Saturday, July 7, 2012

My Butterfly-> 28

Posted by Snow_Queen at 1:40 AM

“Tok guru!” Aku mengetuk pintu rumah tok guru Denise beberapa kali. Selang beberapa ketika, kedengaran bunyi selak pintu dibuka dari arah dalam.
“Yu Na.” Lord Denise mengerutkan dahinya memandang wajah Yu Na yang terpacak di hadapan rumahnya pagi-pagi buta begini. Seekor biragon kelihatan berkeliaran di luar pagar.
“Ada apa?” Aku terus meluru masuk ke dalam rumah tok guru Denise tanpa berkata apa-apa.
“Maafkan saya kerana biadap sebegini.” Aku mengeluarkan kesemua dokumen yang berada di dalam bilikku dan menyuakannya pada tok guru Denise.
Lord Denise mengambil kesemua dokumen berkenaan dan membacanya satu per satu. Beberapa minit kemudian, Lord Denise meletakkan kesemua dokumen berkenaan ke atas meja.
Dia pandang wajah Yu Na yang tampak serabut. Rasa kasihan menjalar di dalam hati.
“Yu Na, ini takdir kau. Kau harus belajar menerimanya.” Aku memandang tajam ke arah Lord Denise.
“Saya mahukan jawapan. Berikan saya jawapan!” Aku menjerit kecil.
“Aku tak boleh beri kau jawapan. Jawapan yang kau cari, ada di sini. Kau hanya perlu lihat menggunakan mata hati.” Lord Denise menunjukkan ke arah dadanya.
Aku menutup wajah dengan telapak tangan. “ Saya harap semuanya tak serumit ini. Mengapa saya harus tinggalkan dia ketika hati saya sudah terbuka untuknya?”
Lord Denise mengerutkan kening. “Kamu bercakap mengenai siapa?”
“Ji Young. Yang datang dengan saya ke kedai atuk tempoh hari.”
Lord Denise mengerutkan kening. Wajah Ji Young sedikit demi sedikit muncul di fikirannya.
“Ah…Anak muda tu.”
“Adakah kami lahir semata-mata kerana mahu mengulangi sejarah lalu malah lebih teruk lagi? Kenapa wajah Lady Aryana harus seiras saya dan wajah Ji Young seiras G.D?” Lord Denise terkejut apabila nama G.D disebut.
“Kau kenal G.D?” Aku mengangguk.
“Semalam, saya ke Gleaneagles. Saya menemui sebuah mansion yang mungkin kepunyaan Lady Aryana. Di sana, saya telah melalui fenomena Vengeance apabila Yu Mi menghidupkan kembali memori rumah itu.”
“Mungkin Lady Aryana mahu kau tahu sejarah di sebalik pembunuhan kedua ibu bapa kau yang juga ada kena mengena dengan Lord Devian.”
“Saya tak mahu ambil tahu  apa pun sebabnya. Dan sekarang saya harus memusnahkan keluarga Ji Young. Bagaimana saya harus berbuat demikian?”
“Apa kena mengena Ji Young dengan perkara ini?” Lord Denise menjadi semakin pening pula.
“Lord Devian merupakan ayah tiri kepada Ji Young.” Lord Denise terkejut.
“Kalau begitu kau tiada pilihan lagi melainkan meninggalkan Ji Young. Kita tak mahu orang yang tak bersalah di apa-apakan.” Lord Denise bangun dan menuju ke arah dapur sebelum kembali ke ruang tamu kecilnya membawa segelas air.
“Minum ni. Kau akan rasa tenang sedikit.” Aku mengambil gelas air berkenaan dan meneguk minuman berkenaan sehingga habis.
“Ada benda yang kau perlu tahu.” Kata-kata tok guru Denise membuatkan aku berdebar-debar.
“Lord Devian merupakan orang kanan kepada Bilbert dan kini mereka sedang merancang untuk melebarkan kembali sayap kejahatan keluarga Bilbert. Mereka sedang menunggu masa yang sesuai saja untuk menguasai dunia kita dan dunia manusia.
Kebelakangan ni ada kes manusia biasa mati yang dibunuh bukan? Semuanya kerja Lord Devian. Kami percaya, itu merupakan petanda yang sengaja ditinggalkan oleh Lord Devian supaya kita semua tahu Bilbert akan kembali.” Lord Devian mendiamkan diri seketika.
“Saya pasti kita semua boleh selesaikan hal ini secepat mungkin. Nyawa penduduk Cascada terletak di tangan kita.” Aku menjadi semakin risau. Serasa seperti sebeban guni diletakkan dibahuku.
“Mereka mungkin akan ambil masa sedikit kerana mereka telah berpindah ke tempat persembunyian yang baharu dan kami masih mencari lokasi mereka juga mereka perlu lebih berhati-hati agar tiada lagi pengikut mereka mati…Di tangan Lady Aryana.” Ayat terakhir tok guru Denise membuatkan aku terkejut.
“Tapi Lady Aryana dah mati. Saya..”
“Benar dia dah mati namun rohnya diseru kembali oleh pembantunya yang bernama Ricky. Hanya Lady Aryana yang boleh menewaskan Bilbert.”
