Saturday, October 27, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫14✫

Posted by Snow_Queen at 12:23 AM


Good morning~~” Lima pasang mata melihat Hanna yang nampak gembira. Perempuan itu menghidangkan makanan sambil menyanyi-nyanyi kecil manakala Mason pula sedang menuang minuman khas majikannya.
How are you doing, Max?” Aku memandang Max dengan senyuman terukir di bibir.
Great!” Max turut mengukirkan senyuman sebelum menghampiri meja makan.
Aku menghampiri Yoochun dan mengerling kertas-kertas yang berselerak di atas meja kecil yang terdapat di ruang makan itu.
“James?” Aku menilik gambar James sebelum Jae Joong merampas gambar itu daripada tanganku.
Wajah lelaki itu masih lagi tegang namun langsung tak memberi kesan padaku.
Yang lain-lain sudah mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan.
Steak mentah menjadi sarapan pagi hari ini.
“Hanna tunggu sekejap. Kami ada benda yang nak bincang dengan kau.” Yunho memberi isyarat pada Mason agar beredar.
Aku mendekati meja makan dan duduk di sebelah Junsu apabila lelaki itu memberi isyarat agar aku duduk.
“Mengenai Hawk emm maksud aku James. Beritahu kami apa yang kau tahu mengenai dia.” Yunho bersuara.
“Aku cuma tahu dia teman istimewa mak cik aku. Itu saja.” Jujur aku memberitahu.
“Semalam, Yuri kata ada seorang lelaki berbual mesra dengan kau…”
“Oh! Semalam aku terserempak dengan James. Dia tolong aku bila aku jatuh. Dia lelaki yang baik! Aku gembira aunty aku berjumpa dengan lelaki baik.” Aku menjeling tajam ke arah Jae Joong sebelum memandang ke arah Yunho.
              Yunho mengeluh perlahan. “Aku benci nak beritahu kau berita buruk. James tak seperti yang kau sangka.”
              Aku mengerutkan kening tanda tak faham dengan kata-kata Yunho.
            “Nama sebenar James ialah Hawk. Kami perlu mencari dia untuk mengetahui lokasi musuh yang kami buru selama ini iaitu Hyness. Mengikut maklumat yang kami perolehi, Hawk merupakan orang kanan Hyness.
            Kami perlukan pertolongan kau untuk bawa Hawk pada kami.” Aku terus saja terkedu mendengarkan kata-kata Yunho.
           “Kenapa aku?”
          “Sebab sekarang, kau dikira sebagai orang paling dekat dengan Hawk. Aku pasti Hawk tak akan ragu-ragu untuk berjumpa dengan kau. Selepas itu, semuanya terserah pada kami.
          Lagipun, kita tak tahu apa motif Hawk mendekati keluarga kau.” Aku menarik nafas dalam mendengarkan kata-kata Junsu.
         Bagaimana reaksi aunty Celia jika James tiba-tiba sahaja hilang. Sukar untuk aku terima apabila lelaki yang kelihatan baik itu rupa-rupanya tidak seperti yang ku sangka.
           “Adakah kau orang akan bunuh dia?” Aku memandang Junsu namun Junsu hanya mendiamkan diri.
            Suasana di ruang makan senyap seketika. Hanya bunyi dentingan garfu dan pisau yang berlaga dengan pinggan kedengaran.
           Well, kami dah dengar berita mengenai kejadian malam tadi. Any explanation?” Kata-kata Yunho membuatkan semua orang memandang ke arahku kini.
           Jae Joong merenung wajah Hanna. Semalaman dia tak tidur memikirkan insiden yang menimpa ketiga-tiga orang gajinya.
          Dia pasti, kata hatinya mengenai Hanna selama ini betul. Hanna bukanlah manusia biasa. Aura yang mengelilingi gadis itu merupakan salah satu buktinya dan kejadian pada malam tadi merupakan satu bukti juga.
          It’s your job to find out…” Aku meleretkan senyuman.
           Wajah Yunho, Jae Joong, Junsu dan Max berubah riak apabila melihat anak mata Hanna yang berubah warna.
           Yoochun pula hanya tersenyum. Untuk mencari Hawk dengan menjadikan Hanna sebagai umpan merupakan ideanya.
            Pada mulanya Yunho dan Jae Joong membantah keras namun setelah dipujuk berkali-kali barulah kedua-duanya bersetuju.
            Dan kini dia rasa Yunho mahupun Jae Joong tak akan ragu-ragu lagi untuk menggunakan Hanna setelah mengetahui identiti sebenar gadis itu.
             What are you? Kau bukan vampire kerana kau memiliki degupan jantung.” Junsu menggumam sendirian.
            “Kalau aku beritahu tak bestlah. Aku kena pergi dahulu. Banyak kerja yang menanti. Maklumlah sekarang aku satu-satunya tukang kemas di tingkat tiga.” Aku meleretkan senyuman sinis pada Jae Joong sebelum beredar.
            “Yoochun kenapa kau tak terkejut?” Max menyoal Yoochun. Yoochun hanya tersenyum.
           “Kau dah tahu dari awal lagi bukan? Sebab tu kau cadangkan kita guna dia.” Junsu menalakan garfunya ke arah Yoochun.
           “Dia suruh aku simpan rahsia dan aku hanya tunaikan permintaan dia sahaja.” Yoochun tersenyum sebelum menghadap sarapannya.
            Jae Joong menggengam erat garfu dan pisau di tangannya. Entah mengapa dia rasa tak senang apabila mengetahui hubungan Yoochun dan Hanna sebenarnya lebih rapat dari apa yang dia jangkakan.

