Sunday, July 8, 2012

My Butterfly-> 34 FINAL

Posted by Snow_Queen at 12:12 AM

Yu Na memandang sijil yang berada di dalam genggamannya. Meskipun dewan konvokesyen meriah dengan suara rakan-rakan sekuliahnya, dia rasa terpinggir.
Nun di hujung sana, dia melihat Lord Heather bersama isterinya sedang bergambar dengan Yu Mi sebelum Kim Bum, yang kini bergelar suami Yu Mi pula mengambil giliran untuk tangkap gambar.
Yu Na, perlahan-lahan menghilangkan diri di celah-celah orang ramai untuk pulang ke Saphiere. Dia tak betah untuk berada di situ lama-lama.
Pintu gelungsur balkoni di buka dan dia menuju ke luar. Di pandang ke arah rumah Kim Bum yang kini tidak berpenghuni.
Setelah peperangan itu tamat, selepas itu dia langsung tidak berjumpa dengan Ji Young mahu pun Kim Bum melainkan hanya melihat mereka di iklan tv ataupun surat khabar. Di konvo tadi pun, itu adalah pertama kali dia melihat Kim Bum setelah sekian lama.
Dengan Yu Mi pun dia sedaya-upaya mengelak untuk berbicara mengenai dua beradik itu.
Championship of wizards? Angan-angan dia untuk menyertai pertandingan itu pun terpaksa dilupakan kerana dia sudah terlambat untuk menghantar surat pengesahan kemasukan ke pertandingan itu tambahan pula selepas keluar dari hospital, dia terpaksa mengejar kuliah selama tiga minggu yang dia tertinggal.
Nasib baik segala-galanya berlaku ketika dia sedang cuti semester. Kalau tidak mahu meraung melolong dia jika mahu mengulang semester.
Mengenai Alice pula, sampai sekarang Yu Na tiada kekuatan mahu menceritakan mengenai kejadian yang menimpa Alice pada Bertha. Dengan kerjasama dari Lord Denise, Yu Na meminta tok gurunya itu memadam ingatan Betha mengenai kewujudan Alice.
Adakalanya, sesetengah perkara itu lebih baik didiamkan. Itu pendapatnya…
Bagaimana dia memperolehi Elimination Stone di bawah minda tak sedarnya pun biarlah menjadi rahsia..
Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Bibirnya mengukir senyum apabila Max membuat panggilan video.
“Yu Na-ah!” Yu Na tergelak apabila melihat mamanya, Madam Hye Mi sibuk menolak Max ke tepi supaya dia dapat memonopoli telefon Max berseorangan.
“Mama ni tak adil lah!” Madam Hye Mi hanya buat kening double jerk apabila Max merajuk.
“Anak mama sihat?” Yu Na mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Madam Hye Mi. Entah mengapa hatinya sebak sebaik saja memandang wajah Madam Hye Mi.
“Yu Na nak balik Tallin.” Madam Hye Mi kelihatan terkedu sebentar sebelum tersenyum manis.
“Baliklah. Mama tunggu kamu. Kami tunggu kamu.” Air mata Yu Na turun tanpa dapat ditahan-tahan. Dia benar-benar rindukan ahli keluarganya meskipun mereka itu hanyalah keluarga angkat dia.
“Yu..Yu Na minta diri dulu. Nanti dah nak balik, Yu Na telefon mama lagi.” Dia terus memutuskan panggilan dan menangis teresak-esak sehingga terduduk di atas lantai marmar balkoni.
“Kau kalau nangis buruk.” Yu Na mengangkat pandangan. Ji Young tersengih memandang ke arahnya.
“Aku rindukan kau…” Ji Young yang sedang tersenyum hilang dari pandangan sebaik saja tangannya menyentuh pipi jejaka itu.
Dia menarik nafas dalam sebelum bangun kembali. “Selamat tinggal semua. Selamat tinggal sayang.” Yu Na tersenyum pahit sebelum masuk ke dalam rumah.
~~~
Loceng pintu rumah itu ditekan beberapa kali. Dia berhenti menekan loceng apabila mendengar suara menyuruh dia tunggu sebentar.
Yu Na menghadiahkan senyuman kecil apabila wajah tuan rumah muncul di muka pintu. Min Seo membuka grill pintu rumahnya.
“Boleh kita berbual?” Min Seo memandang Yu Na dengan pandangan pelik. Apa yang perempuan di hadapannya ini mahu? Dia bukannya kenal jiran Kim Bum ini dengan rapat pun.
“Apa yang kau nak dari aku?” Min Seo sekadar berbasa basi.

Kawasan Dhlia Bay dipenuhi dengan pasangan pada malam ini. Yu Na memandang ke arah Min Seo yang senyap di sebelahnya meskipun mereka sudah duduk di sini selama setengah jam tanpa berkata apa-apa. Sesekali, mereka berdua menghirup kopi panas di tangan.
“Aku nak minta maaf.” Akhirnya Yu Na membuka bicara. Min Seo yang leka memerhatikan pandangan di seberang laut Tirana itu tersentak.
“Kenapa nak minta maaf?” Min Seo memandang Yu Na dengan pandangan pelik.
“Adakah kau dah tak ingat pada aku lagi, Min Seo?” Kerutan di kening Min Seo makin bertambah. Apa yang perempuan di sebelahnya ni merepek?
“Kalau kau tak ada apa-apa lagi yang nak dicakapkan aku balik dulu.” Yu Na hanya membuang pandang ke arah pemandangan di hadapannya tanpa berniat mahu menahan Min Seo pergi.
“Maafkan aku, Min Seo. Akan tetapi aku rasa lebih baik kau tidak tahu bahawa aku satu waktu dahulu pernah menjadi Han Yu Na. Pernah wujud dalam hidup kau.” Senyuman pahit terukir di bibir sebelum cawan kopi di tangan dicampak masuk ke dalam tong sampah. Dia kemudiannya bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan itu sebelum berlalu pergi.
Dia ingin menyimpan pemandangan Dhlia Bay ini di dalam ingatan. Malam terakhirnya di sini, dia mahu mengingati kembali kenangan-kenangan bersama Ji Young yang jauh entah di mana.
~~~
“Merah!”
“Biru!”
“Kuning!”
“Orang kata ambil warna merahlah!”
“Warna kuning lagi cantik!”
“Oi Oi…Biru ni lagi cantiklah!.”
“Ehem-ehem..” Ketiga-tiga beranak yang sedang bertekak mengenai warna langsir baru yang ingin dibeli terdiam apabila mendengar deheman Tuan Kyu Joong.
“Ma…Ambil biru.” Sempat lagi Yu Na memujuk sebelum terdiam apabila Tuan Kyu Joong menjeling tajam ke arahnya.
“Papa berkenan dengan warna pink ni.” Madam Hye Mi, Max dan Yu Na ternganga apabila melihat warna pink cair yang dipilih ayahnya.
“Eiii..Ma sejak bila papa jadi girly-girly ni..” Yu Na memandang Madam Hye Mi. Max mencucuk pinggang adiknya apabila papa mereka sudah memandang mereka tahap boleh pancarkan kuasa elektrik dah.
“Warna pink ni cantik apa.” Madam Hye Mi terus memeluk lengan suaminya sebelum membelek langsir yang berjaya menarik minat suaminya.
“Mama belot!” Max buat muka tak puas hati sebelum beredar ke tempat rehat yang disediakan oleh tuan kedai. Yu Na tergelak perlahan melihat telatah ahli keluarganya. Tiga bulan menetap di sini, dia sudah boleh membiasakan diri.
“Oi! Aku berambus dulu. Cakap dekat mama tak payah tunggu aku untuk makan malam ni.” Yu Na berbisik dengan Max sebelum beredar.

