Saturday, October 27, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫13✫

Posted by Snow_Queen at 12:17 AM


Aku pada mulanya mahu membiarkan saja ketukan bertalu-talu di pintu bilik dengan harapan sesiapa pun yang mengetuknya akan mengalah namun harapan hanya tinggal harapan apabila bunyi ketukan tetap berterusan.
Dengan langkah yang berat, aku buka pintu dan kelihatan Min Hee sedang tercegat di depan pintu.
Aku merengus. Semenjak dari kejadian aku ternampak Jae Joong minum darah Min Hee, perempuan ini selalu saja cuba untuk menyakitkan hatiku.
Gaya dia berlagak seolah-olah dia merupakan puan besar rumah ni. Turut tak ketinggalan berperangai serupa ialah Arra dan juga Yuri.
What?” Aku menjeling tajam Min Hee.
“Tuan Jae Joong nak jumpa. Bersiap.” Min Hee terus meninggalkan aku. Aku menggaru kepala dengan laju tanda frust.
Bukankah hari ini sepatutnya aku bercuti? Lelaki tu selalu suka rosakkan mood aku!
Aku menghempas pintu bilik dan bersiap. Beberapa orang gaji yang kebetulan lalu di tingkat tiga terpingga-pingga apabila mendengar bunyi hentaman pintu yang kuat namun masing-masing buat tak endah.
Dengan keadaan separuh mengantuk, aku menuju ke pejabat Jae Joong. Setelah diberi izin masuk barulah aku melangkah masuk.
Kelihatan Yuri, Min Hee dan Arra sedang duduk di sofa sambil berbual-bual. Sedikit pun mereka tak endahkan kehadiranku.
Aku berdiri di hadapan Jae Joong yang sedang berbual di telefon. Lelaki itu memberi isyarat agar aku tunggu sebentar.
Aku berpeluk tubuh dan menunggu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku baring di atas lantai bilik ni. Namun fikiranku menegah dengan mengatakan aku gila kerana memberi peluang pada Jae Joong untuk menjadikanku santapannya.
“Ada apa, Tuan Jae Joong?” Aku bertanya setelah lelaki itu selesai berbual di telefon.
“Hari ini aku nak kau temankan Yuri, Min Hee dan Arra membeli-belah.” Aku ternganga mendengar kata-kata Jae Joong sebelum memandang ke arah ketiga-tiga perempuan yang kini memandangku dengan pandangan jahat.
“Tapi saya cuti hari ni.” Buat pertama kalinya sepanjang aku berkerja dengan lelaki ini aku berani menyuarakan bantahanku.
Tak nampak kah dia dengan panda eyes aku ni?
“Kau tak boleh persoalkan permintaan aku, Hanna. Perlukah aku ingatkan kau sekali lagi?” Jae Joong memandang Hanna tajam.
Dia mengukir senyuman sinis apabila Hanna terus sahaja keluar dari pejabatnya. Apabila Hanna menghentam pintu pejabatnya sekuat hati pun dia masih tersenyum.
Ini baru permulaan, Hanna. Aku nak tengok sampai bila kau boleh bertahan…
~~~
Aku kini hanya melangkah berdasarkan instinct. Beg kertas yang aku pegang ini makin bertambah tingginya sehingga menghalang pemandangan mataku.
Satu perkara yang aku teramat lega ialah apabila minah bertiga ini memilih untuk membeli-belah di Bandar Hippie Town bukannya di pekan kawasan perumahanku.
Aku memegang pinggangku yang sengal apabila aku terjatuh. Beg-beg kertas yang aku pegang kini sudah jatuh sehingga ada sebahagian isi beg kertas terkeluar.
“Hanna!” Yuri menjerit. Aku bangun dan memandang Yuri dengan pandangan tak bersalah.
Min Hee dan Arra pula sudah buat muka.
“Kutip semua beg ni balik. Kami tunggu dalam kereta.” Ketiga-tiga perempuan berkenaan terus menghilangkan diri sebaik sahaja berkata demikian.
B**ch! Aku mencaci dalam hati. Pandangan orang ramai tak aku hiraukan.
