Friday, July 13, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫2✫

Posted by Snow_Queen at 1:06 PM

I’m back!” Aku melaung sebelum menghempaskan badan ke atas sofa. Rasa penat menjalar ke setiap sendi tubuh.
Menyapu kawasan tempat pembuangan sampah kolej bukanlah perkara yang seronok untuk dilakukan!
Baik punya Sir Simone kenakan aku. Tak apa. Nanti ada masa aku akan kenakan orang tua tu balik. Buat masa sekarang, otak aku tengah tak dapat fikir sebarang idea.
Huh, are you hungry my little friend?” Aku menggosok perutku yang sudah berbunyi tanda meminta makanan.
Dengan langkah yang malas, aku menuju ke dapur. Bau makanan yang digoreng aunty Celia menyebabkan perutku bertambah galak berbunyi.
Aku mencapai dua biji gelas dan letak di atas meja sebelum berlalu ke peti ais untuk mengambil sekotak jus oren.
“Uh…Bila kamu balik?” Celia memandang anak buahnya yang sedang menuang jus oren ke dalam gelas.
“Dalam lima minit. Hanna dah jerit aunty yang tak dengar.” Aku mengukir senyuman nipis sebelum duduk.
“Apa?” Celia bertanya apabila Hanna tak lepas memandangnya semenjak daripada tadi.
There’s something wrong with you…” Aku garu dagu sambil merenung ibu saudaraku.
“Pink! Aunty pakai baju warna pink!” Celia tergelak melihat reaksi Hanna yang bagaikan melihat hantu.
“Adakah memakai baju warna pink merupakan satu jenayah?”
“Tentulah tidak tapi..Hello! Pink and you? Hanna ingat lagi ada orang tu kata dia alergik dengan warna pink…” Aku meleretkan senyuman.
Semenjak aku mengenali manusia bernama Celia ini, auntyku yang seorang ini cukup anti dengan warna pink tanpaku tahu sebabnya.
Sebab itu setahuku, baju-baju aunty Celia tiada satu pun yang berwarna pink apatah lagi barang-barang dalam rumahnya ini.
“Manusia berubah~~” Aunty Celia mula menyudu makanannya.
“Uh-uh.. Dah semakin tua memang macam tu kot.” Celia menjegilkan mata mendengarkan kata –kata anak buahnya yang berumur dua puluh dua tahun itu.
Hello! Jarak umur awak dan aunty cuma lima tahun tau.” Aku tergelak mendengar hujah aunty Celia. Aku hanya jongket bahu.
“Siapa?”
“Apa yang siapanya?” Celia mengelak untuk bertentang mata dengan Hanna.
“Aunty kesayanganku, sekali ku lihat wajahmu aku tahu kau sedang dilamun cinta.”
“Mengarut! Mana kamu dapat teori tu?” Aku melihat aunty Celia yang kini meneguk air dengan rakus.
“Sebab muka Cat pun macam ni bila dia jatuh hati dekat mamat entah siapa yang selalu beli manisan dekat Sweet Air. Dan kalau saya mengarut kenapa aunty cemas semacam ni?” Celia meletakkan sudu dan garfunya.
Dia menggengam kedua belah tangannya sebelum memandang wajah Hanna.
“Dia pekerja baru di tempat kerja aunty. Errmmm…Dia dulu kawan rapat aunty semasa di kolej dulu tapi entah kenapa kami terputus hubungan begitu sahaja.”
“Oh! Jadi sekarang ni nak sambung hubungan lama yang tak kesampaianlah ni?” Celia merasakan mukanya semakin merah apabila Hanna mengusik.
“Kami masih nak sesuaikan diri kembali. Apa pun, aunty nak kamu tahu yang kamu masih keutamaan aunty meskipun aunty dah ada kekasih nanti.” Aku terus sahaja tergelak mendengarkan kata-kata aunty Celia.
Celia sudah memuncungkan bibirnya apabila Hanna sungguh-sungguh ketawakan dia.
Hey! Enough!” Aku menutup mulut dengan telapak tangan. Nasib baik aku tak menjamah sebarang makanan lagi. Kalau tidak mungkin butir-butir nasi yang aku telan akan terkeluar kembali.
“Aunty, saya tak kisah pun. Hanna tahu jaga diri sendiri dan Hanna tak kisah pun kalau dia menjadi keutamaan aunty selepas ni. I understand.” Aku menggengam tangan aunty Celia.
Celia menarik nafas lega mendengarkan kata-kata Hanna. Semenjak kehilangan kedua ibu bapanya dalam nahas jalan raya enam tahun lepas, Hanna mungkin sudah terbiasa hidup berdikari.
Dalam dunia ini, dia hanya ada Hanna dan Eli, abangnya yang tinggal di Deusk City.
Meskipun Eli sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Tia, hubungan kekeluargaan mereka masih tetap utuh walaupun dia tak berapa suka dengan kakak iparnya dan Hanna tak berapa rapat dengan Tia, anak buahnya.
“Kamu dah ada teman lelaki?” Celia mengubah topik.
No.”
“Michael Hwang?”
Over my dead body.” Aku menjulingkan mata apabila mendengar tawa aunty Celia. Tiba-tiba sahaja aku terbayangkan aku dan Michael menjadi pasangan kekasih.
Uh..What a nightmare!
“Dia suka kamu.”
“Mana aunty dapat teori gila tu?” Aku menjegilkan mata.
“Dari cara pandangan mata dia. Rahsia untuk tahu hati sebenar seseorang adalah apabila kita melihat jauh ke dalam matanya dan kamu akan temui kebenaran yang kamu cari. Ada orang kata mata adalah pintu hati seseorang.”Aku buat muka.
Aku nak tengok muka Michael? Putus selera makan aku dua minggu. Inikan pula nak merenung mata dia.
“Takkan tak berkenan dekat sesiapa pun? Elite High College setahu aunty masih ada lelaki. Lainlah kalau semua kaum lelakinya dah lari.” Celia merenung Hanna yang menyudu makanan.
Dia memerhatikan raut wajah Hanna. Apa yang tak kena dengan anak buahnya?
Rambut separas bahu berwarna hitam, anak mata berwarna coklat cair, badan pun okay siap ada lesung pipit lagi.
Meskipun kulit anak saudaranya putih pucat seperti warna kulit vampire yang selalu dimainkan di kaca televisyen, itu bukan merupakan halangan untuk seorang lelaki normal jatuh cinta pada anak mendiang kakaknya yang seorang ini.
            Oh! Mungkin lelaki takut nak dekat dengan Hanna kerana Hanna biasanya agak kasar dan sarkastik dengan golongan kaum Adam.
Dengan make up ala-ala gothic juga mungkin merupakan satu point untuk lelaki berfikir beberapa kali untuk diperkenalkan kepada kedua ibu bapa mereka.
“Tak berminat. Hanna naik dulu. Terima kasih untuk makan malam.” Celia tersentak daripada lamunannya.
Entah bila Hanna sudah menghabiskan makannya. Pinggan yang digunakan pun sudah siap dibasuh.
“Errr…Aunty, I’m looking forward to meet your Mr. Right. Goodnight and I love you.” Celia tersenyum mendengar kata-kata Hanna.
I love you too…


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review