Sunday, July 22, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫5✫

Posted by Snow_Queen at 1:36 PM

Lima orang pemuda masuk ke dalam sebuah kelab. Kehadiran mereka mencuri perhatian hampir kebanyakkan gadis di kelab itu.
Lantai tari sudah dipenuhi oleh manusia semenjak dari kelab itu dibuka. Kelima-lima orang pemuda itu menuju ke arah satu sudut yang terlindung.
Mereka mengambil tempat duduk sebelum pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.
“Kau pasti ke orang yang dapat menolong kita untuk cari Hyness selalu melepak di sini?” Jae Joong memandang Yunho. Yunho mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Jae Joong.
“Tak mustahil bukan? Lagi pun kelab ini hot spot untuk golongan kita kalau kau perasan.” Yunho memandang ke arah sekumpulan lelaki yang sedang duduk di bar.
Empat pasang mata turut memandang ke arah bar. Jae Joong mengangguk tanda puas hati.
“Ada sesiapa yang nak menari?” Junsu sudah bangun daripada duduknya. Yoochun dan Max bangun untuk mengikut Junsu ke lantai tari.
“Kau tak nak menari?” Jae Joong memandang Yunho.
Yunho tersenyum. “Aku tunggu seseorang and you know who…” Senyumannya dileretkan.
Jae Joong tergelak kecil sebelum bangun dan menuju ke arah satu pintu yang terletak jauh daripada pandangan mata manusia.
“Hai seksi…” Yunho memandang seorang gadis bersanggul dan berpakaian agak seksi memandang ke arah dia sebelum duduk di sebelahnya.
Yunho melingkarkan tangannya ke pinggang gadis itu sebelum mengucup pipi gadis berkenaan. Gadis itu tergelak kecil.
“Ada apa-apa berita?” Yunho bertanya sambil meneguk minuman. Sesekali matanya meliar ke sekitar kelab.
“Ada. Beberapa hari lepas salah seorang orang bawahan Hawk, orang kanan Hyness muncul di sini. Tapi aku tak dapat nak dengar apa yang mereka bualkan.” Kyra mencapai gelas yang berada dalam pegangan Yunho sebelum turut meneguk minuman tu.
Ekor matanya menangkap kelibat seseorang yang masuk ke dalam kelab. Kyra memegang kedua belah pipi Yunho dan mengusapnya. Yunho tayang sengih.
Well darling, arah jam tiga. Seorang lelaki berkot putih sedang mengorat perempuan di bar.” Yunho melihat ke arah yang dikatakan Kyra dengan ekor matanya.
“Aku benci nak berpisah dengan kau. Selesaikan urusan di sini secepat mungkin dan datang ke Frost.” Yunho mengucup bibir Kyra sebelum menghilangkan diri mendapatkan teman-temannya.
Kyra meneguk minuman di dalam gelas sehingga habis sebelum beredar ke lantai tari untuk mendapatkan dua orang kawannya.