Hatinya terasa tenang apabila menjejak kaki ke sini. Tempat ini masih lagi cantik seperti dahulu namun hari ini meskipun hari minggu, kawasan tasik ini kelihatan agak lenggang.
Sebaik saja mendekati kawasan jambatan tasik Everlasting, nafas Yu Na seakan mahu terhenti. Meskipun ada ramai orang di depannya, dia hanya boleh nampak satu wajah yang cukup dirinduinya.
Apabila Ji Young memandang ke arahnya, dia segera berpusing ke arah lain. Jantungnya mula buat degupan tak seirama. Dengan cepat, dia meninggalkan tempat itu menuju ke destinasi yang ingin ditujuinya.
Dia melepaskan nafas berat sebaik saja sampai di pinggir tasik Everlasting. Nasib baik dia sempat lari sebelum bertembung pandangan dengan Ji Young. Kalau mereka bertentangan mata, dia sendiri tak tahu nak buat reaksi apa.
Sejambak lily yang dibeli diletakkan ke dalam tasik. Pandangannya Yu Na perlahan-lahan menyoroti gerakan bunga berkenaan yang perlahan-lahan meninggalkan pinggir tasik.
“Saya datang lagi. Ayah tak boleh bosan sebab saya rajin datang ke sini.” Yu Na tergelak kecil dengan ulahnya sendiri.
Yu Na menarik kaki seluarnya sehingga ke paras betis sebelum merendamkan kakinya ke dalam tasik. Air tasik yang sejuk tidak sedikitpun menggangunya.
“Semua ikan-ikan dalam tasik tu akan mati sebab bau kaki kau!” Berderau darah Yu Na apabila mendengar bisikan di telinganya.
Meskipun si empunya suara sudah duduk di sebelahnya, Yu Na masih tidak berani untuk berpaling ke arah tuan punya empunya badan. Dia belum bersedia. Heck! Dia tak akan pernah bersedia.
Yu Na, look at me.” Yu Na seram sejuk apabila jemari Ji Young menolak mukanya agar pandangan mereka bertemu.
I miss you.” Sebaik saja mendengar kata-kata itu, air mata Yu Na jatuh menitis ke pipi. Sebelah tangannya digenggam erat.
I miss you too. “Aku kena pergi” Yu Na terduduk kembali apabila Ji Young merentap pergelangan tangan gadis itu.
“Kenapa kau nak lari dari aku?” Wajah Ji Young berubah menjadi merah menahan marah.
“Aku dah musnahkan keluarga kau, Ji. Macam mana aku nak berhadapan dengan Lady Elena dan ahli-ahli keluarga kau yang lain?!” Yu Na menjerit kecil.
“Bodoh! Tak ada sesiapa yang kisah fasal tu. Kau dah tolong keluarga kami sebenarnya.” Yu Na memandang wajah Ji Young. Meminta pengertian.
“Meskipun lelaki berhati binatang itu dah mati, kau jumpa kembali ayah aku yang dah bertahun-tahun hilang. Kau tak tahu betapa gembiranya ibu sebaik sahaja dia ternampak ayah. Cinta yang hilang dari muka dia kini terpancar kembali dengan adanya ayah di sisi.” Ji Young memegang kedua belah pipi Yu Na sebelum mengucup bibir perempuan kesayangannya.
Yu Na tersenyum nipis. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terperasan sewaktu makam bawah itu meletup, ada sebatang tubuh turut tercampak ke sebelahnya. Dengan kudrat yang ada, dia menarik tubuh itu menuju ke arah luar makam. Kalau diikutkan hati mahu saja dia meninggalkan tubuh itu di situ namun hatinya berat untuk berbuat demikian. Siapa sangka orang yang dia selamatkan itu merupakan ayah Ji Young.
I love you.” Yu Na terasa dadanya kini lapang mendengarkan kalimah keramat itu.
“Kalau macam tu, kenapa kau dan Kim Bum menghilangkan diri begitu saja? Kenapa kau tak menghubungi aku?”
“Sebab ibu mahu mulakan kehidupan baru di tempat lain dan aku busy kumpul duit nak kahwin dengan kaulah! Dua bulan lepas, aku ada cari kau dekat Saphiere tapi kau dah pindah. Merata aku cari kau tapi siapa sangka takdir akhirnya menemukan kita di sini.” Yu Na tergelak kecil. Hatinya dipenuhi bunga-bunga bahagia kini.
“Yu Na, marry me?” Ji Young memandang dia dengan pandangan mengharap.
“Ji, aku tak dating dengan orang popular.” Muka Ji Young menjadi kelat sebaik saja mendengarkan kata-kata Yu Na.
“Tapi untuk kau, aku beri pengecualian!” Dan tawa meletus dari bibir kedua-duanya.
-THE END-

