Saturday, September 8, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫11✫

Posted by Snow_Queen at 3:39 PM

Kyra mengetuk pintu bilik Hanna namun tiada respon. Dia cuba untuk segera ke mari apabila Yunho menelefonnya memberitahu kejadian yang menimpa Hanna.
Sedulang makanan dibawa untuk memujuk Hanna supaya makan. Kata Yunho sudah beberapa hari Hanna tak makan dan keluar dari bilik.
Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik Hanna. Bilik temannya itu gelap. Dia mencapai alat kawalan jauh dan bidet yang menutupi cermin segera bergerak naik dan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik Hanna.
Kyra melihat Hanna yang sedang terduduk kaku di atas katil sambil memeluk kaki sendiri.
“Hanna.” Hanna memandang ke arah tuan punya suara yang memanggilnya.
“Kyra.” Dan air matanya terus sahaja mengalir apabila nampak kelibat Kyra. Akhirnya, dia ada kawan untuk menemani dirinya.
“Kau nampak teruk.” Kyra mengusap ubun-ubun Hanna membetulkan rambut Hanna yang kusut masai.
“Adakah mereka akan buat aku macam mana mereka buat pada pembantu rumah yang lain?” Takut-takut Hanna menyoal. Entah mengapa saat ini terasa dirinya lemah dan ingin berlindung di balik belakang Kyra saja.
“Mereka tak akan buat begitu. Kau kawan mereka. Mereka sayang kau. Percaya cakap aku.” Kyra memeluk Hanna.
“Dah berapa hari kau tak makan ni?” Kyra mengerutkan kening. Dia mengambil dulang makanan yang dibawa bersamanya tadi.
“Demi persahabatan kita, makan.” Hanna memandang sudu sup yang disua Kyra ke mulutnya sebelum membuka mulut. Kyra tersenyum nipis.
“Bukankah vampire akan terbakar apabila berjalan di bawah sinaran matahari?” Hanna menyoal Kyra.
Kepalanya sudah berat dan dia ingin meluahkan semua soalannya pada Kyra. Saat ini, dia hanya memerlukan Kyra di sisinya.
“Bukan semua. Hanya royal blood  dan beberapa golongan ‘istimewa’ sahaja yang kebal dari cahaya matahari.” Hanna mengangguk. Jadi Yunho dan rakan-rakannya merupakan golongan royal blood.
“Adakah kau pun…” Hanna sengaja tak menyudahkan soalannya.
“Tak. Aku, witch. Begitu juga IU kecuali Yoora.”
“Kau tak takut Yunho akan emmm kau faham kan maksud aku?” Hanna mengalihkan pandangan mata daripada wajah Kyra.
“Aku faham. Aku tak takut sebab aku percayakan dia. Dia minum darah aku bagi aku itu  merupakan benda biasa saja.
Malah bagi kami, apabila dia mempunyai sebahagian daripada diri aku di dalam dirinya menandakan cinta kami yang utuh.” Kyra tersenyum. Dia lega apabila melihat Hanna sudah mula membuka dirinya kembali.
Dia melayan setiap soalan Hanna dengan sabar.
“Habis, kau tak marah ke kalau dia minum darah orang-orang gaji dia?” Hanna memandang wajah Kyra kembali.
“Yunho dah lama tinggalkan benda tu sejak kami bercinta. Yoochun juga begitu. Kecuali Max. Nafsu makan dia terlalu besar.” Kyra ketawa kecil namun ketawanya mati apabila melihat Hanna juga turut tertawa.
“Ermm…Kalau dalam movie, vampire selalu mati apabila ditikam dengan kayu ataupun ditembak dengan peluru silver. Betul ke?” Kyra terdiam seketika.
Hatinya ragu-ragu untuk menceritakan rahsia besar mengenai vampire pada Hanna namun Hanna mungkin tak akan percayakan dia lagi sekirannya dia mengelak soalan itu.
Bagaimana pula kalau Hanna menggunakan maklumat ini untuk membunuh orang-orang kesayangan dia.
“Kayu? Tak mungkin. Kayu hanya mampu melumpuhkan pergerakan vampire seketika. Peluru silver? Itu salah satu senjata yang mampu membunuh vampire sekiranya kau menggunakannya di titik kematian yang betul pada vampire.”
“Titik kematian?” Hanna mengecilkan matanya.
“Jantung dan juga leher.” Kyra menggetap bibir apabila dia memberitahu Hanna rahsia itu.