Well…Well…Well..Having a good time?” Black berpaling ke arah belakang apabila dia ditegur.
Figura lima orang lelaki menyapa pandangannya. Dia memerhatikan wajah di hadapannya satu per satu.
“Aku tak rasa kita saling mengenali?” Angkuh kedengaran suara Black. Dia memandang kembali ke arah gadis yang sudah pengsan di dalam dakapannya.
Baru sahaja dia mahu menyambung kembali makan malamnya yang tertangguh, dalam sekelip mata, tubuhnya melayang jauh sebelum sempat dia buat berbuat demikian.
“Junsu, perempuan tu kepunyaan kau.” Jae Joong memandang Junsu. Junsu tayang sengih dan terus mendapatkan mangsa Black.
“Aku tak ada urusan dengan kau orang.” Black menyapu bibir yang berdarah dengan telapak tangannya.
“Memang tak ada tapi kami ada urusan dengan Hyness.” Wajah Black berubah menjadi bengis apabila mendengar nama yang disebut oleh Max.
“Ada apa-apa sebab untuk aku mengenali lelaki yang kau orang cari?” Black mengepal buku lima. Bersiap sedia untuk menyerang tiga lelaki di hadapannya.
“Macam mana kau tahu dia lelaki kalau kau tak kenal? Hyness tu mungkin juga perempuan…” Yoochun tersenyum sinis.
Damn it!” Tanpa sebarang amaran, Black terus sahaja menyerang Yoochun.
Yoochun menangkis setiap serangan Black dengan mudah. Apabila lelaki itu mahu melayangkan penumbuk ke muka Yoochun, terus sahaja dia menumbuk perut Black menyebabkan Black melayang ke dinding.
Beberapa rekahan di dinding kelihatan sebaik sahaja badan Black mengentam permukaan dinding berkenaan.
Max menghampiri Black dan mencekak kolar baju lelaki itu dengan sebelah tangan sebelum sekali lagi menghentak badan lelaki itu ke permukaan dinding di belakangnya.
Black mengaduh kesakitan. Darah mula keluar dari bibirnya. Mata Max yang pada asalnya berwarna coklat serta-merta berubah menjadi warna merah.
“Max.” Max memandang ke arah Jae Joong. Jae Joong dan Yoochun menghampiri.
“Di mana kami boleh cari Hyness?” Jae Joong menyoal. Black meludah darah ke atas lantai. Dia hanya merenung wajah Max yang bagaikan singa kelaparan.
“Aku pada asalnya mahu memudahkan perkara ni tapi nampak gayanya kau suka buat benda yang mudah menjadi susah.” Jae Joong mengambil alih tempat Max dan mencekik batang leher Black.
Black melihat anak mata Jae Joong sudah bertukar warna ke warna gold dan entah kenapa dia tak dapat hendak melarikan pandangan matanya daripada renungan Jae Joong.
Beberapa saat kemudian, Black menjerit seolah-olah dia sedang berada di dalam kesakitan yang teramat sangat.
Yunho yang sedang cover line di depan untuk rakan-rakannya menggaru leher. Uh..Mesti Jae Joong sedang memanipulasi fikiran mamat tu desis hatinya.
Black terbatuk-batuk. “Aku tak tahu. Bukan semua orang tahu mengenai Hyness. Hanya orang-orang kepercayaan Hyness saja yang tahu di mana lokasi lelaki itu.” Black bersuara akhirnya setelah puas diseksa Jae Joong.
“Macam Hawk?” Yoochun bertanya.
“Aku tak pasti jika boss aku tahu di mana Hyness. Mereka bergaduh baru-baru ni.” Jae Joong memandang Yoochun.
“Mana kami dapat cari Hawk?” Jae Joong menyoal pula.
“Aku tak tahu.”
“Kita tak mahu rumitkan keadaan…” Nada suara Jae Joong mengandungi amaran.
“Betul aku tak tahu. Selepas bergaduh dengan Hyness, boss terus menghilangkan diri.” Black menceritakan hal sebenarnya.
“Aku dah beritahu apa yang aku tahu. Lepaskan aku.” Black memandang Jae Joong.
“Macam mana kami mahu mengenali Hawk? Ciri-ciri fizikal dia?” Jae Joong menyoal lagi.
“Tinggi macam mamat ni.” Black menunjukkan ke arah Max.
“Rambut panjang separas bahu berwarna blonde, ada tatu ular di lengan kiri dia.”
“Berkemungkinan ada beratus-ratus mempunyai fizikal yang sama kalau ikut apa kata kau. Spesifik sikit!” Yoochun menyergah.
“Dia ada lesung pipit dan parut sepanjang lima cm di leher. Tahi lalat di sebelah bulu kening kanan.” Jae Joong melepaskan Black. Dia memandang Yoochun.
Black terbatuk-batuk. Dia terduduk di atas jalan raya dalam keadaan yang lemah.
“Max, he’s yours…” Jae Joong meleretkan senyuman.
Mata Black terbeliak mendengar kata-kata Jae Joong. Yoochun dan Jae Joong berpaling ke hadapan.
Max pula, tidak menunggu lama untuk mengerjakan mangsanya.
Gross!” Yoochun buat muka mendengar bunyi Max sedang menghadap makan malam extranya.
Sebaik sahaja Max selesai, Yoochun dan Jae Joong kembali memandang Black yang sudah kaku.
Yoochun menggeleng. Habis agaknya darah mamat ni dikerjakan dek si Max ni.
Jae Joong menghampiri mayat Black sebelum menuang minyak tanah dan membakar mayat berkenaan sebelum beredar. Sebelum itu, dia memastikan bahawa tiada bukti yang mencurigakan tertinggal.
“Macam mana dengan perempuan tu?” Soal Yunho pada Junsu sebaik sahaja mereka sampai ke rumah.
“Calar di beberapa tempat selain daripada kesan gigitan di leher. Aku dah kawal emosi dia. Mungkin akan mengalami trauma dalam jangka masa yang panjang tapi dia tak akan ingat sebab apa. Aku naik dulu.” Junsu mengucapkan selamat malam sebelum menghilang ke biliknya. Begitu juga Max.
“Dan…Macam mana kita nak cari mamat Hawk ni?” Yoochun menyoal.
Yunho pandang Jae Joong. Jae Joong jongket bahu.
Just to inform you guys, IU dan yang lain-lain akan datang pada minggu depan.” Yoochun memaklumkan mengenai kehadiran tunangnya. Wajah Yunho bercahaya tiba-tiba.
“Jangan buat muka macam tu Yunho. Macam lelaki miang dah aku tengok.” Jae Joong menyelar Yunho.
“Kepala kau.” Yunho menjegilkan matanya. Ada ke wajahnya yang hensem dan mampu mencairkan hati banyak wanita dikatakan macam lelaki miang?
“Ada orang cemburu…” Yoochun mengejek. Jae Joong menjeling tajam ke arah Yoochun.
“Aku berdoa agar kau jumpa soul mate kau secepat mungkin.” Yunho mengelak apabila Jae Joong baling bantal kecil ke arahnya. Sempat lagi dia mengusik Jae Joong sebelum menghilangkan diri masuk ke dalam bilik. Yoochun juga begitu.
Jae Joong merenung siling. Bunyi suara haiwan-haiwan hutan tidak menjadi gangguan padanya.
Hakikatnya dia memang cemburukan Yunho, Yoochun dan Max kerana telah menjumpai soul mate mereka.
Yang masih single kini hanya dia dan Junsu. Uh! Max yang kebudak-budakkan tu pun dah ada tunang.
Bukannya tiada yang mahu mendekati cuma dia tak merasai perasaan istimewa terhadap gadis-gadis yang mahu mendekati. Dia mengeluh perlahan sebelum beredar ke biliknya yang terletak di tingkat tiga.