è           ->Akhirnya tamat jua cerita ni. Maaf untuk pembaca sekalian yang terpaksa tunggu lama. Dan terima kasih sebab masih lagi sudi menjenguk belog ini.
        -> Snow minta maaf jika ada jalan cerita yang bercanggah sementelah Snow sendiri dah lama tinggalkan cerita ni kerana sibuk.
è         ->Maaf terkurang rencah sana-sini.
è         ->Akhir kalam, jumpa di karya akan datang ^__^v

8 under spell:

Anonymous said...

wahhhh cik snow sgt besttt..tsgt best...even i dunno who u r....n how like u r..congrats..n i alwys b ur craxy silent reader....heheeh sgt suke baca smua enovel awk...n awk xpnah hmpakn pmbaca dgn lmbat update new entry...u no wat...sy dh bebelas kali khatam baca smua enovel awk...hihihi sgt best...keep it up...thumbs up utk awk....!¡¡¡¡!!!!

Snow_Queen said...

@anon: tengs sebab sudi baca n sudi komen =)
Terima kasih tuk compliment yg diberi..tanpa readers semua siapalah snow =)

Anonymous said...

daebak snow..

Lula An-Nada said...

uwa... best sangat cerita nih....

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaa..... best sanggat2.... dah lmew amie nak bcew cter nie... tapi msew lak membataskan hehehe... tapi as always u never let me down dear snow keep it up (^_^)

ps: cepat2 la sambung cter blood tie 2... hehehehe :)

love amie

Snow_Queen said...

@anon: Kamsa hamnida~~~

Snow_Queen said...

@lula: thank you..

Snow_Queen said...

@anon: thank you sudi singgah amie walaupun sibuk..
dh sambung pun..;p

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review