Saturday, July 7, 2012

My Butterfly-> 26

Posted by Snow_Queen at 1:39 AM

“Jalan puaka mana kau bawa aku ni?” Yu Mi menggerutkan kening memandang jalan bertanah merah di hadapannya. Dia tak pasti di mana mereka sekarang. Apa yang dia pasti, mereka berdua kini sudah terputus hubungan dengan dunia luar.
Padanlah Yu Na menyuruh dia pakai kasut sukan dan mengenakan pakaian yang sesuai untuk mendaki.
Are you up for our little adventure, little girl?” Aku senyum mencabar.
“Humph!” Yu Mi mendengus kecil sebelum mengikuti langkah Yu Na yang makin jauh ke hadapan.
Sudah satu jam mereka berjalan dan tiada apa yang menarik di sekeliling mereka melainkan hutan tebal. Bunyi binatang-binatang hutan saling bersahutan seolah-olah memberitahu ada tetamu yang tak diundang telah mencerobohi tempat mereka.
“Kenapa kau tak ajak Ji Young dan Kim Bum datang ke sini sekali?” Soalan Yu Mi membuatkan langkahku mati.
“Sebab aku tak mahu mereka tahu kita ke sini.” Aku meneruskan langkah tanpa berpaling ke arah Yu Mi. Peta di tangan aku lihat sekilas sebelum memilih laluan kiri.
Bother to tell me why?” Suara Yu Mi kedengaran sedikit mengah.
“Yu Mi, kau boleh soal aku nanti. Sekarang apa kata kau simpan tenaga bercakap dan jalan?” Yu Mi memuncungkan mulut mendengarkan kata-kata Yu Na.
Aku jongket kening memandang Yu Mi yang tiba-tiba saja memeluk lenganku sebaik saja kami sampai di hadapan sebuah mansion lama.
Sebahagian bangunan mansion ini yang telah musnah dibakar api menambahkan lagi seram bangunan ini.
“Kau rasa tak?” Yu Mi berbisik halus. Dia menggosok tengkuk sebaik saja terasa bulu romanya tegak berdiri.
Come on.” Aku menolak pintu pagar besi dihadapanku. Bunyi yang dihasilkan pagar besi berkenaan akibat sudah berkarat menambahkan lagi rasa seram Yu Mi.
Aku menyuruh Yu Mi berjalan di sebelahku agar kami tidak terpisah. Dengan penuh berhati-hati kami berdua melalui pintu masuk yang separuh terbuka.
Aku meneliti ruang dalaman mansion yang masih terselamat dari terbakar. Yang ada hanyalah tangga marmar yang telah berlumut, beberapa perkakas selain dari kepala binatang-binatang liar yang di awet yang tersusun di atas para dan tumbuhan-tumbuhan liar yang menjalar di dinding.
“Yu Mi, kita kena berpecah. Kau tengok apa saja barang mencurigakan dan bawa benda-benda tu pada aku. Kita jumpa di sini dalam masa dua puluh minit?” Mata Yu Mi terbeliak sebaik saja mendengar kata-kata Yu Na.
“Ka..Kau bergurau kan? Semua barang dalam rumah ni pelik.” Yu Mi enggan ditinggalkan sendirian.
“Yu Mi, kenapa kau tiba-tiba jadi pengecut ni?” Aku sedikit menyampah dengan kelakuan Yu Mi hari ini.
“Bukannya aku takut tapi…Aku rasa tak sedap hatilah.” Yu Mi sudah merengek kecil.
Fine! Jom kita naik atas.” Aku menarik lengan Yu Mi dan menuju ke bahagian atas. Oleh kerana tangga mansion ini sudah diselaputi lumut, kami terpaksa lebih berhati-hati agar tiada sesiapa yang tergelincir.
Sebaik kami sampai di ruang atas, kami masing-masing ternganga apabila mendapati terdapat berpuluh-puluh bilik di tingkat atas. Aku memandang Yu Mi.
“Kita nak periksa semua bilik ke?” Yu Mi kelihatan tak selesa.
“Kita akan keluar dari sini sebelum matahari terbenam, okay?” Aku memberi janji. Yu Mi mengangguk. Harap-haraplah mereka sempat keluar dari sini. Bermalam di sini? Dia lebih rela tidur dalam hutan yang dipenuhi binatang liar.
Aku dan Yu Mi berpecah. Aku menuju ke arah barat manakala Yu Mi ke arah timur.


Aku bergegas mendapatkan Yu Mi sebaik saja mendengar Yu Mi menjerit kecil. Sebaik saja aku tiba di hadapan sebuah bilik, kelihatan Yu Mi sedang berdiri tegak memandang dinding.
“Apa hal?” Aku masuk ke dalam bilik berkenaan mendapatkan Yu Mi. Yu Mi tak menjawab dan aku memandang ke arah yang dilihat Yu Mi.
