Saturday, August 11, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫7✫

Posted by Snow_Queen at 9:43 PM
Sebaik sahaja melihat jam loceng di atas night stand, terus sahaja aku melompat bangun dari katil dan mencapai tuala  menuju ke bilik air namun pergerakan ku terhenti apabila sesuatu melintas di fikiranku.
Stupid!
Aku mengetuk kepala sendiri sebelum kembali menuju ke arah katil. Macam manalah aku boleh lupa yang kini sudah tiga hari cuti semester berlangsung.
Aku mengeluh. Rasa bosan melanda diriku ditambah pula aunty Celia tiada lagilah bertambah-tambah kebosananku.
Meskipun boleh sahaja aku mengacau Cat di Sweet Air namun hari ini aku tak ada mood untuk berbuat demikian.
Aku menyapu kaki yang memijak serpihan siling. Serpihan cat putih bertaburan di hadapan bilikku.
Aku mendongak memandang siling mencari-cari jika ada sebarang rekahan terdapat di siling.
Aku meletakkan penyapu dan penyodok di tepi dinding setelah selesai menyapu serpihan-serpihan cat di hadapan biliku.
Sekali lagi aku mendongak memandang siling. Selama aku menjadi penghuni di rumah ini, aku tak pernah sekali pun naik ke attic.
Entah mengapa keinginan untuk naik ke atas sana membuak-buak. Aku segera mencari-cari di mana pintu masuk ke attic berkenaan.
Sebaik sahaja berjaya naik ke attic, aku menekan suis lampu picit. Sawang labah-labah lebih mendominasi tempat ini.
Sesekali aku terbersin. Tiada apa-apa yang menarik di sini melainkan terdapat rak buku lama, beberapa kotak yang digam dan sebuah kerusi malas.
Aku menarik kain putih yang menutup kerusi berkenaan. Senyuman terukir di bibir apabila nama aunty Celia terukir di kaki kerusi berkenaan.
Aku mengaduh kesakitan apabila tersepak sebuah kotak yang aku tak perasan akan kehadirannya. Aku menyuluh ke arah kotak berkenaan.
Tertera nama Jung Hyung dan Hanuel di atas kotak berkenaan. Jantungku berdebar dengan laju memandang nama ibu bapaku.
Aku melutut dan dengan berhati-hati membuka kotak berkenaan. Beberapa buah buku, sebuah album lama, segulung scroll dan sebuah kotak sederhana kecil berada di dalam kotak itu.
Lampu suluh diletak atas lantai dan aku mengambil kotak sederhana kecil berkenaan.
Seutas rantai emas putih terserlah sebaik sahaja aku membuka penutup kotak kayu berkenaan.
“Ini rantai kegemaran ibu.” Aku menggumam sendirian.
Alangkah peliknya kerana aunty Celia tak pernah sekali pun menyebut kehadiran kotak ini kepadaku. Mungkin kerana dia tak mahu aku bersedih.
Apabila bunyi tikus mula kedengaran aku  segera bangun dan mengheret kotak berkenaan ke pintu masuk attic.
Dan sekarang macam mana aku nak bawa turun benda alah ni? Aku memandang tangga besi yang aku ambil dari garaj dan juga kotak di sebelahku.

Sebaik sahaja aku mengelap rantai emas putih kepunyaan mendiang ibuku, aku memakai rantai berkenaan.
Terasa seolah-olah ibuku berada dekat denganku sebaik sahaja aku memakai rantai berkenaan.
Aku mula mengelap pula buku-buku dan album lama yang terdapat di dalam kotak berkenaan.
Sekeping scroll lama yang diikat dengan reben merah aku ambil dan buka.
Beberapa garisan hitam dan nama-nama asing bertintakan dakwat emas tertera di dalam scroll berkenaan. Sekali lihat ia seolah-olah membentuk salasilah keluarga.
Pandangan mataku terhenti pada nama ibuku, uncle Eli dan juga aunty Celia. Pelik! Salasilah keluarga ditulis dalam scroll?
Aku meletakkan scroll berkenaan ke tepi dan mengambil album gambar keluarga.
Senyuman terukir di bibir melihat gambar perkahwinan ibu bapaku sehinggalah saat aku lahir ke dunia.
Air mata mengalir juga akhirnya apabila melihat gambar-gambar ini. Baru kini aku perasan aku begitu rindukan kedua ibu bapaku.
Sebuah buku berkulit tebal berwarna coklat gelap aku ambil sebaik sahaja aku selesai membelek album gambar keluarga.
Nama ayah tertera di muka hadapan buku berkenaan. Aku tertawa sendiri. Ayah menulis diari?
Aku mula menyelak lembaran pertama diari berkenaan dan mula melupakan dunia sekeliling.

