Saturday, September 8, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫10✫

Posted by Snow_Queen at 3:38 PM

Aku terasa aura positif mengelilingiku sepanjang hari. Namun separuh daripada aura berkenaan berlari pergi apabila melihat lima bakul baju Jae Joong sudah sedia menantiku untuk dibasuh.
“Hoi! Mamat ni satu hari tukar baju berapa kali?” Aku membebel sendirian. Selepas mengikat rambut, aku mengasingkan pakaian yang boleh dibasuh dengan mesin basuh dan yang mesti dibasuh dengan tangan.
Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil menggosok pakaian-pakaian Jae Joong usai memasukkan baju yang boleh dibasuh dengan mesin ke dalam mesin basuh.
Nyanyianku terhenti apabila beberapa orang pembantu rumah masuk ke dalam ruang membasuh.
Aku mengherotkan bibir ke kiri dan kanan. Sudah hampir seminggu aku di sini dan masih tiada benda pelik yang berlaku.
Adakah telahan aku mengenai mamat berlima itu salah? Kalau telahanku tidak benar maka membazir masa aku sahajalah duduk di sini.
Daripada bekerja di sini lebih baik aku jadi cashier di kedai Cat.
Sudahlah Jae Joong betul-betul suka mengenakan aku sepanjang minggu ni. Dan aku hanya mempunyai Gummy, Haru dan Minzy sebagai kawan apabila IU, Kyra dan Yoora tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.
Apabila aku bertanya pada Yunho mengenai tunangnya, jejaka itu hanya menjawab Kyra ada kerja yang mesti diselesaikan.
Usai membilas pakaian Jae Joong, aku masukkan pakaian-pakaian berkenaan ke dalam mesin pengering sebelum  aku mengelap tangan dan mengambil vacuum menuju ke bilik Jae Joong.
Kalau mamat tu marah aku sebab aku menceroboh masuk bilik dia, aku akan katakan siapa suruh letak nama aku dalam tugasan mengemas bilik dia.
Pasti mamat tu akan terkedu. Aku sudah gelak jahat. Bulu ayam yang aku selit di pinggang, aku kemaskan kedudukannya kerana khuatir benda alah itu terjatuh.
Aku mengetuk pintu bilik Jae Joong terlebih dahulu untuk memastikan dia tiada di bilik. Takut pula nanti dia menuduh aku mengambil kesempatan masuk ke dalam bilik dia sewaktu dia sedang tidur.
Apabila tidak mendapat sebarang respon terus sahaja aku memulas tombol pintu dan serta-merta seluruh tubuhku menggigil melihat kejadian di hadapanku ini.
Jae Joong sedang merangkul salah seorang pembantunya yang dalam keadaan lemah.
Dan aku menjadi bertambah terkejut apabila Jae Joong berpusing menghadap ke arahku. Bibir Jae Joong yang dilumuri darah dan mata berwarna gold milik lelaki itu membuatkan aku terkedu.
Sebagai tindak balas kerana terkejut aku tundukkan badan, tutup kembali pintu bilik Jae Joong dan turun tangga tanpa mengetahui ke mana arah tujuku.
“Hanna.” Sapaan Yoochun aku dengar bagaikan di angin lalu sahaja. Yoochun mengerutkan kening melihat perangai pelik Hanna.
Selalunya Hanna pasti akan membalas sapaan dia dengan ceria. Aku terasa tubuhku bagaikan ditarik oleh seseorang dan keningku bertaut apabila dalam sekelip mata kini aku berada dalam dakapan Yoochun.
Yoochun menarik nafas lega apabila berjaya menarik Hanna yang hampir-hampir merempuh dinding.
Apa dia ingat dia ni halimunan ke nak jalan menembusi dinding?
Semangatku serta-merta melayang dan aku terus sahaja pengsan selepas itu.
~~~
Aku ingin mengalihkan benda lembab yang berada di atas dahiku namun pergerakan tanganku terhenti apabila ada sesuatu yang menghalang pergerakan tanganku.
Aku segera buka mata dan wajah Yoochun serta Junsu menyapa pandanganku. Aku bangun dan Junsu menyuakan segelas air mineral padaku.
Aku meneguk air berkenaan dengan rakus.
“Bila masa aku ada di sini?” Aku memandang sekeliling bilikku.
“Seingat aku, aku sedang basuh baju Jae Joong tadi.” Aku memicit dahi yang masih pening. Dengan rakan-rakan Jae Joong aku tak menggelarkan dia ‘Tuan’ dan mereka pun seakan-akan tak kisah.
“Kau tak ingat apa-apa?” Yoochun bertanya. Dia memandang Junsu sekilas. Harap-haraplah Hanna tak ingat apa-apa. Tambahan pula, Junsu sudah memanipulasi emosi Hanna.
“Hermmm….” Aku menggaru dagu berfikir.