Sama seperti Yu Mi, aku juga terkejut apabila melihat potret hitam putih besar di hadapan kami. Seorang gadis berpakaian lama sedang duduk memegang buku tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
“Dia serupa dengan kau.” Yu Mi memandangku. Aku menghampiri potret berkenaan. Aneh! Jantungku berdegup laju memandang potret berkenaan.
“Hampir. Gadis ni ada lesung pipit, aku tak ada.” Aku melihat ada tanda tangan artis di sudut paling bawah sebelah kiri potret berkenaan.
Devian
“Yu Mi! Apa yang kau cuba buat ni?” Aku memandang Yu Mi yang terkumat-kamit sedang membaca sesuatu sebelum dia menyentuh potret berkenaan. Sebaik saja Yu Mi menyentuh potret berkenaan suasana di sekitar bilik berubah.
“Apa yang kau dah buat?” Aku menggetap gigi memandang Yu Mi yang tersengih-sengih.
“Rumah ni ada sejarahnya. Dan aku pasti kau juga nak tahu sejarah di sebalik rumah ni.” Aku menjulingkan mata ke atas.
“Tapi tak payahlah sampai nak guna spell untuk ‘hidupkan’ memori rumah ni.” Aku menggumam sendirian sebelum memandang ke arah hadapan.
Di hadapan kami, seorang gadis yang berwajah serupa denganku sedang mengikat rambutnya sebelum pintu bilik diketuk.
“Lady Aryana.” Aku memandang Yu Mi dan mengisyaratkan agar kami mengikuti langkah gadis itu yang telah keluar dari bilik ini menuju ke luar bersama dengan orang gajinya.
Kami menuju ke bawah. Pembantu rumah tadi menolak sebuah pintu sederhana besar sebelum menahannya.
Perempuan yang digelar Lady Aryana tadi mengucapkan terima kasih sebelum masuk. Kami juga mengikuti langkah Lady Aryana.
Di dalam bilik berkenaan terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berbincang dengan suara agak perlahan.
“Lady,” seorang lelaki bangkit dari duduknya mendapatkan Lady Aryana.
“Ada apa, Denise?” Aku terkejut mendengar nama yang muncul dari mulut Lady Aryana.
Denise as in orang tua kedai antik tu?” Yu Mi memandangku namun aku hanya memberi isyarat agar Yu Mi mendiamkan diri sebelum menghampiri kumpulan perbincangan berkenaan.
“Keluarga Bilbert tu betul-betul dah melampui batas. Mereka sanggup membunuh orang-orang yang tak bersalah semata-mata mahukan kuasa.” Seorang perempuan berambut blonde panjang separas bahu melepaskan ketidakpuasan hatinya.
“Mereka akan melakukan pemberontakan. Kini mereka hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk berbuat demikian.” Lord Denise memandang Lady Aryana.
“Kita tak akan benarkan mereka berbuat demikian. Kumpulkan orang-orang kita pada malam ini di sini. Kita akan memerangi mereka habis-habisan.” Lady Aryana bersuara. Aku terkebelakang sedikit apabila Lady Aryana memandang tepat ke arahku.
“Sayang.” Seorang lelaki berjalan menembusi badan Yu Mi. Yu Mi kelihatan sedikit pucat kerana terkejut.
“G.D.” Aku terkejut apabila melihat wajah lelaki yang memanggil Lady Aryana dengan panggilan sayang.
Aku memandang Yu Mi namun kami masing-masing hanya mampu berbicara melalui mata saja.
Sedar-sedar, kami sudah berdiri di hadapan mansion. Hari telah malam dan jamung api kelihatan di mana-mana.
“Malam ini, akan menentukan hidup dan mati kita. Anda bersama kami?” G.D memandang rakan-rakan seperjuangannya. Masing-masing semangat melaungkan suara tanda memberi sokongan terhadap pasangan suami isteri di depan mereka.
Belum sempat Lady Aryana berucap, letupan besar telah berlaku. Aku dan Yu Mi sama-sama menundukkan badan kami sebagai tindak-balas kepada kejadian letupan berkenaan.
Dalam sekelip mata, ruang di hadapan mansion itu telah berubah menjadi medan peperangan.
Berbelas atau mungkin juga berpuluh lelaki berpakaian serba hitam menggempur masuk ke dalam mansion.
Dalam kekalutan itu, aku melihat seorang orang gaji telah membawa lari seorang budak lelaki menuju ke arah hutan.
Belum sempat aku mengekori orang gaji berkenaan, situasi berubah lagi. Kali ini, aku dan Yu Mi berada di dalam sebuah terowong di bawah tanah.
Bunyi derapan tapak kaki yang berlari membuatkan aku curiga. Beberapa ketika kemudian, muncul G.D dan Lady Aryana.
“Tinggalkan tempat ni. Selamatkan anak kita.” G.D memegang kejap bahu isteri kesayangannya.
“Tapi,”
I love you, sweetheart.” Mendengarkan kata-kata G.D, hatiku turut berdebar. Sweetheart..Suara Ji Young bergema di fikiran.
