Saturday, July 7, 2012

My Butterfly-> 27

Posted by Snow_Queen at 1:40 AM

Usai mandi, aku duduk baring di atas katil dan kini Yu Mi pula melangkah masuk ke dalam bilik air.
Bunyi deruan air mula kedengaran beberapa ketika kemudian. Aku mengeluh perlahan. Kejadian yang berlaku pada siang hari tadi benar-benar membuatkan aku rasa tak tenang.
Kalau Yu Mi tak mengenakan jampi untuk menghidupkan kembali memori rumah itu, agaknya sampai mati aku tak tahu mengapa papa beriya-iya menyuruh aku ke mansion berkenaan.
Khayalanku berkecai apabila telefon bimbitku bergegar menandakan ada panggilan masuk. Aku menggagau mencari telefon bimbit yang berada di bawah bantal.
Tanpa melihat nama pemanggil, aku terus saja menjawab panggilan berkenaan.
“Yu Na.”
“Max, ada apa?” Aku terus bangun dan menuju ke balkoni.
“Benda yang kau suruh aku siasat tu, aku dah hantar ke rumah kau melalui e-mel.” Aku menggigit bibir. Begitu cepat sekali kerja yang dilakukan Max.
Thanks bro. I owe you one.” Max tersenyum mendengar  kata-kata Yu Na.
“Kau okay? Perlukan apa-apa pertolongan?” Aku rasa tersentuh dengan keperihatinan Max padaku meskipun aku hanyalah anak pungut.
“Aku okay. Max, apa yang kau siasat ni, tolong jangan beritahu papa. Please.” Aku merayu.
“Aku faham Yu Na. Kau jangan risau. Mama rindukan kau. Kalau ada masa, kami akan turun ke Mauritania untuk melawat kau.” Wajah Madam Hye Mi menjengah fikiran.
I miss her too. Beritahu mama jaga diri baik-baik.” Setelah berbual untuk beberapa ketika, kami masing-masing mengucapkan selamat malam sebelum memutuskan talian.
Aku terkejut apabila melihat Yu Mi sudah duduk di atas katil.
“Nak?” Yu Mi menyuakan botol air sederhana besar padaku. Aku menggeleng sebelum duduk bersandar di kepala katil.
“Apa sebenarnya yang dah berlaku, Yu Na? Apa yang kau cuba sorokan daripada aku?”
Aku menutup mata dan imbasan mengenai kejadian hari ini mula berulang tayang di fikiran.
“Kau nampak tak wajah perempuan yang bunuh Lady Aryana?”  Aku mengubah topik perbualan.
“Wajah dia seiras Alice. Kau tahu, aku macam pernah nampak wajah lelaki yang berdiri sebelah perempuan tu tapi aku tak ingat.” Yu Mi menjulingkan mata. Dia tahu Yu Na cuba mengubah topik perbualan.
“Kau pergi ke telaga tu bukan?” Yu Mi memandang Yu Na yang mengangguk. Masih lagi memejamkan mata.
“Kau cari batu tu?”
“Batu tu dah tiada. Mungkin ada yang dah jumpa.”
“Yu Na, kau tahu aku rasa wajah kau seiras LadyAryana dan G.D yang seiras Ji Young, bukan satu kebetulan.” Kata-kata Yu Mi menarik minatku. Aku buka mata dan pandang ke arah Yu Mi.
“Mungkin benda tu satu petanda bahawa jodoh kau ialah Ji Young.” Yu Mi ketawa mengekek apabila Yu Na baling bantal ke arahnya.
“Yu Mi, kau suka Kim Bum?” Wajah Yu Mi serta-merta merah mendengarkan soalan Yu Na.
“Aku tak tahu.”
“Bila kita sampai di lobi tadi, dia jerit nama kau.” Wajah Yu Mi semakin merah.
“Tapi aku nak kau berfikir secara logik Yu Mi.” Yu Mi memandang wajah serius Yu Na.
“Pertama, dia manusia biasa. Kedua, adakah kau sanggup lepaskan kehidupan kau sekarang untuk bersama dengan Kim Bum? Dan rahsiakan asal-usul kau buat selama-lamanya.” Aku mengerutkan kening apabila melihat Yu Mi tergelak.
“Cara kau cakap macam Kim Bum tu bakal suami aku. Kami masih tiada apa-apa hubungan, okay?”
