Thursday, October 4, 2012

Hai! Hai! dan hai lagi...

Posted by Snow_Queen at 1:09 AM


Salam sejahtera pada pelawat2 setia blog uzur ni =)

i'm glad that all of u still read this blog even snow dh berkurun tak update..

Serius cakap Snow cukup terharu ada yang menantikan sambungan cerita BT yang terkurang rencah tu.

Tapi....Minta maaf la kengkawan Snow tak dapat nak update sebab Snow tengah 

final exam sekarang.

Serius Snow sekarang dalam keadaan miserable+gila huhu..

Gambaran seorang Snow sekarang --->
 Nanti bila kepala dah stabil baru Snow boleh update dgn senang hati *yelah tu..*
Hari ni Snow ada dua paper sekali gus. Homaigod! Tuhan je yang tahu betapa susahnya nak gerakkan sebatang pen dalam keadaan mengantuk *bahana tak tidur semalaman*
p/s: Sila jangan tiru cara ahkak Senow yang suka belajar last minute sebab kengkonon kalau baca notes awal2 tak masuk dalam kepala. Last sekali hamik kau, dalam dewan exam gaya macam orang ambil pil khayal aje.

Harini balik rumah!!! So bila dah selamat landing atas tilam spring-tak-berapa-nak-keras-kesayangan Snow ni, Snow dah tak nampak apa dah. Rasa esok nak tidur seharian je tapi mau mak Snow bantai dengan penyapu lidi beliau.
Oh! apa pun terima kasih sebab sudi baca entry yang sebenarnya dibuat untuk bagitahu korang yang Snow tak boleh update buat masa ni tapi nampaknya Snow dah merepek xD

Oh! rasa mahu bela kucing seekor la tapi...Takut nak minta izin my mom. Anak kucingnya dah ada tinggal nak bawa balik rumah aje tapi....*sigh*

                                                                               ***



Psssttt…Pa’an.” Pa’an jongket kening. Ni apahal pula anak dara Mejar Shamsul telefon dia pagi-pagi buta ni?
“Apa psstt..pstttt, salam mana?” Dia menyergah sebelum mengulum senyum. Tahu Aleeya pasti sudah tarik muncung di sebelah sana.
“Yelah. Assalamualaikum Irfan Quzairi.” Sengaja Aleeya menyebut nama penuh Pa’an.
Wa’alaikumsalam. Hah! Apa hal pagi-pagi dah cari aku ni? Nak ajak bergosip pun tunggu le petang sikit. Aku tengah sibuk bagi lembu-lembu ayah aku makan ni.” Pecah tawa Aleeya. Aiseh! Tak dapat nak bayangkan Pa’an si pilot hensem bergaya bagi lembu makan.
“Kau kalau telefon aku semata-mata nak gelak baik aku letak.” Pa’an dah keluar aura mengugut. Aleeya mencebik.
“Pa’annnnn……” Pa’an keraskan badan. Budak ni kalau keluarkan suara ala-ala kucing tercekik biji rambutan mesti ada benda yang dia nak minta tolong.
“Tak payah nak Pa’annnnn… sangatlah. Kau nak apa?” Aleeya tersenyum. Pa’an faham dia sebab tu dia dan Pa’an boleh jadi kawan baik.
“Bagi aku resepi ikan siakap masak stim.” Erk? Pa’an rasa nak ketawa tapi ditahan sebaik mungkin. Tak fasal-fasal nanti Aleeya lancarkan kempen ‘Mari memboikot Pa’an.’. Tambah parah lagi kalau dia ajak Wawa sekali. Oh! Tak sanggup dia dipulaukan oleh kawan baiknya itu.


Berdetap-detup bunyi tulang apabila dia bergerak ke kiri dan ke kanan. Tangga dapur dituruni dengan niat mahu ke bilik air untuk mandi. Badannya sudah rasa melekit kerana baru saja lepas menolong tok wan Yahya berkebun. Bukan macam Bad. Janji melayu. Cakap mahu datang kemudian. Akhirnya sampai ke sudah tak nampak batang hidung teman serumahnya. Alih-alih bila sudah sampai rumah, elok aja dia nampak Bad sedang terlentang tidur di ruang tamu. Tak senonoh punya kawan!
“Hihihi…” Danial jongket kening. Dia pandang ke kiri dan kanan. Sah! Mana ada orang lain selain dia di dapur ni. Hantu tak keluar siang-siang kan?
“Kau, kalau tak jadi siakap masak stim aku, aku yang akan rebus kau hidup-hidup.” Kali ini terdengar suara orang bercakap pula. Danial melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tahu yang ketawa tadi adalah orang.
Matanya tertancap pada pintu dapur yang terbuka separuh. Dia langsung mendekati. Melilau matanya ke kiri dan ke kanan mencari gerangan tuan punya suara.
“Apa kata kau je yang datang masak, Pa’an?” Dia melihat seorang gadis bertudung bawal hitam sedang duduk mencangkung di bawah pokok manggis sambil mengusap badan seekor kucing.
Bibirnya mengukir senyum nipis. Dia tak tahu pula adik si Bad pun ada sama. Sebelum gadis itu sedar akan kehadiran dia, lebih baik dia beredar dulu. Nanti dituduh mencuri dengar perbualan orang pula.


                            
                                                                              ***

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review