Saturday, July 7, 2012

My Butterfly-> 30

Posted by Snow_Queen at 11:58 PM

Ji Young merenung gambar di tangannya. Gambar Yu Na yang ditangkap secara sembunyi yang sedang tersenyum manis menyebabkan hatinya dilanda rindu.
Termasuk hari ini, entah sudah berapa hari Yu Na menghilang. Dia sudah kehilangan jejak masa. Puas dicari ke serata tempat namun sehingga kini usahanya tidak membuahkan hasil.
Kenangang bersama Yu Na, bermula dari hari mereka bertemu sehingga malam sebelum Yu Na hilang bermain lagi di ingatan.
Yu Na, my butterfly…” Dia mengeluh lagi. Entah mengapa kebelakangan ini kerap benar dia menyamakan Yu Na dengan haiwan itu.
Mungkin kerana peribadi Yu Na juga seperti haiwan berdarah sejuk itu sendiri. Nampak cantik namun dalam masa yang sama fragile?
Khayalan mengenai Yu Na berkecai dibawa angin apabila Kim Bum masuk ke dalam biliknya.
“Ada apa?” Kim Bum menggeleng kepala. Kalau dengar suara abang tirinya yang tak bermaya macam orang tak makan setahun tu, dia sudah dapat mengagak apa yang sedang bermain dalam fikiran Ji Young.
Mom would like to have a dinner with us today at Clamp’s.” Kim Bum mengerutkan kening apabila melihat wajah Ji Young berubah serta-merta.
Ji Young menggetap bibir. Restoran mewah itu adalah di mana pertama kali dia mengenalkan Yu Na pada ibunya.
“Dan ayah akan sertai kita malam ni.” Terbeliak mata Ji Young mendengarkan kata-kata Kim Bum.
“Kau bergurau kan?” Lambat-lambat dia menuturkan katanya itu.
“Tak!” Kim Bum meninggalkan abang tirinya sebaik saja menyampaikan pesanan Lady Elena. Namun entah mengapa hatinya kuat mengatakan Ji Young akan mencari helah untuk tidak menghadiri makan malam bersama ibu dan papanya hari ini.