“Nah.” Aku memandang sepasang tangan yang memegang beberapa beg kertas di tangannya.
“Eh..James.” Aku mengukir senyuman memandang James.
“Nak aku tolong? Aku rasa kau tak boleh jalan dengan semua barang ni.” James memandang barang-barang yang penuh di tangan Hanna.
“Tak apa. Boleh lagi ni. Terima kasih.” Aku mengambil beg-beg di tangan James.
Ketika aku menuruni escalator, James mengekori dari arah belakang. Dia menyatakan mahu memastikan aku selamat keluar sehingga ke pintu masuk beli-belah ini.
Selepas mengucapkan terima kasih, aku segera menuju ke kereta Jae Joong yang sudah sedia menunggu.
“Lembap. Jalan macam kura-kura.” Aku hanya menggetap bibir mendengar kata-kata Arra.
Hello! Sudahlah aku jadi hamba pegang barang-barang kau orang, ni aku sanggup jadi driver paksa sekali pun dah kira baik. Aku balik sendiri karang baru tahu. Menggagaulah kau orang fikir macam mana nak bawa kereta ni balik ke the frost. Aku menggumam sendiri.
Sebaik sahaja sampai di mansion, aku terus sahaja masuk ke dalam bilik. Tanpa membersihkan make up, terus sahaja aku naik ke atas katil dan tidur.
Sebelum itu, sempat lagi aku mengunci pintu bilik. Manalah tahu jika ada gangguan-gangguan lain lagi.

Ketika aku bangun, jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. Sebaik sahaja selesai membersihkan diri, aku terus keluar.
Dapur menjadi destinasi kerana perutku sudah mula berbunyi. Harap-haraplah ada makanan lagi desisku dalam hati.
Ketika sampai di tingkat satu, aku terdengar bunyi jeritan sebelum pintu bilik Max terbuka dan seorang perempuan meluru keluar dalam keadaan lemah sebelum jatuh tersembam di atas lantai.
Perempuan itu menekup lehernya yang berdarah dengan tangan. Bunyi tangisan perempuan itu memenuhi tingkat satu.
Beberapa orang yang sedang mengemas di tingkat satu langsung buat tak endah dengan apa yang berlaku di depan mereka.
Aku menggetap bibir. Perlukah aku masuk campur? Amaran Jae Joong sudah mula berlegar di dalam kepalaku.
Max tiba-tiba sahaja keluar dari biliknya. Anak mata sudah bertukar warna ke warna merah.
Perempuan itu meronta-ronta minta dilepaskan namun Max buat tak tahu sebelum langkahnya terhenti.
“Lepaskan dia. Kau tak nampak ke dia dalam kesakitan?” Aku melepaskan pegangan Max pada lengan perempuan itu.
Beberapa orang gaji yang melihat kejadian itu menggeleng kepala. Mungkin sudah terbayangkan nasibku apabila Jae Joong marah kelak.
“Kenapa? Kau nak gantikan dia?” Max menyeringai memandangku.
Aku mengangguk. “Lepaskan dia. Sesiapa bawa Hye Mi pergi cuci luka dia.” Max terus sahaja menarik lenganku masuk ke dalam biliknya usai aku berkata demikian.
Max melarikan jemarinya yang runcing ke sekitar leherku. Aku menelan air liur kesat. Apabila wajah Max semakin hampir dengan leherku, aku menolak sedikit tubuh Max dan memusingkan arah kedudukan kami.
Kini dia tersandar di dinding dan aku berdiri di hadapan dia. Aku menahan dada Max yang sedang meronta-ronta dengan sebelah lenganku manakala sebelah tangan lagi aku capai botol potion yang dihasilkan semalam.
Aku buka penutup botol potion itu dengan gigi. “Have a nice meal, Max.” Aku terus sahaja menyumbat muncung botol potion ke dalam mulut Max.
Meskipun Max cuba mengeluarkan balik potion berkenaan, aku mencengkam rahang Max dan mendongakkan sedikit dagunya agar Max menelan kesemua potion itu dengan sekali telan.