Aku berjalan ke kiri dan kanan. Sesekali mataku menjeling diari ayahku. Siapa sangka aku akan terbaca sebuah rahsia terbesar mengenai keluargaku dan juga diriku.
Penat berulang-alik, aku baring pula di atas katil. Bagaimana semua ini boleh berlaku?
Benarkan vampire, witch dan yang sama waktu dengannya wujud di dunia ini? Adakah mereka hidup di sekeliling kita tanpa kita sedari?
Aku menggeleng kepala perlahan dan mencapai cordless phone di atas nightstand.
Sebaik sahaja mendengar suara aunty Celia aku menjadi ragu-ragu pula untuk menyerang dia dengan pertanyaan-pertanyaanku yang mungkin tak masuk akal.
“Hanna? Ada apa-apa masalah ke?” Suara risau aunty Celia mula kedengaran apabila aku tak menyahut panggilannya.
“Aunty, jawab soalan Hanna dengan jujur, okay?” Celia mengerutkan kening mendengar kata-kata anak buahnya.
“Okay.”
“Dalam salasilah keluarga kita ada keturunan witch? Vampire?” Suara ketawa aunty Celia mula kedengaran. Aku memuncungkan bibir seolah-olah aunty Celia dapat melihat muncungku itu.
“Aunty ingat apalah tadi. Semua tu berlaku pada zaman dahulu saja. Keturunan kita dahulu memang ada witch tapi tu moyang kepada moyang kepada moyang dan bla..bla.. dan vampire is out of question, okay. Itu mengikut cerita atuk aunty dahulu. Aunty tak percaya pada cerita-cerita karut tu semua.” Tawa halus aunty Celia menyapa gegendang telingaku.
“Ada apa-apa lagi nak tanya?”
“Tak.”
“Okay, aunty kena pergi ni. Miss you. Jaga diri baik-baik.”
“Errr..Aunty.”
“Apa?”
“Ada kemungkinan tak kalau ada di kalangan ahli keluarga kita juga mewarisi kebolehan tu?” Aku dengan sabar menunggu jawapan aunty Celia yang berdiam diri agak lama.
“Mungkin. Kenapa tiba-tiba tanya ni?”
“Tak ada apa. Saja nak tahu.” Aku mengucapkan selamat tinggal sebelum memutuskan panggilan.
Jadi…Aunty tak tahu yang ayah adalah vampire dan ibu mewarisi kebolehan nenek moyang kami?
Aku menekup mulut. Tiba-tiba sahaja aku baru teringat bahawa pernah beberapa kali pernah ternampak mulut ayah dilumuri darah.
Dan sekarang semuanya masuk akal… desis hatiku. Satu per satu kenangan yang hilang mula muncul bagaikan aku sedang membaca sebuah buku cerita. Kenangan yang aku lupa ketika aku berumur sebelum enam belas tahun.
Aku bangun dan melihat diriku sendiri di cermin. Warna putih pucat kulitku menjadi persoalan. Pada ahli keluargaku yang lain mungkin aku mengikut keturunan sebelah ayah.
Aku memandang kulit wajah ayahku yang putih pucat manakala ibuku putih biasa seperti manusia normal.
Aku hidup dalam penipuan selama ini. Kami sekeluarga berpindah ke Crimson beberapa tahun dahulu bukan kerana aku selalu tak sihat tapi kerana aku selalu sahaja bergaduh dengan pembuli-pembuli sekolah yang mengejek ku sebagai pelik.
Kalau diikutkan logik, seorang perempuan sepertiku tak akan mampu untuk mengalahkan beberapa orang lelaki yang bersaiz lebih besar daripadaku. Akhirnya, kedua ibu bapaku membawa aku ke sini dan menanam memori masa laluku dan mengantikan memoriku dengan kenangan lain.
Kepantasan luar biasa ketika aku bergaduh dan kebolehan mempermainkan perasaan takut orang lain…
Aku sudah ingat semuanya…Dan instinctku yang telah lama ‘tidur’ kini mula berfungsi kembali di saat kembalinya semua memori yang telah ditanam oleh kedua ibu bapaku.
Aku pasti aku bukan vampire kerana aku tak pernah ada keinginan untuk minum darah. Seleraku masih normal seperti manusia biasa.
Dan kalau aku bukan vampire ataupun manusia, apakah aku ini?

