Saturday, November 10, 2012

Blood Tie; The Beggining ✫17✫

Posted by Snow_Queen at 12:44 AM


Yunho membawaku menuju ke bilik kerja Max. Apabila aku ke sana, Yoochun, Jae Joong, Junsu dan juga Max telah sedia menunggu ku di sana.
“Aku nak terangkan rancangan kita untuk malam esok. Dengar betul-betul sebab aku hanya akan terangkan sekali saja.” Aku mengangguk. Bagaikan budak-budak berumur lima tahun, aku duduk apabila Junsu memberi isyarat padaku untuk duduk di sebelah dia.
Sebaik saja Yunho selesai menerangkan rancangan untuk malam esok, dia memandangku.
“Ada apa-apa soalan?” Dia bertanya. Aku menggeleng.
Good. Kau boleh pergi berehat dulu. Kita akan bertolak ke Eternal pada petang nanti.” Baru sahaja aku mahu buka pintu suara Jae Joong.
“Jangan lupa basuh baju-baju aku dulu sebelum berehat.” Aku menjeling Jae Joong sekilas sebelum menutup pintu dengan agak kuat tanda protes.
Yoochun tergelak. Sangkanya Jae Joong akan berada dalam keadaan bad mood hari ini namun sebaliknya telah berlaku.
“Kau kalau tak buli dia teruk-teruk sangat tak boleh ke?” Junsu menegur.
“Tak boleh. Lagi pun, aku sedang dalam keadaan gembira untuk mengenakan dia.” Jae Joong kenyit mata sebelum beredar.
Dia mahu ke ruang basuh baju untuk menggangu ketenteraman Hanna.
“Kau orang sedar tak yang Jae Joong dah berubah? Dia lebih kerap tersenyum bila Hanna mula kerja di sini.” Max bertanya.
“Lebih baik dia enjoy sebelum cuti semester Hanna berakhir. Hanya tinggal lagi beberapa minggu sebelum semester baru Hanna bermula.” Yunho bersuara.
“Aku bet dia pasti tak betah duduk diam bila Hanna dah tiada nanti.” Junsu mengukir senyuman sinis.
“Maksud kau Jae Joong dah jatuh cinta pada Hanna?” Yoochun bertanya namun Junsu hanya jongket bahu.
Duh! Don’t you know the look on his face?” Max menyampuk.
Yunho menggosok dagu. Di dalam kepalanya sudah terangka satu strategi. Apa yang dibualkan oleh kawan-kawannya sudah tak kedengaran pada pendengarannya.
Interesting..Lagi pun Hanna is definitely something. Tengok sajalah kita.” Max dan Yoochun memandang Junsu. Minta penjelasan.
“Aku rasa dia orang gaji pertama yang berani ke sana ke mari tanpa takutkan kita dan kita pun lenient dengan dia. Kalau pembantu rumah lain aku rasa dah mati dikerjakan dek si Yunho dan Jae Joong kerana tiada rasa hormat pada kita.”
True.” Yoochun tersenyum nipis.
“Waktu aku sedang pakai baju tadi pun dia selamba ayam saja masuk ke dalam bilik aku.” Yoochun memandang tajam ke arah Max.
“Apa? Kau ingat aku akan buat apa-apa pada dia?”
“Tak. Sebaliknya aku kagum kau tak buat apa-apa pada dia. Something’s wrong with us.” Junsu tersengih mendengar perbualan Max dan Yoochun sebelum pandangannya yang beralih pada Yunho.
“Kau apa hal?” Junsu menyiku lengan Yunho.
Nothing.” Yunho tersenyum.
“Aku memang percaya cakap kau.” Junsu membalas dengan nada sarkastik. “Come on, aku tahu sangat kalau kau senyum macam ni.” Sambung dia lagi. Max danYoochun kini memandang Yunho.
“Tengok sajalah nanti.” Yunho terus saja beredar.
~~~
Aku memandang pantulanku di cermin. Beberapa kali aku tarik nafas dan tahan sebelum menghembuskan nafas kembali namun jantungku tetap juga berdegup kencang.