G.D mengucup bibir Lady Aryana lama seolah-olah mengetahui mereka tak akan berjumpa lagi. Lady Aryana sudah mengalirkan air mata.
“Ambil ni dan sorok di mana-mana. Batu ni tak boleh jatuh ke tangan Devian mahupun Bilbert.” G.D mengucup dahi Lady Aryana sebelum berpatah kembali naik ke atas.
Lady Aryana melarikan diri menuju ke dalam hutan. Dalam kesamaran malam dan hanya diterangi cahaya bulan, dia kini berdiri di hadapan sebuah telaga lama.
Lady Aryana melihat ke kiri dan ke kanan sebelum campak turun batu yang diberi suaminya. Sesudah itu, dia mengenakan jampi terhadap telaga berkenaan agar telindung daripada pandangan musuh.
Belum pun sempat Lady Aryana melangkah jauh, anak panah terlebih dahulu menembusi dada kiri perempuan berketurunan bangsawan itu.
Seorang perempuan dan lelaki menghampiri mayat Lady Aryana. Hampir berhenti degupan jantungku apabila melihat muka pembunuh Lady Aryana dan serentak dengan itu, keadaan mula menjadi normal seperti sediakala.
Aku memandang Yu Mi sebelum memandang ke arah luar. Hari sudah semakin petang dan kami ada masa selama dua jam sahaja untuk keluar dari sini.
“Yu Mi..” Aku memandang Yu Mi.
No! kita harus keluar dari sini sebelum malam. Lagi pun Ji Young dan Kim Bum akan risau kalau kita tak muncul-muncul. Siapa tahu mereka akan buat apa untuk mencari kita?” Kata-kata Yu Mi membuatkan aku sedikit kecewa.
Pada Ji Young dan Kim Bum, kami hanya menyelitkan sekeping kad menyatakan pemergian kami ke Bandar untuk membuat sedikit kajian.
Baru saja kami berdua melangkah keluar dari mansion berkenaan, aku memegang lengan Yu Mi.
“Tunggu aku di kereta. Aku akan kembali secepat mungkin!” Sebelum sempat Yu Mi berkata apa-apa, Yu Na telah menghilangkan diri terlebih dahulu menuju ke arah hutan yang terdapat di belakang mansion berkenaan.
~~~

Aku dan Yu Mi sama-sama merebahkan tubuh kami di atas sofa yang terdapat di lobi. Jarum jam telah menunjukkan pukul sepuluh malam sebaik saja kami sampai di hotel.
Orang yang berada di sekeliling kami pasti menganggap kami kurang waras kerana muncul dalam keadaan selekeh dan ada beberapa ranting kecil di atas kepala namun aku mahupun Yu Mi dah tak berdaya untuk bergerak meskipun untuk membuang ranting kecil atau pun daun di atas kepala.
“Yu Na!”
“Yu Mi!”
Aku dan Yu Mi sama-sama terkejut apabila mendengar nama kami dipanggil sebaik sahaja kami hampir terlelap.
Yu Mi melentokkan kepalanya di bahuku. Seluruh badannya terasa sengal-sengal sedikit.
“Mana kau orang berdua pergi?” Ji Young memandangku dan Yu Mi dengan pandangan risau.
“Buat sedikit kajian.” Yu Mi menjawab bagi pihakku.
“Kajian apa sampai comot macam ni?” Kim Bum pula menyampuk.
“Kajian masuk hutan. Aku penat. Boleh tak kita bercerita esok-esok saja?” Aku dan Yu Mi sama-sama bangun dan menuju ke arah lif.
Alangkah indahnya jika lif ini boleh terus terbang ke tingkat lima. Aku sudah merapu sendiri. Namun wajahku menjadi sedikit hangat apabila terbayang wajah perempuan yang membunuh Lady Aryana.
Perempuan itu memiliki wajah seperti Alice, anak saudara Bertha. Kebetulan apakah ini? Dan lelaki yang berada di sebelah Alice itu, siapa?
Apa sebenarnya yang telah berlaku? Siapa Alice sebenarnya? Siapakah Lady Aryana yang memiliki wajah seirasku?
Aku mendengus. Makin banyak persoalan baru muncul di dalam kepala. Nampaknya meskipun kedudukan Devian dapat aku jejaki, aku tak akan dapat hidup dengan aman sementelah ada cerita lain pula di sebalik misi kali ini.
Aku memegang dinding lif apabila terasa lif ini sedikit bergegar. Serta-merta bayangan telaga yang berada di belakang mansion terbayang di fikiran.
Telaga itu masih utuh di situ namun batu yang disorokkan oleh Lady Aryana sudah tiada. Siapa yang mengambil batu berkenaan?
Batu apakah itu sehingga menyebabkan nyawa ramai insan yang tak bersalah melayang?
Sementara itu, Kim Bum berbalas pandangan dengan Ji Young. Ji Young hanya angkat bahu.
“Nampaknya kita terpaksa tunggu esok untuk dengar penjelasan mereka.”

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review