaga yang berada di situ memandangku dengan pandangan pelik.
Aku mengeluarkan botol air dan meneguk rakus isi air botol berkenaan sebelum memandang sekeliling. ‘Nasib baik penyangak hutan tu tak tipu aku. Kalau tak, dah mati aku kerjakan.’
“Mari cepat! Pintu pagar akademi akan tutup dalam masa sepuluh minit lagi!” Aku mengerutkan kening memandang beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan melintas di hadapanku dalam keadaan kelam-kabut.
Mereka mempunyai ciri-ciri fizikal manusia biasa namun mempunyai telinga runcing ke atas.
“Kan aku dah cakap jangan pergi ke kedai tu. Kalau Madam Juniel hukum kita, aku tak nak kawan dengan kau dah!”
“Entah! Sudahlah peraturan di Evernight ketat!” Mendengarkan nama Evernight disebut, aku menjadi lega sebelum mengekori kumpulan berkenaan secara rahsia.






2 under spell:

pinkpurle amie said...

sambunggggggggggggggg..........

waaaaaaaaa x sabar nak tunggu next n3..... sambung ya cpt2.. hehee

pinkpurle amie said...

ohhhhhh what will happen next???

cepat la sambung snow.. its killing me hehehe....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review