Okay..Semuanya pasti akan berjalan lancar. Semuanya akan baik-baik saja. Aku memujuk diri sendiri.
Nervous?” Aku memandang Jae Joong yang entah muncul dari mana dan kini sedang duduk di pinggir katil.
“Tuan Jae Joong, kalau kau tak muncul tiba-tiba tak boleh ke?” Aku menjulingkan mata bila mendengar tawa Jae Joong.
Kami baru saja tiba di Eternal sejam yang lepas. Pertemuan aku dan Hawk akan berlangsung dalam masa satu jam lagi.
And seriously, bila masuk bilik orang lain tolong ketuk pintu dulu.” Aku memalingkan badan menghadap ke arah Jae Joong. Tak berani aku nak bayangkan bagaimana kalau Jae Joong tiba-tiba masuk sewaktu aku sedang berkemban atau baru hendak pakai baju.
“Aku punya sukalah. Ini, simpan di tempat yang mudah di capai jika berlaku sebarang kecemasan.” Jae Joong meletakkan silver dagger di atas katil.
Memang tak makan saman betul mamat ni!
“Kenapa kau orang buru Hyness?” Jae Joong memandang wajah Hanna sekilas. Perlukah dia beritahu urusan mereka yang tak ada kena mengena dengan Hanna pun?
“Kami harus lenyapkan dia kerana dia membawa bahaya kepada dunia kita.” Aku mengerutkan kening tanda tak faham.
“Hyness mahu satu dunia tahu yang vampire, witch, half-dead dan yang sama waktu dengannya wujud. Dia mahu lenyapkan manusia dari bumi dan cipta dunia baru untuk makhluk-makhluk underworld di mana dia yang akan menguasai dan mengawal dunia baru ini.
Kami tak mahu ambil risiko untuk terdedah. Kami senang dengan cara hidup kami. Tak perlu manusia tahu mengenai kewujudan kita.
Kita tak kacau manusia dan manusia pun tak kacau kita. Hyness tak tahu perbuatannya itu boleh membawa kepada peperangan antara manusia dan dunia underworld.” Aku terdiam mencerna satu per satu ayat Jae Joong.
Jae Joong pula terus berlalu apabila melihat melihat Hanna sudah tenggelam dalam dunianya sendiri.



Usai mengenakan sentuhan terakhir di wajah, aku mengambil dagger yang diberi Jae Joong tadi dan menyimpan benda alah berkenaan di tepi bootku. Rasa sejuk mata dagger berkenaan menyebabkan bulu romaku menegak.
Aku masuk ke dalam sebuah restoran di mana aku berjanji mahu berjumpa dengan Hawk. Sengaja aku datang awal sepuluh minit agar aku dapat mengawal debaran di dada.
Meskipun di dalam restoran ini aku berseorangan, aku tahu yang lain-lain sedang memerhatikanku dari jauh.
Suasana restoran ini yang lenggang merupakan satu kelebihan padaku.
Bunyi loceng menandakan ada orang masuk ke dalam kedai. Aku mendongak dan pandangan mataku bertemu dengan Hawk yang berpakaian casual.
Entah mengapa di sudut kecil hatiku, aku tiba-tiba saja rasa sedih.
“Hanna.” Hawk menyuakan tangannya. Aku bangun dan menyambut huluran tangan Hawk.
“Terima kasih sebab datang James. Aku sangat-sangat hargainya.” Aku melemparkan senyuman kecil.
“Minum?” Aku mempelawa dan Hawk menggamit seorang pelayan yang kebetulan lalu di sebelah kami.
Malam sudah menjelma dan jarum jam kini tepat menunjukkan pukul sembilan malam.
“Apa benda yang kau nak minta tolong tu?” Hawk merenung wajah Hanna.
Tanganku yang terletak si atas riba, aku ramas perlahan.
Aku mahu meminta pertolongan…Ya! Alasan itulah yang aku beri untuk bertemu dengan Hawk.
Hanna, are you okay?” Hawk menegur wajah Hanna yang tampak pucat dan dahi Hanna berkerut.
