Saturday, November 10, 2012

Blood Tie; The Beggining ✫16✫

Posted by Snow_Queen at 12:30 AM


Jae Joong mengeluh perlahan. Kenangan yang telah ditanam jauh-jauh ke dalam dasar hatinya kini kembali muncul bagaikan tayangan gambar satu per satu.
Titisan hujan yang jatuh ke bumi diperhatikan. Tanpa dia sedari, wajah Tiffany seolah-olah muncul bersama titisan-titisan hujan berkenaan.
Dia memejamkan mata. Terasa hatinya pedih namun tidak lagi seperti dahulu. Pedih seperti apabila Tiffany beritahu “Aku cintakan Mir. Maafkan aku.”
Mungkin lukanya telah lama sembuh. Yang terasa perit kini hanyalah parutnya.
Come on Jae! Kau tak boleh biarkan kenangan lama ini menghantui diri kau kembali.
Dia membuang pandang ke arah luar kembali. Bersama dengan semangat baru dia berbisik perlahan.
“Aku dah lama lepaskan kau pergi. Semoga kau berbahagia.” Bersama bisikan itu, dia seolah-olah melihat Tiffany tersenyum ke arahnya.

“Knock! Knock! Knock!” Aku melangkah masuk ke dalam bilik Max. Max yang melihatkan Hanna melangkah masuk ke dalam biliknya segera memakai baju.
Perempuan ni betullah desis hatinya.
“Kau tak reti ketuk pintu ke? Aku rasa aku tak hilang ingatan lagi bila aku beritahu semua orang bahawa bilik tidur aku merupakan kawasan larangan.”
Aku buat muka ada-aku-kisah? Pada Max.
Max mendengus dan mengelap rambutnya dengan tuala sebelum bertanya tujuan Hanna ke mari.
“Aku nak bagi kau ni.” Aku meletakkan beberapa buah botol potion di atas katil Max.
Max menghampiri dan mengambil salah satu botol berkenaan. Dia mengenali warna botol itu.
Max membuka penutup botol berkenaan sebelum menghidu isi kandungan botol yang dibawa Hanna.
Yuck! Apa ni?” Max buat muka jijik.
“Benda yang kau kata yuck inilah yang tolong kau kawal nafsu makan kau tempoh hari. Potion ni memang berbau busuk bila kau tak lapar tapi bila kau dah lapar rasanya sama seperti darah bukan?” Aku mengambil botol berkenaan dan menutup ia kembali.
“Aku namakan potion ni Max’s potion. Okay tak nama tu?” Max menjulingkan mata mendengarkan nama yang diberi Hanna.
“Ingat, potion ni harus diminum selang dua minggu. Dua botol saja. Tak baik untuk badan bila ambil lebih-lebih.” Aku menepuk bahu Max sebelum keluar.
Max mengambil botol-botol berkenaan dengan sebelah tangan manakala sebelah tangannya menutup hidung.  Dia campak potion-potion berkenaan masuk ke dalam almari. Tak tahan dengan bau tengik potion Hanna!



Aku meletakkan telefon di atas meja apabila selesai berbual dengan Hawk. Kami telah bersetuju untuk berjumpa lusa di Bandar Eternal.
Yunho dan Yoochun memandang wajah Hanna yang keruh semacam.
“Kenapa?” Yoochun menyoal.
“Aku tiba-tiba terbayang aunty Celia dalam keadaan depresi. Aku tahu aunty Celia betul-betul sayangkan Hawk.” Yunho memandang Yoochun sebelum menggengam tangan Hanna.
“Aku tahu ibu saudara kau akan atasi perkara tu sebagai wanita dewasa yang telah matang. Jangan risau, kay.” Aku memandang Yunho dan mengukir senyuman yang lemah.
“Aku dah dengar fasal Jae Joong petang tadi.” Aku memandang Yoochun. “Jangan sebut ataupun tanya fasal Tiffany mahupun Mir. Kami tak mahu lihat Jae Joong seperti dulu. Weak and fragile.” Sambungnya lagi.
Aku mengangguk. Kalau itu yang dimahukan oleh mereka aku tak akan membantah. Lagi pun, apa hak yang aku ada untuk menyoal Jae Joong mengenai masa lalu dia?
Aku mundar-mandir di hadapan pintu bilik Jae Joong beberapa ketika sebelum melekapkan telingaku ke pintu untuk mendengar jika ada sebarang pergerakan di dalam.
Jae Joong menjulingkan mata apabila melihat bayang yang mundar-mandir di hadapan pintu biliknya. Dia tahu siapa yang berada di depan pintu biliknya cuma dia malas mahu ambil peduli dengan kehadiran Hanna.
Matanya menangkap sekeping kertas yang ditolak masuk melalui lubang bawah pintu. Jae Joong bangun dan mengambil kertas berkenaan.
When something happens to you,
Good or bad, consider what it means.
There’s a purpose to life event’s, to teach you how to laugh more or not to cry hard.
You can’t make someone love you,
All you can do is being someone who can be loved; the rest is up to the person to realize your worth.
I’m sorry-Hanna
Jae Joong melipat nota yang diberi Hanna. Senyuman nipis mula terukir di bibir.
Akhirnya orang yang mampu buat dia tersenyum ialah orang gajinya sendiri…