“Katakanlah kau bercinta dengan dia dan serius untuk hidup bersama, macam mana pula? Kau fikir atuk akan merestui hubungan kau orang berdua.” Yu Mi mendengus mendengarkan kata-kata Yu Na.
I don’t know. I’ll figure it out.” Aku memandang wajah Yu Mi yang tegang. Aku menghirup udara sebelum menghembuskannya kembali. Entah kenapa Yu Mi menjadi emosi secara tiba-tiba.
“Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Anggap aku tak pernah kata apa-apa.” Aku terus baring dan menarik selimut menyelubungi tubuhku.
‘Kau tak faham, Yu Mi. Aku takut. Aku takut kalau aku akan menyakitkan hati Ji Young dan Kim Bum sekaligus dan menyebabkan kau dan Kim Bum mustahil untuk bersama.
Aku tak tahu apa penemuan Max dan aku takut untuk mengetahuinya. Kalaulah kau tahu semua ini..’ Desis hatiku perlahan. Di sudut hatiku, masih ada benda yang tak boleh aku lepaskan meskipun hal itu sudah lama berlalu.
~~~
Yu Mi menggeliat. Dia bangun dan melihat katil Yu Na yang kosong dan kemas. Hatinya mula berdebar-debar.
Segera dia melompat turun dari katil dan membuka pintu bilik air. Kosong!
Matanya memandang kertas putih yang terlekat di cermin. Makin berdebar-debar hatinya.
Yu Mi, aku balik dulu. Emergency! Aku guna biragon kau.
-Yu Na
Yu Mi menggumpal nota yang ditulis Yu Na. Adakah Yu Na berkecil hati dengannya mengenai malam tadi?
Bunyi loceng bilik kedengaran. ‘Great. Dan sekarang aku kena tipu Ji Young dan Kim Bum pula.” Yu Mi mengeluh apabila merasakan aura Ji Young di depan pintu biliknya.
“Hai guys.” Yu Mi buka pintu dan melemparkan senyuman semanis mungkin.

Dokumen di tangan di teliti satu per satu. Wajah tiga orang lelaki dan seorang perempuan yang dicetak dalam warna hitam putih ditatap seketika sebelum kertas di tangan diteliti sekali lagi.
Aku melemparkan kertas di tangan ke atas meja sebelum memejam mata dan memicit pelipis.
“Mengapa hal ini jadi serumit begini…” Aku memandang ke arah langsir yang bergerak perlahan kerana ditiup angin pagi. Ketika manusia lain masih tidur, dia pula sedang berhadapan dengan realiti.
Aku mengambil pula dokumen lain dan membacanya satu per satu. Meskipun terasa letih, aku perlu mencari jawapan kepada setiap persoalan yang semakin memberatkan kepala dan kini apabila sudah bertemu jawapan, aku harus mengeraskan hati dan membuat keputusan.
Rupa-rupanya Lady Aryana merupakan moyangku. Tak hairanlah wajahku seiras dengannya.
Tentang Kim Bum pula, mengenai bagaimana dia boleh masuk ke Cascada adalah kerana ayahnya ialah Lord Devian yang juga musuh keluargaku.
Ini bermakna Kim Bum separuh manusia dan separuh witch. Mungkin Kim Bum tidak tahu apa-apa mengenai dirinya sendiri mahupun mengenai ayahnya.
Seperti cerita Ji Young, Lady Elena telah berkahwin dengan ayah Kim Bum, Lord Devian selepas beberapa bulan ayah Ji Young menghilang.
Kenapa dalam banyak-banyak lelaki, Lady Elena harus berkahwin dengan Lord Devian? Untuk bersama Ji Young, aku rasakan mustahil kini kerana aku terpaksa memusnahkan keluarganya.
Air mataku mengalir keluar menuruni pipi. Mengapa semuanya seperti mimpi. Baru saja aku mahu mengenali cinta, kini aku terpaksa memilih untuk melepaskan cinta itu pergi.
Aku mengambil kesemua dokumen-dokumen di atas meja dan menyumbatkan  kesemuanya masuk ke dalam beg sandang.
Hanya ada seorang lelaki yang boleh membantuku membuat keputusan!!

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review