“Kau tak akan gunakan maklumat ini untuk mencederakan orang-orang kesayangan aku bukan?” Kyra menarik nafas lega apabila Hanna menggelengkan kepala bersungguh-sungguh.
“Aku sebenarnya terkejut. Aku tak sangka yang vampire dan witch wujud di atas muka bumi ni. Hidup seperti golongan manusia.” Kyra tertawa kecil dan bangun menghampiri almari baju Hanna.
“Ada banyak benda yang tak masuk akal ada di atas muka bumi ni. Kami hanya sebahagian daripadanya. Tapi Hanna…” Kyra menggetap bibir.
“Tapi?”
“Aku rasa untuk kau pergi dari sini adalah mustahil kerana kau sudah mengetahui rahsia besar ini. Jae Joong risau kau akan dedahkan rahsia ini pada pengetahuan umum.” Kyra berpaling menghadap ke arah Hanna yang tampak terkejut.
“Aku sumpah aku tak akan beritahu sesiapa!” Hanna mengangkat telapak tangannya persis sedang mengangkat sumpah di padang sekolah sewaktu perhimpunan berlangsung.
Kyra menggetap bibir. “Aku akan cuba tengok apa yang aku boleh buat untuk tolong kau.” Dia memberi janji.
“Kalau…Kalau aku sebahagian daripada kau orang, adakah Jae Joong akan melepaskan aku?” Hanna memandang Kyra yang menghampirinya dengan tuala dan pakaiannya.
“Mungkin tapi benda itu adalah mustahil. Mereka tak akan sesuka hati menukar manusia biasa menjadi vampire melainkan kau adalah soul mate mereka dan tak banyak manusia biasa mampu bertahan semasa dalam proses pertukaran. Apabila mereka hilang kawalan, mereka akan dibunuh tanpa belas kasihan.” Kyra mengeluh berat sebelum memaksa Hanna untuk mandi.
“Kyra, aku nak keluar dari sini. Aku nak ke carnival dan aku janji, semuanya akan baik selepas ni. Kau akan temankan aku sepanjang hari ni kan?” Hanna memandang Kyra dengan pandangan mengharap.
“Okay tapi kau kena mandi dulu. Aku tak tahan dengan bau kau yang busuk.” Kyra menutup hidung. Hanna tergelak mendengar statement Kyra.
~~~
“Hanna!” Aku dan Kyra sama-sama berpaling ke arah belakang. Cat berlari-lari anak mendapatkan aku.
Kami berpelukan seketika sebelum bertanya khabar.
“Kau nampak pucat. Kau tahu aku terkejut gila bila terima mail kau mengatakan kau akan menghilangkan diri sementara waktu sebab kau dah dapat kerja. Kau kerja apa? Dekat mana?” Aku tersenyum mendengar soalan-soalan Cat sambil kepalaku ligat mencipta jawapan.
“Kenalkan ini Kyra, boss aku. Aku kerja dengan dia.” Kyra terpingga-pingga memandang Hanna.
Apabila melihat Hanna yang memberi isyarat padanya, Kyra cepat-cepat mengulum senyum.
“Hai, Hanna banyak cerita fasal kawan baik dia yang seorang ini.” Cat berjabat tangan dengan perempuan di sebelah Hanna yang kelihatan ranggi.
“Berapa lama kau di sini? Bermalam di rumah aku?” Cat memeluk lengan Hanna sebelum menarik temannya itu menuju ke bangku berdekatan. Kyra mengikut Hanna dari belakang.
I’m afraid not. Kami akan kembali ke Rome pada petang malam ni.” Cat memandang Kyra dan Hanna.
Aku menggetap bibir memandang wajah sedih Cat. Kalau Cat tahu aku sedang menipunya, adakah teman baikku ini akan maafkan aku?
“Janganlah sedih macam ni. Hari ni kita akan berseronok saja okay?” Aku merangkul bahu Cat.
Wajah muram Cat bertukar menjadi ceria mendengarkan kata-kata Hanna.
“Jangan lupa bawa balik oleh-oleh untuk aku dari Rome. Dan kau hutang aku cerita dari A sampai Z. Jangan ingat kau boleh terlepas begitu sahaja bila tiga bulan setengah ni berakhir.” Aku hanya tersenyum tawar mendengarkan kata-kata Cat.
Adakah kita masih boleh berjumpa lagi selepas ini, Catherine…..
Aku gembira sebab bukan kau yang minta kerja ni atau aku akan kehilangan kau buat selama-lamanya.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review