“Kalau begitu, saya mahu berjumpa dengan Lady Aryana.” Lord Denise memandang wajah Yu Na seketika.
“Lady Aryana berada dalam tubuh kau.”
“Hah?” Aku mengerutkan kening tanda tak faham.
“Apabila kau tidur, LadyAryana akan menguasai tubuh kau dan meneruskan misinya mencari Elimination stone yang hilang. Tanpa batu tu, peluang untuk menewaskan Bilbert adalah mustahil.
Setiap kali Lady Aryana menggunakan tubuh kau, kau akan berasa letih kerana dia menggunakan dua kali ganda tenaga dari badan kau.
Selain itu, memori kau mengenai magis juga menjadi lemah. Kau tahu kenapa aku tak pernah ajar kau apa-apa magis? Kerana jika kau menggunakan magis yang kuat, tenaga dalaman kau akan cedera.
Meskipun kita adalah witch, kita juga ada kelemahan. Kehidupan dan kuasa kita bukanlah seperti yang dipaparkan seperti di dalam televisyen.
Mustahil kita boleh berada di sesuatu tempat dengan hanya memetik jari. Semuanya memerlukan magis dan untuk menghasilkan magis yang kuat, tenaga dalaman kita perlu kuat atau kuasa magis itu akan memberontak balik dan sekaligus menyebabkan kita cedera.
Lord Heather mengetahui hal ini dan aku sedaya upaya menjaga kau seperti yang diminta.” Aku diam-diam mencerna kata-kata Lord Denise satu per satu.
Apa pun yang berlaku, semuanya tak boleh diundurkan kembali. Meskipun semuanya terasa seperti mimpi, aku tak boleh menipu diri sendiri dengan mengatakan semuanya akan baik-baik belaka.
Perang antara Turion dan kami akan berlaku dan kematian tak dapat dielakkan. Sama seperti dahulu. Sejarah sedang berulang kembali.
“Tadi tok guru menyentuh mengenai Bilbert. Bukankah lelaki itu telah mati? Sejarah telah menulis begitu.” Aku menyoal berdasarkan pembacaanku di library tentang sejarah Cascada.
Lord Denise tergelak kecil. “Kadang-kadang sejarah menipu kita. Kami juga percaya Bilbert telah mati kerana dibunuh oleh G.D tapi ternyata Bilbert masih hidup. Dia berada di mana-mana.
Kami sedang mengumpulkan orang-orang kami untuk berperang dan merancang strategi. Meskipun nyawa kita semua melayang, Bilbert dan Lord Devian harus mati. Sebelum tu, kita harus mencari kedudukan tepat mereka dahulu.” Lord Denise memandang ke arah luar. Cahaya matahari telah kelihatan. Sudah berapa lama dia dan Yu Na duduk berbincang?
“Saya ada cara untuk mengumpat Bilbert keluar dari sarangnya.”
“Bagaimana?”
“Pertama, kita harus mencari batu elimination tu secepat mungkin. Kedua, saya akan muncul di hadapan Lord Devian dan buat dia percaya Lady Aryana masih hidup.” Aku menggigit bibir.
Nampaknya, aku harus menggunakan Ji Young, Kim Bum ataupun Lady Elena untuk berbuat demikian.
“Apa pun, kami akan melatih kau seni mempertahankan diri secara personal sementelah magis yang boleh digunakan terhad dan Lady Aryana hanya boleh menguasai tubuh kau pada waktu malam dan bila kau tidur saja.” Aku mengangguk tanda setuju.
“Perempuan ni, siapa?” Aku menunjukkan gambar seorang gadis yang seiras Alice.
“Perempuan ni merupakan tunang Bilbert dahulu.” Aku terkejut mendengarkan kata-kata Lord Denise.
“Saya ada jumpa dia beberapa kali di alam mimpi dan sekali di alam nyata.”
“Terangkan.” Lord Denise menyuruh lalu tanpa bertangguh aku ceritakan mengenai mimpiku dan juga kewujudan Alice anak saudara Bertha.
“Kita perlu dapatkan Alice secepat mungkin. Mungkin, dia akan digunakan oleh Bilbert sementelah wajah Alice serupa seperti tunangnya.
Mungkin, Bilbert boleh menyeru roh tunangnya untuk menguasai badan Alice.” Lord Denise bangun dan mencapai robenya.
Dia menyuruh aku menunjukkan jalan ke rumah Bertha. Nasib kami baik kerana Bertha baru saja mahu ke tempat kerjanya apabila kami sampai.
“Alice?” Wajah Bertha bertukar menjadi muram.
“Beberapa hari lepas, dia menghilangkan diri. Aku dah laporkan pada pegawai berkuasa untuk mencari dia.” Aku memandang Lord Denise. Nampaknya kami mungkin sudah terlambat. Mungkin terlambat selangkah dari Bilbert.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review