Saturday, July 7, 2012

My Butterfly-> 29

Posted by Snow_Queen at 11:55 PM

Ji Young dan Kim Bum memandang Yu Mi yang kelaur dari bilik Yu Na. Apabila Yu Mi menggelengkan kepala mereka semua mengeluh serentak.
Sudah hampir sebulan Yu Na menghilangkan diri tanpa khabar. Setiap hari, pasti mereka akan memeriksa rumah Yu Na dahulu sebelum meneruskan pencarian mereka di tempat lain.
“Mungkin dia dah pulang ke Estonia?” Kim Bum memeluk Yu Mi. Yu Mi memandang wajah kekasihnya dengan pandangan redup.
“Aku yakin, kita akan berjumpa dengan dia kembali. Mungkin buat masa sekarang, kita harus meneruskan kehidupan kita seperti biasa.” Kim Bum memandang ke arah Ji Young. Ji Young hanya sekadar tersenyum pahit sebelum keluar dari rumah Yu Na.
“Kalau kau dengar suara hatiku, aku rayu pulanglah segera…” Ji Young menggumam sendirian. Salah diakah kerana terlambat untuk memberitahu Yu Na bahawa dia sudah jatuh cinta pada gadis itu pada kali pertama mereka bersua?
Kalau dia memberitahu rasa hatinya lebih awal, apakah Yu Na akan terus berada di sisinya? Ji Young mengeluh perlahan. Dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“Kelvin.” Ji Young mengerutkan kening apabila mendengar kata-kata pengurus peribadinya.
“Paris? Malam ni? Baiklah. Aku jumpa kau di lapangan terbang malam nanti.” Ji Young mematikan telefon bimbitnya.
Mungkin betul kata Kim Bum. Aku harus menjalani kehidupan aku seperti biasa. Meneruskan kerja yang aku minati.
Yu Mi yang melihat kereta Ji Young menderu pergi mengeluh perlahan. Dia melarikan pandangan ke arah langit.
“Yu Na, apa yang berada dalam fikiran kau?” Dia menggumam sendirian. Kehilangan Yu Na menjadi misteri sehingga kini.
Yang dia kesalkan, Yu Na langsung tidak meninggalkan jejak mahupun petunjuk di mana ataupun di mana untuk menjejaki gadis itu?
Let’s go.” Yu Mi tersentak apabila Kim Bum menyentuh bahunya. Yu Mi menarik segarit senyuman sebelum menutup pintu gelungsur balkoni rumah Yu Na.
“Di mana pun kau berada….Aku akan jejaki kau sehingga ke akhirnya!” Yu Mi memandang ke arah langit sesaat sebelum mengikut langkah Kim Bum yang sudah keluar dari rumah Yu Na.
~~~
Aku terbaring sambil beralaskan tanah dan berbumbungkan langit. Malam ini, entah mengapa aku rasa sayu sekali.
Wajah Ji Young, Yu Mi dan Kim Bum bersilih ganti menjengah fikiran. Makin dihalau makin galak kenangan-kenangan bersama mereka muncul. Akhirnya sebuah keluhan dilepaskan sebagai tanda kegalauan hati.
‘Apa khabar kalian semua? Adakah kalian mencari aku? Apakah kalian membenciku kerana aku menghilang secara tiba-tiba?’ Persoalan-persoalan yang tiada jawapan itu bermain di fikiran.
“Yu Na.” Aku buat tak endah apabila mendengar suara itu. Sudah sebulan bersama, aku sudah tahu siapa yang menjenguk meskipun hanya melalui suaranya saja.
“Apa yang merungsingkan kau?” Aku menjeling Ricky melalui ekor mata. Senyuman nipis tergaris di bibir. Siapa sangka kucing yang diberi nama Sammy ini sebenarnya merupakan pembantu Lady Aryana?
Dia yang mengetahui hal itu kali pertama dahulu seakan-akan mahu pitam saja apabila mengetahui siapa Sammy yang sebenarnya.
“Kalau semua masalah di dalam otak ni boleh dibentangkan di dada langit, sudah lama aku lakukan demikian untuk kau tengok, Ricky.” Aku bangun dan membuang rumput-rumput yang mungkin melekat di baju dengan niat mahu beredar.
“Adakah kau menyesal?” Soalan Ricky membuatkan langkahku terbantut. Menyesalkah aku?
“Masih tidak terlambat untuk kau undur diri.” Aku menelan liur sebelum melangkah dua tiga tapak sebelum berhenti.
“Untuk berundur kembali merupakan perkara mustahil, Rick. Apabila aku sudah mengetahui kebenaran, susah untuk aku berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.” Ricky tersenyum nipis sehingga bayang Yu Na hilang dari pandangannya.
“Pengorbanan yang kau buat, sesekali tak akan kami lupakan mengenainya Yu Na.” Ricky bangun dan membuang pandang ke arah pandangan di hadapannya.
Jambatan terbesar yang menghala ke arah Tirana dipandang sepi. Nun di sana, dia tahu orang yang diburu sedang bergerak bebas. Berpura-pura dan berlagak hidup seperti orang biasa walhal sedang merancang untuk menghidupkan kembali kejahatan di muka bumi.
“Devian, kita akan bertemu…tidak lama lagi.”





0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review