Saturday, August 11, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫8✫

Posted by Snow_Queen at 9:54 PM
Aku menguap beberapa kali sebelum memeriksa telefon bimbitku. Ada lima belas panggilan tak berjawab dan sepuluh pesanan ringkas.
Semuanya daripada Cat.
Ms. Lee, kalau kau tak sampai ke Sweet Air dalam masa sepuluh minit, aku akan sebarkan khabar angin kau dan Michael berdating secara senyap-senyap. Baik kau sampai ke sini sebelum tangan aku tercabut sebab aku perlu buat dua kerja dalam masa yang sama!!
Aku tergelak sendiri membaca mesej Cat sebelum beredar ke bilik air. Semalam, akibat terlalu khusyuk membaca, sedar tak sedar aku tidur pada pukul enam atau tujuh pagi mungkin.
Pintu kaca Sweet Air ditolak dari luar. Aroma biskut yang baru keluar dari oven menusuk rongga hidungku sekaligus menyebabkan perutku mula berbunyi.
“Hanna!” Aku menutup kedua belah telinga apabila Cat yang baru keluar dari dapur menjerit. Beberapa pelanggan yang menjeling dia buat tak endah.
Enggan mendengar Cat membebel, aku segera menuju ke belakang kaunter untuk menjalankan tugas tak rasmiku menjadi cashier di Sweet Air.

Cat tersenyum nipis melihat Hanna yang sedang tersengguk-sengguk di depan mesin duit. Dia membawa sedulang makanan dan menepuk bahu Hanna.
“Apa dia?” Suara Hanna kedengaran annoying pada pendengaran dia. Bukannya Cat tak tahu yang Hanna paling pantang orang kacau sama ada sewaktu dia sedang tidur atau pun sedang makan.
“Makan sikit sementara orang tak ada ni.” Aku memandang sekeliling. Betul kata Cat. Ketika ini tiada satu pun manusia yang kelihatan dalam Sweet Air.
Cat meletakkan tanda rehat di pintu masuk Sweet Air. Aku mengerling jam di pergelangan yang menunjukkan pukul lima petang.
“Mak aku kata, orang di mansion tu sedang cari seorang pembantu rumah.” Kata-kata Cat menarik perhatianku.
“Pembantu rumah?” Cat mengangguk.
“Kalau ikutkan hati aku, nak aja aku mohon tapi mahu mak aku penggal kepala aku kalau aku tinggalkan kedai ni macam tu saja.”
“Mana mak kau tahu berita ni?” Sebenarnya kata-kata Cat telah memberikan aku peluang untuk menjalankan rancangan yang sedang bermain di dalam kepalaku. Aku mahu memastikan cerita yang Cat sampaikan ini bukanlah khabar angin semata-mata.
“Ayah aku kan kerja di agensi cari kerja. Seorang butler yang berkerja di mansion tu yang beri memo pada ayah aku untuk diiklankan pada surat khabar.” Aku memasukkan kepingan terakhir biskut light blossom ke dalam mulut sambil berfikir.
Fikiranku mula mengeluarkan beberapa persoalan dan aku memerlukan keyakinan. Buat masa sekarang, aku masih tak berapa yakin yang vampire wujud dan mungkin hanya kawan-kawan baruku dapat membantuku supaya aku sedar bahawa aku tak bermimpi.

Sedang asyik berborak dengan Cat, ekor mataku melihat kelibat Kyra dan IU lalu di depan Sweet Air.
Aku memandang Cat dan meminta diri terlebih dahulu. Apabila Cat menyoal kenapa aku kelihatan tergesa-gesa, aku hanya tayang sengih sebelum berlari.

Aku sengaja memilih untuk duduk di tepi tingkap supaya Kyra dan IU dapat melihat kehadiranku di dalam kedai Shirley’s Syrup apabila mereka keluar daripada pusat membeli-belah berhampiran.
Aku menyudu ais-krim di dalam mangkuk di hadapanku sedikit demi sedikit sebelum aku mendengar namaku dipanggil.
