Saturday, August 11, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫6✫

Posted by Snow_Queen at 9:35 PM
“Kena tendang atau aku tenyeh makanan ni pada baju mahal kau. Pilih!” Aku memandang Michael yang menghadang jalanku. Pandangan orang ramai tak aku hiraukan.
Michael hanya tayang sengih. Suka benar dia menyakat Hanna. Wajah Hanna yang kemerah-merahan ketika marah membuatkan perempuan di hadapannya ini tampak menarik.
“Aku tak sangka kau ada kebolehan bermain muzik.” Aku meniup rambut yang jatuh ke dahi. Nasib baiklah dulang yang aku sedang tatang ni ada makanan. Kalau tidak sudah lama aku hentak dulang ni ke kepala mamat kurang neuron ni.
Ini semua Cat punya fasal! Tiba-tiba saja dia datang merayu padaku agar bermain muzik sementara menunggu kedatangan band yang bertanggungjawab menghiburkan tetamu datang.
Mrs.Hwang panik apabila menerima panggilan daripada band yang bertanggungjawab untuk menghiburkan tetamu mengatakan mereka akan tiba sedikit lambat kerana tayar kenderaan mereka pancit.
Mujur aku hanya perlu bermain muzik selama setengah jam sebelum band berkenaan tiba. Nasib baik main gitar aja. Kalau kena nyanyi mampus aku!
“Ke tepi.” Aku buat tak endah dengan pujian Michael.
“Boleh tak, sekali saja kau cakap baik-baik dengan aku..Hermm?”
“Michael boleh tak kau ke tepi?” Aku tayang sengih tak ikhlas pada Michael. Michael tergelak.
“Dengar kata aunty Celia pergi kursus ke Deusk city selama sebulan setengah. Ini bermakna kau akan tinggal sendirian. Nak aku datang teman?” Michael mula tayang sengih nakal.
“Ada apa-apa yang boleh aku tolong?” Aku dan Michael sama-sama memandang ke arah kanan.
Kemunculan Yoochun di saat-saat darahku sedang hangat mendidih melegakan aku. Kalau tak aku tak jamin nasib Michael selepas ini.
Michael memicingkan pandangan matanya memandang ke arah Yoochun.
It’s okay, Yoochun.” Aku mengukirkan senyuman pada Yoochun. Aku lihat wajah Michael sudah berubah.
“Terima kasih sebab lalu di sini.” Aku memandang Yoochun apabila Michael terus beredar tanpa berkata apa-apa.
Yoochun tergelak. “Kau ni setiap kali jumpa aku mesti ucap perkataan terima kasih.” Kini giliran aku tayang sengih.
Yoochun mengekoriku ke meja makan panjang di taman yang memuatkan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Founders day meriah dengan kehadiran para tetamu yang tak putus berkunjung. Hari ini merupakan ulang tahun Bandar Crimson yang ke seratus tahun.
Mengikut cerita, Bandar ini ditemui oleh lima buah keluarga dan mereka meraikan ulang tahun Bandar ini setiap tahun dengan menganjurkan founders day sehinggalah ke hari ini.
Keluarga Cat juga merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa penubuhan Bandar ini.
“Termasuk kali ini, sudah dua kali kita berjumpa. Nama aku, Hanna.” Aku menghulurkan tangan.
“Seperti yang kau tahu, Yoochun. Nice to meet you.”
Dude!” Aku dan Yoochun sama-sama berkalih ke belakang. Aku memandang seorang lelaki yang agak tinggi sehingga aku perlu mendongak untuk memandangnya.
Yoochun menggamit Max agar menghampiri.
“Kenalkan ini Hanna. Hanna, ini Max.” Max memandang Hanna dari atas ke bawah sebelum menghulurkan tangan.
You’re sweet….” Max meleretkan senyuman. Aku menggetap bibir apabila terasa wajahku tiba-tiba hangat dengan pujian Max.
Yoochun buat muka. Dia faham benar dengan maksud ayat Max tu. Kalaulah Hanna tahu sweet yang dimaksudkan Max adalah bau darah Hanna.,,
“Max.” Aku memandang figura seorang gadis yang tinggi separas bahu Max.
Gadis di depanku ini memakai dress berwarna kuning air labuh sehingga ke betis.
“Kenalkan tunang Max, Yoora.” Aku menyimpulkan senyuman dan berjabat tangan dengan Yoora dan sebelum aku sedar, aku telah dikerumuni oleh kawan-kawan Yoochun yang lain.
Yunho dan tunangnya Kyra. Junsu dan Jae Joong juga tunang Yoochun, IU.
Aku perasan diriku tidak boleh berhenti tersenyum sepanjang bersama dengan mereka. Seolah-olah aku sudah lama mengenali mereka meskipun Jae Joong agak dingin denganku.
Dan aku juga perasan warna kulit mereka sama seperti ku. Finally, I’m not the only freak here!
Aku memandang Yunho yang tiba-tiba tergelak. Aku mengerdipkan mata beberapa kali memandang Yunho namun Yunho hanya tersenyum.
Tambahan: mereka juga pelik!
“Hanna, kalau kau tak kisah, boleh tak kau tunjukkan kawasan sekitar sini pada kami?” Kyra memegang lenganku.
Yeah! Sure.” Aku mengukir senyum sebelum membawa Kyra, IU dan Yoora mengelilingi kawasan kediaman Hwang.
Kyra menjeling penuh makna ke arah Yunho sekilas sebelum menumpukan perhatian terhadap kata-kata Hanna.
Yunho yang faham maksud pandangan mata Kyra hanya mengenyitkan mata pada tunangnya.
“Betul ke kau nampak Hawk berbual dengan Hanna?” Yoochun memandang Junsu.
Junsu mengangguk. Sejurus selepas Hanna tamat memainkan muzik untuk menghiburkan tetamu, dia yang kebetulan mahu mengambil minuman ternampak Hanna dan Hawk sedang berbual.
Dengan segera, dia mendapatkan Yunho dan menceritakan mengenai hal itu.
Dia positif Hawk di sini setelah memerhatikan ciri-ciri lelaki yang berbual bersama Hanna sama dengan apa yang diberitahu oleh Black.
Bila dia dan Yunho pergi kembali ke tempat Hanna dan Hawk berbual, kedua-dua mereka sudah tiada.
“Malang sekali perempuan secantik itu mempunyai hubungan dengan Hawk.” Jae Joong mengerutkan kening mendengarkan kata-kata Junsu.
“Siapa kata orang cantik tak merbahaya?” Kini giliran Junsu pula mengerutkan kening mendengar kata-kata Jae Joong. Dia memandang Yunho dan Yoochun namun kedua-duanya hanya mengangkat bahu.


