Sunday, July 22, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫4✫

Posted by Snow_Queen at 1:33 PM

Aku mengerutkan kening apabila terasa tanganku direntap berkali-kali. Aku mendengus sebelum merentap tanganku kembali dan menarik comforter menyelubungi seluruh tubuhku.
“Hanna! Wake up! Kita dah lambat ni!” Cat mendengus. Dia menarik comforter yang menyelubungi tubuh Hanna.
“Kalau kau tak bangun aku akan tinggalkan kau.” Cat mengugut pula dan ianya berhasil apabila Hanna bangun dan menggosok kepala sehingga rambutnya kusut.
“Apa dia?” Aku memandang Cat dengan pandangan tak puas hati.
“Kita dah lambatlah cik adik. Sekarang dah pukul sembilan suku. Kelas mula pukul sepuluh! Aku tak mahu lari keliling padang sebab lambat masuk kelas perempuan sihir tu!” Aku mengerutkan kening sebelum mencapai jam loceng yang terletak di atas meja kecil di sebelah katilku.
Shit! Sepuluh minit!” Aku segera campak jam berkenaan ke atas katil sebelum melompat turun dari katil.
Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, Cat sudah tiada. Dengan pantas, aku menyarung apa sahaja pakaian yang berada di depanku sebelum memakai make up harianku seringkas yang mungkin.
Sebelum keluar, sempat aku mencapai jaket kulit berwarna hitam kegemaranku dan beg galas.
Aku berlari-lari anak masuk ke dalam Ford Focus Cat yang sudah berusia tiga tahun. Ibu bapanya membelikan dia kereta ini ketika hari jadinya yang kelapan belas.
Cat tanpa berkata apa-apa terus menekan pedal minyak menuju ke arah kampus kami yang terletak lima belas meter dari rumahku.
“Lambat lagi?” Aku menjeling Michael. Apa sudah tak ada orang lainkah yang mahu menyapa aku selain daripada mamat ni?
Cat pula sudah memberi isyarat agar aku cepat.
“Hati-hati, perempuan sihir tu mungkin akan sumpah kau jadi salah seorang pengikut dia.”
“Ha ha..Funny!” Aku terus merempuh Michael sebelum berlari bersama Cat menuju ke kelas statistic.
Aku menarik nafas lega sebaik saja kelas pada pagi ini berakhir. Duduk selama tiga jam di dalam kelas bukanlah benda yang aku sukai.
Aku rasa kebanyakan pelajar hanya boleh fokus pada jam pertama sahaja sebelum mula buat hal sendiri pada jam berikutnya cuma di kelas statistic ni, masing-masing buat hal sendiri dengan senyap supaya tak dikesan oleh Madam Heline.
Angin pensyarah statistic tu bukannya boleh dijangka sangat. Sekejap tenang sekejap macam ribut.
Aku memasukkan buku ke dalam beg sebelum mendapatkan Cat yang sudah keluar.
“Kau tahu, mak aku kata carnival kali ni mereka akan buat secara besar-besaran dan jemput orang luar sekali.” Cat mula bercerita.
“Aku tak kisah asalkan aku boleh enjoy macam selalu dan…Makan.” Aku tersenyum apabila membayangkan kemeriahkan carnival kali ini yang akan berlangsung tepat pada minggu ketiga cuti semesterku bermula.
Aku juga sudah mula membayangkan pelbagai jenis makanan yang bakal dijual sepanjang dua hari carnival itu berlangsung.
“Seminggu lagi, founders day. Mak aku kata mereka perlukan pertolongan.” Aku memandang Cat yang tersenyum penuh makna.
Oh no no no…” Aku memandang Cat dengan pandangan kau nak mati awal ke?
“Alah! Kita cuma perlu tolong mak aku siapkan manisan yang ditempah oleh Mrs. Hwang dan bawa manisan tu ke rumah Mrs.Hwang selepas semua tempahan siap. Jomlah…” Cat menyiku lenganku.
Aku terdiam seketika sebelum bersetuju dengan cadangan Cat. Lagi pula aku tak ada apa-apa yang mahu dibuat melainkan menyiapkan assignment dan menduduki peperiksaan sebelum cuti semester bermula.
“Ok, tapi aku cuma tolong bungkus manisan tu ke dalam kotak sahaja. Kita tak mahu ada yang mati keracunan sebab aku.” Aku memandang Cat.
Great!” Cat memelukku sebelum kami menuju ke café.
“Semalam, ada seorang lelaki hensem ke Sweet Air.” Aku jongket kening memandang Cat. Café sedikit demi sedikit mula dipenuhi oleh para pelajar.
“Ah! Kau semua orang hensem. Pak cik tukang kebun kolej pun kau kata hensem.” Aku menyelar Cat. Cat hanya tersipu-sipu malu.
“Tapi kali ni betul-betul hensem! Aku tak pernah nampak dia di sini. Mungkin…”
“Mungkin?”
“Mungkin dialah penghuni baru di mansion tu?” Aku memikirkan kata-kata Cat.
“Kau pasti ke tak pernah nampak dia sebelum ni?” Cat sungguh-sungguh menggeleng.
“Kalau kau terjumpa dia, mungkin kau akan jatuh cinta.” Cat jongket kening.
“Jatuh cinta my foot. Kau tak tanya apa-apa ke pada dia?”
Cat menggeleng. “Aku terpukau dek kehenseman dia sampai aku tak boleh berkata-kata.”
Aku mengukir senyuman sinis mendengarkan kata-kata Cat.
“Kulit dia pun macam kau. Putih pucat macam vampire.” Kata-kata Cat menarik perhatianku.
“Macam aku? Jadi aku ni vampire ke?”
No silly. Maksud aku kau dan dia sepadan. Macam match made in heaven.” Aku terus sahaja menarik earphone ke telinga apabila merasakan Cat sudah mula mahu merapu yang bukan-bukan.

