Monday, July 9, 2012

Blood Tie; The Beginning ✫1✫

Posted by Snow_Queen at 9:47 PM
Kim Jaejoong - the eldest; have the ability to control minds, manipulate humans mind and block what is his thinking from Yunho, who is a mind reader; the most beautiful among five of them; once you look at him, you'll never have the guts to look away, unless you find him ugly. The most feared among the 5 of them.
Jung Yunho - the leader; have the ability to read minds; the toughest.
Kim Junsu - the playboy; have the ability to control one's emotion; the mood maker of the family.
Park Yoochun - the center; have the ability to make illusion of pain; the most gentle among the five of them.
Shim Changmin - the youngest; have the ability to manipulate two from the four elements (fire and air); the naughtiest of the family
Bau alam semula jadi membuatkan dia leka seketika berada di dalam dunia ciptaannya sendiri.
Bunyi dedaun yang berdesir setiap kali ditiup angin, bunyi kicauan burung-burung yang umpama okestra dan angin lembut yang menyapa batang tubuhnya membuatkan dia puas.
Dia kini sudah bersatu dengan alam dan apabila dia hampir sahaja terlena….
Emo girl!” Aku buka mata. Meskipun tuan punya suara tak kelihatan namun aku sudah tahu siapakah pemilik suara berkenaan.
Nun dari kejauhan, susuk tubuh Michael sudah kelihatan. Ada-ada saja mamat ni! Tak boleh ke biarkan aku tidur dengan aman?
Aku bangun dan menyapu seluar dan baju untuk buang daun ataupun rumput-rumput yang mungkin melekat.
“Lama kau tunggu?” Aku menjulingkan mata apabila mendengar soalan musuhku semenjak dari hari pertama aku di sini.
Michael Hwang. Playboy terkenal dan terkaya di Elite High College. Semua orang suka mengampunya
Dengan susuk tubuh ala-ala model, pemain bola sepak kebanggaan kolej dan bermodalkan kata-kata manis tahap tujuh petala langit, semua perempuan pasti akan jatuh cinta dalam sekelip mata padanya. Ya, semua orang kecuali dia!
Oleh kerana keluarga Michael memiliki hampir keseluruhan asset di Bandar Crimson ini, itu menjadikan modal untuk lelaki itu berlagak dan membuli orang lain yang kurang berkemampuan sesuka hatinya.
Selamat tinggal duniaku. Aku memandang sekeliling kawasan hutan kecil yang terdapat di balik belakang sekolah ini sebelum berlari turun meninggalkan Michael yang terpingga-pingga.
“Hai, Cat.” Aku meletakkan tangan ke atas bahu Catherine, kawan baikku semenjak dari tahun lepas.
“Kau ponteng kelas lagi.” Cat memandangku dengan pandangan tak puas hati.
“Kau tahu…”
“Ya, kau alergik dengan kelas sejarah sebab kelas  tu selalu buat kau mengantuk.” Aku hanya tersengih apabila mendengar kata-kata Cat. See..Dia memang memahamiku.
“Sir Simone nak jumpa kau lepas habis sekolah nanti.” Cat menyampaikan pesanan guru sejarah mereka kepada Hana.
Uh-uh..Noted!” Aku buat muka sebelum kami sama-sama masuk ke dalam café.
“Ada gosip baru.” Mata Cat yang bulat memandangku dengan penuh teruja sebaik sahaja kami meletakkan tray makanan di atas meja.
Kawasan café sudah pun dipenuhi para pelajar Elite High College yang mahu mengisi perut masing-masing.
“Apa?” Aku balas dengan nada nak tak nak saja.
“Kau tahu mansion lama yang terletak di dalam hutan Frost tu?” Aku mengerutkan kening sebelum memetik jari.
Mansion berhantu tu?” Cat mengangguk.
“Ada orang nampak, ada dua buah lori masuk ke dalam mansion tu. Mungkin, ada yang dah beli mansion tu.” Cat menggosok lengannya. Setiap kali berbicara mengenai mansion yang terletak di dalam hutan di pinggir Bandar Crimson itu, bulu romanya akan meremang.
“Beli? Siapa yang nak beli mansion tu? Orang gila saja yang akan beli.” Aku ketawa kecil.
“Ada beberapa orang di kawasan kejiranan kita nampak ada sepasang mata berwarna merah dan kadang-kadang berwarna biru di tingkap mansion tu ketika mereka berburu di Frost.” Cat terus sahaja bercerita seolah-olah tak mendengar komen sarkastik Hana.
“Hermm…Menarik. Kau nak pergi melawat ‘jiran’ baru kita?” Cat menjegilkan mata mendengarkan cadangan Hanna.
“Kau dah gila.”
“Mungkin mereka akan hidangkan kita dengan daging manusia dan darah. Siapa tahu.” Cat dah tepuk dahi apabila melihat Hana yang begitu teruja. Seolah-olah dia baru sahaja beritahu Hana, bahawa gadis itu lulus periksa dengan jayanya.
“Beranilah kau. Aku beritahu aunty Celia nanti.” Aku buat muncung apabila Cat menyebut nama ibu saudaraku.
“Aku tak tahu kenapa semua orang nak ambil tahu mengenai mansion tu. Bukan ada kena mengena dengan mereka pun.” Cat jongket bahu sebagai jawapan kepada soalanku.
Sungguhlah aku harus tampal tagline di pintu gerbang Bandar ni.


