Friday, July 13, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫3✫

Posted by Snow_Queen at 1:10 PM

“Pergi mana?” Junsu menyapa Yoochun yang sedang membuka kot putih yang tersarung di tubuh.
Dengan sekali baling, kot putih itu kini tersangkut di tempat penyangkut kot dengan selamat.
Junsu melihat beg plastik yang tertera Sweet Air. “Pergi jalan-jalan tak ajak. Humph..” Yoochun tergelak melihatkan perangai kebudak-budakkan Junsu.
“Aku hanya pergi melawat beberapa tempat dan kumpul maklumat.” Yoochun menepuk bahu Junsu sebelum duduk di atas sofa.
“Dan aku tak ajak kau sebab kau tahu kita tak boleh tinggalkan Max seorang diri.” Sambungnya lagi.
Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen sebelum memilih siaran rancangan kegemarannya.
Is there anything to eat~~~?” Junsu dan Yoochun serentak memandang Max yang muncul entah dari mana.
Jejaka berketinggian seratus lapan puluh lapan cm itu membelek plastik Sweet Air sebelum buka kotak yang terdapat di dalam plastik berkenaan.
Matanya mengecil apabila melihat hanya terdapat beberapa manisan berwarna-warni di dalam kotak berkenaan.
I don’t eat human food! God, if there’s anyone who can understand my stomach once?” Max mengeluh kasar sebelum menghempaskan badan ke atas sofa sebelah Junsu.
“Kau baru sahaja lepas makan malam, Max.” Junsu menyelar Max. Sekalipun mereka memberikan selori makanan kegemaran Max rasa-rasanya belum tentu lelaki itu akan puas.
“Bila kita boleh pergi berburu?” Max memandang Yoochun sebelum memandang Junsu yang sedang membaca.
“Aku tak rasa dalam masa terdekat ni. Sebelum sampai saat tu, kau harus belajar kawal nafsu makan kau.” Max memuncungkan bibirnya mendengarkan kata-kata Yoochun.
“Jae Joong tak mahu manusia-manusia di sini syak apa-apa mengenai kita. Kita datang sini untuk menyelesaikan misi kita bukan untuk buat kecoh dan dia tak akan gembira jika kau langgar peraturan yang telah dia tetapkan.” Yoochun mengingatkan.
Max menggelengkan kepala apabila otaknya mula membayangkan Jae Joong mencekik lehernya kerana dia melanggar arahan lelaki itu. Nightmare!
“Ada apa-apa info yang kau dapat semasa berada di pekan tadi?” Serentak tiga pasang mata memandang ke arah pintu.
Jae Joong memandang ketiga-tiga orang rakannya sekilas sebelum menghampiri rakan-rakannya. Dia meletakkan satu kotak sederhana besar di atas meja.
Yunho pula beredar ke dapur sebelum datang kembali bersama dengan secawan minuman khas untuk dirinya.
“Orang-orang di Bandar ni nampaknya suka jaga tepi kain orang lain. Sekarang, mereka tengah sibuk nak tahu siapa yang menghuni mansion ni. Kita kena lebih berhati-hati.
Sekarang pun ada khabar angin mengatakan ternampak sepasang mata berwarna merah dan biru muncul di dalam mansion ni sewaktu mereka mahu pergi berburu.
Tiada apa-apa maklumat mengenai Hyness setakat ni.” Yoochun memberitahu. Dia menjeling ke arah Junsu dan Max yang buat muka tak bersalah. Jae Joong mengangguk.
“Kau orang ke mana?” Junsu pula bertanya pada Jae Joong dan Yunho.
“Dapatkan bekalan makanan kita dan juga senjata.”
“Makanan?” Semua mata memandang ke arah wajah Max yang bercahaya.
Yes, Max. Tapi ingat kau tak boleh makan sebarangan. Di sini, kita harus berhati-hati sementelah orang-orang di sini suka jaga tepi kain orang lain. Kalau aku tahu ada apa-apa khabar angin mengenai kita, kau tahu kan natijahnya?” Max mengangguk seperti anak kecil mendengar kata-kata Yunho.
Yunho membuka kotak di atas meja dan tada~~ terpampang di depan mereka berpuluh-puluh paket darah berlainan jenis.
Oh my darling! Come to papa.” Max mengambil beberapa paket darah sebelum menghilangkan diri. Jae Joong menggeleng kepala.
“Bilalah budak tu nak matang…” Junsu membebel sendirian sebelum mengambil beberapa paket darah untuk simpanannya. Begitu juga Yoochun.
“Mana kau orang dapat ni?” Yoochun menyoal.
“Beberapa buah hospital. Mereka tak akan sedar kalau hilang sedikit bekalan darah kan?” Yunho tersenyum sinis.
“Fasal Hyness, aku rasa kita perlu cuba cari apa-apa petanda jika dia pernah ke sini. Kalau tak, kita perlu ke destinasi seterusnya pula.” Junsu dan Yoochun mengangguk mendengarkan kata-kata Jae Joong.
Mereka tahu, misi mereka kali ini bukan seperti kali lepas dan apa yang mereka tak jangka adalah mereka akan menerima kejutan yang mereka sendiri tak pernah bayangkan…

Selepas menyarung pajama, aku terus menutup lampu sebelum menekan suis lampu tidur. Bilik tidur yang sederhana besar ini kini dilimpahi cahaya suram berwarna kuning.
Aku menarik comforter sehingga ke paras dada dan merenung siling. Tingkap pula sengaja aku buka untuk membiarkan angin malam masuk.
Aku mengherotkan bibir ke kiri dan kanan. Soalan aunty Celia masih lagi menghantui fikiranku.
Tipulah kalau aku tak mahu bercinta dan ada teman lelaki. Sebagai seorang perempuan, aku juga mahu merasai perasaan mencintai dan dicintai tapi…
Aku segera menggelengkan kepala apabila terbayangkan wajah lelaki-lelaki di kolej ku.
Di mana aku mahu mencari lelaki yang dapat menerima diriku seadanya bukan hanya untuk berseronok dan selepas sudah puas menggunakan perempuan itu, perempuan itu ditinggalkan begitu saja.
Aku mahu hubungan yang berkekalan. Aku mahu teman lelaki yang setia, yang dapat melindungiku. Yang mengharungi susah dan senang bersama. And whenever I’m with him, I will feel this warm feeling and butterfly in my stomach?
Aku tergelak sendirian apabila memikirkan ciri-ciri teman lelaki idamanku. Dalam mimpi ajelah boleh dapat lelaki macam tu.
Aku mengiring ke kiri. Gambar ibu bapaku yang sedang berpelukan dan tersenyum riang menjadi santapan mata. Aku tersenyum sendirian.
Ibu dan bapaku juga romantik orangnya. Seingatku, setiap hari, ayahku pasti akan memberikan ibu sekuntum bunga ros berlainan warna berserta ciuman.
Mungkin aku juga mahukan lelaki sebegitu. Rindu terhadap kedua ibu bapaku mula membuak-buak.
Aku menarik nafas dalam sebelum mengucapkan selamat malam kepada ibu bapaku dan melelapkan mata.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review