Saturday, September 8, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫12✫

Posted by Snow_Queen at 3:41 PM

Yoochun terkebelakang sedikit apabila lengannya ditarik secara tiba-tiba. Dia memandang gerangan yang berani menyentuh dirinya.
“Hai.”
“Hanna?” Yoochun buat muka pelik apabila Hanna tayang sengih. Dia sebenarnya agak terkejut apabila Hanna berbuat begini.
Termasuk hari ini, sudah hampir seminggu Hanna mengelakkan diri daripada mereka berlima dan hari ini, Hanna tiba-tiba sahaja menegurnya.
Aku buat isyarat agar Yoochun mengikut aku ke luar. Aku tak mahu perbualanku dan Yoochun didengari oleh sesiapa.
“Ermm…Aku nak minta tolong.” Aku garu dagu. Yoochun mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata Hanna.
“Apa dia?”
“Kau tahu tak kat mana tempat yang selamat, tak ada orang yang lalu di sana dan selamat untuk aku buat uji kaji tanpa sebarang gangguan?”
“Hah?” Yoochun buat muka. Seminggu Hanna mengelakkan diri daripada mereka dan kini perempuan ini buat permintaan yang tak berapa masuk akal.
Adakah sel-sel otak Hana telah rosak akibat tak dapat menerima tekanan kerana mengetahui kebenaran tentang diri mereka.
“Hanna, kau tak gila kan?” Aku tergelak mendengarkan kata-kata Yoochun.
“Tak Yoochun. Aku masih waras lagi dan aku akan beritahu kau satu rahsia besar mengenai diri aku jika kau dapat tunaikan permintaan aku.” Yoochun menggaru dahu.
Di mana dia mahu mencari tempat terpencil di sini? Setelah berdiam diri seketika, Yoochun akhirnya bersuara.
“Di hujung kawasan hutan ni ada sebuah bangsal. Dulu kami jadikan tempat letak kayu api tapi sekarang kami tak gunakan tempat tu lagi setelah bangsal untuk simpan kayu api baru siap dibina.” Yoochun melihat wajah Hanna yang bercahaya.
Great. Berapa lama nak ke sana? Sebab aku perlu mulakan uji kaji aku malam ni juga.”
“Kau gila? Kalau tahu dek Jae Joong mati dia kerjakan kau.” Yoochun menggetap bibir memikirkan kemungkinan Hanna akan dihukum dengan hukuman berat.
“Kau ingat aku heran?” Yoochun memandang Hanna dengan pandangan pelik apabila tiada langsung riak ketakutan di wajah Hanna.