Welcome to Crimson,
Where news travels fast and everybody knows your secret.
Dan aku bukan buat cerita tanpa bukti. Dahulu, pertama kali aku ke sini pun, semua jiran bergosip mengenai diri ku atau lebih tepat cara pemakaianku yang pelik berbanding dengan gadis-gadis seusiaku.
Salahkah aku tak suka pakai dress? Make up ala-ala gothic dan rambut hitamku yang panjang ini dihighlight dengan warna ungu gelap?
Bukannya melanggar mana-mana akta jenayah pun! Salahkah aku menjadi diriku sendiri? Huh!
Tanpa menunggu fikiranku memberi jawapan, aku terlebih dahulu menghabiskan makanan di dalam pinggan dengan rakus.
“Tercekik nanti baru tahu.” Cat memberi amaran namun aku hanya tayang sengih sebelum mencapai pudding manga.
“Tak lama lagi cuti semester dah nak bermula. Apa rancangan kau?” Aku memandang Cat yang sedang menghirup minumannya.
“Kau tahu kan carnival tahunan Crimson bakal bermula tak lama lagi. Mak aku suruh aku jaga kedai.
Dia tak larat nak buat kerja untuk carnival tu dan dalam masa yang sama kena uruskan kedai.” Aku mula terbayangkan wajah chubby Mrs. Adeline yang baik hati.
Perempuan berumur empat puluh tahun itu selalu menjamu aku dengan manisan jika aku berkunjung ke rumahnya
Dan harus aku katakan manisan Mrs.Adeline merupakan yang terbaik di dunia ini. Kedai manisan ibu Cat itu juga selalu dapat tempahan yang memberangsangkan tanpa mengira musim.
“Kau?” Pertanyaan Cat membuatkan aku terdiam sejenak.
Jujur aku katakan bahawa aku masih tak fikir apa-apa rancangan pun untuk cuti semester kali ini dan aku tahu aku harus mula berfikir mengenainya kerana cuti semester kali ini agak panjang.
Aunty Celia tak akan gembira jika aku memerap lagi di rumah untuk tiga bulan setengah.
Dan aku juga tahu aunty Celia akan mendesak aku agar berkerja supaya aku tak memerap di rumah sahaja seperti cuti semester kali lepas.
“Tak tahu lagi.” Aku jongket kening apabila melihat wajah Cat yang bercahaya.
“Apa sahaja yang terlintas dalam kepala otak kau tu, aku bantah.” Aku terus memberi kata putus sebelum Cat sempat menyuarakan hasratnya.
“Apa kata kau bantu aku dekat kedai? Kau boleh dapat duit dan dalam masa yang sama kau ada kawan nak bersembang?”
“Hahaha…Darling, kau tahu aku ni fail bab-bab nak melayan pelanggan. Kemungkinan besar kedai kau akan bangkrap dalam masa dua hari jika aku berkerja di sana.”
“Hermm..On a second thought, I’m agree with you.”
“Yah!” Ketawaku dan Cat meletus menjadi satu.
“Ada apa-apa yang menarik?” Cat menjuihkan bibirnya apabila Michael duduk di meja makan mereka.
“Oh yeah! Kami baru sahaja berbincang bagaimana nak rosakkan parti hari jadi kau lusa. Sweet kan?” Aku memandang Cat yang sedang menahan tawa.
Wajah Michael sudah pucat seakan-akan ternampak hantu.
“Kau tak akan berani..”
“Hermmm…Let’s see then.” Aku melarikan jari-jemariku ke dagu seolah-olah sedang berfikir.
“Kau tak dijemput!”
Imma party crashers remember? Kau dah lupa kejadian parti hari jadi kau dua tahun lepas?” Ketawa Cat terus sahaja meletus tanpa dapat ditahan-tahan.
Mungkin tiada sesiapa yang dapat lupa mengenai kejadian ngeri dua tahun lepas di mana sebaik sahaja Michael membuka salah satu kotak hadiah terdapat sepuluh ekor katak dengan riang rianya melompat keluar dan Michael pula sudah menjerit-jerit bagaikan terkena sawan.
Bersama hadiah itu, terselit nota yang berbunyi; Happy Nightmare Day Dude!-Hanna
Pelajar-pelajar yang berada tidak jauh daripada kami juga ketawa. Nampaknya mereka dari awal lagi sudah pasang telinga mendengar perbualanku dan Michael.
Don’t you dare!” Michael terus sahaja meninggalkan aku dan Cat selepas mengucapkan kata-kata itu. Cat menjulingkan mata.
“Kau serius ke?” Cat mula buat muka serius sebaik sahaja Michael beredar.
“Apa?” Aku buat muka tak faham pertanyaan Cat.
“Kau nak buat apa pula kali ni?”
“Entah. Kalau ada masa nanti aku fikir.” Cat baru sahaja mahu bersuara apabila aku terlebih dahulu bangun menyatakan bahawa aku sudah lambat ke kelas seterusnya.











2 under spell:

Izzatie said...

yay!! tq snow coz dh abiskn story butterfly. yet you're publishing this story plak.. mmg super duper best snow. I bet the red & blue eye are the brothers'

Davella Goh said...

Bestnya miss Snow.

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review