Saturday, October 27, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫15✫

Posted by Snow_Queen at 12:29 AM


Aku memandang Yunho dan Jae Joong yang berdiri di hadapanku. Mereka berdua membawa aku menuju ke kawasan tasik yang sedikit terlindung.
“Kita nak buat apa di sini?” Aku memandang sekeliling.
“Kami nak tahu potensi dan kekuatan kau.” Keningku berkerut mendengarkan kata-kata Yunho.
“Potensi? Kekuatan?” Yunho mengangguk.
“Ini bukanlah perancangan asal kami untuk melibatkan kau ke dalam masalah kami. Apabila kami melibatkan kau, bermakna kami telah meletakkan nyawa kau dalam bahaya.
Kami mahu tahu kekuatan dan kelebihan juga kelemahan kau sebagai half-dead.
Secara jujurnya, ini kali pertama kami bertemu dengan half-dead jadi kami kurang arif mengenai golongan kau.
Tunjukkan pada kami apa jua gerakan dan helah yang kau ada supaya kami dapat merancang strategi seterusnya.” Panjang lebar Yunho memberitahu.
“Serang Jae Joong.” Terkejut aku apabila mendengar kata-kata Yunho. Aku memandang wajah Yunho dengan pandangan are you serious?
Yunho mengangguk dan mula menjarakkan dirinya daripada kami. Dia akan menjadi pemerhati.
Aku memandang wajah Jae Joong yang tak beriak. Dia memberi isyarat untuk aku mula menyerang.
Dengan pantas, aku meluru ke arah Jae Joong dengan niat mahu melayangkan penumbuk ke arah mukanya namun ternyata langkahku tersasar apabila dengan sepantas kilat juga Jae Joong menghilang dan entah bila dia berdiri di belakangku sebelum merangkul leherku dengan agak kuat.
Sebelah tanganku yang mahu melayangkan penumbuk tadi juga dikunci oleh tangannya.
“Kelajuan kau pada aku sama seperti siput.” Seluruh bulu romaku berdiri tegak apabila Jae Joong berbisik di telingaku.
Badanku dilepaskan dan aku berpusing ke arah belakang menghadap Jae Joong.
“Kalau kepantasan kau hanyalah setakat ini, aku boleh jamin kau akan menjadi santapan Hawk dalam masa dua saat.
Sebelum kau sempat berfikir, dia akan terlebih dahulu membenamkan fangsnya ke tengkuk kau!” Aku memandang Jae Joong tajam.
Come on! Takkan ini saja kebolehan kau?”  Mendengarkan saja kata-kata Jae Joong, serta-merta aku rasakan kemarahan yang membuak-buak.
Jae Joong tersenyum sinis apabila melihat anak mata Hanna telah berubah warna. Yes! Come on babe! Show me what you got! Desis Jae Joong di dalam hati.
Aku mengambil ranting kayu yang terdapat di sebelahku dan melayangkannya ke arah Jae Joong dan seperti tadi, Jae Joong dapat mengelak.
Jae Joong menepis setiap serangan Hanna dengan mudah namun sebelum sempat dia bertindak untuk mengunci pergerakan Hanna, Hanna terlebih dahulu telah menahan kakinya menyebabkan dia tergolek ke atas tanah.
Aku duduk di atas Jae Joong dan menekan kedua belah bahunya untuk menahan dia daripada bangun.
Meskipun aku tahu Jae Joong tak akan mengambil masa yang lama untuk melepaskan diri daripada cengkamanku, aku terlebih dahulu berbisik secara halus.
Yunho mengerutkan kening apabila melihat Jae Joong tidak bergerak. Risau, dia meluru ke arah Hanna dan Jae Joong.
Jae Joong memandang sekeliling. Hanna telah hilang pada pandangan matanya. Dia cuba untuk bangun namun badannya seolah-olah enggan bergerak.
Di depannya kini muncul seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Mir. Tiffany-ah.” Jae Joong menyebut nama kedua-dua orang di depannya kini.
“Aku minta maaf Jae Joong. Orang yang aku cintai ialah Mir bukan kau.” Tiffany bersuara.
“Dia milik aku!” Mir mengucup bibir Tiffany.
Aku tercampak ke tepi apabila Jae Joong tiba-tiba saja bangkit. Warna mata Jae Joong berubah.