Yoochun mengerling jam di pergelangan tangan yang sudah menunjukkan pukul empat pagi sebelum memandang Hanna yang masih mengacau cecair entah apa di dalam periuk besar menggunakan dapur gas sederhana besar yang digunakan ketika camping  yang diseludup keluar dari dapur mansion.
Bangsal lama ini hanya diterangi dengan dua batang lilin sahaja.
Sudah empat jam mereka di sini dan Hanna langsung tak bersuara sepatah pun sebaliknya gadis itu lebih kepada menumpukan perhatian pada benda yang didakwa bahan uji kajinya.
“Lama lagi ke?” Yoochun menggosok leher. Dia sebenarnya sudah penat. Terpaksa berjaga malam empat hari berturut-turut dan kini terpaksa pula menemani Hanna.
Dia rasakan kemampuannya untuk berjaga sudah mencapai had.
“Sekejap je lagi.” Aku menutup periuk berkenaan sebagai langkah akhir untuk menyiapkan bahan uji kaji ku.
Hanya perlu menunggu selama lima minit lagi sebelum potion ciptaan pertamaku ini siap.
“Jangan nak merungut. Kau yang beria nak ikut aku walaupun aku tegah.” Aku mengingatkan Yoochun dan lelaki itu hanya tersengih.
“Jadi…Kau dah bersedia nak tahu rahsia terbesar aku?” Aku memandang Yoochun.
“Apa dia rahsia kau tu? Kalau setakat kau ada jatuh hati pada sesiapa lebih baik tak payah cerita pada aku.” Yoochun tergelak apabila aku memukul bahunya.
“Nak tahu ke tak nak?” Aku memandang Yoochun dan dia mengangguk.
Yoochun hampir terjatuh dari duduknya apabila melihat mata Hanna yang berubah kepada warna golden brown.
Dia menampar pipinya beberapa kali untuk memastikan dia tak berkhayal. Maklumlah sudah beberapa hari dia tak tidur. Dia khuatir apa yang berlaku di depannya kini hanyalah khayalan semata-mata.
“Kau tak bermimpi Yoochun. Memang mata aku bertukar warna.” Aku menutup api gas sebelum membuka penutup periuk berkenaan. Bau potion yang tengik menusuk masuk ke dalam hidungku.
“Siapa yang tukar kau? Beritahu aku! Aku akan ajar jantan tu! Tapi degupan jantung kau masih kedengaran.” Yoochun memandang Hanna pelik. Hilang sudah rasa penatnya.
“Tak ada sesiapa yang tukar aku, Yoochun. Pernah dengar gelaran half-dead?”
“Kau, half-dead?” Yoochun terdiam seketika. Selama ini dia pernah dengar gelaran half-dead namun ini kali pertama dia berjumpa dengan golongan istimewa ini.
And you freaked out when you knew ‘bout us meanwhile you, yourself is a part of our world?” Yoochun meluku kepala Hanna yang galak ketawa.
Padanlah kuasa Junsu tak berkesan pada minah ni desis hatinya.
Can’t help ‘bout it. Aku terkejut dan aku lupa mengenai diri aku sendiri.” Aku merenung atap bangsal sebelum memberitahu Yoochun mengenai diriku. Dari A sampai Z. Tiada satu pun yang tertinggal.
“Sebenarnya, aku minta kerja di sini hanya dengan satu niat saja. Aku mahu tahu jika vampire benar-benar wujud meskipun ayah aku merupakan salah seoang daripada golongan tu.
Aku mahu pastikan aku tak bermimpi dan aku tahu kau orang dapat beri aku jawapan yang aku cari selama ni. Aku mahu tahu mengenai dunia underworld, mengenai diri aku sendiri dengan lebih mendalam….”
Yoochun menganguk. Namun fikirannya sedang memikirkan sesuatu. Hanuel dan Jang Hyung. Entah mengapa dia seakan-akan pernah mendengar nama tu.
Kami hanya pulang ke mansion pada pukul lima pagi dan sebelum itu sempat aku meminta Yoochun untuk berjanji menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan sesiapa.
You can trust me.” Yoochun menggosok kepalaku sebelum menghilangkan diri ke biliknya.
Aku pula senyap-senyap masuk ke dalam bilik dan meletakkan potion ciptaan ku yang sudah siap dimasukkan ke dalam tiga puluh botol kaca sederhana kecil dengan pertolongan Yoochun sebelum menyimpan benda alah itu ke dalam laci almari dan menguncinya.
Sebelum itu sempat aku mengambil dua botol daripada potion berkenaan dengan niat untuk mencuba potion itu pada Max bila aku bangun nanti.
Aku menurunkan sedikit suhu penghawa dingin sebelum masuk tidur. Nasib baiklah esok giliranku untuk bercuti pula. Bolehlah aku tidur puas-puas…Heaven!


6 under spell:

zequest said...

wawawawawawawaaaa~
aisyy, x sabar nk tggu part jae ngn hanna nihh.. hehehehe
keep up ur gud work cik snow!!!

Lula An-Nada said...

cepat cepat.... nak tengok apa yang berlaku seterusnya...

Anonymous said...

hi snow.. bila nk smbg nie.. x sbr nk tau apa akan jdi pd max bila kena potion tu...

Anonymous said...

hi snow.. bila nk smbg nie.. x sbr nk tau apa akan jdi pd max bila kena potion tu...

Anonymous said...

cik snow bila nk update lagi...dh lame xupdate....hari2 tau bukak blog..... :'(

cahaya said...

Snow,bile nak sambung?huhu.
Sudah kempunan ni.ibarat mandi xbasah,makan xkenyang walaupun dah telan nasi berpinggan2

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review