Kyra menanggalkan kasut tumit tinggi yang dipakainya dan menyarung selipar sebelum menuju ke ruang tamu.
Di ruang tamu, kelihatan Yunho, Jae Joong dan Max sedang menonton televisyen. Yang lain-lain tak kelihatan.
“Hai.” Kyra duduk di sebelah Yunho. Yunho melingkarkan tangan ke atas bahu Kyra.
“Macam mana?” Jae Joong memandang Kyra. Dia ingin tahu hasil siasatan Kyra setelah melepak seharian dengan Hanna.
“Aku tak rasa Hanna tahu apa-apa mengenai Hawk. Mereka baru sahaja berkenalan hari ini secara tak sengaja tapi Hanna kata, Hawk tu merupakan teman istimewa ibu saudaranya. Dan nama Hawk di sini ialah James.” Kyra memberitahu mengenai hasil siasatanya ke atas Hanna.
Interesting. Hawk jatuh cinta pada manusia biasa…” Jae Joong meleretkan senyuman.
“Aku tak rasa kita boleh tinggalkan Hanna begitu saja. Kita tak tahu apa motif Hawk mendekati keluarga Hanna dan tambahan pula sekarang Hanna tinggal sendirian kerana ibu saudaranya pergi berkursus selama sebulan setengah.
Kita perlu siasat apa motif Hawk mendekati manusia biasa dan bukannya mendekati vampire untuk dijadikan teman istimewa.” Kyra memandang Yunho.
“Okay. Aku akan suruh Junsu atau sesiapa saja memerhatikan Hanna, okay?” Yunho memberi janji.
Dia sebenarnya terkejut kerana Kyra menyukai Hanna. Bukan senang sebenarnya untuk Kyra menyukai orang lain. Tambahan lagi dengan orang yang baru dikenali.
“Yeay..” Kyra mengucup pipi Yunho sebelum beredar.
“Tapi bagaimana kalau Hanna tu bukan seperti yang kita sangka?” Yunho dan Max memandang Jae Joong dengan wajah pelik.
“Mungkin Hanna berbohong kepada Kyra. Kita tahu orang-orang seperti Hawk dan Hyness selalu menggunakan orang lain untuk buat kerja kotor mereka.” Yunho termenung seketika.
“Aku tak setuju. Aku rasa budak tu innocent. Kalaulah kau boleh dengar apa yang difikir oleh budak tu… Dan manusia biasa tak akan boleh berbohong kepada Kyra sekiranya Kyra menggunakan kuasanya.” Kini giliran Jae Joong pula berdiam diri.
You’ve got the point there tapi…Kita tetap perlu berhati-hati.” Jae Joong terus meminta diri selepas itu.
“Errr…Adakah aku perlu perhatikan Hanna malam ni?” Yunho memandang wajah Max yang separuh rela.
“Untuk malam ni, aku akan suruh Junsu.” Max terus melompat kegembiraan apabila mendengarkan kata-kata Yunho. Yunho menggeleng kepala.

Sehingga aku mahu masuk tidur pun, aku masih tersenyum. Kegembiraan kerana mendapat beberapa kawan baru membuatkan aku berasa bahagia.
Pertama kali selain dari Cat, aku dapat melepak bersama-sama dengan kawan perempuan lain seharian. Keramahan Kyra, IU dan Yoora menyenangkan aku.
Kata Kyra mereka hanya tinggal di Bandar ini buat sementara waktu saja. Meskipun sedih mendengarkan kata-kata Kyra, dia berjanji akan terus berkawan dengan mereka semua meskipun mereka sudah tiada di Bandar ini lagi nanti.
Meskipun aku rasa agak bersalah kerana meninggalkan Cat sendirian namun rasa bersalah itu hilang sebaik saja Cat menelefonku dan memberitahu dia akan keluar dating dengan mamat yang selalu membeli manisan di Sweet Air. Lupa pula aku nak tanya apa nama mamat tu.
Apa pun, perlulah tunggu sehingga esok malam untuk mengetahui cerita daripada Cat.
Aku menuju ke arah tingkap bertujuan untuk menutup tingkap namun pergerakan ku terhenti apabila seolah-olah terlihat sepasang mata berwarna biru di sebalik pokok besar yang terdapat di halaman rumah jiranku.
Aku mengecilkan mata untuk melihat benda yang sedang duduk di atas pokok berkenaan namun cahaya itu sudah tiada.
Oleh kerana perasaan seram datang tiba-tiba, malam itu aku tidur dengan membuka lampu satu rumah.
Habislah aku kalau aunty Celia melihat bil elektrik bulan ni…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review