“Jae!” Yunho memegang Jae Joong namun Jae Joong meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Jae, tengok aku. Aku ni, Yunho.” Jae Joong memandang Yunho yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Dia pandang pula Hanna yang sedang memandang dia dengan pandangan pelik.
“Aku nampak Mir dan Tiffany.” Jae Joong memandang Yunho. Yunho memandang Hanna.
“Apa?” Aku buat muka tak bersalah. Yunho menyuruh Jae Joong beredar dahulu.
Yunho mengajak Hanna menuju ke bangku tasik. Angin petang menyapa tubuh mereka berdua.
“Apa yang kau buat tadi?” Yunho memandang Hanna yang sedang memetik beberapa kuntum bunga sebelum duduk di sebelahnya.
“Kebolehan menggunakan ketakutan seseorang untuk menumpaskan dia.” Yunho berdiam diri seketika. Ralit dia melihat Hanna yang sedang buat flower chain.
“Adakah kau boleh kawal kuasa tu? Maksud aku memilih ketakutan seseorang untuk digunakan terhadap dia?”
Aku berfikir sesaat sebelum menggeleng. “Kita mungkin ada banyak ketakutan dalam hidup ni tapi benda yang paling kau takut sekali, yang akan memberi kesan pada hidup kau selama-lamanya, itulah yang akan menghantui kau ketika aku menggunakan kuasa itu.
Dan ditambah dengan imaginasi seseorang, dia yang membentuk ketakutan itu menjadi seperti mana yang dia bayangkan.
Lagi pun bukannya aku boleh nampak apa yang dia nampak. By the way, siapa Tiffany dan Mir?” Aku memandang Yunho.
“Tiffany, pada asalnya adalah gadis pilihan keluarga Jae Joong. Jae Joong pula, pertama kali melihat Tiffany terus jatuh cinta.
Tapi segala-galanya berubah apabila Mir, sepupu Jae Joong datang bercuti ke villa Kim. Mir juga tertarik pada Tiffany dan dengan menggunakan setiap peluang yang ada, dia cuba mendekati Tiffany. Buat apa saja untuk mencuri hati Tiffany tanpa disedari Jae Joong.
Usaha Mir berhasil apabila Tiffany meminta untuk memutuskan pertunangan mereka dan Tiffany mengikut Mir pergi.
Selepas itu, Jae Joong bertukar menjadi seperti yang kau lihat dia sekarang.
Semua benda yang keluar daripada mulutnya hanyalah merupakan perisai untuk melindungi dirinya daripada terus terluka.
Dia membuli kau dan menggunakan tiga lagi pembantunya yang gedik tu mungkin kerana merasakan kau orang akan bertukar menjadi seperti Tiffany pada bila-bila masa saja.” Yunho memandang Hanna yang ketawa tiba-tiba.
“Pembantu yang gedik? I like that, but seriously that guy needs someone to change his cocky attitude.
Dan dia patut cuba buka hati dia untuk orang di sekeliling dia. Terluka? Benda tu tak dapat dielakkan tapi it’s worth to try.” Aku menarik lengan Yunho dan memakaikan flower chain pada pergelangan tangannya.
“Hadiah.”Aku tersenyum sendiri memandang flower chain yang kini menjadi gelang di pergelangan tangan Yunho. Rupa-rupanya berseni juga aku ni hatiku berbisik sendiri.
“Kalau diikutkan cara kau berlawan, banyak yang perlu diperbaiki lagi tapi kita tak ada masa lagi. Satu-satunya kelebihan kau adalah menggunakan kemahiran kau untuk memanipulasi perasaan takut orang lain. Kau rasa kau boleh buat tugasan ni?”
“Aku tak pasti tapi tak salah mencuba kan? Dan pastikan kau orang selamatkan aku sebelum mamat bernama Hawk tu membenamkan fangs dia ke leher aku.” Aku bangun dan memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
Yunho turut bangun dan mengikut langkah Hanna yang berjalan menuju ke arah mansion. Dia berdoa dan mengharap agar semuanya berjalan dengan lancar…

1 under spell:

Lily Love said...

Sangat menarik. Suka baca cerita2 mcm ni. Tengah cuba nak tulis cerita yang macam ni juga. :)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review