Bibirku sudah mula mengukirkan senyuman namun aku tahan. Aku hanya membalas sapaan mereka dengan nada yang lemah.
Kyra memberi isyarat kepada IU untuk duduk. Mereka berdua memesan ais-krim sebelum kembali menumpukan perhatian kepada muka Hanna yang seperti sedang dilanda masalah besar.
“Kau ada apa-apa masalah ke?” IU bertanya. Aku mengangkat pandangan dan tersenyum lemah seraya menggeleng.
Aku mengeluh perlahan dan ternyata teman-teman baruku ini terus sahaja mendesak supaya aku menceritakan masalahku.
“Aku perlukan kerja untuk kumpul duit sementara tengah cuti semester ni. Yuran semester akhir agak mahal. Aku tak mahu bebankan aunty Celia.” Kyra dan IU saling bertukar pandangan.
“Kalau macam tu kenapa kau tak cari kerja di mana-mana kedai di Bandar ni? Aku pasti mungkin ada yang memerlukan pekerja sementara.” Aku mengeluh lagi.
“Bukan aku tak cuba tapi…Orang-orang di sini suka menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum menilai.
Mereka mungkin tak mahu ambil risiko untuk gulung tikar melihatkan cara pemakaian aku ni. Uh! Aku sanggup buat kerja apa saja untuk dapat duit.” Kyra jongket kening. Dia pandang Hanna yang berseluar jeans berwarna hitam, baju t berwarna merah darah dan cardigan berwarna serupa.
Aku mengerling ke arah Kyra dan IU yang sedang saling berbisik. Oh..Tolonglah offer aku kerja di mansion tu…Hatiku berdoa dengan penuh mengharap. Setelah hampir lima minit berbisik dengan Kyra, IU memandangku.
“Mereka perlukan pembantu rumah di mansion. Itu pun kalau kau tak kisah.” Aku memandang Kyra.
“Uh…Yang lain-lain tak kisah ke? Aku takut mereka tak selesa dengan kehadiran aku nanti?” IU dan Kyra mengukir senyuman nipis mendengarkan kata-kata Hanna.
“Aku pasti mereka tak kisah. Kalau kau tak ada apa-apa yang nak dibuat, kau boleh ikut kami balik sekarang? Kita boleh berbincang dengan lebih lanjut di sana.” Aku mengangguk tanda setuju sebagai jawapan kepada pertanyaan IU.

Aku terkaku sebaik sahaja sampai di hadapan mansion. Seumur hidupku, inilah pertama kali aku melihat rumah yang sangat cantik. Kalah rumah keluarga Hwang.
Bunga-bunga yang kembang mewangi, bau udara angin laut yang menyegarkan, pancuran air terjun buatan yang terletak di tengah-tengah laluan ke pintu masuk mansion berkenaan. Semuanya sempurna!
Aku memandang mansion lima tingkat di hadapanku ini. Perasaan datang sekali lagi ke sini masih sama seperti kali pertama dahulu.
Aku mendongak dan melihat sepasang mata berwarna gold di sebalik langsir di tingkat tiga.
“Hey! Kau nak berdiri di situ sampai bila?” Aku memandang Kyra yang menggamitku agar mengikutinya.
Apabila aku kembali memandang ke tingkat tiga, tiada lagi sepasang mata berwarna gold berkenaan namun entah kenapa aku rasa diriku sedang diperhatikan.
Bulu roma berdiri tegak dan aku segera berlari anak menuju ke arah Kyra yang sedang menunggu di pintu masuk.
Tiada perkataan yang dapat aku gambarkan mengenai kecantikan mansion ini. Semuanya kelihatan sempurna dan elegant.
Mrs.Hwang pasti akan jadi kurang waras bila melihat kecantikan rumah ini. Aku tergelak kecil.
“Kami dah anggap kau macam kawan sendiri dan kini terpaksa menjadikan kau pembantu rumah ni? Uh…Aku rasa teruk.” Aku memandang Yoochun.
“Aku tak kisah. Berilah aku apa saja kerja kecuali menghias dan memasak. Aku tak mahu ada kes orang mati sebab masakan aku. Lagi pun aku hanya mahu kerja di sini untuk sementara waktu saja.” Yunho, Yoochun dan Junsu ketawa mendengarkan kata-kataku.