Aku mengerutkan kening apabila melihat lampu dapur masih terpasang. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas.
Dah pukul dua pagi dan aunty Celia tak tidur lagi?
Aku melihat ke arah aunty Celia yang sedang menaip sesuatu di computer ribanya.
“Aunty tak tidur lagi?” Celia memegang dadanya apabila Hanna muncul tiba-tiba di hadapannya.
“Ada kerja sikit. Kamu tak tidur lagi?”
“Dahaga.” Aku mengambil sebiji gelas dan menuang air mineral ke dalamnya.
“Kenapa muka aunty nampak serabut? Masalah kerja?” Aku bertanya lagi.
Celia mengeluh perlahan. Dia menilik wajah pucat Hanna yang tanpa make up.
“Berkemungkinan besar aunty akan di hantar ke Deusk City menghadiri kursus di sana selama sebulan setengah.” Aku mengerdipkan mata beberapa kali. “Cool. Bila aunty nak pergi.”
Celia mengerutkan kening mendengar kata-kata Hanna.
“Kamu ingat aunty akan tinggalkan kamu di sini seorang diri?”
“Hanna dah besar aunty. Lagi pun Cat boleh temankan Hanna.” Aku buat kening double jerk. Di dalam hatiku sudah menjerit kegembiraan.
Aku akan bebas selama sebulan setengah! Dan aku tak akan jemput Cat ke mari. Sudah lama aku berangan-angan mahu tinggal sendirian.
Celia mengerutkan kening mendengarkan kata-kata Hanna. Entah mengapa hatinya berat untuk meninggalkan Hanna.
“Lagi pun, Hanna ingat nak kerja bila cuti semester bermula. See..Bukannya Hanna akan memerap di rumah sepanjang hari.
Dan Hanna dah janji nak tolong Cat di kedai dia.” Aku memujuk aunty Celia lagi agar dia tak berat hati untuk meninggalkan aku.
Haha…Sejak bilalah aku baik hati sangat nak tolong Cat di Sweet Air.
“Uh..Kita tengok sajalah nanti. Lagi pun semuanya masih dalam peringkat perbincangan.” Celia menutup computer ribanya.
“Hanna cakap saja. Kalau aunty terpilih nak ke sana, terima sajalah tawaran tu serta-merta.” Aku tarik sengih sebelum beredar naik ke atas.

6 under spell:

Anonymous said...

THANKS A LOT CIK SNOW...1 SB YG WAT SY HARI2 BUKAK BLOG NIE...SEBAB!!~~ cik snow rajin update entry...gud job cik snow...cecepatlaa update lagi ye...sentiasa tunggu entry dari cik snow...alwaysss!!~citer nie sgt best~~~~

Anonymous said...

hanna tu pun vampire jgk ea? Agak konpius jgk dgn citer nim. Mcm bnyk konflik je.But konflik tu buatkn sy xsbr nk baca smbungnnya. Aja aja fighting writer.

Anonymous said...

cik snowwwwwwwwwwwwww~~~ lalalal cepat la update...ari2 bukak nieeee...kyaaaaaaa update skali bnyk2 pun xpaaaaa...hihihihihi ^_____^

Anonymous said...

cik snowwww...cepattlaaa new entry...pls pls pls plssss<-------- smbil kelip kelip mata ^______________^

Anonymous said...

cik snow...dh lama xupdate :'(

Anonymous said...

cik snow, citer ni memang best~ suker sangat!!!sambung cepat2 tau~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review