Yoochun memandang Junsu dan menarik nafas lega namun perasaan itu tak lama apabila mata Hanna terbeliak dengan tiba-tiba.
Gadis itu segera bangun dan menyorok di sudut bilik. Yoochun memandang Jae Joong yang berada di muka pintu sebelum memandang Hanna yang sedang menekup mukanya dengan bantal.
“Pelik. Junsu kau buat betul-betul tak ni?” Yoochun memarahi Junsu.
“Bila masa pula aku tak pernah gunakan kemahiran aku betul-betul?” Junsu mendengus marah dan menghampiri Hanna.
“Hanna. Pandang aku.” Aku mengangkat muka dan memandang Junsu.
“Semuanya okay. Tak ada apa-apa yang berlaku. Semua yang kau saksikan tadi hanyalah mimpi saja hermmm…” Junsu mengukir senyuman dan mengusap pipi Hanna yang seakan-akan keliru.
What the hell, Junsu! Macam mana aku nak lupakan bayangan dia yang sedang…Sedang…Uhh…” Junsu terkejut melihat Hanna yang berdiri tiba-tiba. Dia memandang ke arah Yoochun dan Jae Joong. Kini dia pula yang keliru.
Mengapa kawalan emosinya pada Hanna tak berkesan?
Aku memegang dahi. Rasa nak termuntah pun ada apabila bayangan Jae Joong sedang menikmati sarapan paginya tadi terbayang di mata.
Yoochun menghampiri Hanna. “Hanna. Bawa bertenang.” Yoochun mengemaskan pegangannya pada bahu Hanna.
“Beritahu aku macam mana aku patut bertenang bila aku lihat dengan mata kepala aku sendiri yang..Yang..Kau orang pun sama macam dia?” Aku memandang Junsu dan Yoochun.
Seluruh badanku menggigil apabila melihat Junsu dan Yoochun tak menjawab persoalanku.
Leave me alone, please.” Aku memandang Yoochun dan Junsu. Mereka beredar namun Jae Joong masih berdiri di pintu bilikku.
“Kau nak apa?” Aku menjegilkan mata ke arah Jae Joong.
“Bila kau dah okay aku harus ambil tindakan disiplin pada kau.” Dan Jae Joong terus sahaja beredar.
Jerk! Aku menjerit di dalam hati sebelum merebahkan badanku ke atas katil.
Okay dan sekarang terbukti teori aku betul. Vampire memang wujud dan aku berkerja untuk salah seorang dari mereka.
Lepas ni apa Hanna? Apa? Aku mengeluh sendirian.
Yunho dan Max saling bertukar pandangan sebaik sahaja Junsu dan Yoochun selesai bercerita mengenai keadaan Hanna.
“Aku tak tahu kenapa skill kawalan emosi aku tak berkesan ke atas dia. Selama ni tak pernah gagal pun…” Junsu memeluk bantal dan memuncungkan mulut.
“Mungkin dia bukan manusia.” Max tiba-tiba sahaja mengeluarkan teorinya.
“Kalau dia bukan manusia habis tu dia apa? Kau tak dengar ke bunyi degupan jantung dia?” Yoochun buat muka.
“Jangan lupa kadang-kadang kawalan emosi tak akan berkesan ke atas mangsa yang mempunyai semangat yang kuat. Mungkin Hanna termasuk dalam golongan tu?” Yoochun mengeluarkan teorinya pula.
Dia sedih sebenarnya apabila rahsia mereka bocor. Seboleh-bolehnya mereka mahu menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Hanna memandang gadis itu hanya akan kerja sementara sahaja di sini.
Dan sekarang, mereka tak boleh lepaskan Hanna pergi kerana Hanna sudah mengetahui rahsia mereka.
“Apa yang kau nak buat lepas ni, Jae?” Yunho memandang Jae Joong. Hanna merupakan tanggungjawab Jae Joong dan mereka tak boleh masuk campur hal antara Hanna dan Jae Joong.
“Entah. Mungkin aku akan ikat dia di sisi aku selama-lamanya kerana dia dah tahu rahsia kita. Aku tak boleh lepaskan dia pergi kerana dia dah tahu rahsia kita.” Yoochun mengeluh perlahan mendengarkan kata-kata Jae Joong.
Hanna…Apa yang kau akan lakukan selepas ini? Hatinya terluka melihat ketakutan Hanna pada mereka.
Dia sudah menganggap Hanna seperti kawan baiknya sendiri.
“Mungkin kita perlu panggil Kyra atau IU atau Yoora untuk ke sini seketika?” Max memandang Yunho.
“Kadang-kadang idea kau ni berguna juga, budak kecik.” Yunho menggosok kepala Max sebelum beredar. Dia akan memanggil Kyra ke sini untuk menenangkan Hanna.
Lagi pun, ketakutan Hanna pasti akan berkurang sedikit kerana Kyra bukan vampire tapi witch. Begitu juga dengan IU.
Harap-haraplah rancangan Max ini akan berkesan…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review