Aku tersenyum nipis. Betul apa aku kata. Selama ini aku hanya memasak untuk diri sendiri saja. Itu pun masak yang ringkas-ringkas sahaja. Lebih daripada itu? Aku sendiri pun tak berani nak makan sekalipun akulah tukang masaknya.
“Jadi, macam mana Jae? Kau setuju?” Jantungku hampir berhenti apabila mendengar kata-kata Yunho.
Tiba-tiba sahaja aku rasakan bulu romaku berdiri tegak seolah-olah ada orang sedang merenungku dari arah belakang.
Aku mencapai air di atas meja untuk menghilangkan kegugupan sekali gus menenangkan debaran di hati.
Di dalam hatiku sudah tertanya-tanya apa kena mengena untuk meminta persetujuan Jae dengan pekerjaanku ini.
“Sebenarnya jawatan ni untuk jadi orang gaji, Jae.” Bagaikan tahu apa yang sedang aku fikir, Yunho menjawab persoalanku.
Hampir tersembur air kopi yang sedang aku minum ini. Aku menenangkan diri agar anak mataku tak berubah warna. Aku mencapai napkin di atas meja dan mengelap bibirku.
Apa? Kyra tak cakap apa-apa pun fasal ni tadi. Aish minah tu… Aku mengeluh dalam hati.
Pandangan mataku dan Jae Joong bertemu apabila dia duduk di hadapanku. Tak sampai sesaat, aku segera melarikan pandangan mataku ke arah lain.
Setiap kali merenung wajah mamat ni aku seperti kehilangan oksigen di sekelilingku.
“Ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi untuk jadi orang gaji aku.” Aku mengangguk meskipun aku tak pandang wajah mamat tu. Tenung pasu bunga atas meja ni lagi lawa.
“Pertama: Kau mesti mematuhi setiap arahan aku.
Kedua: Kau tak dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur aku melainkan jika aku beri kebenaran. Kalau kau nak berbincang apa-apa dengan aku, kau boleh bertemu aku di bilik kerja aku.
Ketiga: kau mesti panggil aku, Tuan.
Keempat:  Kau mesti tinggal di sini. Dan yang terakhir sekali, jangan ingat sebab kau adalah kawan kepada kawan-kawan aku, aku akan lepaskan kau jika kau buat kesalahan.”
Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Tuan? Panggil mamat hati batu ni Tuan? Uh..Nightmare.
Dan apa kejadahnya aku perlu tinggal di sini sedangkan rumahku tidak jauh dari sini?
Kau tak akan lepaskan aku jika aku buat kesalahan sebab aku berkawan dengan kawan-kawan kau? Apa kau ingat aku ni kaki ambil kesempatan ke?!
Deal?” Jae Joong merenung wajah Hanna yang seakan-akan sedang berperang dengan perasaan sendiri. Senyuman yang ingin terukir di bibir kerana melihat wajah kelat Hanna cuba ditahan sebaik mungkin.
Deal. Tapi..Boleh aku buat satu permintaan?” Jae Joong mengerutkan kening mendengarkan kata-kata Hanna sebelum mengangguk.
Belum apa-apa lagi dah banyak songeh desis hatinya.
“Boleh tak kalau aku pakai pakaian biasa saja? Aku tak rela nak pakai uniform orang gaji yang…errr..Terdedah sangat tu.” Aku menunjuk ke arah seorang orang gaji yang kebetulan lalu di belakang Jae Joong.
Uniform yang hanya panjang atas seinci dari lutut itu aku perhatikan dengan pandangan kurang berkenan.
Jae Joong mengulum senyum sebelum mengangguk tanda setuju.
“Gaji kau akan dibayar melalui cek setiap bulan. Kau buat hal, gaji kau akan dipotong. Kau pecahkan barang-barang dalam rumah ni, gaji kau akan dipotong. Faham?” Aku mengangguk.
Uh! banyak pula arahan mamat ni…Aku mengutuk di dalam hati dan seperti biasa Yunho tergelak sendiri.
