Saturday, August 11, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫9✫

Posted by Snow_Queen at 10:04 PM
 Aku terus sahaja mengemas pakaianku sebaik sahaja sampai di the frost. Ketika aku menjejakkan kaki ke sini, aku perasaan pandangan mata beberapa orang pembantu rumah padaku.
Dan ada juga dua tiga orang yang berbisik-bisik perlahan sebaik sahaja aku berjalan melepasi mereka.
“Kesian..Kita tak boleh buat apa-apa untuk bantu dia.” Aku menjulingkan mata mendengar kata-kata mereka.
Dalam enam buah bilik di sayap kiri tingkat tiga, aku memilih bilik yang terletak di hujung sekali.
Dan ternyata pilihanku tidak menghampakan apabila bilik ini menghadap ke arah laut.
Bilik ini mungkin tak besar seperti bilik-bilik yang lain namun aku amat menyukainya.


Sebuah katil queen size bercadar berwarna merah (cadar ni aku bawa sendiri dari rumah sebab aku tak berkenan dengan cadar bunga-bunga yang mereka letak), ada dua nightstand di sebelah katil, dan para panjang yang bersambung dengan dinding.
Para itu dibahagikan kepada dua buah bahagian. Para yang berhadapan dengan katil, terdapat televisyen dan beberapa buah buku. Juga terdapat dua alat kawalan jauh. Satu untuk penghawa dingin dan satu untuk bidai yang berfungsi menggantikan langsir.
Manakala para di bahagian sebelah kiri katil pula terdapat sebuah kerusi dan komputer riba. Juga terdapat beberapa buku di situ.
Berhampiran pintu masuk pula terdapat almari besar berwarna krim.
Sebaik sahaja habis mengemas barang-barangku, pintu bilik ku diketuk.
Aku memakai jaket yang mempunyai hoodie sebelum buka pintu. Seorang pembantu rumah tercegat di hadapanku.
“Makan malam dah siap. Kau boleh turun sekarang.” Perempuan di hadapanku ini tak lepas daripada memandangku. Mungkin pelik melihat make up ku yang ala-ala gothic ini.
Aku mengikut dia menuju ke ruang makan orang gaji.
“Aku Hanna.” Aku memperkenalkan diri.
“Luna.”
“Kau kerja dengan Jae..Emmm maksud aku Tuan Jae Joong?” Aku menggigit bibir bawah. Terasa begitu susah sekali untuk menggelar mamat hati batu tu Tuan. Bercakap mengenai mamat tu, baru aku perasan aku tak jumpa dia dan yang lain-lain lagi semenjak dari aku sampai tadi.
“Tak. Aku kerja dengan Tuan Yoochun.” Aku mengeluh mendengarkan kata-kata Luna. Ingin sekali lagi aku jerit betapa bertuahnya Luna mendapat majikan yang mesra alam.
Aku lihat, hampir kesemua orang gaji sudah berada di ruang makan dan sedang bersembang. Sebaik sahaja aku masuk, semua orang memandang ke arahku.
Aku memilih satu sudut yang kosong setelah mengisi pingganku dengan makanan. Nampaknya bukan mudah untuk buat kawan di sini atau mungkin lebih baik aku bersendirian saja?
Baru sahaja separuh pinggan aku makan, masuk tiga orang pembantu rumah ke ruang makan. Salah seorang dari mereka sedang menangis teresak-esak manakala dua orang lagi berusaha menenangkan rakannya.
Tanpa aku jangka, ketiga-tiga mereka duduk di hadapanku. Aku menjadi kaku seketika sebelum terus makan seolah-olah aku tak wujud di situ.
“Shhh…Jangan menangis lagi. Kau tak mahu Tuan Max mengamuk kan?” Hampir aku tercekik apabila mendengar perbualan pembantu di hadapanku ini.
Mungkinkah perempuan yang sedang menangis ini telah buat sesuatu yang menyakitkan hati Max?
“Kami minta maaf sebab menggangu kau.”
“Oh…Tak apa. Aku dah nak sudah ni.” Aku mengukirkan senyuman nipis.
“Aku Minzy (Yunho’s), ini Gummy (Junsu’s) dan yang sedang menangis ni, Haru.” Aku hampir ketawa mendengar nama ketiga-tiga orang gadis di hadapanku ini. What a name..
“Aku Hanna.” Aku memperkenalkan diri.
“Oh! Kaulah budak baru yang di sebut-sebut tu.” Minzy memandangku. Haru yang sedang menangis pun boleh berhenti menangis apabila mendengar namaku.
“Kau kerja bawah siapa?”
“Tuan Jae Joong.” Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Masing-masing nampak ketakutan.
Aku buat tak nampak sahaja pandangan mereka.
“Kerja di sini nampak menyeronokkan…” Atau tidak? Aku berbisik dalam hati apabila kesemua mata memandang ke arahku sebaik sahaja aku berkata sedemikian.
“Kau masih baru di sini. Dah lama nanti kau akan tahu wajah sebenar mansion ni…” Gummy meleretkan kata-katanya.
Aku cuba menangkap maksud di sebalik kata-kata Gummy itu namun tak pula aku bertanya dengan lebih lanjut.