Dalam keadaan mamai, aku buka mata apabila jam loceng berbunyi kuat di tepi telinga.
Wake up sunshine~~” Aku memandang Jae Joong sebelum memandang jam di dinding.
“Apa yang kau nak?” Aku memandang Jae Joong. Gila apa mamat ni kejutkan aku seawal pukul tujuh pagi?
“Kalau bukan kau yang kemas tingkat ni siapa lagi? Bangun! Ada banyak kerja yang menanti.” Jae Joong mengukir senyuman nakal.
Aku meramas rambut. Uh! ingatkan mamat tu akan berubah lepas aku beri nota kata-kata nasihat padanya. Makin teruk adalah!
“Tapi…”
“Aa..aa..ah..” Jae Jong menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.
“Aku dapat inspirasi daripada nota kau. There’s a purpose to life event’s… Tujuan hidup aku sekarang adalah menggunakan kau sebaik mungkin. Aku tunggu kau dalam bilik tidur aku.” Jae Joong terus saja beredar selepas itu.
What the heck!
Aku menghempaskan kembali tubuhku ke atas katil.

Aku meneguk jus epal dengan rakus dan menggigit roti di tangan. Setelah dikerahkan oleh Jae Joong mengemas setiap sudut tingkat tiga, barulah dia beri keizinan untuk aku berehat.
Pandangan mata beberapa orang gaji yang masuk ke dalam ruang makan tak aku endahkan. Aku perasan selepas kejadian aku melihat Jae Joong menjadikan Min Hee sarapan paginya, kesemua orang gaji di dalam rumah ni seolah-olah mengelak diri daripadaku.
Gummy, Haru dan Minzy juga begitu. Mungkin mereka takut akan terlibat dengan masalah jika berkawan dengan aku.
Maklumlah, hanya aku seorang yang sengaja memberanikan diri merayap di kawasan-kawasan larangan yang bukan milik Jae Joong meskipun Jae Joong telah memberikan amaran dan seperti biasa aku buat tak endah dengan amaran itu.
Maybe, after all…Aku ni kaki ambil kesempatan kerana tiga daripada lima orang tuan punya mansion ini baik terhadapku dan menganggap aku kawan mereka.
Max? aku baru saja mula mahu berbaik-baik dengan dia setelah menyampuk urusan dia tempoh hari.
“Hanna.” Aku mendongak memandang Yunho yang muncul tiba-tiba di hadapanku. Beberapa orang gaji yang berada di situ segera menundukkan pandangan untuk mengelak daripada bertembung pandangan dengan Yunho.
Pada mereka, meskipun Yunho seorang yang baik dan memahami, namun ada masanya apabila lelaki itu marah, mansion ini akan jadi tunggang terbalik jua.
“Mari ikut aku.” Sebelum sempat aku berkata apa-apa Yunho menarik tanganku tanpa sempat aku meletakkan roti yang berada di tangan kanan dan kotak jus epal di tangan kiri ke atas meja.



1 under spell:

beautiful eyes said...

bila mau sambung.....bestlah citer ni...semua citer cik snow syok...
sambunglah

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review