“James, aku nak ke tandas sekejap.” Hawk mengerdipkan mata beberapa kali melihat Hanna yang tiba-tiba bangun dan berlari-lari anak menuju ke tandas. Sesaat kemudian dia ketawa. Ada-ada saja anak saudara Celia ni.
Hawk resah di tempat duduknya apabila Hanna tak juga muncul. Sudah dua puluh minit anak gadis itu ke tandas.
Dia mengambil keputusan untuk ke tandas untuk melihat jika Hanna berada di dalam kesusahan.

Aku menggetap bibir memandang wajah Jae Joong. “Kenapa kau pula yang berada di sini? Bukankah sepatutnya Junsu yang berada di sini?” Aku menyoal.
“Aww…Aku ingat kau akan suka kalau aku yang mengambil watak sebagai penyerang kau.” Jae Joong memuncungkan bibir dan mengusap pipi Hanna.
Aku menepis tangan Jae Joong. Mamat ni suka betul uji kelajuan jantung aku!
Jae Joong ketawa melihatkan wajah Hanna yang merah.
Langkah Hawk terhenti apabila terbau darah. Serta-merta anak matanya bertukar warna.
Dia meluru keluar dari restoran dan mengikut arah bau darah yang akhirnya membawa dia ke satu lorong gelap.
Dia melihat Hanna tidak sedarkan diri dalam dakapan seorang lelaki.
“Hanna?” Hawk mahu mendekati Hanna namun langkahnya terhenti apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depannya.
Tanpa perlu dia berpaling, dia tahu ada lagi dua orang lelaki yang berdiri di belakangnya.
“Apa yang kau orang mahu?” Mata Hawk memandang ke arah Hanna yang sudah terbaring di atas jalan raya.
“Beritahu kami lokasi Hyness.” Yunho bersuara.
“Hyness? Aku dah lama tak dengar khabar dia.” Mata Hawk mula meliar untuk mencari jalan keluar. Dengan ekor matanya, dia terlihat kelibat seseorang di atas bumbung. Dia tahu siapa pun di atas bumbung itu, dia juga merupakan sebahagian daripada lelaki-lelaki yang mengepungnya ini.
Come on. Kau orang kanan dia. Mustahil kau tak tahu lokasi dia.” Yoochun pula bersuara.
“Kau orang berkerja untuk siapa? Lord Adam? Blood-Mix?” Hawk menyoal pula.
“Kau tak perlu tahu. Kau hanya perlu beritahu kami lokasi Hyness dan kami tak akan mengapa-apakan kau.” Max menyampuk.
“Kau orang ingat aku tak faham cara permainan kau orang. Aku pasti akan dibunuh untuk mengelakkan aku menyampai maklumat kepada Hyness. Lepaskan gadis tu, dia tak bersalah.” Hawk memandang ke arah Hanna.
“Sejak bila kau jadi baik pula ni? Kau berpengalaman bunuh manusia selama dua ratus tahun kau hidup dengan senang-senang atas arahan Hyness dan kau nak jadi hero dengan melindungi gadis tu?” Yunho bersuara sinis.
Hawk terus saja meluru menyerang Yunho tanpa membalas sindiran lelaki itu. Yoochun dan Max masuk ke dalam gelanggang perlawanan untuk membantu.
Jae Joong merangkul Hanna. Dadanya sempit melihatkan Hanna berada dalam rangkulannya. Serta-merta rasa dahaganya datang.
Dia sudah lama tak minum semenjak tiga trio berkenaan dimasukkan ke dalam hospital dan dia rasa hadnya sudah sampai.
Jae Joong memejam mata. Dia tak boleh berbuat demikian pada Hanna. Gadis itu bukan pekerja rasminya.
“Hanna, kau boleh bangun. Masa berlakon dah tamat.” Yoochun bersuara. Dia memandang Max, Junsu dan Yunho sedang menguruskan mayat Hawk.
Jae Joong memandang ke arah Hanna yang tetap kaku tak bergerak. Rasa panik menyerang.
Dia menepuk-nepuk pipi Hanna.
“Err Jae…Aku rasa dia betul-betul tak sedarkan diri.” Jae Joong memandang Yoochun yang memandang dia dengan pandangan panik.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review