Emo girl kau dah pergi melawat jiran baru kita?” Aku menutup pintu loker dan wajah Michael bersama kekasihnya, Tara menjadi santapan mataku.
“Aku tak ada masa nak buat kerja bodoh tu.” Aku berjalan melepasi Michael dan Tara.
Perpustakaan yang terletak di Bandar bakal menjadi destinasiku untuk menyiapkan assignment sebelum pulang ke rumah.
“Aku ingat kau sukakan adventure? Semalam aku ke sana.” Kata-kata Michael berjaya menarik minatku namun aku terus berjalan tanpa berpaling ke arah pasangan di sebelahku.
“Aku memang sukakan adventure tapi aku tak mahu cari masalah sebab ceroboh masuk ke dalam kawasan harta persendirian, silly!” Aku menyelar Michael.
Michael tergelak. “Ada lima orang lelaki yang tinggal di dalam mansion tu dan kau tahu apa maknanya tu?”
Aku berhenti dan jongket kening memandang Michael. Michael pula tersenyum lebar apabila melihat Hanna berhenti untuk mendengar ceritanya.
“Mereka mungkin gay..” Michael berbisik ke telinga Hanna.
Aku terus menjulingkan mata sebelum berjalan kembali namun sebelum sempat aku melepasi pintu kaca kolej untuk menuju ke arah luar sempat telingaku mendengar kata-kata Michael “Lima orang lelaki yang tinggal bersendirian dan apa yang teori apa lagi yang boleh kau fikirkan?”

Here.” Aku mengambil buku yang aku inginkan dari tangan seorang lelaki.
“Terima kasih…” Hampir tak terkeluar suaraku mengucapkan kata-kata itu apabila melihat figura di hadapanku.
Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman nipis. Sweet! Hatiku berbisik.
“Kau okay?” Kata-kata lelaki itu menyebabkan aku termalu sendiri.
“Ah..Okay. Terima kasih.” Aku mengunjukkan buku di tanganku. Lelaki ini membantuku mengambil buku sejarah Bandar Crimson yang terletak agak tinggi dari capaianku.
“Kau dah ucap terima kasih dua kali.” Lelaki itu tergelak.
God! Manusia ke apa ni? Kenapa ketawanya kedengaran seperti musik yang merdu?
“Yoochun.” Aku dan lelaki yang bernama Yoochun ini memandang ke arah sebelah kiri.
Seorang lelaki menggamit Yoochun untuk beredar dan sekali lagi aku terasa nafasku sesak.
Kawan kepada Yoochun ini juga hensem. Adakah Bandar Crimson sudah bertukar menjadi syurga lelaki kacak?
Suara lelaki itu seperti errr..Dolphin?
“Pergi dulu.” Aku hanya mampu mengangguk dan memandang kelibat Yoochun dan kawannya sehingga hilang dari pandangan.
“Hanna.” Aku memandang muka Cat tanpa perasaan.
“Hanna, kau okey ke?” Cat mengawangkan tangannya di depan mukaku.
“Aku tak apa-apa.” Cat mengerut kening melihat cara Hanna yang berjalan seperti zombie menuju ke tempat duduk mereka.
Apa kena dengan minah ni? Desis hatinya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review