“Lady Elena.” Lady Elena yang sedang leka menilik barang-barang antik di sebuah kedai terkejut apabila disapa secara tiba-tiba.
Terukir senyuman dibibirnya apabila melihat wajah si penyapa. Tanpa bertangguh, terus sahaja dia memeluk erat Yu Na.
“Dah lama ibu tak dengar khabar kamu dari Ji Young. Dari mana ni?” Yu Na tersenyum pahit apabila nama Ji Young meniti di bibir perempuan tua itu.
“Saya sibuk kebelakangan ini. Lady Elena buat apa di sini?” Sengaja dia berbasa-basi dan sesekali matanya meliar ke dalam kedai antik berkenaan.
Dia tersenyum sinis apabila sasaran yang dicari dapat dijejaki.
“Ibu saja jalan-jalan temankan pak cik kamu. Yu…” Belum sempat Lady Elena mahu bertanya sesuatu kepada Yu Na, Lord Devian terlebih dahulu menghampiri dan menggesa mereka untuk balik atau mereka akan lambat untuk makan malam dengan anak-anak lelaki mereka.
Wajah Lord Devian bertukar pucat apabila melihat wajah Yu Na. “Aryana..” Tanpa sedar nama itu terlepas daripada bibir Lord Devian.
“Kenalkan ini Yu Na, teman istimewa Ji Young.” Yu Na menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Lord Devian.
“Apa khabar Lord Devian?” Lord Devian hanya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Yu Na.
Lady Elena tersenyum manis sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam kedai atas alasan mahu melihat barang-barang di dalam kedai pula walhal dia mahu suaminya mengenali teman istimewa Ji Young dengan lebih rapat.
Wajah Lord Devian kini berubah seratus peratus apabila mendengar kata-kata Yu Na sebelum anak gadis itu beredar.
“Kita bertemu lagi Devian. Bilbert tak mungkin akan hidup kembali di dunia ini. Itu janji aku!” Meskipun Yu Na sudah lama berlalu pergi namun kata-kata gadis itu berjaya membuatkan Lord Devian tidak senang duduk.
“Siapakah gadis itu? Jelmaan Aryana? Tapi aku sendiri yang bunuh perempuan tak guna tu dengan tangan aku sendiri.” Dia mengeluh buat beberapa ketika sebelum mendapatkan Lady Elena yang sedang leka menilik barang-barang hiasan yang diperbuat dari rotan di dalam kedai.
“Aku tak boleh sertai makan malam hari ni.” Lady Elena terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu saja.
~~~
Bunyi api yang memamah arang kedengaran di setiap ruang penjuru makam bawah tanah. Lord Devian melihat makam sementara yang menempatkan Bilbert.
“Aryana masih hidup.” Lord Devian menggengam tangan kanannya.
‘Bunuh dia…’ Bisikan suara itu disertai dengan desiran angin yang datang entah dari mana.
Lord Devian berpaling ke arah belakang apabila terasa kehadiran seseorang. Wajah pucat Alice ditenung.
“Lady.” Lord Devian menundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat. Segarit senyuman yang terukir di bibir tidak terlihat oleh Alice.
Siapa sangka rancangannya menculik Alice dan menyeru roh tunang Bilbert itu kembali akan berjaya? Kini mereka hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali Bilbert.
“Ada apa-apa yang berlaku?” Ketegasan nada suara Alice memecahkan lamunan Lord Devian.
“Aryana masih hidup. Aku khuatir perempuan itu akan berbuat sesuatu untuk menggagalkan rancangan kita.” Ketawa Alice bergema. Lord Devian mengerutkan kening namun masih tak berani mengangkat pandangan.
“Mustahil! Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri kau bunuh dia. Melainkan…” Alice meleretkan senyuman.
“Melainkan?”
“Melainkan mereka menyeru Aryana kembali sama seperti kau menyeru aku. Menarik!” Alice ketawa sambil bertepuk tangan sebelum memandang tajam ke arah Lord Devian tiba-tiba.
“Mereka tak akan dapat berbuat apa-apa tanpa kehadiran Elimination Stone.” Kali ini Lord Devian mengangkat pandangan.
Kawasan sekitarnya berubah seratus peratus. Kiri dan kanan hanyalah hutan manakala di hadapan mereka terdapat sebuah paya.
Lord Devian menghampiri Alice apabila perempuan itu menggamit. Nun di dasar sebuah paya, dengan pertolongan cahaya bulan, kelihatan seketul batu bersinar-sinar. Batu yang digeruni oleh penghuni kegelapan, Elimination Stone.
“Hanya mereka yang benar-benar mantap jiwanya sahaja boleh masuk ke dalam paya ini. Jika ilmu cetek di dada, kemungkinan untuk hidup meskipun kau berjaya melepasi halangan-halangan yang terdapat di dalam paya ini adalah sangat tipis.” Lord Devian menyumpah apabila Alice menolak dia masuk ke dalam paya berkenaan.
Apabila kedengaran Alice ketawa nyaring, Lord Devian membuka matanya. Kini mereka berada di dalam makam sekali lagi.
Ketawa Alice membuatkan dia sakit hati. “Devian, kau masih tak berubah. Penakut dan bacul sama seperti dulu.”
Alice tersenyum sinis dan keluar dari makam tunangnya. Dada kanannya ditekan kuat. Bisa akibat memegang batu Elimination Stone masih ada.
“Jika mereka menjumpai Elimination Stone itu sekali lagi, peluang untuk Bilbert hidup kembali adalah tipis. Dendam dahulu, akan aku tamatkan apabila kita berjumpa lagi Aryana!”
Lord Devian menyapu tanah yang melekat di bajunya. ‘Ji Young….Gunakan Ji Young untuk mengalahkan Aryana.’ Kali ini desiran angin bertambah kuat.
Lord Devian mengangguk faham. Tujuan dia berkahwin dengan Elena dahulu pun bersebab. Ji Young adalah sebab itu.
Mereka akan gunakan Ji Young untuk melemahkan pihak lawan. Aryana tak akan berani bertindak sebarangan jika Ji Young di tangan mereka.
Lord Devian menyelak satu kain rentang yang terletak di satu sudut makam itu. Wajah seorang lelaki yang sedang berada dalam lena ditatap perlahan.
“Alfred, anak kau akan menjadi barang taruhan. Di mana kau saat dia memerlukan kau.” Kini tiba giliran Lord Devian ketawa nyaring.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review