Sunday, July 8, 2012

My Butterfly-> 31

Posted by Snow_Queen at 12:00 AM

Yu Na membuka kelopak matanya. Dia mendengus perlahan. Semalam, mereka ‘menghidupkan’ Lady Aryana dan dia ditidurkan.
Namun sepanjang masa dia tak sedar itu, dia telah mengalami mimpi yang aneh. Lamunan paginya berkecai apabila pintu biliknya diketuk perlahan dan suara Ricky menjengah pendengaran.
“Masuk.” Lambat dia bersuara sebelum bangun dan menyandarkan badan ke kepala katil. Seluruh tubuhnya dirasakan lemah tak bermaya.
“Honey Dew ini akan tolong kau cergas kembali.” Ricky menghulurkan segelas jus kepada dia.
Yu Na mengucapkan terima kasih sebelum menghirup minuman berkenaan.
“Macam mana? Adakah kalian berhasil menemui Elimination Stone?” Yu Na memandang wajah Ricky. Ricky menggeleng sebelum mengeluh hampa.
Yu Na menepuk bahu Ricky perlahan tanda memberi sokongan.
“Kita dah tak ada masa. Mereka sekarang hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk bertindak. Mungkin pada malam ini, mungkin esok mungkin juga lusa. Siapa tahu.” Ricky bangun dan menarik langsir sekaligus membenarkan cahaya sang suria menerobos masuk ke dalam kamar cicit majikannya.
“Sekurang-kurangnya kita telah berhasil menakutkan Lord Devian.” Ricky memandang ke arah Yu Na yang mengukir senyuman nipis. Segera dia menghampiri apabila dilihat Yu Na mahu turun dari katil.
“Aku boleh bangun sendiri.” Yu Na menepuk bahu Ricky sebelum menghilang ke dalam bilik air.
“Selepas ini kita akan bermesyuarat dengan yang lain-lain.” Ricky meninggalkan bilik Yu Na sebaik saja anak gadis itu memberi respon pada ingatannya.

Aku mengelap sedikit cermin bilik air yang berwap. Dahi yang bertampal dengan plaster ditekan sebelum dia mengaduh kesakitan.
“Apalah yang moyang aku ni buat semalam.” Aku menggigit bibir dan meneliti luka di sebalik plaster berkenaan.
Baru saja kaki mahu melangkah masuk ke dalam bath tub, jantungnya berdegup kencang. Aku menelan liur.
“Siapa yang berada dalam kesusahan?” Aku segera melutut di hadapan bath tub dan meletakkan telapak kanan tanganku ke permukaan air. Meskipun aku tahu risiko menggunakan magis dikala badanku sedang lemah, aku nekad untuk berbuat demikian.
Aku memejam mata dan wajah Kim Bum serta Yu Mi muncul. Kedua-duanya kelihatan resah. Lady Elena dilihat tidak henti-henti mengelap air matanya.
“Macam mana boleh terjadi macam ni?” Lady Elena dilihat memeluk Yu Mi.
“Pihak berkuasa pasti akan jumpa Ji Young. Ibu jangan risau.” Kim Bum mengambil tempat di sebelah kiri Lady Elena.
Yu Mi dan Lady Elena kelihatan cemas apabila mendengar telefon bimbit Kim Bum berbunyi.
“Ya saya.” Suara Kim Bum kedengaran tegang. Sebaik sahaja panggilan tamat, Kim Bum memandang Lady Elena dan menggeleng kepala.
Aku buka mata apabila kedengaran bunyi ketukan di pintu beberapa kali. “Sepuluh minit.” Aku menjerit sebelum menuju ke arah shower.
Apa yang terjadi pada Ji Young? Aku menggetap bibir dan memulas paip shower membiarkan air sejuk bercucuran membasahi tubuhku.

Yu Mi tekejut apabila melihat bayangan Yu Na di dalam biliknya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.
Mungkinkah di depannya ini hantu? Dia mahu berlari mendapatkan Kim Bum yang berada di ruang tamu namun kakinya terasa berat melangkah.
“Yu Mi…” Yu Mi menelan liur apabila namanya diseru.
“Yu..Yu Na?” Kali ini, Yu Mi bergerak ke arah bayangan Yu Na yang sedang berdiri berhampiran katil. Tangannya cuba untuk memegang Yu Na namun gagal apabila tangannya menembusi bayangan Yu Na. Seolah-olah dia hanya memegang angin.
“Apa yang terjadi pada Ji Young.” Mendengarkan persoalan itu, marah Yu Mi membuak-buak.
“Ke mana kau pergi selama ini? Kau buat kami risau dan sekarang bila Ji Young ditimpa kecelakaan baru kau nak muncul? Jangan jadi pengecut Yu Na!” Yu Mi menenyeh mata untuk menghalang air matanya daripada jatuh ke pipi.
“Sayang.” Yu Mi memandang Kim Bum yang berdiri di depan pintu biliknya. Kening lelaki itu berkerut-kerut memandang Yu Mi.
“Yu Mi, beritahu aku apa yang berlaku pada Ji Young!” Suara Yu Na kali ini kedengaran terdesak.
“Ji Young dah hilang! Puas hati kau?!”
“Sayang, awak bercakap dengan siapa?” Yu Mi memandang pelik ke arah Kim Bum. Masakan Kim Bum tidak nampak Yu Na yang sedang berdiri di hadapannya?
“Awak tak nampak Yu Na?” Takut-takut Yu Mi bersuara. Kim Bum menggeleng kepala sebelum mendapatkan Yu Mi dan memeluk teman wanitanya itu.
“Yu Na…Ada di sini?” Kim Bum memandang ke serata bilik Yu Mi. Dia tahu siapa sebenarnya Yu Mi. Kemungkinan besar kenapa dia tidak boleh melihat Yu Na seperti yang didakwa Yu Mi adalah kerana dia bukan full blood witch. Mungkin…
“Yu Na, kalau kau ada sedikit hati perut kembali pada kami. Aku merayu…” Kim Bum berbicara dengan nada suara tegas.
Yu Mi memandang wajah Yu Na yang kelihatan sayu sebelum bayangan Yu Na menghilang.
“Dia dah pergi.” Yu Mi menangis di dada Kim Bum semahu-mahunya selepas itu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review