Max menolak tubuhku menyebabkan aku ke belakang sedikit. “Apa yang kau beri pada aku ni?” Max mengesat mulutnya.
Aku membuka satu lagi botol potion dan berikan padanya. Max tanpa banyak soal terus sahaja meneguk potion berkenaan.
Aku mengukir senyuman nipis. Nampak gayanya potion pertama ciptaanku berhasil. Tak sia-sia aku merasuah Kyra agar menolongku mendapatkan bahan-bahan yang aku perlukan.
Potion ni akan membantu mengawal nafsu makan kau yang keterlaluan tu. Selain itu, benda ni juga akan membekalkan tenaga pada badan kau sama seperti tenaga yang kau perolehi jika kau minum darah.” Aku membantu Max menuju ke arah katilnya.
Max memandang wajah Hanna dengan pandangan pelik. “What are you?” Kekuatan yang digunakan Hanna untuk menahan badannya tadi bukanlah kekuatan manusia biasa.
Belum sempat aku mahu membuka mulut, pintu bilik Max terbuka dengan kasar dari arah luar.
Masuk Jae Joong memandang sekeliling bilik. Wajahnya yang kelihatan tegang nampak menakutkan.
Aku segera menggosok lenganku apabila bulu romaku mula sudah mula berdiri. Seram!
“Max, bukankah kita semua ada perjanjian? Kau tak akan sentuh orang aku dan aku tak sentuh orang kau?” Jae Joong mencekak kolar baju Max.
“Tuan Jae Joong. Lepaskan dia.” Mata Jae Joong bertukar warna mendengarkan kata-kata Hanna.
“Kau, aku akan uruskan kau selepas ni.” Jae Joong memandang Hanna dengan pandangan tajam.
“Baiklah. Tapi sebelum tu lepaskan Max. Dia tak cederakan aku.” Aku memegang lengan Jae Joong.
Jae Joong mengerutkan kening. Benar. Tiada darah atau sebarang kecederaan pada Hanna.
Jae Joong melepaskan kolar baju Max dan menarik lengan Hanna keluar menuju ke tingkat tiga.
Jantungku seolah-olah sudah mahu melompat keluar apabila Jae Joong buka salah sebuah pintu yang berada di sayap kiri tingkat tiga.
Dia memberikan isyarat agar aku masuk ke dalam. Tanpa banyak soal, aku terus sahaja masuk.
Sekali lagi aku terkejut apabila Jae Joong menutup pintu dari arah luar.
Enjoy. Aku akan jumpa kau lagi lima minit.” Jae Joong mengukir senyuman sinis sebelum beredar ke tingkat lima. Dia mahu berbincang dengan Yoochun, Yunho dan Junsu mengenai maklumat terbaru yang mereka perolehi mengenai Hawk.
Aku mengetuk pintu dari arah luar beberapa kali namun tahu usahaku tak berhasil kerana Jae Joong mungkin sudah beredar.
Aku berjalan ke hadapan sedikit dan wajah Min Hee, Yuri dan Arra kelihatan bengis seolah-olah sedang menungguku.
Welcome to garden of death.” Yuri mengucapkan kata-kata itu dengan senyuman sinis.
“Huh?” Aku jongket kening sebelah.
Min Hee merentap tanganku dan badanku terhentak ke permukaan dinding. Min Hee kemudian mencengkam rahangku.
“Semenjak hari pertama kau datang ke sini, kami sudah fikir bagaimana mahu singkirkan kau dari sini. Kau tahu? Kami tak suka jika orang lain cuba mencuri perhatian Tuan Jae Joong.” Min Hee mengancam.
Aku mengeluh. Sudah bosan dengan semua permainan Jae Joong dan juga dengan perempuan-perempuan tak sedar diri ni.
Aku mencekik batang leher Min Hee. Min Hee memegang lenganku dengan kedua belah tangannya. Muka Min Hee sudah merah.
Yuri yang melihatkan Min Hee kena cekik mengeluarkan sebilah pisau sepanjang lima cm dan melayangkan ia ke arah Hanna.