Pergerakan tanganku terhenti apabila aku terasa bulu roma di tengkuk meremang. Apabila aku pusing ke belakang, Jae Joong sudah berdiri di belakangku.
              Jarak kami berdua yang agak rapat membuatkan aku agak tak selesa.
              “Aku tiba-tiba saja teringat ada seorang perempuan yang freaked out apabila melihat vampire sedang menghadap sarapan paginya. Later on, si vampire tu tahu bahawa si perempuan tu rupa-rupanya merupakan half-dead. Ironi bukan apabila melihat reaksi perempuan itu yang berlakon konon-kononnya dia seperti manusia biasa.” Aku mengherotkan bibir ke kiri dan ke kanan mendengarkan kata-kata Jae Joong.
           “Macam mana kau tahu aku half-dead? Dan aku tak berlakon. Aku betul-betul terkejut!” Melihat Jae Joong ketawa membuatkan jantungku berdegup laju.
           “Aku bukanlah bodoh sangat tak dapat meneka siapa kau.” Peluh dingin mula keluar apabila Jae Joong mengusap pipiku.
         “Errr…Boleh tak kau jauh-jauh sikit kalau nak bercakap. Aku tak selesa.” Aku menolak Jae Joong sedikit dan berlari menuju ke meja ruang rehat untuk mengelap habuk.
          Jae Joong mengekori langkah Hanna.
          “Sekarang, Arra, Yu Mi dan Min Hee sudah masuk hospital. Paling lewat pun minggu depan mereka akan mula bertugas kembali.
            My walking blood banks are gone. What are you going to do bout it? ” Aku menelan air liur yang terasa kesat di dalam mulut.
            Adakah Jae Joong mahu aku menggantikan tempat tiga trio berkenaan? Uh..Over my dead body.
            “Kau tahu…” Kata-kataku terhenti kerana apabila aku berpusing ke arah belakang, Jae Joong sudah berdiri di belakangku. Hampir-hampir sahaja aku melanggar badan mamat tu.
            “Mr. Kim, aku amatlah hargai kalau kau berdiri jauh sikit dari aku.” Aku buat kening double jerk apabila Jae Joong memegang kedua belah bahuku, jantungku sudah mula mengepam darah dengan laju lagi.
            Dia membongkok sedikit supaya pandangan mata kami setentang.
           “Kenapa?” Senyuman nakal sudah mula terukir di bibirnya.
          “Kau nak bertanggungjawab ke kalau aku jatuh cinta pada kau?” Aku menggigit bibir.
          Senyuman Jae Joong mati mendengarkan kata-kata Hanna. Minah ni biar betul. Dia merenung mata Hanna.
          Degupan jantung Hanna yang semakin laju juga dia dengar.
          Aku jongket kening apabila Jae Joong tiba-tiba saja ketawa. “Kalau kau jatuh cinta pada aku bukan masalah aku.” Jae Joong melepaskan pegangan dan masukkan kedua belah tangan ke dalam kocek seluar sebelum berjalan menuju ke meja kerjanya.
        Aku buat muka menyampah sebelum menyambung balik kerjaku. Kini yang kedengaran hanyalah bunyi papan kekunci dan bunyi derapan tapak kaki Hanna yang ke sana ke mari.
         Jae Joong mendongak memandang Hanna apabila gadis itu memanggilnya.
        “Mungkin bila aku jatuh cinta pada kau bukan masalah kau tapi aku akan pastikan kau juga turut   jatuh cinta pada aku. So it will be fair and square.” Aku mengukir senyuman sinis sebelum keluar.
         Sebaik sahaja menutup pintu bilik kerja Jae Joong, aku terus berlari. Gila betul aku ni!
         Jae Joong ternganga seketika apabila mendengarkan kata-kata Hanna. Dia memandang pantulannya di cermin.
          What the heck Jae! Apa fasal muka kau merah semacam ni?

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review