Aku mengerutkan kening sebelum mengikut Jae Joong. Dia membawa aku melawat sekitar kawasan mansion ini.


Usai mengemas, aku baring di atas katil. Sebenarnya, aku tak tahu berapa banyak pakaian yang perlu aku bawa. Tak lupa juga buku yang mengandungi catatan penting untuk perlindungan diriku sepanjang di sana.
Jantungku berdegup kencang memikirkan aku bakal berkerja di sana. Kecantikan mansion idaman setiap perempuan mula terbayang kembali di fikiranku.
Secara praktikalnya, rumah itu telah dibahagikan kepada lima bahagian. Tingkat pertama milik Max, tingkat kedua milik Yoochun, tingkat ketiga milik Jae Joong, tingkat empat milik Junsu dan tingkat kelima milik Yunho.
Di ground floor, terdapat ruang tamu, dapur, ruang makan pemilik rumah dan ruang makan orang gaji, bilik basuh pakaian, bilik pejabat Max yang terletak berhampiran dengan bilik orang-orang gajinya (bilik orang gaji Max terletak di ground floor bukan di tingkat satu), dan satu pintu bilik yang mempunyai grill dan dikunci dengan rantai besi.
Jae Joong awal-awal lagi sudah memberi amaran padaku agar tak mengambil tahu apa pun yang terjadi di kawasan yang bukan miliknya.
Aku hanya perlu ambil tahu hal ehwal di tingkat tiga saja. Hermmm…Adakah sepasang mata berwarna gold yang aku nampak petang tadi merupakan milik Jae Joong?
Di tingkat tiga di sayap sebelah kanan, terdapat sebuah bilik master bedroom milik Jae Joong, pejabat dan bilik bacaan lelaki itu digabungkan menjadi satu. Terdapat juga ruang rehat berdekatan dengan balkoni tingkat tiga yang menghadap ke arah tasik buatan yang aku tak sedar akan kewujudannya.
Manakala bahagian di sayap sebelah kiri terdapat beberapa buah bilik sederhana besar dan bilik ku terletak di sana.
Juga aku tak dibenarkan menghampiri bilik bawah tanah tak kira atas sebab apa sekalipun.
Aku dibenarkan untuk berjalan-jalan di seluruh mansion berkenaan melainkan bilik tidur dan beberapa kawasan larangan kawan-kawan Jae Joong yang lain.
Di rumah itu juga terdapat lima belas orang gaji, seorang pemandu, seorang butler dan seorang tukang kebun. Mengikut kata Jae Joong, kelima belas orang gaji juga telah dibahagikan di antara dirinya dan juga kawan-kawannya yang lain.
Setiap tingkat terdapat empat orang pekerja. Cuma di tingkat tiga sahaja mempunyai tiga orang pekerja dan kemasukkan ku telah melengkapkan kuota.
Aku menggosok leher. Banyak betul syarat lelaki tu. Aku melihat jam yang sudah menunjukkan pukul dua pagi.
Lebih baik aku tidur awal. Esok, seorang pemandu akan menjemputku pada pukul lima petang dan aku akan mula berkerja lusa.
Aku sudah memaklumkan pada aunty Celia mengenai perkerjaan sementaraku dan dia dengan gembira memberi galakan padaku.
Pada Cat, aku masih lagi tak beritahu mengenai perkerjaanku. Adakah aku patut berterus-terang pada Cat atau menipu kawan baikku itu?
Aku tak dapat bayangkan jika Cat tiba-tiba buat kerja gila untuk datang melawatku di mansion yang diberi nama the Frost itu.
Pasti Jae Joong tak akan gembira dengan perkara itu. Dan aku juga tak dapat bayangkan aku telah membenarkan Cat datang ke rumah yang dipenuhi makhluk peminum darah errr itu pun sekiranya telahanku mengenai kesemua penghuni the Frost berkenaan tepat belaka. Uh..Membayangkan Cat menjadi makan malam salah seorang dari mereka membuatkan bulu romaku menegak tiba-tiba.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review