Semua mata memandang ke arah pintu yang dibuka dari arah luar. Figura Jae Joong yang hanya mengenakan seluar tidur berwarna hitam dan baju v-neck lengan panjang yang mendedahkan sebahagian dadanya masuk ke dalam ruang makan ini menarik perhatian semua orang.
Aku segera meneguk minumanku dan sedaya-upaya menyorok wajahku agar Jae Joong tak dapat mengesan kehadiranku di sini.
Perasan kau! Entah-entah dia cari pekerja dia yang lain. Hatiku mengejek.
“Lee Hanna. Ikut aku.” Aku mendengus. Mahu saja rasanya aku membalas adakah mamat tu tak nampak aku sedang makan malam?
Namun aku matikan niatku apabila melihat pingganku sudah kosong dan teringat pada syarat-syarat mamat tu.
Aku bangun dan menghampiri Jae Joong.
“Adakah kau tak boleh berjalan dengan pantas?” Dia meninggalkan aku sebaik sahaja berkata demikian.
Aku bercekak pinggang. Sabar ajalah aku dengan mamat ni. Kalau tak diingatkan misi aku, sudah lama aku layangkan dulang makanan ke kepala mamat ni.
“Buat apa kau tercegat di situ lagi?” Suara Jae Joong kedengaran lagi. Aku berlari-lari anak mengikut langkah Jae Joong yang sudah semakin jauh meninggalkan aku.
Jae Joong mengisyaratkan agar aku duduk. Aku segera berbuat demikian.
Secara curi-curi, aku melihat bilik kerja Jae Joong. Semalam aku hanya lihat sekali imbas sahaja.
Di dalam bilik besar ini terdapat sebuah meja kerja, ruang rehat, beberapa rak buku, balkoni dan juga pendiang api.
Beberapa lukisan abstrak tergantung di dinding. Nun di atas tempat pendiang api, tergantung dua bilah pedang.
Aku memandang ke hadapan semula apabila mendengar Jae Joong berdehem. Dia meletakkan kertas di hadapanku.
“Apa ni?”
“Kontrak. Semalam aku lupa nak suruh kau sign.” Dia meletakkan sebatang pen di hadapanku.
Aku mengambil kontrak berkenaan dan menelitinya satu per satu. Manalah tahu jika tiba-tiba ada syarat tambahan yang tak disebut Jae Joong.
“Jangan risau. Semuanya mengikut perjanjian asal seperti yang telah kita bincangkan semalam. Lagi pun kontrak kau ni istimewa sebab kau hanya berkerja sementara sahaja di sini.” Aku menurunkan tanda tangan sebelum menyerahkan kembali kontrak itu pada Jae Joong.
Dia menyimpan kontrak itu kembali ke dalam sebuah fail hitam tebal sebelum menyimpan di dalam laci meja kerjanya.
“Ada apa-apa pertanyaan setakat ni?” Jae Joong merenung Hanna.
Ada!
Betul ke kau ni vampire?
Macam mana kau boleh berjalan di bawah matahari kalau kau ni vampire?
Apa yang kau tahu mengenai half-dead? Kelemahan? Keistimewaan?
Kau orang boleh bertukar jadi kelawar ke macam dalam movie yang selalu aku tengok?
Adakah kau orang minum darah terus daripada manusia atau pun melalui paket darah yang dicuri dari hospital?
Aku menggeleng meskipun ingin sahaja aku menyatakan semua soalanku pada Jae Joong.
“Kau boleh pergi. Tugas kau bermula tepat pukul sembilan pagi setiap hari dan berakhir pada waktu makan malam melainkan aku ada tugasan khas untuk kau. Setiap minggu, tugasan kau akan berubah.
Setiap minggu, kau akan bergilir-gilir cuti dengan tiga orang pembantu rumah yang lain.
 Aku rasa jadual kerja kau sudah diletakkan dalam bilik kau. Kalau tak ada apa-apa kau boleh beredar sekarang.” Jae Joong kini mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputer.
Dia menarik nafas lega sebaik sahaja Hanna keluar. Setiap kali berhampiran dengan Hanna, dia perlu menahan diri agar tak membenamkan fangs ke tengkuk perempuan itu.
Bau Hanna padanya sungguh istimewa. Perempuan itu berbau bunga ros segar pada waktu pagi.
Harap-haraplah Hanna tak menimbulkan masalah padanya. Dia menerima Hanna pun atas permintaan Yunho dan Yoochun atas alasan mahu melindungi Hanna daripada cengkaman Hawk.
Bercakap mengenai Hawk, ajaib sungguh apabila mereka gagal mengesan Hawk sebaik sahaja founders day berakhir.
Mungkin Hanna tahu di mana lelaki tu berada. Dia akan cuba mendapatkan maklumat daripada budak tu nanti. Sama ada secara rela ataupun paksa.
Kalau Hanna menimbulkan masalah, tahulah dia bagaimana dia mahu mengajar Hanna. Garden of death pasti mengalu-alukan kehadiran Hanna dengan tangan terbuka.
Jae Joong mengusap wajahnya. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan Hanna lain daripada kebanyakkan perempuan yang dia jumpa.
Dia bukan bercakap mengenai perasaan cinta tapi mengenai aura yang dimiliki oleh Hanna.