Aku menangkap pisau berkenaan dengan sebelah tanganku yang tidak memegang apa-apa. Tubuh Min Hee aku hentak kuat ke dinding.
“Nampaknya kau suka main benda tajam.” Yuri terkejut apabila Hanna kini berdiri di belakangnya.
Lehernya dirangkul erat oleh Hanna. Mata pisau kini dilarikan ke sekitar wajahnya oleh Hanna.
“Aku paling benci perempuan yang berlagak!” Yuri terkejut apabila Hanna menekan mata pisau berkenaan ke pipinya. Darah mula mengalir keluar.
“Kau orang cari fasal dengan orang yang salah. Arra? Apa teknik yang kau nak tunjukkan pada aku pula?” Tubuh Yuri aku campak ke belakang. Pasu bunga yang aku malas nak ambil tahu berapa harganya pecah berderai ke atas lantai akibat berlanggar dengan badan Yuri.
Yuri mengaduh kesakitan apabila badannya terhentak pada rak buku.
“Ma..Mata kau..” Arra menggigil ketakutan apabila melihat warna mata Hanna sudah berubah.
“Kenapa kau takut. Siang tadi bukan main lagi celupar mulut kau maki aku?” Aku menghentak tubuh Arra ke tingkap. Kaca tingkap pecah berderai.
“Kalau aku nak, aku boleh lepaskan pegangan aku sekarang…” Arra memejam mata apabila separuh tubuhnya sudah berada di luar. Jika Hanna melepaskan pegangan dia akan menjadi mayat serta-merta.
Aku berpaling ke belakang apabila terasa bahuku perit. Min Hee memegang kayu yang kini sudah terbahagi dua.
Wrong move kitten!” Aku menarik tubuh Arra masuk kembali dan campak dia ke atas sofa sebelum mendapatkan Min Hee.
Aku memegang kedua belah pipi Min Hee sebelum memulaskan kepalanya ke sebelah kiri. Bunyi tulang patah kedengaran.
Jae Joong dengan ditemani Yoochun turun ke bawah. Dia mahu melihat keadaan Hanna.
Masih bernyawakah pembantu barunya itu?
Pintu bilik di hadapannya dibuka sebelum mereka berdua melangkah masuk. Wajah Jae Joong bertukar menjadi marah apabila melihat keadaan bilik berkenaan.
Dan dia bertambah terkejut apabila melihat Min Hee yang sudah terbaring kaku.
Segera dia menghampiri Min Hee. Dia menarik nafas lega apabila Min Hee masih bernyawa.
We’re having a good time, Master Jae Joong.” Jae Joong dan Yoochun sama-sama berpaling ke arah sofa. Kelihatan Arra sedang menggigil ketakutan. Hanna memeluk leher Arra.
Yoochun mendapatkan Yuri yang mengaduh kesakitan di sebalik sebuah meja belajar.
Arra memejamkan mata apabila Hanna melarikan jemari ke sekitar wajahnya. Jemari itu baginya bagaikan malaikat maut yang boleh mencabut nyawa dia dan rakan-rakannya pada bila-bila masa.
We’re doom! Berkali-kali dia membisikkan kata-kata itu di dalam kepalanya.
“Apa yang kau dah buat?” Jae Joong merenung tajam ke arah Hanna.
“Bukankah Tuan hantar saya ke sini untuk berseronok? Saya hanya mengikut arahan saja.” Aku meleretkan senyuman apabila melihat wajah bengang Jae Joong.
Mungkin lelaki itu marah kerana rancangannya tak menjadi.
Seketika kemudian, masuk beberapa orang gaji membawa Arra, Yuri dan Min Hee untuk membawa ketiga-tiga pembantu kesayangan Jae Joong itu ke hospital mungkin.
Yoochun tergelak kecil. Nampaknya rancangan Jae Joong sudah memakan dirinya kembali.
Apabila Jae Joong beritahu yang dia menghantar Hanna pada garden of death untuk dihukum, Yoochun sudah tahu bahawa Hanna pasti tak akan biarkan dirinya dibuli.
Good job, Hanna!

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review