Panggilan telefon dari Cat aku buat tak peduli. Aku kini ralit membaca maklumat mengenai witch dan vampire di internet.
Setelah hampir tiga jam duduk berteleku di depan komputer, aku menyandarkan badanku ke dada kerusi.
Aku menggosok kedua belah mataku yang terasa letih akibat melihat skrin komputer terlalu lama.
Half-dead..” Aku menggumam perkataan itu berulang-kali.
Mengikut hasil bacaanku, di dunia underworld, vampire dan witch mempunyai ranking mereka yang tersendiri.
Dan jika vampire berkahwin dengan witch, anak mereka digelar half-dead. Mereka juga mewarisi separuh kebolehan vampire dan witch.
Setiap half-dead mewarisi kebolehan yang berlainan. Sebagai contah, jika aku boleh melihat dengan jelas dalam kegelapan malam, mungkin ada yang tak memiliki kebolehan itu. Jika ada yang memilik deria bau yang tajam mungkin aku tak memiliki kebolehan itu.
Aku mengeluh perlahan. Memori ketika aku menyelinap masuk ke dalam mansion yang kini dihuni oleh Yoochun dan rakan-rakannya singgah di fikiran.
Oleh kerana perasaan untuk menjelajah mansion itu kuat, pada suatu malam dua minggu sebelum ibu bapaku mati, aku telah mencuri keluar dari rumah dan menuju ke hutan Frost seorang diri dengan hanya berjalan kaki dan ditemani lampu suluh.
Sedang asyik menjelajah rumah lama berkenaan, tiba-tiba muncul ayah muncul entah dari mana.
Aku fikir mungkin ayah akan memarahiku kerana menyelinap keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi dan datang ke tempat merbahaya ini namun sebaliknya ayahku menyertaiku menjelajah mansion berkenaan.
Seingat aku, mansion itu setinggi lima tingkat dan sebahagian mansion berkenaan menghadap ke arah laut. Aku mengerutkan fikiran tanda tak pasti kerana kejadian berkenaan sudah lama berlaku.
“Hanna!” Aku menjauhkan telefon dari telinga. Jeritan Cat boleh membuatkan orang pekak.
“Apa?” Tanpa rasa bersalah aku menyoal.
“Kenapa kau tak angkat telefon. Kau ni kalau tak buat orang risau sehari tak boleh ke?” Cat sudah mula membebel. Aku tergelak. Sekurang-kurang aku masih ada Cat yang mengambil berat tentang diriku.
“Aku tidur mati. Ni baru bangun.” Dan suara Cat membebel lagi membuatkan aku ketawa sendirian.
Setelah memastikan aku tak apa-apa, akhirnya Cat memutuskan panggilan. Aku pandang ke arah luar.
Senja sudah mula kelihatan dan perutku sudah mula berbunyi. Aku menggosok perutku yang pedih.
Dengan langkah yang malas, aku melangkah ke turun ke ruang tamu dengan menggunakan kebolehanku.
Tak sampai sesaat, aku kini sudah berada di dapur. Perasaan teruja mula menjalar di seluruh tubuh.
Sebaik sahaja selesai makan malam, aku kembali naik ke bilik dan menyimpan semua barang yang berkaitan dengan ibu bapaku ke dalam almari.
Beberapa buah buku yang tak sempat aku belek tadi, aku ambil dan letak di atas katil.
Misi aku sepanjang cuti ini adalah untuk belajar mengenai diriku sendiri.
Sebelum melangkah naik ke atas katil aku berdiri di hadapan cermin.
Seingatku dulu, aku ada kebolehan yang satu itu. Hermmm…Aku tenung pantulanku sendiri di cermin dan meskipun sepuluh minit sudah berlalu, masih tiada apa-apa yang berlaku.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan memejam mata. Oh! Lupa pula aku perlu gunakan perasaan marah dan benci.
Bibirku mula mengukir senyuman nipis sebaik sahaja anak mataku sudah bertukar warna ke warna golden brown.
Aku terus sahaja melompat naik ke atas katil untuk membaca buku-buku yang aku temui tadi selepas berjaya menukar warna anak mataku.




0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review