Sunday, July 8, 2012

My Butterfly-> 32

Posted by Snow_Queen at 12:02 AM

Yu Mi menghempaskan badannya atas katil sebaik saja selesai mandi. Dia memicit pelipis kanan.
Kehadiran Yu Na pada hari ini benar-benar memeranjatkan dia. Bagaimana Yu Na tahu kami semua dalam kesusahan? Adakah Yu Na memerhatikan kami selama ini?
Adakah Yu Na dapat melihat kesengsaraan Ji Young yang merindui Yu Na siang dan malam meskipun jejaka itu berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Yu Mi!” Yu Mi menjerit kecil akibat terkejut. Masakan tidak, sebaik saja dia membuka mata, wajah Yu Na berada di hadapan matanya.
“Yu..Kau!” Yu Mi membaling bantal ke arah Yu Na namun Yu Na berjaya mengelak balingan bantal Yu Na.
“Kau ni apa hal?” Yu Na berdiri bercekak pinggang dan memasamkan muka. Yu Mi bangun dan menggosok matanya untuk memastikan kali ini dia tidak bermimpi.
Yu Mi memandang ke arah tingkap. Seorang lelaki yang boleh tahan kacak berdiri bagaikan patung di situ.
“Kau..Benar-benar Yu Na?” Yu Mi bangun dan memegang pipi Yu Na. Yu Na mengangguk sebelum mengaduh kesakitan apabila Yu Mi menumbuk perutnya. Dia menahan nafas apabila terasa senak.
“Yu Mi…” Yu Na menggetap bibirnya. Ricky terus saja mendapatkan Yu Na.
“Yu Na..” Yu Na memberi isyarat kepada Ricky bahawa dia tak apa-apa.
“Eiii..Kalau ikut hati aku mahu saja aku sumpah kau jadi pokok kau tahu tak?! Kenapa kau tak muncul sepuluh tahun kemudian je? Selepas kami semua mati ke..” Yu Na hanya mampu tersengih bagaikan kerang mendengar bebelan Yu Mi.
Dia tahu Yu Mi benar-benar marahkan dia namun dia punyai sebab tersendiri untuk menghilangkan diri dari mereka semua.
“Kalau kau nak aku blah, aku berambus sekarang.” Yu Na sudah mahu bergerak ke arah Ricky namun Yu Mi terlebih dahulu memeluk batang tubuhnya.
“Jangan tinggalkan kami, Yu Na.” Yu Na melihat ke arah Ricky. Ricky mengangguk sebelum menghilangkan diri. Sempat dia memberi isyarat untuk mengingatkan Yu Na bahawa mereka tak boleh berlama-lama di sini.
“Maafkan aku. Aku terpaksa hilangkan diri.” Yu Na menepuk bahu Yu Mi yang masih menangis.
“Antara kami semua, Ji Young yang paling menderita.” Hati Yu Na bagaikan ditusuk sembilu mendengarkan kata-kata Yu Mi.
‘Aku pun rindukan dia…’ Ayat itu hanya mampu terluah di dalam hatinya.
“Apa yang terjadi pada Ji Young?” Sebaik sahaja Yu Mi sudah bertenang, dia menanyakan soalan itu.
“Dia kemalangan. Selepas makan malam bersama Lady Elena semalam, dia mendapat panggilan telefon dan bergegas pulang. Tak lama kemudian kami dapat tahu dia terlibat dengan kemalangan.” Berderau darah Yu Na mendengarkan kata-kata Yu Mi.
“Tapi…”
“Tapi?!”
“Tapi Ji Young tak dijumpai. Kami khuatir badannya tercampak keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam gaung.” Lemah semangat Yu Na mendengarkan hal itu.
“Ke mana kau pergi selama ni? Apa yang telah terjadi pada kau?” Kini giliran Yu Mi pula menyoal Yu Na.
“Ceritanya terlalu panjang, Yu Mi. Semuanya ada kaitan dengan Lady Aryana.” Yu Mi mengerutkan kening. Apa kena mengena Lady Aryana dan juga Yu Na.
“Lady Aryana merupakan moyang aku, Yu Mi. Lelaki yang kau nampak tadi merupakan pembantu Lady Aryana.” Ternganga mulut Yu Mi mendengar cerita Yu Na.
“Mo..Moyang kau tu hidup lagi?” Yu Na menggeleng. Yu Mi keliru.
“Aku tak tahu macam mana nak terangkan pada kau, Yu Mi. Apabila aku tidur, Lady Aryana akan mengambil alih tubuh aku.”
“Kenapa dia nak ambil alih tubuh kau?” Yu Mi bertanya lagi. Bertambah keliru fikirannya tika ini.
“Kebangkitan semula Lady Aryana adalah untuk menghalang semula kebangkitan Bilbert. Pengikut-pengikut Turion berhasrat untuk menghidupkan kembali ketua mereka sekaligus menguasai dunia kita dan dunia manusia.
Lady Aryana diseru kembali untuk menghalang perkara itu daripada berlaku tapi rancangan kami tak akan berjaya jika Elimination Stone tak dijumpai.”
“Aku nak tolong!” Yu Mi kelihatan begitu bersemangat apabila mendengar cerita Yu Na. Kini tahulah dia yang kehilangan Yu Na adalah bersebab.
“Tak boleh Yu Mi!” Wajah Yu Mi berubah mendengarkan kata-kata Yu Na.
“Aku pasti Kim Bum akan tolong kita juga.”
“Kau akan menyesal kalau kau libatkan Kim Bum dalam hal ini.” Yu Mi menggosok dahinya. Kenapa ayat Yu Na susah untuk dia cerna pula kali ini?
“Apa maksud kau?”
“Lord Devian ialah ayah Kim Bum. Dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan kembali Bilbert di muka bumi ini.
Sanggup ke kau bunuh dan hancurkan keluarga insan yang kau cintai? Aku terpaksa menghilangkan diri sebab aku tak sanggup untuk melukai hati Ji Young dan Lady Elena. Aku akan rasa bersalah seumur hidup kerana aku terpaksa membunuh ayah mereka.” Yu Mi tergamam seketika. Benarkah apa yang diucapkan oleh Yu Na?
“Pasti ada cara lain bukan?” Yu Mi menggengam jemari Yu Na.
“Tak ada jalan lain. Tak lama lagi, perang akan meletus. Kami akan memerangi pengikut Turion habis-habisan sehingga ke akhir nyawa kami. Yu Mi, janji dengan aku jangan ceritakan hal ini pada siapa-siapa hermmm?” Yu Na memandang dalam anak mata Yu Mi.
“Yu Na…” Bunyi ketukan di pintu membuatkan kedua anak gadis itu tersentak. Sebaik saja pintu bilik Yu Mi terkuak, Yu Mi memandang semula ke arah Yu Na namun Yu Na sudah menghilangkan diri.
Yu Mi memandang ke arah Kim Bum. “Kenapa tak tidur lagi?” Kim Bum tersenyum manis sebelum menghampiri Yu Mi yang nampak seperti orang mamai.
“Nak tidurlah ni.” Yu Mi tersenyum sebelum memeluk Kim Bum.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review