Aku memandang jadual kerjaku untuk tiga bulan akan datang ini. Setiap minggu aku akan bercuti sekurang-kurangnya dua hari dan aku gembira apabila melihat salah satu cutiku jatuh pada hari pertama carnival tahunan Crimson yang akan berlangsung pada lagi seminggu setengah.
Aku pandang pula tiga nama asing di dalam jadual berkenaan.
Jang Yuri
No Min Hee
Han Arra
Setakat ini tak pula aku diperkenalkan pada ketiga-tiga rakan setugasku dan entah kenapa aku pun tak rasa nak mengenali mereka.
Esok tugasku adalah membersihkan pejabat Jae Joong dan pada mataku hampir terjojol keluar melihat tugasan yang jatuh pada hari isnin minggu hadapan.
Cuci pakaian dan kemas bilik tidur Jae Joong. Bulu romaku menegak naik teringat akan kata-kata Jae Joong.
“Kau tak dibenarkan masuk ke dalam bilik aku melainkan dengan kebenaran aku.” Uh! Lantak kaulah. Aku mendengus sebelum menghempaskan badan ke atas katil.


4 under spell:

zequest said...

waaaaaaaaaaaaaaa, akhirnye!!!
time kasih cik snow..
da lme tggu update.. heheh
x sabar nk thu smbngan ksah jae n hanna... heheh

Anonymous said...

waaaaaaaaahhhh...setelah setiap hari bukak blog nie...akhirnya ade gak new entry..thanks a lot...tp sgt xpuas nie...nak lagiiii new entry plsssssss

lylea (naylea) said...

waaaaaaaaa.... best la citer nih!!!!.... yehh!! x sbr nk tunggu next entry!! ^_~

lylea said...

waaaaaaaaaaa..... best la citer ni....
yeh!! x sbr nk tunggu next entry..!!
^_~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review